Khamis, 2 Jun 2011

CONFIRM : harga minyak naik! harga makanan sumber laut juga akan naik!

sumber : bernama sebentar tadi

kah kah kah! kononnya kerajaan mengutamakan rakyat bila tak naikkan harga ron95. ok gua mengaku kalah sebab gua silap tafsir itu hari. mati mati gua ingat ron95 nak naik. sejak ada APCO sebagai penasihat memang ada kelas juga permainan isu minyak oleh kerajaan najib ni.

tapi hari ni semua terbongkar! memang kerajaan sah tengah terdesak! minyak untuk nelayan pulak dinaikkan sebanyak 55sen! kah kah kah! banyak tu weh! siap cover sekali dengan rugi sebab tak jadi naikkan harga ron95 ke? kah kah kah!

dah la tarif elektrik untuk industri melonjak tinggi, sekarang minyak untuk nelayan pulak naik mencanak. kah kah kah! esok lusa keluar la kenyataan - 'kerajaan jamin harga barang terkawal'. kah kah kah! kepala razak lu! alangkan harga ayam pun dah berapa kali naik dalam tahun ni. tang mana kawalnya ismail sabri? pegi kawal dafi tu lagi baik. kah kah kah!

mengaku je la najib yang kerajaan tengah mengemis dan pada masa yang sama kena jaga perut perut kroni. kah kah kah! bukti paling jelas ialah bila kerajaan beku pengambilan staf baru. ini tanda tanda besar kegagalan lu handle kerajaan najib. turun la woi! lu tak layak jadi perdana menteri!- S & P

Rabu, 1 Jun 2011

Tugu Menyemak rupanya...ada Fatwa tegah bina tugu 1Malaysia




Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala). NONEMenurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah. Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. "Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu. NONEKeputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu. Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam. Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda. Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.

Selasa, 31 Mei 2011

Tarif Elektrik Naik Untuk Bina Benda Ni Kot??

Terpegun anak yassin tu kepada bangunan atau kepada orang yang menerangkan struktur bangunan tu.... ish..ish persepsi jahat tu....

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tertarik dengan keunikan replika bangunan berlian Suruhanjaya Tenaga selepas merasmikan bangunan itu di sini, hari ini. - BERNAMA
May 31, 2011 4:49 pm


Rakyat Marhaen kena cekik dengan kenaikan harga taarif baru elektrik tak mengapa, yang penting pembangunan negara mesti diadakan... hebat pemimpin UMNO....,


Manjungmari

Isnin, 30 Mei 2011

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan



NONE
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.


Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sebelum ini, Bernama melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting. - MK





ANDA GUSAR..????
DENGAN KENAIKAN TARIK ELEKTRIK 7%...???

Berikutan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi oleh kerajaan rejim UMNO BN.

Sebuah kompeni dari anak syarikat JIBROS cucu kepada kompeni kecantikan muka tapak kaki kerbau BIK MAMA Ent. hari ini telah melancarkan Jiberator model JIBROS 111 berkuasa elektrik 111megawatt. Harga dipasaran sekarang RM111,0000 seunit.

JIBROS 111 berupaya menampung keperluan pengunaan elektrik bagi sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air.

Tahap bunyi enjin Jibrator JIBROS ini melepasi ujian ISO1111 APCO.

Moral: Kerajaan rejim UMNO BN dapat menyelesaikan masaalah rakyat berikutan kenaikan takrik elektrik dengan melancarkan Jeberator JIBROS ini kerana ia-nya mengunakan minyak RON95 yang harganya belum naik lagi...hehehehe....

*Bagi yang memengang kad ahli rejim UMNO akan diberi potongan harga 111%

Ahad, 29 Mei 2011

Gila Talak dan Angngau UMNO

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

NONEMenurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

umno pasBagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.






Moral: Rejim UMNO semakin tenat dan nazak akibat penyakit "Gila Talak" ataupun "Ang'ngau"

Jangan percaya 'senyuman beracun' Najib

KERDAU, 29 Mei: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu meminta PAS agar jangan sesekali mempercayai Umno yang pernah mengainaya parti itu sewaktu berada dalam Perikatan.
Membidas 'lamaran' Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Terengganu baru-baru ini agar PAS bersatu dengan Umno dan 'bercerai' dengan DAP beliau berkata, PAS sudah mendapat pengajaran besar sewaktu bersama Umno Dahulu.

Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP.DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah.

"Kita dah ada pengalaman bersama Umno.Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun.

"Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.

Kata-kata itu turut disambut gelak ketawa hampir 5,000 yang hadir memenuhi kawasan padang.

Katanya lagi Umno terpaksa menggunakan isu perkauman yang melampau untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat selepas isu pembangunan tidak lagi berjaya mempengaruhi minda rakyat yang celik maklumat.

Utuk memastikan Umno BN kekal berkuasa, mereka memainkan isu perkauman melalui akhbar milik mereka, Utusan Malaysia.

Katanya, tiada sebarang tindakan diambil ke atas Utusan meskipun memainkan isu perkauman kerana dilindungi Kementerian Dalam Negeri.

"Bila sebut Utusan tak boleh dipisahkan dengan Umno, ibarat kentut dengan tahi.

"Baru-baru ini Utusan laporkan ada usaha DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi jadi mangsa padahal ia diambil dari tulisan blog sahaja.

"Tapi sebab Utusan yang lapor, selamatlah.Kalau Harakah atau Suara Keadilan yang lapor, semua sekali daripada ketua pengarang sampailah yang jual suratkhabar kena tahan," kata beliau.

Menurutnya, isu perkauman juga menjadi peluru Umno BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat setelah tiada modal untuk memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.

"Miti melaporkan kemasukan pelabur asing tertinggi ialah Pulau Pinang, kedua Politik Selangor, ketiga Kedah.

"Laporan audit pula menunjukkan negeri terbaik menguruskan kewangan Pulau Pinang dan yang terburuk di Pahang.Pahang siapa pemerintahnya?" Soalnya dan disambut laungan "Umno...." oleh hadirin yang hadir.

APA CARA SEKALIPUN JIBROS AKAN PERTAHANKAN PUTROJAYA...


"Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrojaya?”

"Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrojaya?”
"Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrojaya?”
~~ Ketakutan Jibros terserlah,bahawa Putrojaya akan terlepas ke tangan Pakat Rakyat menjadi semakin nyata apabila terpaksa berulangkali bertanya kepada belia yg berhimpun semalam.

JADI...........

Jangan Terkejuz..!!!!!!
Persiapan Jibros untuk mempertahankan Putrojaya...






Ada berani ke kekawan nak rampas..??? hehehe...