Sabtu, 8 Oktober 2011
Blogger UMNO BN cuba Kelentong di alaf Saitek...
Sejarah Negara Dikelentong UMNO BN lagi...
PETALING JAYA: Pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 bukanlah yang pertama kalinya dalam sejarah kerana perkara itu pernah dimumkan empat tahun lalu.
Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengumumkan perkara yang sama semasa pembentangan Bajet 2008 dalam usaha menawarkan rakyat pendidikan 100 peratus percuma.
Selain itu, Abdullah pada September 2007 dalam Parlimen turut mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya.
Namun penghapusan yuran itu tidak sepenuhnya apabila kerajaan kemudiannya mengesahkan pelajar tetap perlu membayar sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah) setahun, manakala yuran lain tidak berubah.
Malah sebaliknya ‘yuran tambahan’ dan ‘sumbangan’ diperkenalkan dengan bayaran antara RM23.50 sehingga RM55.50 setahun, bergantung kepada jenis sekolah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pelajaran.
Najib dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi mengumumkan pemansuhan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful bagi pelajar sekolah rendah (RM24.50) dan sekolah menengah (RM33.50).
“Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah disekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat.
Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Peruntukan sebanyak RM530 juta itu membabitkan kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh negara dan akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penyunting novel Rusidah Salim, 41, berkata pemansuhan yuran pendidikan itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kerana ibu bapa masih menanggung beban kos lain-lain yuran termasuk yuran kelas dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sehingga RM80 seorang.
Katanya, mengambil kira peningkatan lain-lain kos yang semakin meningkat termasuk buku latihan beliau terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 seorang.
“Biasanya perbelanjaan awal persekolahan mencecah sehingga RM4,000 untuk anak-anak tidak termasuk perbelanjaan untuk pakaian dan peralatan sekolah,” kata ibu kepada lima anak yang masih bersekolah kepada FMT.
Masih kabur
Sementara itu, Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta berkata bantuan RM100 itu masih kabur kerana tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan secara tahunan, bulanan, atau sebaliknya.
Namun katanya, ia masih menjadi langkah terpuji kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah menawarkan apa-apa bantuan dalam bentuk kewangan selain daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), susu tambahan, suntikan vaksin percuma, dan lain-lain bantuan.
“Ini pastinya dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan,” katanya kepada FMT.
Beliau bagaimanapun berharap agar pemansuhan yuran itu juga dapat dilaksanakan dengan adil terhadap pelajar kurang mampu yang mendapat pendidikan disekolah bantuan modal apabila masih mengharapkan sumbangan orang ramai melalui Lembaga Gereja.
FMT
Jumaat, 7 Oktober 2011
Bajet Gula-Gula ‘PRU-13’ Najib cuba pikat rakyat dengan dana RM232.8b
Pemerhati-pemerhati politik pula menyifatkan ia sebagai “bajet pilihan raya” meskipun pentadbiran sebelum ini berkata belanjawan kali ini akan memfokus usaha mengatasi beban kos sara hidup yang meningkat.
Ramai menyifatkan Bajet 2012 merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir Mei 2013.
Ada juga pemerhati yang menyifatkan ia sebagai “bajet rakyat” pelbagai kaum yang komprehensif dan mereka menegaskan keberkesanan pelaksanaan perlu tunggu dan lihat.
Pun begitu juga ada pemerhati yang mendakwa Bajet 2012 tidak banyak menawarkan kepada pekerja-pekerja swasta dan sesetengah golongan khususnya kaum muda.
Ucapan Bajet 2012 Najib, yang juga Pengerusi BN bertemakan “Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
Najib mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa “saya dan rakan-rakan jemaah menteri dan anggota Dewan daripada Barisan Nasional berdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami melalui Bajet 2012 pada petang yang mulia penghulu segala hari ini, sekali lagi akan meneruskan tradisi para pendahulu kami dalam meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara di tempat yang teratas.”
“Apa yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia lampau apatah lagi populariti murahan.
“Yang terjunjug di atas jemala kami sebagai kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gilang-gemilang buat semua anak-anak Malaysia,” kata beliau sambil menambah sebuah masa depan bergemerlapan dengan harapan dan kemakmuran bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan.”
Antara insentif diumumkan Najib petang ini ialah:
— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan
— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan
— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia
— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan
— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu
— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka
— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.
** Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya.
Parlimen akan dibubar Isnin?
Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.
Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.
Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.
Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.
Kenapa Isnin
Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu jufa, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi.
Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan.
Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya.
Dua kem
Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.
Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN.
Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008.
Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi.
Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian.
Faktor Anwar
Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian.
Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka.
Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November.
Mahathir masih 'tulang belakang'
Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis.
Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir.
Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung.
Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012!
- Malaysia Chronicle
Khamis, 6 Oktober 2011
Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun
Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.
Sejarah agama-agama yang terkubur
Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat. Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.
Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla
Janji Tuhan Itu Benar…
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta. (Surah An-Nahl, ayat 36)
Rujukan:
1 "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
2) Howard La Fay, "Ebla: Splendour of an Unknown Empire," National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur'an.
OOo....TERTIDUR UNTUK MODAL RUPANYA...
"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat. "Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," - Pak Brohim.
http://www.mstar.com.my/berita
* Siapa yang tiada modal Pak Brohim..???
** Kalau dah tahu tak sihat..kenapa datang Dewan...???
* Adakah Pak Brohim yang tidak ada modal nak clear deposit calon PRU nanti...???
** Kalau ada modal pun Pak Brohim nak bertanding kat mana..???
Rabu, 5 Oktober 2011
Gempar...!!! katak ditemui tidur dalam Parlimen semasa bersidang...
TV3 suku tetap membodek Rosmah
Apa kejadahnya wajah Rosmah pun diselit sama..???
Apakah sejarah terbaik Rosmah dalam dicatatan sejarah negara..???
Sedangkan tiada wajah isteri-isteri Perdana Menteri yang lepas seperti Allahyarhamah Datin Seri Endon,Tun Jeanne Abdullah....
Gambar :-
A) Tun Dr. Siti Hasmah - Wanita negara pertama mendapat gelaran Doktor
B) Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar - Gabenor wanita pertama negara.
C) Lt Kol Emilia Kamarudin TUDM - wanita pertama menjadi juruterbang TUDM.
D) Puan Bibi Aishah - Wanita yang pertama jadi senator Negara.
E) Fatimah Hashim - Ahli kabinet wanita malaysia pertama.
F) Rosmah Mansor - .............?????????????????
Selasa, 4 Oktober 2011
UMNO BN jadi Sawan dan Sasau kerana pemansuhan akta lapuk dan cabuk
Akta ISA akan lebih sarkas MP UMNO BN melompat-lompat kununya suka juga dimansuhkan... Mereka berasa syok sendiri kununya merekalah hero...hehehe..
Rosmah Mansor ‘ Sugar Mummy’ ?
Jho Low memberikan gambaran kehidupan mewah Rosmah Mansor
Penafian Jho Low ‘hartawan muda’ Malaysia bahawa Wanita Pertama Rosmah Mansor adalah “mak angkat” atau “sugar mummy” telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia, yang kecewa terhadap pasangan itu yang sering menonjolkan gaya hidup mewah mereka.
Di saat rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dalam landskap ekonomi negara sekarang, rakyat Malaysia berasa kurang senang dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya menjalani gaya hidup mewah ibarat orang-orang terkaya dan ternama dunia serta menjadikan tempat-tempat seperti Monte Carlo, Dubai dan New York taman permainan mereka.
“Najib datang daripada keluarga yang kaya dan dia tidak tahu keperihan hidup rakyat. Kemewahan adalah sebahagian daripada hidupnya,” Keadilandaily memetik Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota; Azan Ismail sebagai berkata.
"Saya perkenalkan banyak pelabur, itulah sebab saya sentiasa menemui PM".
Azan mahu Ketua Audit Negara untuk menyiasat perbelanjaan pasangan pertama yang sering dilaporkan dalam akhbar. Meskipun aduan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak berkuasa telah memilih untuk menutup mata. Malah, cincin berlian besar berharga RM24.4 juta milik Rosmah yang di bawa dari New York walaupun telah disokong oleh gambar skrin yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Kastam juga diketepikan.
Khabarnya baru-baru ini media New York melaporkan Jho telah membeli sebuah penthouse bernilai USD31 juta untuk kegunaan Rosmah di Time Warner Centre. Menurut New York Post, Jho yang berusia 29 tahun telah membayar lebih daripada USD6, 400 bagi setiap kaki persegi bagi unit berukuran 4825 kaki persegi tersebut.
Dan mungkin kerana menyedari perasaan tidak puas hati orang ramai ke atas kemewahan Rosmah, Jho yang bersekolah dengan anak Rosmah dari perkahwinan beliau yang pertama beliau dengan pantas memberitahu sebuah akhbar Cina dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa Rosmah adalah sekadar “kawan baik saya” dan bukan “sugar mummy” atau “Godmother”.
“Saya kenal anak-anak Perdana Menteri dulu sebelum saya kenal Perdana Menteri. Saya memperkenalkan banyak pelabur asing ke Malaysia dan sebab itulah saya selalu bertemu dengan Perdana Menteri,” Merdeka Review melaporkan Jho sebagai berkata.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu telah terlibat dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang bernilai RM10 bilion, yang kemudiannya telah ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad bernilai RM15 bilion dan UBG, bekas cabang perbankan yang dikawal dan dicemari rasuah oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa 1MDB terlibat dalam pembangunan semula lapangan terbang tentera kontroversi di Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang sebenarnya adalah dana Najib.
Kemewahan sama di Putrajaya
Pusat pentadbiran Najib di Putrajaya juga berlaku pembaziran dan ia semakin berleluasa walaupun Najib cuba menunjukkan bahawa dia berjiwa rakyat. Dalam majlis baru-baru ini untuk kitaran amal di Pulau Pinang, Najib memberitahu bagaimana dia sering berbasikal untuk pergi ke gerai nasi lemak kegemarannya di Tanglin untuk bersarapan.
Tetapi menurut Azan, jika dia benar-benar bersimpati dengan orang ramai, dia akan menyedari bagaimana harga ‘nasi lemak’ untuk sarapan itu kini semakin melonjak dan menyusahkan pekerja biasa yang tidak pernah mengalami kenaikan gaji sejak kebelakangan tahun ini. Ia juga tidak menjelaskan mengapa beliau membelanjakan beratus-ratus juta wang negara untuk pembersihan dan ubahsuai kediaman rasminya yang masih baru – Sri Perdana.
“RM200 juta telah dibelanjakan untuk membina kediaman dan mengapa pada akhirnya, ia masih disewa daripada Putrajaya Holdings merupakan satu misteri. Penyelenggaraan elektrik dan air tidak harus lebih daripada 10% daripada kos sebenar bangunan itu. Tetapi ia mencecah RM10 juta setahun, satu angka yang tidak munasabah, “kata Azan.
Menurut Azan, kos mengekalkan kedua-dua kediaman rasmi Najib dan timbalannya itu mencecah sehingga RM50 juta setahun. Satu jawapan bertulis daripada pejabat Perdana Menteri pada bulan Jun (jarang diperoleh) menunjukkan bahawa sebanyak RM48.8 juta telah dibelanjakan di Sri Perdana dan ini termasuk sewa, pembaikan, elektrik dan bil air. Sewa untuk kedua-dua kediaman telah dinyatakan berjumlah RM33 juta, sementara penyenggaraan adalah RM3.6 juta.
Lebih teruk, bil elektrik Perdana Menteri dan timbalannya mencecah RM10 juta, manakala bil air mencecah RM1.9 juta bagi tahun yang sama. Secara perbandingannya, sebelum Najib, Abdullah Badawi hanya membelanjakan kira-kira RM4.15 juta di Sri Perdana pada tahun 2008, manakala RM2.74 juta telah dibelanjakan di Seri Satria, kediaman TPM.
Berbelanja berjuta-juta untuk hartanah yang disewa
Yang peliknya, kedua-dua kediaman tersebut dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd. Dalam erti kata lain, kerajaan Malaysia mencurahkan beratus-ratus juta wang rakyat kepada hartanah yang tidak dimiliki negara. Ahli Parlimen PAS Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, telah membangkitkan isu ini di Parlimen tetapi sehingga kini, Najib gagal untuk memberikan apa-apa jawapan.
“Selepas kami buat sidang akhbar, tiada pihak yang berkenaan kembali kepada kami untuk menjelaskan mengapa kos yang dibayar begitu tinggi seolah-olah isu itu disapu di bawah tikar. Itulah realiti pentadbiran Najib, tetapi beliau pula memberitahu rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan, “kata Mariah. Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan perlu menyewa daripada Putrajaya Holdings.
“Seperti yang kita tahu, Putrajaya disewa, ini bermakna kerajaan mempunyai satu komitmen bulanan yang besar kerana ia bukan aset kerajaan. Jika satu analisis jangka panjang untuk kos dilakukan, saya berpendapat kerajaan menangung kerugian kewangan yang besar,” kata Mariah.
MC
Ahad, 2 Oktober 2011
Perhatian Buat Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar SK Simpang Taiping Perak.
TUN M semakin galak merapu
"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.
"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama. " - Tun M pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan semalam.
* Kenyataan ini jelas mantan PM ini masih belum faham dengan Islam sejak dahulu hingga kini....
Mustahil Jamil Khir Bahrom,Ust Firdaus,ustz dr Mashitah dan 40ulamak muda UMNO jahil tentang perkara ini..Tun M wajar dan wajib bagi mereka memberi tahu perkara sebenar mengenai Islam dan akibat dari kenyataan Tun M itu apa kesanya pada akidahnya sendiri.
Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadith kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dan lain hukuman yang terdapat dalam AlQuran.
Sumber: http://greenboc.blogspot.com/2011/10/umno-kalah-besar-jika-pru-13-sekarang.html