Sabtu, 28 Januari 2012

Otai Alam berjaya mesejkan kepada Najib di Sitiawan


29 Jan 2012 ~ Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan mencatitkan kejayaan buat Otai-Otai perjuang Alam Sekitar dari Manjung . Mereka membantahan tentang pencerobohan alam sekitar di Manjung. SdrOtai Manjung telah berjaya menyerahkan sendiri Memorandum ketangan Najib sewaktu beliau turun bas ke lokasi disini.

Gambar diatas: Wajah bersemangat otai-otai pejuang alam sekitar dalam misi menjaga dan menyelamatkan alam ini dari dimusnahkan untuk masadepan tanah air. Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat.

UMNO: MENJADI SASAU KERANA NAMA....


Dewan orang ramai ini dibina oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama. Duit rakyat didirikan atas tanah kerajaan di Kg Changkat Ibol ,Mukim Bukit Gantang.Dinamakan Dewan JKK dan UMNO.
Semasa Pegawai Daerah Dato'Mahmood Morsidi,Dewan Orang ramai tidak dinamakan Dewan JKK dan UMNO,walaupun baru dibina.
Zaman D.O Harun Rawi ,duit rakyat yang digunakan untuk membina dewan orang ramai ,diberi nama Dewan JKK dan UMNO. Harun Rawi tidak profesional langsung. Betul-betul pro UMNO.Teringat semasa DS Nizar MB pada masa itu melawat pejabat daerah,dia langsung tak tunjuk muka.
Begitu juga semasa Hj Roslan Shaharum bertemu Pegawai Daerah Dato' Mahmood Morsidi,dia pun cabut ,menghilang diri.

Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan mencatitkan kehebatan tersendiri...


29 Jan 2012 ~ Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan mencatitkan kehebatan tersendiri...
Najib,Rosmah dan rombongan datang dengan Bas.... Tarian Singa teramai penyertaan di Malaysia seramai 250 ekor... Bas upahan membawa pengunjung upahan melebihi 300 buah... DAN kes anak kecil kehilangan ibubapa dilokasi yang diumumkan pihak penganjur melebihi 10 orang...yang hebatnya ini adalah majlis Tahun Baru Cina tapi kesemuanya anak orang melayu dan seorang anak orang india.....hahaha...

* Apapun ada kejayaan tersendiri tercipta iaitu buat Team
Mat Saman Kati danOtai Manjung . Syabas buat mereka... http://www.facebook.com/photo.php?fbid=301618586551925&set=a.258390434208074.56496.100001113585032&type=1&ref=nf

Jumaat, 27 Januari 2012

Menteri: Harga Gula Kekal RM2.30 Sekilogram...dia berbunyi tanda nak naik harga..!!!

Post Pic
KUALA LUMPUR, 27 JAN : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram (kg) walau pun harga semasa pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata subsidi gula meningkat kepada 54 sen daripada 20 sen sebelumnya dan jumlah subsidi meningkat kepada RM567 juta tahun ini daripada RM262.41 juta tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pekeliling Amalan Terbaik Perniagaan Terbaik Suruhanjaya Syarikat Malaysia 3/2012 hari ini, katanya langkah itu dilakukan bagi memastikan paras harga kekal pada tahap semasa.

"Kalau harga gula dinaikkan, banyak lagi harga produk lain akan dinaikkan. Jadi inisiatif kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat dengan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia mungkin akan mendapat kesan daripada kenaikan ini."

"Oleh yang demikian, harga gula dikekalkan supaya rakyat tidak akan terasa sebarang kenaikan," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia kini terpaksa mengimport hampir 100 peratus keperluan gulanya berbanding dengan 98 peratus sebelum ini kerana tanah yang dahulunya digunakan untuk menanam tebu di Chuping Perlis, sekarang ditanam dengan kelapa sawit dan getah.

Umno akan tubuh jawatankuasa disiplin parti, elak sabotaj besar-besaran......tanda ahli UMNO dah benci....!!!

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Gambaran jelas tarikh pilihan raya umum semakin hampir, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kali mengumumkan Umno mempertimbangkan untuk mengaktifkan jawatankuasa disiplin parti sebagai persiapan awal.
Presiden Umno ini menjelaskan langkah itu diambil untuk mengukuhkan disiplin parti dan seterusnya menghalang sebarang usaha untuk sabotaj pemilihan parti sebelum pilihan raya diadakan.
“Kami tidak mahu sesuatu berlaku selepas pemilihan, kesannya telah pun berlaku. Jadi lebih baik kita proaktif.

“Ini adalah yang pertama kali, dalam erti kata lain kami mengaktifkannya (jawatankuasa) lebih awal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno malam tadi.
Perdana menteri (gambar) bagaimanapun menafikan Umno menjangkakan sabotaj besar-besaran di antara ahli akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang menambah ia hanya langkah berjaga-jaga.
Beliau berkata ia bukan perkara luar biasa menghadapi masalah disiplin dalam mana-mana pilihan raya terutamanya dari ahli-ahli yang tidak dipilih menjadi calon.
“Dalam parti yang besar, terdapat ramai yang membantah...Mungkin mereka tidak dipilih dan pengikutnya, yang akhirnya memilih menyokong pembangkang.
“Oleh itu, pada saat ini kita perlu kukuhkan disiplin (dalam parti),” kata Najib.
Beliau berkata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan pembentukan jawatankuasa disiplin dan jumlah anggotanya.
Dijangkakan Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 lebih awal, mengambil kira faktor kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini, Bajet 2012 dan janji-janji transformasi termasuk jaminan akan meningkatkan kebebasan awam.
Mengenai persiapan Umno menghadapi pilihan raya umum, Najib menunjukkan tanda isyarat bagus tetapi menambah masih banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan setiap calon.
“Lantaran, sudah menjadi tanggungjawab ahli majlis tertinggi untuk bekerja lebih keras tanpa mengira waktu,” katanya.
Pada perhimpunan agung Umno Disember lalu, Najib memberitahu kepimpinan tertinggi parti itu mengutamakan perpaduan berbanding kepentingan diri sendiri dan melatakkan pilihan raya umum fokus penting daripada pemilihan parti.
Beliau mengingatkan gendang pilihan raya semakin kuat dan meminta semua ahli perlu mementingkan “calon mampu menang” pada pilihan raya umum, yang beliau ramalkan akan menjadi “luar biasa.”
Masalah dalaman dan sabotaj, termasuk ahli parti menentang Barisan Nasional (BN), dikatakan penyumbang utama kepada prestasi suram Umno pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

CERAMAH UMNO VS CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI JALAN KEBUN

Kalau kita tengok kehadiran di kedua-dua ceramah ini.. kita tahulah yang mana satu menjadi pilihan rakyat jalan Kebun...

Jadi UMNO dan panglima buntal jangan nak berlagak akui Jalan Kebun UMNO yang punya...
minta tolong sikit ok....

Korang tengok le sendiri....

Ini ceramah UMNO.....

tempat tak berapa jauh dari Dewan MBSA Jalan Kebun yang menempatkan ceramah Pakatan Rakyat...

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
Ok...
dah tengok...?
ini pulak ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di dewan MBSA Jalan kebun...





keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki


melimpah keluar





Jadi dapatlah kita nilaikan bagaimanakah keputusannya nanti semasa PRU13...

Khamis, 26 Januari 2012

'Kuasa Ketiga semua kaki buat taik'

MP: Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga' -M'kini

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.


Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.
Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.
"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.-Malaysiakini
Semua muka di atas adalah bekas yang menumpang senang atas parti yang mereka bertanding dalam pru 13.Braheng Ali Perkasa bertanding atas lambang Pas pru 12 yang lalu menang di parlimen Pasir Mas.Gerenti kalah kalau bertanding lambang kati.

Zul Noordin bertanding atas tiket PKR menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.Begitu juga dengan Hasan Ali.

Mereka tak merasa makan elaun ahli parlimen dan jadi exco jika rakyat yang bencikan Umno tak pangkah mereka.
Dah menang dapat nikmat jawatan yang depa pegang lepas tu buat taik!


Pengajaran buat semua parti ABU (Asalkan bukan Umno) jangan pilih sampah sarap, cakap kaki putar alam, kaki auta dan gelembong pusing 360 darjah , cakap berdegar-degar modal air liur untuk jadi calon parti ABU pru 13.Jangan sampai ular yang sama patuk tangan sampai dua kali!


Kami rakyat dah tak tahan dijajah Umno-BN sampai 54 tahun dah.Jangan buat taik sesama sendiri kalau mau rakyat pangkah PR.

Selangor Sah Milik UMNO PRU 13...Ceramah Pakatan Rakyat Di Sabak Bernam Gagal!!!

Berita yang amat mengembirakan pemimpin-pemimpin, ahli, pendokong, penyokong dan pencacai-pencacai UMNO... ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di Sabak Bernam malam tadi hambar dan langsung tiada sambutan.... dipulau oleh rakyat tempatan.

Setelah berlakunya peristiwa merusuh dan mengganas di Jalan Kebun jam lebih kurang 9.30 malam 21hb Januari 2012 yang lalu oleh sekumpulan pemuda berjiwa dan berdarah pekat UMNO, kini sambutan terhadap perjumpaan dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya jika penceramah itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata dan terbukti sudah tidak mendapat sambutan lagi...terkini dilubuk kuat UMNO sendiri di Sabak Bernam...satu-satu kawasan Parlimen di Selangor yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat, ceramah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup hambar sekali...kehadiran penduduk setempat hanya disekitar 10 orang sahaja....DSAI pada malam tadi berceramah didepan makhluk-makhluk halus termasuk bunian....CUKUP MENGHAMPAKAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.

Ternyata segala propaganda terhadap Pakatan Rakyat dan DSAI oleh UMNO amat berkesan sekali...kini Hj Ah Jib Gor sebagai Pengerusi UMNO Selangor sudah pasti tersenyum lebar bila mereka yang ditugaskan untuk menawan Selangor telah berjaya dalam penugasannya.. Misi tawan Selangor sudah berjaya....pemecatan Hasan Ali Akidah cukup memberi kesan dan impak... kemasukan Ezam Mat Nor sebagai tunggak utama menyerang PR memang tepat....penerimaan Noh Omar sebagai orang kuat UMNO Selangor memang cukup hebat...

Maka terkulat-kulatlah Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Selangor pada PRU 13 nanti....rakyat khasnya orang Melayu sudah tekad muktamad maukan UMNO... rakyat Selangor masih terbayangkan linang "air mata" Hj Ah Jib Gor bila beliau berkata jika rakyat Selangor mau hidup senang dan selesa.. kembalikan kuasa kerajaan negeri ketangan UMNO..

Pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, RM200 baucer buku untuk penuntut pengajian tinggi dan BR1M RM500 adalah satu langkah bijak Hj Ah Jib Gor menambat dan menawan semula hati rakyat...kisah lembu fidlot duduk kondominium mewah sudah tidak boleh dijadikan isu lagi...TAHNIAH UMNO SELANGOR... MISI ANDA BERJAYA...

PSSSTTT.......betul ke apa yang saya cakap ni?....KWAH KWAH KWAH.

Dari: omakkau.blogspot.com


Benarkah Datuk AC Mizal Anak Kelahiran Perak?

Pasai nak baik sangat dengan AC Mizal.. Kak Midah sanggup tuko fakta... Midah cakap AC Mizal orang Perak sedangkan die orang Muar, Johor.. tengok kenyataan kak midah...

aku tgk kt wikipedia, tercatat kelahirannya di Muar...



http://ms.wikipedia.org/wiki/AC_Mizal

AC Mizal Orang Johor, dapat Datuk kat Pahang.. jadi Ahli Umno kt Ipoh Barat... Masuk kt Ipoh Barat tapi kak midah yang buat sidang media.. Apa kene mengena? lepas masuk Umno, banyak show AC kt Perak.. sampai jadi duta perlancongan lagi... adakah ini perjanjian Hamidah dengan AC mizal selepas sertai Umno?? jom berfikir

Midah oh Midah





Diambil dari blog: http://demokrasi93.blogspot.com

PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.

Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.

Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.

Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha.



Orang Cina Ada Sebab Kukuh, Mengapa Kena Pangkah “Bulan”!

Kemaman - Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol “bulan” pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Beliau berkata ayah dan datuknya adalah ahli seumur hidup MCA, namun menurutnya beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana prinsip-prinsip agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan.

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat itu menjelaskan, DHPP adalah “jambatan” penghubung antara PAS dengan bukan Islam.

“Saya sendiri datangnya dari keluarga parti MCA. Ayah dan Datuk saya ahli seumur hidup MCA. Sejak tahun 2004, saya menyertai Kelab Penyokong PAS dan peranan kita sebagai “jambatan” kepada parti PAS dengan kaum bukan Islam," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Kaum Tionghua yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, pada Rabu 23 November lalu.

Vincent Lee berkata, rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai dan rakyat mesti memberi peluang kepada Pakatan Rakyat

“Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan (PAS) dalam pilihan raya akan datang. Kita (rakyat) kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.

“Sebab dalam tempoh 50 tahun Barisan Nasional memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan.

“Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita (Pakatan Rakyat) tidak betul, anda (rakyat) boleh undi mana-mana parti yang anda suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai “Putrajaya” banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya.

Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat.

“Kita(Pakatan Rakyat) sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak ‘menjejakkan’ kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak ‘kuasa’ berada di Putrajaya.

“Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Sementara itu, beliau mengakui, kaum Tionghua telah banyak berubah dan tidak lagi 'phobia' kepada PAS dan agama Islam.

Menurutnya, sebelum ini orang Cina takut kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya tentang PAS dan Islam.

“Sebelum ini, kaum Cina takut sekali dengan parti PAS dan yang paling asas sekali ‘ketakutan’ mereka mengenai makanan, kebudayaan dan agama.

“Kita (DHPP) yang memperkenalkan isu-isu, dasar dan prinsip-prinsip sebenar mengenai maklumat yang lebih tepat tentang parti PAS,” ujarnya

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua DHPP Terengganu, Lip Woon Chang. -BuletinOnline


Perdana Menteri Australia dihambat penunjuk perasaan


26/Jan - Perdana Menteri, Julia Gillard, dan Ketua Pembangkang, Tony Abbott, telah dihambat dari sebuah restoran berhampiran bangunan Parlimen oleh penunjuk perasaan yang marah.Cerita lanjut di SINI

Ini di Australia tau .. bukan di sini .. !