Sabtu, 18 Februari 2012

Selepas mendapat Phd kini wajah Rosmah glamour di Kota London

Hahahahaha...kah..kah..kah...Rosmah glamour di Kota London...
Zunar dan Clare Rewcastle Brown sedang menconteng lukisan dalam demo di pejabat Tourism Malaysia di Trafalgar Square di London semalam. Sumber: FaceBook 

Tahniah Zunar kerana berjaya melakar sejarah negara dalam dunia kartunis dengan karya-karya hebat dan kini keberhasilanya amat baik dengan penerimaan dunia luar seperti kota London tentang isu-isu tanah air melalui karya kartunis. 
Sumber berkaitan : Merdekareview

Tun M memfitnah dengan anggapkan rakyat semua buta huruf dan tak tahu maklumat

Dr M: Fitnah Pembangkang sanggup sokong Israel
Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.- Malaysiakini



Lihatlah imej-imej ini betapa rapatnya Malaysia dengan Israel sebagai rakan dagangan.
Ini kontena tertera ZIM..!!! Dari negara mana..??
Carta senarai keakrapan dagangan Malaysia dan Israel

Sebuah peralatan disebuah kilang di Malaysia “Made in Israel” tertera di situ - Sumber FB


Tun M, diusia bonus ini janganlah buat kenyataan yang jelas ianya suatu fitnah atau pembohongan...cukuplah,berhentilah,berehatlah dan pencen sepenuhnyalah dari berkata-kata tentang dunia politik tanah air ini..Bukan rakyat atau penyokong PR takut dengan kenyataan Tun M,Ingatlah Tun M sekarang ini tahun 2012 yang dipanggil alaf saitek,bukan lagi dizaman rakyat bergantung percaya 100% dengan omongan kosong media massa arus perdana saja..sekali Tun M mengeluarkan kenyataan sedemikian..sejuta sumber dan sejuta fakta benar akan disanggah oleh semua rakyat yang sudah lebih cerdik dan pandai dari Tun M.- Orang ni.

PANAS..!!! DSAI telah terperangkap dalam kepung semalam di Subang Jaya ...

Terperangkap serta dikepung untuk gambar ...hahaha..
Nampaknya makin POPULAR lah DSAI...
Lagi di KECAM lagi ramai peminatnya...hehehe..
meroyan sasau puak UMNO BN dengar cerita ni...kah..kah..kah..

SUMBER: Facebook  Amk Kota Melaka

PRU semakin hampir Ibrahim Ali PERKASA mula bodek Rosmah...

KUALA LUMPUR 18 Feb - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sempat bersama-sama Wiranita Perkasa dalam Majlis Makan Malam Amal Wiranita Perkasa disini malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau menggesa Wiranita supaya menggunakan apa jua platform sebagai sebuah badan bukan kerajaan NGO dalam memartabatkan wanita.


Tambahnya lagi, peranan wanita kini semakin mencabar dalam peranan memacu ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara.
"Platfom ini perlu diguna bertujuan memastikan perjuangan wanita dalam memperkasakan bangsa dan negara akan sentiasa relevan sepanjang masa," -  Rosmah Mansor.- KLpost


" Najib sihat ke..??"- Brohim Ali menyambut Rosmah

Rosmah di iring Brohim Ali

Sebelum makan...nyanyi adalah wajib..hehehe..

Hiburan Melayu PERKASA begini adalah wajib dalam Majlis.

Brohim Ali menyampaikan ucaptama bodek untuk senang masa PRU 13 nanti.

Acara bergambar ala Melayu PERKASA...hehe..
Rosmah Mansor dan Ketua Wiranita Perkasa, Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin (duduk, dua, kiri) bersama sebahagian Wiranita Perkasa yang hadir pada Majlis Makan Malam Amal di sini hari ini.
Terselit dan tersegeh sama Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang semakin tak keruan melompat untuk mencari hala tuju masa PRU nanti, 



Brohim Ali memang berhasrat sangat nak bertanding PRU akan datang tapi belum  menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.
Beliau berkata, sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian. - Mstar

[ Klik imej untuk lebih jelas ]


MB haram Perak Zambry wajib jawap yop....Betulkah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung...?

Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Majung?
PARIT- PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.
Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun seratus peratus siap dibina.
Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan.
Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.
Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.
“PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini,” katanya.
Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.
“PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil,” ujarnya.
-Harakahdaily

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.


"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.


"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..


Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.
Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.


Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.
"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.


"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.- Harakahdaily


Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'

KOTA BHARU, 18 Feb: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.
Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.

“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.
“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.
Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan.
Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.
“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.
“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya.




Jumaat, 17 Februari 2012

Ahmad Maslan ke Sarawak promosi buku jingga PR dan buku blue BN serta gagal bawa masuk UMNO

UMNO gagal rancangan lebar sayap ke Sarawak


KUCHING: UMNO tidak akan membuka cawangan di negeri ini, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Bukan sahaja tidak akan membuka cawangan, UMNO juga katanya tidak mempunyai rancangan untuk melebarkan sayap partinya ke negeri ini.

Katanya, pimpinan tertinggi UMNO telah menegaskan pendirian bahawa parti ini tidak akan bertapak di Sarawak dan ia sama sekali mustahil untuk berlaku. “Pihak UMNO tidak pernah merestui dan menyokong mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuka cawangan parti itu di negeri ini seperti yang dikhabarkan.

“Ini adalah satu agenda peribadi oleh pihak tertentu ia tidak ada berkaitan dengan parti.
“Inilah titik noktahnya, UMNO tidak akan membuka cawangan di negeri ini seperti yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti,” katanya.
Jelas Ahmad Maslan, Sarawak telah mempunyai parti komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, tidak ada rancangan mahupun persefahaman antara UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini untuk UMNO membuka cawangan di sini.
“UMNO membenarkan sekiranya ada di kalangan rakyat Sarawak ingin menyertai parti di Semenanjung Malaysia tetapi tidak jika berhasrat untuk membuka cawangan di negeri ini.
“Apa yang lebih penting di sini ialah sokonglah BN dan bukan sebaliknya,” katanya.

PAS ada ahlinya di Sarawak,
PAS ada pejabatnya di Sarawak…
PKR ada ahlinya di Sarawak.
PKR ada pejabatnya di Sarawak…
DAP ada ahlinya di Sarawak..
DAP banyak pejabatnya di Sarawak…
UMNO ada apa di Sarawak…?????? Hanya ada puaka,jembalang,hantu dan anjing kurap yang datang dari semenanjung untuk berkempen di Sarawak….
Sudah 53 tahun merdeka UMNO tetap gagal untuk diterima oleh keseluruhan rakyat di Malaysia.




JATI dan UMNO sehati dan sejiwa

Ahli UMNO dan Ahli PERKASA sedang sibuk menyiapkan topeng untuk sertainya...
JATI - Jalur Tipu...hehehe...

Politik Mafia : Kerana Sertai Pas Bekas Pengarah Pelajaran Terima Pelbagai Ugutan

PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato’ Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.
Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.
”15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato’ lagi daripada Sultan,” terang beliau lagi.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.
Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.
Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.”Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.
”Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim ‘Bagi Rasuah Satu Malaysia?” soal beliau lagi.Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.
Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.”Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.
”Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.”Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu.”Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?” soal beliau lagi.

[ Vedio ] Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)


Pada 16 Feb 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?
MAKNANYA ,... kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, ISRAEL tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang... 

SEJAK kebelakangan ini, nampaknya media arus perdana seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin tak henti-henti menyerang Anwar berhubung isu "two state solution".

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen Israel, tali barut Israel, boneka Yahudi, Anti Palestin dan lain-lain you name it. Tujuannya mudah difaham, iaitu untuk meraih undi orang Melayu untuk BN sempena PRU13.-MS Klik  Seterusnya



Awangku Ludin dan Rainie Ali Lebih Jujur Dari Najib dan Rosmah.

Akhbar NST melaporkan satu keluarga nelayan telah mendapat dua kali bantuan RM500 BR1M. Walau bagaiamanpun pasangan keluarga tersebut Awangku Ludin Pengiran Jini dan isteri beliau Rainie Ali, telah memulangkan satu dari bantuan tersebut, kerana Awangku Ludin tidak menyedari sebelum ini isteri beliau juga telah mengisi borang permohonan BR1M tersebut, yang akhirnya kedua-dua permohonan telah diluluskan.

Fisherman returns one BR1M voucher 
17 February 2012 , KUCHING: A fisherman and his wife are now a celebrated couple in the northern district of Lawas, in Sarawak for their honesty.  
Awangku Ludin Pengiran Jini and wife, Rainie Ali, were the talk of the town after the former returned the RM500 he received from 1Malaysia People's Aid  because he felt he did not deserve it.   
The couple applied for the assistance separately without each other's knowledge. "We didn't realise that both of us had applied for the aid. In the end, both our applications were approved and we want to return one," Awangku Ludin said.-  Nst

AMANAH adalah antara sifat terpuji Islam anjurkan kepada setiap Muslim. Malah, ia adalah penentu atau garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Tiada iman bagi yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Dailami).

Orang ni  terharu juga rasanya membaca kisah ini yang berlaku di Sarawak,yang mana bukanlah sebuah negeri yang maju dikalangan negeri lain di Malaysia ini. Kejujuran dan amanah pasangan ini wajar dipuji serta dijadikan contoh kepada semua rakyat di tanah air ini kerana berlaku jujur dalam diri sendiri. Negara ini pasti akan bertambah maju sekiranya tiada penyelewengan diperingkat kepimpinan berlaku sepertimana sekarang ini,kes-kes rasuah,pecah amanah banyak berlaku didalam kerajaan UMNO BN didalam negara ini. 

Pesta Layang-Layang Di Johor di Landa Ribut Petir



PASIR GUDANG:  Festival layang-layang ke-17 dunia Pasir Gudang, Johor  dilanda ribut petir jam 4:50 petang tadi disini.

Kejadian ini menyebabkan pengunjung dan para peserta layang-layang   bertempiaran lari keluar dari khemah-khemah untuk mencari perlindungan di tempat  yang lebih selamat.

Roger Martin 68,salah  seorang peserta Australia yang telah selama 10 tahun menyertai acara ni,berkata beliau berjaya menyelamatkan semua barang kepunyaannya  termasuk layang-layang berbentuk SpongeBob SquarePants. Pada awalnya beliau  berasa yakin mengenai cuaca pada majlis tersebut,namun semua cuaca telah bertukar tanpa dijangka dan baginya ini satu kejadian yang memalukan.

Dilaporkan banyak layang-layang yang gagal diselamatkan dalam kejadian tersebut.
Seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan, berkata  tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu. - thestar

Rosmah Baru Dapat Phd, Tapi Gelaran Kena Tarik - Universiti Curtin mohon maaf.

Tamparan buat Rosmah: Curtin menarik penggunakan istilah FLOM pada Rosmah.


Tamparan buat Rosmah: Curtin menarik diri dari menggunakan istilah FLOM
Dalam satu langkah yang bakal menjatuhkan krebaliti isteri seorang Perdana Menteri Najib Razak, Universiti Curtin di Australia telah memohon maaf kerana merujuk kepadanya sebagai “First Lady of Malaysia” (FLOM), yang menurut perlembagaan negara ini adalah satu gelaran yang dikhaskan untuk Permaisuri.
Curtin telah membuat kesilapan itu apabila ia mengeluarkan kedoktoran kehormat kepada Rosmah Mansor yang tidak popular itu. Walaupun ia tidak berkata demikian, universiti tersebut tentu mendapat lebih daripada daripada apa yang ia minta apabila ia baru-baru ini menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada beliau. Banyak aduan yang membanjiri halaman Facebook universiti itu dan walaupun ia dituduh cuba untuk mendapatkan ganjaran atau telah menerima beberapa bentuk rasuah ataupun apa-apa yang lain untuk memberikan Rosmah PhD, dan menganggap beliau sebagai “First Lady of Malaysia”.
"Kami juga menerima bahawa penggunaan istilah “First Lady” telah menyinggung sesetengah pihak, dan memohon maaf di atas perkara ini. Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu, dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan membuat perubahan tentang perkara ini, "Jeanette Hacket, Naib Canselor Curtin,berkata dalam satu kenyataan.
Ia mesti diberi perhatian bahawa hujah berhubung siapa yang patut menjadi FLOM telah meletus beberapa tahun dahulu, dan perbahasan itu telah sampai hingga ke Parlimen. Tetapi Permaisuri yang baik budinya dan coretan agresif Rosmah sendiri membantunya untuk berpegang kepada gelaran yang diberi kepada dirinya sendiri – Rosmah merupakan orang pertama di kalangan isteri-isteri perdana menteri Malaysia yang pernah berbuat demikian.
Tidak akan menarik balik PhD
Penarikan balik penggunaan istilah FLOM merupakan sejenis kompromi dari Curtin kepada alumni dan badan pelajarnya, yang telah menjadi riuh rendah berikutan mereka mengkritik alma mater mereka kerana tidakmemeriksa latar belakang Rosmah sebelum menganugerahkan PhD tersebut. Malah, Rosmah telah terlibat dalam banyak skandal termasuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dimana dia telah menafikan sebarang penglibatan. Namun dua bekas pengawal peribadi beliau sedang terseksa kerana pembunuhan tersebut, dengan salah satu daripada mereka secara terbuka mengatakan bahawa dia cumalah catur yang digunakan dalam permainan yang dimainkan oleh ahli politik berkuasa. Rosmah juga telah dituduh bersikap tamak dan terlibat dengan rasuah.
Walau bagaimanapun, Hacket mempertahankan keputusan universiti untuk memberikan PhD kepada Rosmah, yang katanya adalah untuk "perkhidmatan unggul" kepada university tersebut, kepada masyarakat atau orang-orang yang telah membuat sumbangan yang cemerlang kepada bidang dan usaha akademik.
"Kami mengakui bahawa terdapat pelbagai pandangan mengenai penganugerahan ini, tetapi Universiti tetap dengan keputusannya untuk memberikan Ijazah Kehormat Kedoktoran," kata Hacket.
"Datin Sri Rosmah telah diiktiraf sebagai pengasas dan penggerak di sebalik pusat pembelajaran kanak-kanak Permata yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun untuk mengalami pembelajaran awal yang berkualiti. Inisiatif ini menyedari kepentingan pendidikan awal untuk kanak-kanak dan akhirnya untuk komuniti mereka. Kini terdapat lebih daripada 600 pusat Permata yang mencecah puluhan ribu kanak-kanak. "
Dicaci
Pada umur 60, Rosmah sering mendakwa kritikan yang memburuk-burukkannya adalah disebabkan taktik memburuk-burukkan orang dari pihak pembangkang.
Walaupun kerana PhD itu, beliau menyelar pengkritik "cemburu" kerana mengadu kepada Curtin. Namun, beliau adalah Flom yang paling selalu dicaci. Beliau dikenali kerana membeli-belah secara mewah dan pembelian beliau didakwa termasuk cincin berlian AS $ 24juta dan juga beg tangan Birkin.
Digelar Imelda-Rosmah, beliau juga merupakan ahli perniagaan yang licik dan ketua-ketua korporat sering mengadu bahawa cadangan mereka harus melepasi beliau sebelum mereka dapat berjumpa dengan PM.
Malaysia Chronicle