Jumaat, 23 Mac 2012

Karnival Ziarah For Peace Ahmad Zahid Hamidi bersama 126 artis gempur dengan rantai maksiat di Taiping.



Karnival Ziarah For Peace, Malaysia Destinasi Keamaan..inilah tajuk yang nampak hebat tapi penuh dengan bermacam agenda politik yang tersembunyi. Aku tak kisahlah kalau dikatakan  konon-nya program sedemikian dilakukan untuk meneruskan amalan ziarah yang sudah bermula sejak permulaan tamadun dan pihak penganjur konon-nya hendak   hidupkan amalan ziarah demi kebaikan dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap masadepan anakbangsa tanah air.

Apa yang kejadahnya amalan Ziarah for Peace yang bakal dilangsungkan kat Taiping nanti dengan jumlah artis seramai 126 orang..!!! Dah macam digempur dengan bala tentera dari kekuatan 6 Platun pula..sebab yang rasmi program ni ialah Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi..kalau  betul program ni untuk perubahan  generasi  yang sayangi  konsep cinta sejagat, bersatu dalam perjuangan untuk keamanan, tak payah lah di galak-kan maksiat pula,tak perlulah buat pembaziran..sebab jemput artis-artis tu semua bukan free..semua berbayar. Aku bukan anti hiburan..tapi aku anti hiburan yang melampau yang jelas nampak pembaziran.

Menurut sumber mengatakan program kat Taiping kali ini menelan kos hampir 3 juta..!!!!??? terkejut aku jika benar sedemikan jumlahlahnya,kalau bantu rakyat miskin di sekitar Taiping pun bagus.

Dalam program  Ziarah For Peace ada macam-macam acara…apa yang aku nak sentuh disini mengenai  acara “Rantaian Maksiat..” Apa relevan,apa kebaikan,apa keuntungan,apa faedah dibuat rantaian manusia ni..??? Acara  ni dah lama nak dibuat oleh pihak berkenaan yang aku nampak semata-mata bermotifkan politik,bodek dan ampu kat Perdana Menteri Najib.

Acara ini akan buat rantaian maksiat dengan memenggang tangan tak kira lelaki perempuan dari Changkat Jering sampai ke Putrajaya…kenapa Putrajaya..?? tidak ke Istana Negara yang baru..?? Tidak ke Dewan Parlimen..?? hahaha semua tu bodek Najib punya kerja..atau Najib punya kerja untuk nampak rakyat ada suka atau tidak suka sama dia dan Rosmah…hahaha..

Program ini akan berlansung awal bulan April…aku rasa masih ada masa lagi untuk dibuat dibuat sesuatu dari pihak yang tak mahu Taiping di jadikan tapak pesta rantaian maksiat. Kalau dah 126 artis..selama 3 hari..sorang artis menyanyi 1 lagu pun  cukup..dah 126 lagu..!!! kalau sorang artis 1 tarian..dah 126 tarian…maka bergegarlah seluruh Taiping Perak dengan gegaran maksiat.

Aku harap sangat-sangat….Ustaz-ustaz,alim ulama dan cerdik pandai Islam di seluruh Perak khususnya di sekitar Taiping, tak kiralah dari mana-mana fahaman politik janganlah sekadar menyebut..MasyaAllah..Astaffirullah..saja..buatlah sesuatu..marilah kita gempur dahulu sebelum masiat ambil tempat. Kerana semua itu bakal merosakan anakbangsa dan masadepan tanahair.  

Dimanakah yang dikatakan amalan cara hidup dengan konsep  “Wasathiyah” yang di laung jerit pekik oleh Najib kalau 126 artis dilambak untuk hiburan..???


Rantai Maksiat...lelaki dan perempuan berpegangan tangan..
Wasathiyah ala UMNO BN





Khamis, 22 Mac 2012

Panas..!!! Apa benarkah ada Rosli lain bakal dicalonkan bertanding di lokasi idaman YB Dato Rosli Husin ADUN UMNO.?

Sudah jadi asam garam pekasam politik UMNO,kerja jatuh menjatuhkan,hentam menghentam  atau tikam belakang depan kiri kanan atas bawah sudah sebati. Inilah kisahnya yang didakwa oleh suatu sumber mengenai  dua nama Rosli di Parlimen Bukit Gantang. Menurut sumber yang pada mulanya YB Dato Rosli Husin (UMNO) ADUN Terong berasa selesa konon-nya nama beliau disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang Perak. Ini kerana kerusi  DUN Terong yang di wakili beliau sekarang  akan digadai oleh UMNO  kepada calon dari MIC.  

Namun semua impian YB Rosli meleset rupanya…Memang ada tersenarai  nama “Rosli “ tercatit untuk di calonkan,tapi Rosli lain rupanya…khabarnya nama tersebut ialah Rosli Mat Isa lebih kurang namanya, bukan Rosli Hussin.. Rosli Mat Isa ni orang Sungai Kerang dalam DUN Terong dan beliau di calonkan oleh pemimpin tertinggi UMNO…(Najib la tu..hehehe..).

Sekiranya benar perkara ini,maka sungguh malang  nasib YB Dato Rosli Husin.…kerana ada juga mendakwa nama YB Rosli khabarnya dipadam terus dari senarai untuk calon UMNO di seluruh Perak..???   Patutlah aku selalu nampak YB Rosli kehulu-kehilir dalam sessi ceramah Dr Hasan Ali di seluruh Perak..rupanya YB Rosli  sekarang terkapai-kapai dalam hala tuju dunia politik bersama UMNO. Memang semua orang Perak khususnya di Bukit Gantang  tahu yang YB Rosli Hussin ini adalah dari zaman kapal  Tun Pak Lah menjadi nakhoda..maka ada kebenaranlah sumber ini mengatakan YB Rosli Hussin akan di-nyahkan sebab sekarang zaman Najib Apco yang guna kapal selam…hahaha… 

Pemuda UMNO Larut akan berkonvoi ke Tandas Awam..??

Inilah keadaan hayat nadi  UMNO yang nazak sekarang…nak tarik golongan muda kembali sertai  kembali UMNO macam-macam pemimpinnya buat..Nampak PR buat ceramah terbuka..UMNO pun galak  buat ceramah terbuka, PAS Larut baru-baru ini buat konvoi anak muda dan munajat Perdana di Selama Perak..kini UMNO Larut pun sasau nak buat konvoi  juga…namun perbezaan tetap ketara..hahahahaa…

Pakatan Rakyat buat semua program dengan tanpa ada unsur-unsur tabur menabur atau memberi habuan kepada semua peserta,semuanya datang sertai dengan iklas hati demi perjuangan…tiada kopun minyak,tanpa duit poket  dan pendek kata tiada habuan langsung…semuanya iklas,jujur dan semangat untuk menjatuhkan kerajaan zalim UMNO BN.

Berbeza dengan progam UMNO Larut…
Dengar khabarnya Ketua Pemuda UMNO Larut  Sdr. Ariffin yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO  Perak (Dalam Banner dibawah)  terpaksa mengeluarkan pulus yang tebal  untuk anjuran konvoi Himpunan Perdana Pemuda UMNO Larut yang akan berkumpul di Astaka Batu Kurau. UMNO Larut terpaksa gunakan pendekatan  seolah-olah memberi habuan…( Adik beradik sepupu sepapat rasuah le tu..hehehe..) . Mereka terpaksa beri kopun minyak motor,baju disediakan dan  mungkin duit poket serta makan dah tentu disediakan, inilah cara dan wajah sebenar perjuangan UMNO…Ada masyukkk…ada join..tak ada masyukkk…boleh tion..tion…Lompat-lompat…hehehe…

Apa yang aku nampak UMNO Larut khususnya UMNO  Perak sekarang terlalu amat  parah,tenat dan nazak dalam mengembalikan sokongan golongan muda.
 Gambar di Pekan Batu Kurau,amat  tepat lokasi banner UMNO Larut ini…UMNO berkonvoi ke Tandas Awam…  hahaha…

Rabu, 21 Mac 2012

Terbukti..!!!!! Zambry memang pandai berlakon dalam hutan bakau

Hari ini Zambry mencuba watak lakonan terbaru dihadapan pelajar sekolah  dalam Majilis Perasmian Sambutan konon-nya Hari Perhutanan Sedunia Ke-41 Di Hutan Paya Laut Matang Taiping. Zambry berlaga dalam lakonan seperti hero yang menanam dan menjaga pokok bakau..hahaha...


Tersengeh...konon-nya sayangi hutan bakau...hehehe..

HAKIKAT SEBENARNYA..!!!!


Dan yang terbaru 

Hutan bakau Kekal bertukar kepada Hutan untuk Kroni di Teluk Kertang Kuala Sepetang Perak


Lepas ni Zambry boleh ke Bombay...hahaha..
Berlakon dengan Shah Rukh Khan...hahaha..

Ibarat burung gagak cuba bersuara kenari...tapi tetap berbunyi ak..ak..ak...


Selasa, 20 Mac 2012

Mentera Dukun UMNO membuat Najib Seram Sejuk

Fuh... Kiri... fuh...kanan..fuh..depan..fuh belakang...
PRU 13 UMNO BN masuk longkang...

Hahahaha.....

Sumber FB: King Jason


Isnin, 19 Mac 2012

[Hot] Hanya tokey Coca Cola tahu tarikh PRU 13 kata Najib..???

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih terus membiarkan semua pihak termasuk media berteka-teki mengenai tarikh sebenar pilihanraya umum ke-13 (PRU 13).
Beliau mengandaikan pertanyaan mengenai tarikh sebenar pilihanraya sebagai meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama. (Orang ni: Jawapan terbodoh dari seorang PM )
"Saya akan mengumumkannya nanti. Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini. (Orang ni: Sesi soal jawap al-APCO...)
Najib turut berkata beliau sedar bahawa ramai pihak termasuk agensi berita asing sudah meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun nanti.
Beliau yang ditanya pemberita mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, berkata negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.- KLPos
Lain disoal lain dijawap...nampak jelas watak bengap seorang PM bernama Najib.....hahaha...
Takut dedah tarikh PRU 13....sebab TAKUTTTTT.....!!!!

*(Berwarna Merah ulasan Orang ni...)

Ahad, 18 Mac 2012

2012 Tahun Melawat Perak atau Tahun Najib Berulang-ulang Melawat Perak..??

Hoi..hoi..ya..hoi..Lanun melawat  Perak..
Hoi..hoi..ya..Zambry banyak susah..tak bleh wat kerja..najib dok mai  saja…..

Najib  sudah 5 kali dan Mahyudin  pula dah masuk 3 kali..itulah tandanya  Thumpo Haoup* UMNO Perak…Sejak awal  Jan 2012 sehingga  ketika aku sedang  menaip ni, sudah naik jemu rakyat  Perak dengan  cerita dan berita tentang  Najib datang  Perak,Najib turun Sitiawan,Najib lawat Bukit Gantang,Najib bersenam Robot di Taiping, Najib ke Cangkat  Lada,Najib ke Beruas,Najib ke Ipoh, Najib kehulu kehilir di perak diselang seli oleh Mahyudin dan yang tumpang seronok pusing2 Perak menunjuk gaya rambut glamour ialah isterinya Najib  iaitu Rosmah Si Gumpal Mayang  turut kehulu-kehilir  dengan fesyen rambut terjojol..jenuh le orang Perak nengok gaya rambutnye ye...hehehe..

Begitu juga dengan Mahyudin yang  boleh dikata-kan sangat kerap turun Perak kebelakangan ini …khabarnya akan datang lagi dalam hujung bulan Mac ini di Daerah Kerian. Dari sumber UMNO disini mengatakan kekerapan  Najib dan Mahyudin datang Perak telah mengakibatkan reputasi  Si Zambry  sebagai MB Perak tergugat..apa tidaknya.. kalau udah kerap bebenor  Najib dan Mahyudin datang melawat ni…udah  tentu ada yang tak kena dan mungkin ada yang akan bakal kena…hahaha.. Tambahan pula  sokongan rakyat di Perak tehadap UMNO BN teramat merosot sekarang ini.

Ada sumber mendedahkan bahawa  dalam setiap lawatan Najib dan Mahyudin ke Perak akan membuat  Zambry  menjadi  pening,runsing  dan keluh kesah ibarat  seperti  burung gagak betina tua  yang  hendak bertelur. Zambry  terpaksa  mengarahkan setiap ADUN-nya  (BN) di Bahagian-Bahagian untuk mengerah paksa  ahli UMNO untuk datang meramaikan  majlis2 Najib dan Mahyudin . Keadaan ini dilihat seolah-olah Najib dan Mahyudin  sentiasa  ingin menguji sokongan rakyat terhadap UMNO BN di Perak. Kehulu kehilir  dalam Perak  semata-mata nak tengok keadaan sokongan. Jadi Zambry kena buat sesuatu demi menutup keadaan sebenar.

Apa betulkah rakyat  Perak  masih ramai menyokong  UMNO BN..???. Bagi merealisasikan semua itu  maka terpaksalah Bahagian2 UMNO di Perak mengeluarkan pulus  yang banyak…apa tidaknya..!! Nak sewa bas kilang, bas sekolah dan bas estet untuk memunggah dan  mengangkut ahli UMNO  datang..kalau nak harapkan  ahli UMNO datang sendiri dengan kenderaan sendiri..tobat lahom mereka tak datang , paling tidak kena bagi duit minyak dan duit poket..itu  adalah perkara wajib dalam UMNO BN..hehehe…

UMNO Perak juga dikatakan terpaksa  import penyokong  UMNO dari  Kedah, Pulau Pinang dan Selangor untuk menampak-kan  UMNO Perak ramai penyokong. Udah macam team bola sepak UMNO Perak sekarang…penyokong  boleh  di import eksport..hahaha… Hakikatnya ibarat “tokey tipu kuli dan kuli tipu tokey” yang untung tokey khemah majlis dan tokey bas-bas sewa…hahaha…

Aku tak hairan dan tak kisah dengan amalan tabur menabur pulus  dari UMNO Perak tu…sebab sudah menjadi amalan wajib mereka dalam berpolitik dari peringkat atasan hingga ke ahli baru mendaftar..hahaha..

Apa yang agak pelik kalau kita fikirkan ialah mengapa dan kenapa berlaku kekerapan melampau Najib dan Mahyudin melawat Perak…tak mungkin sempena tahun melawat Perak 2012 mereka jadi galak mengila berulang-ulang datang Perak…hahaha…  Nak kata rasmi sesuatu bangunan baru di Perak pun tidak..nak  rasmi jambatan baru di Perak pun tidak…( Jambatan rosak ada le kat Kerian…tunggu laporanye akan datang..haha…) Ada siapa boleh jawap..Apa kejadahnye  Najib dan Mahyudin  kerap sangat datang Perak..???  Hanya wajah murung  Zambry Kadir yang boleh menjawap segala persoalan ini..sebab kalau tanya Zambry pasti dijawap dari mulutnya dengan jawapan berunsur ampu dan bodek kat Najib dan Mahyudin.. sebab kedudukan Zambry dalam politik di Perak jelas nampak pun sudah parah.

Bagi aku..lagi kerap Najib dan Mahyudin datang  melawat Perak bermakna lagi terserlah keadaan  parah UMNO BN  Perak  dan makin jelas terserlah tahap kepercayaan Najib dan Mahyudin terhadap Si Zambry Kadir sudah kurang atau mungkin juga  sudah tiada langsung kepercayaan.  Keadaan ini aku kuatkan lagi dengan semua situasi lawatan Najib dan Mahyudin ke Perak 90% atas tiket sebagai pemimpin VVIP  UMNO BN bukan sebagai Perdana Menteri dan Tim. Perdana Menteri.  
Zambry  juga harus  sedar  yang beliau  dijemput dengan terkejut  tergempar  menjadi MB Haram di Perak oleh Najib..maka tidak hairanlah jika Najib akan terkejut tergempar  selalu melawat Perak  sekarang ini. Chip Lanun bangsawan  mau test  lanun dari pulau…hasil didiknya.  hoi..hoi..ya..hoi…hahaha..

Najib ke Perak kehulu-kehilir
Rosmah dipikul kesana kemari
Zambry terkedu terpinga terjelir
Kerajaan haram Perak bakal di-akhiri
                                                                               
*Thumpo Haoup – Keadaan sangat teruk,kritikal,parah