Khamis, 26 April 2012

Orang Perak boleh sertai Himpunan Bersih 3.0 di Padang Polo Ipoh



Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo, dekat Ipoh antara 11 lokasi Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual berlangsung secara serentak di beberapa negeri mulai jam 2 petang esok. . 
Himpunan itu dijangka berlangsung sehingga jam 4 petang dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dijangka menjadi tumpuan ramai termasuk media asing untuk membuat liputan penganjuran Bersih 3.0 yang menuntut pilihanraya yang lebih adil dan telus daripada kerajaan.
Jadi tiada sebab kepada orang di Perak yang mencintai ketelusan berpilihanraya di negara ini sertai himpunan Bersih 3.0 ini...jika kome-kome tak sempat,terkandas,terkantoi atau apa saje yang menyebabkan kome-kome tak dapat ke Kuala Lumpur...
Moh Yob dan Yong...orang Lenggong,orang Lumut,orang Bota,orang Tepen,orang Manong...Moh..semuanye ke Padang Polo Ipoh...

Selain Padang Polo dan Dataran Merdeka, Himpunan Bersih 3.0 juga akan diadakan di Dataran Bandaraya, Jalan Kolonel  Wilson di Johor; Dataran Pahlawan (Melaka); Dataran Pidato, Padang Kota Lama (Pulau Pinang); Padang Merdeka, Kota Kinabalu (Sabah); Dataran Seremban (Negeri Sembilan); Old Court House, Kuching Riverfront (Sarawak); Perkarangan Pejabat Daerah Miri (Miri) dan Sibu Town Square (Sibu).
Senarai kawasan dan jalan yang terbabit ialah:
- Stadium Merdeka
- Dataran Merdeka
-Jalan Raja Laut
-Sekitar Masjid Jamek
-Jalan Tunku Abdul Rahman
-Jalan Imbi
-Jalan Pinang
-Jalan Tun Sambathan.

Rabu, 25 April 2012

BERSIH 3.0: DBKL tiada alasan kukuh nafi hak rakyat - Mapim

KUALA LUMPUR, 26 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama untuk memberi hak demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka.


“Tidak ada sebab kenapa DBKL harus bersikap keras untuk menafikan hak rakyat berkumpul di tempat bersejarah itu untuk menyatakan sikap mereka terhadap masa depan negara,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, jika benar DBKL perlu memastikan agar perhimpun itu berlaku dengan tertib, maka sepatutnya perbincangan untuk mengatur agar peserta perhimpunan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak ditetapkan bersama.


Menurutnya, pihak DBKL harus memahami bahawa rakyat sekarang sudah matang untuk menilai hak mereka dan hak demokrasi yang telah ditertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menambah, hasrat Bersih 3.0 jelas dan bersifat aman kerana ia bukan suatu perarakan tetapi hanya perhimpunan untuk duduk dan bantah.

Mapim, ujarnya melihat keazaman rakyat untuk menuntut pilihan raya ke-13 akan datang berjalan dengan bersih, adil dan telus sesuai dengan demokrasi yang diterima sebagai sistem yang diamalkan di negara ini, perlu dihormati.

“Sesungguhnya gelombang rakyat untuk melihat transformasi politik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak hanya retorik kosong tidak boleh dibendung, malah akan bermanfaat kepada negara dan generasi mendatang jika rakyat semakin mengetahui peranan mereka dalam politik negara,” katanya lagi.

Beliau menambah, DBKL harus tahu bahawa sebagai agensi yang ditugaskan untuk menguruskan pembangunan bandaraya juga bertanggungjawab untuk menjadikan KL sebagai kota yang mesra rakyat sekaligus mesra demokrasi.

Menurutnya lagi, pengalaman Bersih 2.0 yang menunjukkan betapa provokasi bukan berlaku dari rakyat akan tetapi akibat tindakan kasar pihak keselamatan yang keterlaluan, meningkatkan lagi keazaman rakyat untuk terus menuntut hak dalam ruang demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

“Mapim mengambil berat bukti yang telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak berkait dengan pendaftaran pengundi yang penuh dengan kepincangan, menyebabkan pilhan raya yang bakal berlaku untuk kali ke-13 akan tercatit sebagai pilihan raya yang paling kotor jika tuntutan pembersihan daftar pengundi tidak dilakukan,” katanya.

Ditambah lagi, katanya amalan kerajaan yang terang-terangan menyalahguna semua kemudahan awam untuk berkempen dan memaksa kakitangan awam patuh kepada arahan parti politik pemerintan, menunjukkan demokrasi di negara ini tidak bermakna dan boleh dimomokkan oleh dunia.

“Bukan sahaja kerajaan dan parti yang memerintah di peringkat pusat menggunakan semahunya semua kemudahan awam seperti institusi pendidikan, media awam, agensi awam serta kewangan negara dengan berselindung dibalik acara rasmi, malah penafian hak parti lawan untuk mengadakan perhimpunan aman juga dilakukan tanpa memperakui hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan,” katanya.

Justeru, katanya Mapim dengan itu menggesa agar DBKL mengambil sikap lebih professional dan tidak tunduk kepada arahan parti politik pemerintah.

“Mahu tidak mahu pihak DBKL perlu tahu bahawa kuasa rakyat adalah keramat dan suara rakyat perlu dihormati bila rakyat membuat pilihan menukar kerajaan yang mereka mahu,” ujarnya.



-- Setelah hampir 55 tahun konon-nya Merdeka dan pada 28 April 2012 ini "Dataran Merdeka" akan diukur maksudnya...

Ahad, 22 April 2012

TIBAI…!!! Pak Brahim Ali tak sedar diri..dah lama kena tibai…

Kah..kah…kah…kah….
Pak Brahim nak tibai orang konon-nya….hahahaha….
Pak Brahim tak sedar  yang diri sudah lama kerapkali di tibai….hahaha…
Pak Brahim dalam keadaan sedar dan tidak sedar ( Tido..) sentiasa di tibai…hahaha…

Tibai… Tolak Ibrahim Bin Ali Ini…. Sebab kaki lompat…letih dia tido…hehehehe…