Khamis, 17 Mei 2012

Artis Aishah: Manis Janji Mu atau Janji Manis Mu..?


17 Mei 2012 – Lagu popular nyanyian artis terkenal tanahair Aishah yang berjudul “Janji Manis Mu” berkumandang didalam  Dewan Kemunting Taiping didalam majlis Hi-Tea sempena Hari Ibu ,majlis ini dianjurkan oleh Agency Al-Futhuhat dan Miz World Management & Servis .

Majils ini di pengerusikan oleh Ustazah Hariza dari CEO Agency Al-Futhuhat. 

Majlis ini berkonsepkan hi-tea dan top show. Majlis sempena Hari Ibu ini banyak mengatakan tentang pengorbanan seorang ibu yang di sampaikan oleh Aishah. Segalanya pengalaman Aishah  didalam dunia seni sehingga sekarang dikongsikan bersama hadirin yang hadir.

Aishah juga menyampaikan beberapa buah lagu berkaitan ibu didalam majlis ini seperti lagu popularnya “Syurga dibawah telapak kaki ibu”. Nyanyi Aishah didewan Kemunting  telah membuatkan hadirin yang terdiri daripada kaum ibu teruja dengan persembahanya itu.

Apa yang menariknya didalam slot soal jawap…seorang Makcik telah menyatakan bahawa beliau meminati  Aishah sejak zaman muda hingga kini dan mak cik tersebut meminta Aishah menyanyikan  lagu” Manis Janji Mu” (Tajuk Sebenar  Janji Manis Mu) . ” Makcik… Manis Janji Mu bukan lagu saya…lagu saya  Janji Manis Mu..” Ujar Aishah dengan sopan serta menceriakan suasana dewan.

Diakhir majlis ini hadirin tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar dengan artis kesayangan mereka.

Ustazah Hariza menjadi Hos dipentas bersama Wan Aishah


Kaum Ibu memenuhi meja didalam dewan Kemunting

Pelajar muslimat dari sebuah sekolah di Kemunting bergambar kenangan bersama Kak Aishah

** Vedio Klip persembahan Aishah akan menyusul kemudian.


Rabu, 16 Mei 2012

[Bergambar] Bukit Gantang : Ceramah Tergempar UMNO mencatat sejarah duka bersiri buat UMNO

16 Mei 2012 ~ Kampung Jelapang Simpang malam ini mencatatkan sejarah tergempar buat UMNO Bukit Gantang kerana mereka secara terkejut tergempar membuat ceramah konon-nya sempena sambutan ulang tahun 66 Jahanam UMNO...Hakikat sebenarnya ialah UMNO Bukit Gantang dengan sengaja mengadakan ceramah pada tarikh yang sama serta dilokasi yang sama dengan ceramah anjuran PAS Cawangan Jelapang. Jarak antara ceramah tergempar UMNO dengan ceramah PAS hanyalah 200meter saja..macam kata Dato Seri Nizar dalam ceramahnya " UMNO sudah berlatih untuk jadi pembangkang selepas PRU 13 akan datang....mereka tahu rakyat dah tak percayakan TV dan media cetak,jadi mereka terpaksalah turun padang berceramah".

Sepanjang ceramah anjuran PAS di Bukit Gantang,tiada pernah tajuk ceramahnya menulis di banner dengan nama individu pemimpin UMNO,sebaliknya UMNO yang semakin hilang akal menulis tajuk ceramahnya dengan nama Dato Seri Nizar yang konon-nya pembohong bersiri...hahaha... Aku dapat masuk kedalam ceramah UMNO seketika..jadi apa yang aku dengar di ceramah UMNO disini ialah hanyanya memutar belit kenyataan DSN mengenai isu Vesa La di Teluk Rubiah...hahaha..isu lapok juga yang dimainkan UMNO..


Dalam ceramah UMNO di kg Jelapang ini juga di maklumkan oleh seorang budak muda dari UMNO kat aku..bahawa sekumpulan anak muda lebih kurang 20 orang diupah berkonvoi dengan bayaran RM50 seorang...hahaha..nak bagi nampak ramai,maka UMNO Bukit Gantang terpaksa upah dan import budak motor dari luar kg Jelapang.

Berlainan dengan lokasi ceramah anjuran PAS cawangan Kg Jelapang...segala ceritanya boleh dilihat didalam imej-imej yang berjaya aku rakamkan dibawah ini.....
Sewaktu cuaca tidak hujan....

Ketika hujan...tetap setia..

Sanggup berhujan...

Kaum ibu masih setia..menanti,mendengar walaupun hujan lebat..

DSN meneruskan ceramahnya setelah diberi sokongan dan semangat oleh hadiri..

Doa di pohon setelah selesai ceramah...

INI CERAMAH TERGEMPAR UMNO...kiralah dan hitunglah sendiri jumlahnya..haha..

UMNO tiada bangunan...mereka terpaksa mengunakan dewan orang ramai...

Selasa, 15 Mei 2012

[Bergambar] Terima Kasih MPT kerana benarkan PAS Taiping guna Padang Kemunting Jaya – YDP PAS Taiping



15  Mei 2012  -- Padang Kemunting Jaya  Perak malam tadi disini telah berlangsung ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Taiping dengan kerjasama rakan sahabat dari PKR dan DAP. Walaupun ada sedikit provokasi yang sudahmenjadi  lumrah dari pihak UMNO BN yang tidak senang dengan anjuran ceramah ini,namun dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dan pihak Polis disini yang telah memberi permit penganjuran,ceramah  ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Penceramah yang menyampaikan ceramah dipentas terdiri daripada Ust Fakharudin YDP PAS Taiping, Sdr Richard Wong (DHPP), Sdr  YB Sivakumar, Sdr YB Nga Kor Meng dan penceramah utama Naib Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Bin Sabu. Selain itu ada juga  beberapa  barisan kepimpinan Pakatan Rakyat  Perak turut hadir di pentas utama.

Dalam ucapan alu-aluan YDP PAS Taiping Ust Fahkarudin  dihadapan hadirin yang menjangkau 5000 orang,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak  MPT yang memberi kebenaran mengunakan padang bola Kemunting Jaya ini yang buat julung-julung kalinya diberi kelulusan  untuk dijadikan tempat berlangsungnya ceramah anjuran PAS Taiping. Ust Fakharudin juga mengucapan tahniah  kepada semua lapisan tenaga kerja yang berjaya melaksanakan program ini.

 “Tiada bas-bas yang diupah sewa untuk mengangkut para hadirin,tiada duit poket disediakan dan tiada jamuan makanan percuma disedia,semua yang datang dengan niat iklas untuk mendengar kupasan isu politik semasa oleh kerana putar belit media arus perdana menyebabkan rakyat sudah muak dengan penipuan yang ditaja pihak UMNO BN ,dengan itu  padang Kemunting Jaya ini menjadi bukti dan isyarat  jelas bahawa rakyat dan masyarakat di Perak khususnya di Taiping menolak politik mengunakan sogokan sepertimana yang dilakukan UMNO BN” – Ujar YDP Taiping.

Gambar-gambar sekitar ceramah di Padang Kemunting Jaya