Sabtu, 28 Julai 2012

Kereta Oren Kemalangan di Johor bukan sebab twitter Nizar

WarkahDaily -- Kereta Proton Satria Neo berplat WWW1 yang menjadi milik Sultan Johor dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya PLUS berhampiran Yong Peng pada tengah hari semalam,

Lapor sebuah blog.Selain blog berkenaan, laman forum Lowyat.net juga turut menyiarkan keadaan kereta berwarna oren yang terbabit dalam kemalangan berkenaan, namun nombor pendaftarannya tidak kelihatan.

Jika benar laporan kemalangan yang didakwa melibatkan kenderaan WWW1 yang agak sensasi baru-baru ini janganlah dikaitkan pula dengan twitter Dato Seri Nizar lagi ye...hahaha...

Nizar tiada kena mengena dalam kemalangan kereta oren tersebut,nak kata disebabkan sumpahan Nizar pun tak masuk akal,sebab bukan cara pimpinan PAS suka main sumpah dan janji konon ditepati.

Cukuplah aksi-aksi selongkar dan merampas laptop yang dilakukan pihak polis dari Johor tempohari dibeberapa lokasi di Perak yang konon-nya sebagai siasatan mengenai tulisan twitter Nizar berkaitan isu Plat WWW.

Janganlah ada kumpulan yang konon sayang kat tuan kereta oren tu nak berhimpun berarak menyalahan Nizar atau menyalahan jalanraya di Johor pula...hahaha...

Apa yang terjadi adalah ujian dan bala dari Allah yang sudah dijanjikan.


4 buah negeri dibawah Pakatan Rakyat sekarang,bukan sasaran utama dalam PRU - DS Nizar

28 julai 2012:Jam 8:45mlm: Sebaik saja diumumkan pengacara majlis ketibaan Menteri Besar pilihan rakyat Dato Seri Nizar ke majlis makan malam anjuran DAP Simpang didalam Parlimen Bukit Gantang,para hadirin yang terdiri daripada masyarakat cina semunya bangun sambil tepuk tangan,sungguh menakjubkan suasana dalam dewan majlis ketika itu,ketibaan Nizar kemajlis ini teramat dialu-alukan oleh semua hadirin dengan sambutan hangat.

Ketibaan Nizar disambut oleh YB Nga Kor Meng, Dato Mohd Nor Manusi serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Walaupun Nizar sibuk dengan jadual harian dibulan ramadan dengan program-program keagamaan disurau dan masjid di Perak ,semua itu tidak menghalang beliau meluangkan masa bersama kaum cina malam tadi disini. Sebelum itu Nizar telah berbuka puasa di surau kg Sg Petai Bukit Gantang bersama penduduk disitu.

"PRU ke 13 nanti,Kedah,P.Pinang,Selangor dan Kelantan bukanlah sasaran utama Pakatan Rakyat untuk mencapai  kemenangan,tetapi sasaran utama PR ialah menuju ke Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan pusat dari UMNO BN, sebab sekiranya jika PR hanya menang dibeberapa buah negeri saja dan gagal ke Putrajaya...maka keadaan rakyat akan menjadi lebih buruk diperkotak katikan oleh UMNO BN,mereka pasti akan menghukum dan membalas dendam terhadap rakyat untuk sepenggal lagi dengan berbagai kenaikan harga barang dan cukai yang pasti mereka akan lakukan" ujar Nizar diatas pentas sewaktu berucap di hadapan ribuan kaum cina.

Oleh yang demikian Nizar mengajak seluruh kaum cina disini berusaha dan berkerja kuat bersama kaum-kaum yang lain untuk PR demi kebaikan semua kaum dinegara ini,ucapan bersemangat Nizar dilihat mendapat perhatian penuh serta tepukan gemuruh seluruh dewan.

Sambutan luar biasa dari kaum cina malam tadi terhadap Nizar menyangkal dakwaan UMNO BN khususnya di Perak bahawa populariti Nizar merudum sekarang. Biarpun Najib dan Muhyidin diundang Zambry berulang-ulang kali untuk datang ke Bukit Gantang, namun sokongan rakyat terhadap PR semakin hebat dan bertambah mantap di Perak khususnya di Parlimen Bukit Gantang.


31 Ogos 2012: BERSIH akan tuntut Janji Ditepati di Kuala Lumpur

Sudah ada cadangan awal mahukan rakyat berjanji akan turun beramai-ramai di ibukota Kuala Lumpur dengan berjanji akan sarungkan berbaju kuning pada 31 Ogos ini.....

Adakah anda berjanji akan bersetuju dan bersedia..??

Akan turun jika seperti yang dijqnjikan..??

Sempena slogan 55 tahun Janji Ditepati dari UMNO BN...

Mohon Janji BERSIH ditepati...hahaha....

Boleh janji mau mari...???

Jumaat, 27 Julai 2012

Slogan "Janji Ditepati" kalimah benar tetapi maksudnya salah

‎"Janji Ditepati" adalah kalimah yang benar tetapi tujuan dan maksudnya salah.

Sejarah dahulu puak khawarij pernah dibantah tidak dipersetujui oleh Saidina Ali dan Saidina Muawiah Radhiallahu Anhuma dalam peristiwa tahkim.

Puak Khawarij berkata "Tiada hukum melainkan dari Allah",lantas Saidina Ali Karramallu Wajhah mengatakan kalimah itu benar tapi maksud dan tujuannya salah.

Begitulah juga slogan perkataan "Janji Ditepati" adalah kalimah benar tapi maksud dan tujuan salah kerana bertujuan hanyalah untuk kempen bermotif politik kotor,licik dan penuh berhelah para pemimpin UMNO BN bagi meraih simpati rakyat Malaysia seperti mengulangi sejarah puak Khawarij.

Hanya indah pada ungkapan "Rakyat didahulukan" tapi sebaliknya "Rasuah kroni ganas didahulukan" itu maksud tersirat dalam slogan Janji Ditepati dari UMNO BN

--* Sumber FB Ust Akmal Kamarudin ( Dewan Pemuda PAS Larut Perak).

Sajak khas: Konon Janji Di Tepati

55 tahun konon Janji Ditepati
Islam katanya agama rasmi
Hukumnya dihina maruahnya dicemari
Chua Soi Lek ketawa Najib menyepi

55 tahun konon Janji Ditepati
Bahasa Malaysia menjadi bukti
PPSMI dibuat sebagai ganti
UMNO tetap tidak peduli

55 tahun konon Janji Ditepati
Orang melayu semakin rugi
Dahulu megah menulis membaca jawi
Najib dan Rosmah apa peduli

55 tahun konon Janji Ditepati
Rasuah ditabur kanan dan kiri
Projek besar buat kroni dan bini
UMNO BN macam tak takut mati

55 tahun konon Janji Ditepati
Media massa bertaraf balaci
Fitnah dan lucah menjadi resepi
Hak rakyat dipandang sepi

55 tahun konon Janji Ditepati
Pilihanraya masih kotor dan keji
BERSIH dianjur dah berkali-kali
SPR masih buat pekak dan tuli

55 tahun konon Janji Ditepati
Aset pertahanan pun UMNO BN cemari
Kapal selam Altantuya hantui
Enjin jet ATM pun dihentam curi

55 tahun konon Janji Ditepati
Index jenayah meningkat tinggi
Rogol,bunuh,buang bayi,mencuri setiap hari
Keselamatan negara tidak selamat lagi

55 tahun konon Janji Ditepati
Manis dibibir cakap Perdana Menteri
Konon-nya ISA sudah dimansuhi
Sampai sekarang KEMTA berpenghuni

55 tahun konon Janji Ditepati
Harga barang semakin meninggi
Angkara UMNO BN punya kroni
Rakyat dah tahu mana mau lari

55 tahun konon Janji Ditepati
Ketakutan Najib semakin menjadi
PRU 13 rakyat sabar menanti
Mentalkin-kan UMNO BN itu yang pasti

-- Madzam Orangni

Khamis, 26 Julai 2012

Taiping Mali@cikgu Najimy: Ayam tempang belaan UMNO Perak

Didalam ruang utama sebuah laman blog portal yang dimilik UMNO Perak mengeluarkan sebuah artikal konon-nya isu panas karangan hipokrik seorang blogger yang juga seorang guru yang masih mengajar di Sekolah Kebangsaan Plama Kemunting Taiping Perak. Tak lain tak bukan beliau ialah cikgu Najmi yang mengunakan nama pena dilaman blog sebagai Najimy.... Hahaha...sikit je diubah namanya...

 Dalam isi kandung artikal hipokrik cikgu Najmi @ Taiping Mali ini mempersenda dan mempertikai beberapa nama besar yang menyertai PAS setelah bersara dari perkhidmatan kerajaan, sasaran Cikgu Najmi ialah Datuk Fauzi Shaari yang didakwanya didesak keluarga untuk sertai PAS. Artikal hipokrik Cikgu Najmi ini juga banyak mempersoalkan ramai dikalangan penjawat awam yang masih berkhidmat menyokong parti pembangkang secara menyorok-yorok.

 Persoalan yang ditimbulkan Cikgu Najmi inilah menyerlahkan perangai hipokrik beliau sebabnya Cikgu Najmi pun ternyata takut dan menyorok-yorok dalmembuat kerja sebagai blogger upahan UMNO. Buktinya banyak dan bukti terbaru ialah ketika majls pecah tanah bangunan UMNO Taiping yang dilakukan Muhyidin Ya sin,aku tengok dengan mata sendiri cikgu Najmi tersondol-sondol menyelit dalam orang ramai dalam majlis tersebut,jelas aku tengok cikgu Najmi pun menyorok walaupun jelas jadi blogger upahan UMNO yang seperti mendapat perlindungan khas 100% dari pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
wajah blogger ayam daging tempang belaan UMNO....Taiping Mali
....


 Kalau benar Cikgu Najmi seorang yang benar-benar berani dalam berpendirian berpolitik mengapa tidak dipakai baju rasmi UMNO,mengapa perlu berbaju batik hijau,dengan menyorok-yorok dibelakang tiang khemah dicelah orang ramai, aku dapat tahu juga Cikgu Najmi sanggup ponteng sessi kelasnya hari itu sebab nak pergi ke majlis kepartian...nampak macam berani tapi menyorok-yorok juga si Taiping Mali atau Taiping Malu ini...hahaha.... Khabarnya Cikgu Najmi berhasrat juga nak jadi calon dalam PRU akan datang..memandangkan belum pencen cikgu,maka jadi ayam daging tempang yang sentiasa dicucuk dos dari UMNO untuknya,sebagai upah menulis blog Taiping Mali..sehinggalah digelar ayam pencen tempang UMNO...hahaha...

Perak Today ampu Rosmah tapi takut siarkan gambarnya

Berikutan kerapnya Najib datang Perak berulang-ulang kali...maka setelah dipuji dan dipuja oleh Zambry Kadir terhadap Najib berkandar-kandar hari ini, maka sebuah laman Portal Perak Today pun mengikut jejak langkah kapten Lanun-nya hari ini dengan mempertahankan bini Najib dengan mengeluarkan artikal khas yang memuji Rosmah dalam menangkis fitnah terhadap dirinya...

AKTIVITI KEAGAMAAN BANTU DS ROSMAH TERUS TABAH HADAPI FITNAH....hebat tajuknya...hahaha....

Apa yang lawaknya tiada wajah rosmah dipaparkan dalam posting tersebut,yang keluar muka orang lain...kenapa pula ye...? Adakah Rosmah dah bertudung menuntup jambul terjojolnya...hahaha.. Perak Today nak bodek Rosmah tapi macam kekurangan resipi ilmu membodek...hahaha...

Nak bodek....tapi masih tak berani siar gambar Rosmah...haha..
(klik imej utk lebih clear...)

Zambry Bodek Najib berkandar-kandar

Selain membodek....berlakon dengan rakyat juga kepakaran Zambry...

Pendekatan program kerap turun padang yang dipratikkan Najib Razak menjadi faktor utama melonjakkan popularitinya,terutamanya di Perak,kata Zambry Menteri Besar Perak hari ini, kejap...kejap mai Perak...kejap kejap mai Perak...naik kematu telinga dan mata orang Perak.

Namun demikian Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abdul Kadir berkatanya dalam bahasa melayu lenggok mamak ini sejajar dengan konsep ‘Janji Ditepati’ yang dilaungkan Najib.

Zambry membodek Najib dengan merasakan Najib adalah pemimpin yang mesra kerana berjaya mendekati semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat mahupun darjat... “Saya tidak pernah melihat Perdana Menteri yang bukan sahaja turun ke bawah memperkenalkan diri sahaja, tetapi turun untuk bersama rakyat,” kata bodek Zambry, pendekatan yang dilakukan pemimpin nombor satu negara itu juga tidak pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

“Kita tidak pernah lihat Perdana Menteri yang fokus dengan semua lapisan masyarakat di mana beliau berjumpa orang awam, golongan berpendapatan rendah, pemandu teksi dan imam,” lagi bodek Zambry dalam sidang media selepas menyerahkan sumbangan cenderahati sempena Ramadhan kepada kakitangan Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) di Pejabat Menteri Besar, dekat sini, hari ini.

Sebenarnya Bonus sebulan...bukan setengah bulan

Ha...??? Setengah bulan gaji...!!??
Ye..ke..?? Betoi ka...??

Ramai yg sanggup pinjam ipad kawan nak tgk pengumuman bonus setengah  bulan gaji...
Ramai yg tercungap 1 jam dpn tv sblm berita jam 8 nak tgk pengumuman bonus........
Ramai yg call kawan2 pejabat nak minta kepastian ttg pengumuman bonus.....
Ada yg tak sabaq, ada yg dah rancang nak beli 4 pasang baju raya....
Ada yg dah rancang nak pi melancong........
pendek kata syoookkkk oooo dpt bonus setengah bulan gaji...

Bagaimana dgn pengumuman tawaran ramadhan oleh Allah......
Tak gembira pun.......rilex jer.......
Buat muka selambe jer.....
Macam tak der apa2...
Malahan ust yg dtg tazkirah nak buat pengumuman tawaran Allah kat masjid n surau.......Tak mau pi dengaq pun.......
Waktu tarawih siap boleh tenyok tv....
Sehingga kini AlQurqn masih lg berhabuk .......
Siap boleh bohong sana sini.....
Pernah ke bagi tau pada isteri...
nak bermadu dgn tarawih?
Nak bermadu dgn AlQuran.....?
Nak bermadu dgn I'tikaf.....?
Nak bermadu dgn solat jamaah.......?
Punya byk ganjaran puasa Ramadan sampai Allah tak bg tau berapa ooooo.
Allah bg tau adaaaa la... Aku nak bagi.....maknanya byk laaaa tuh.....
Allah berfirman dlm satu hadis Qudsi :"Setiap kebajikan dibalas dgn 10 hingga 700 kali ganda melainkn puasa. Bahawasanya ia bagiKu dan Aku yg membalasnya"

Sumber:Fb Ust Akmal Kamarudin

Rabu, 25 Julai 2012

Takzkirah Ramadan: Puasa dan Al Quran best friend umat Islam

Tazkirah 3 :
Akhirat nanti puasa dan AlQuran memohon pada Allah supaya tolong kita........
tapi jika sekarang kita pun tak berapa mau nak kawan dgn puasa dan alQuran......maklumlah bukan best friend, bkn boy friend,bkn girl friend.....akhirat nnt jgn lah pula terhegeh2 nak cari puasa dan alQuran minta tlg....masa tu depa pun tak hingin nak angkat talipon..Rasulullah bersabda:"Puasa n alQuran akn beri syafaat di hari qiamat kelak.Puasa berkata:Wahai Tuhanku.Mana2 mrk yg menahan diri dr makanan dan syahawat maka biarlah aku beri syafaat pdanya.

AlQurqn berkata : wahai Tuhanku,mana2 mrk yg menahan diri drpd tidurnya(krn baca AlQuran) biaralah aku beri syafaat pdnya. Maka disyafaatknnya"*3 Ramadhan (isnin)mlm ni tazkirah di Surau Assyakirin bandar putra, bertam, kepala batas.... Mana yg berdekatan kita jumpa mlm ni pekena kopi dulu lepas tarawih.

- Sumber Fb Ust Mohd Akmal Kamarudin

Ahad, 22 Julai 2012

1Malaysia Blogger2 upahan UMNO hari ini periksa akuan

Berikutan kejadian seorang blogger upahan UMNO diMelaka tidak dibayar gaji yang mencecah RM24,370 maka hari ini kemungkinan semua blogger  upahan UMNO akan periksa akaun masing-masing....hahaha...

Dah masuk kebelum upah dari UMNO...?
Kalau dah masuk... periksa betul-betul....cukup ke...?
Maklumlah bertugas dengan penyamun dan pembelit ni....hahaha....cakap lain,bayarnya kelain....hahaha....

Inilah akibatnya kerja dengan UMNO....Pembelit ditipu Penipu..hahaha...

Panas Plat Perak...!!! Isu plat kenderaan 5,55,555 dan 5555 dibida orang kuat MB Perak..?

Menurut sumber yang diperolehi, orang kuat Menteri Besar Perak  Zambry Kadir yang memengang jawatan terpenting dalam pentadbiran UMNO Perak dilaporkan pernah membida plat kenderaan bagi siri bagi negeri Perak iaitu nombor  5, 55, 555 dan 5555 bagi kegunaan peribadinya.kalau tak silap siri huruf AHS...

Individu tersebut digelar orang kaya 5555 oleh para pegawai JPJ di Ipoh kerana berbuat demikian, menurut sumber permohonan individu yang didakwa orang kuat UMNO Perak hanya tidak berjaya dalam mendaftarkan pembidaan bagi nombor 5555 kerana undang-undang dikatakan memperuntukan seorang individu hanya layak membida 3 plat kenderaan dalam satu siri dalam satu pembidaan, bermakna plat 5,55 dan 555 berjaya disapu beliau.

Berapa juta ringgit la yang dibelanjakan untuk memiliki kemengahan nombor ini,kerana dikhabarkan untuk satu pembidaan jumlah terendah ialah RM10ribu bagi satu plat.

Siapa individu tersebut..?
Wah..!!!Jika benar... Kaya betul orang kuat Zambry ni...hahaha.... Inilah contoh orang besar UMNO dalam berbelanja...hahaha...puluhan ribu ringgit untuk nombor kenderaan menjadi kemegahan.
Tunggu....akan didedahkan sedikit masa lagi sekiranya semua maklumat telah disahihkan... Apapun kalau korang nampak kenderaan negeri Perak plat  AHS bernombor 5,55 dan 555...korang tengoklah siapa ampunya tersebut atau tanya Zambry Kadir mungkin dia tahu...atau akan buat-buat tak tahu....hahaha....
Plat 5555 jangan ditanya.....dan mungkin boleh dibida lagi kalau berminat.....hehehe...

Fardu kifayah sekiranya dicalonkan dalam PRU - Bob Lokman

BEKAS pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.“Dalam hukum memang macam itu.Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara, dekat Rompin.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.“Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU.Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara.“Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua. Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang, Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut,” katanya.

- SINAR HARIAN