Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyokong bola sepak ATM belot dikesan..?


Sebelum itu aku secara peribadi mengucapkan syabas kepada pasukan bola sepak KELANTAN yang membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA.
Tahniah juga kepada pasukan ATM yang berjaya ke perlawan akhir.
Aku ni berkecuali dalam perlawanan Kelantan dan ATM,sebab negeri aku tak berjaya masuk perlawanan separuh akhir pun.... Perak...hehehe.....
Sudah adat permaian tentu ada yang juara dan ada yang tewas diakhir perlawanan,penyokong yang setia akan sentiasa bersama pasukanya, baik kalah atau menang...itulah semangat kesukanan.
Dengar khabarnya berpuluh kenderaan truck 3 Ton,bas,Landrover 1.10 dan sebagainya dari pasukan,unit,batalion dan skudron disediakan untuk membawa anggota ATM ke stadium sebagai memberi sokongan kepada pasukan bola ATM.
Tapi apa dah jadi dengan anggota ATM didalam gambar dibawah ini yang ditemui di sebuah wall FB..? 
Kemana displin yang tinggi anggota ATM? 
Kalau dah naik truck askar tu...sokong askar la..
kalau tak nak sokong pun tak kisah,tapi yang mendukacitakan ialah ada sorang yang aku kompom askar siap bergaya dengan jersi pasukan lawan atas sebuah truck.....apa ni..?? 

Bukankah itu namanya Pembelot...
Menunjuk-nunjuk....(Gambar sumber FB)

Dalam hati siapa yang tahu... dalam bilik, cam ni ok la sikit...tak lah menunjuk-nunjuk jadi pembelot...hehehe...




Chua Soi Lek jadi bodoh dan biadap kerana pesanan ringkas SMS

SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.- Sinar



Orgni: Betapa bodoh bahlolnya pemimpin tertinggi MCA ini...hanya sekadar kerana terima  SMS  saja pun  boleh menyebabkan keluar kenyataan yang menyakitkan hati dan perasaan umat Islam dinegara ini.

Kerana SMS pun boleh terpengaruh..bolo..bolo.bolo...punya olang......hahaha... 

Persoalannya sekarang...siapa gerangan yang kirim SMS tu kat Soi Lek...???


Sekadar tatapan untuk fikir...hehehe..


Jumaat, 19 Oktober 2012

ADUN lompat Changkat Jering baru nak siasat 45 tahun guna jalan sempit

TAIPING – Keadaan jalan sempit di Kampung Tersusun Batu 2 ½, di sini bukan perkara baru sebaliknya sudah 45 tahun penduduk berdepan masalah itu, kini sudah tiba masanya kemudahan diberikan kepada mereka.

Seorang penduduk yang ditemui, S Saroja, 49, berkata, penduduk semakin bimbang apabila pasukan keselamatan lewat tiba di kawasan kejadian gara-gara laluan sempit itu.

"Sebelum ini pernah berlaku beberapa kali kebakaran dan masalah jalan ini telah menyebabkan pihak bomba sukar untuk sampai dengan segera.

“Masalah ini melibatkan kira-kira 450 keluarga yang tinggal di perkampungan ini kerana kami akan menggunakan jalan sedia ada untuk pelbagai aktiviti harian masing-masing,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Difahamkan bahawa perkampungan ini telah berusia 45 tahun, namun sehingga kini masih banyak masalah yang belum dapat diselesaikan.

“Ia bukan sahaja melibatkan jalan, tetapi masalah ketiadaan longkang, banjir dan sebagainya.“Masalah yang terpaksa kami hadapi ini bukan masalah remeh seharusnya ia segera mendapat perhatian pihak bertanggungjawab tetapi penantian kami untuk satu perubahan masih tiada,” katanya.- Sinar

Sementara itu, yang bestnya....Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu berhubung masalah berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.??

DAH nak habis satu penggal jadi ADUN Lompat baru mau siasat...hehehe....selama ini sibuk kira pulus hasil lompatan dan sekarang baru mau siasat masaalah rakyat...hahaha....


Khamis, 18 Oktober 2012

Bukti UMNO Perak sokong CSL tolak hudud

Patutlah Chua Soi Lek baru-baru ini mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka 1.2 juta rakyat hilang perkerjaan.

Salah seoarang yang hilang kerja ialah Datuk Haji Ahmad Shalimin Setiausaha Politik kepada MB Zambry yang tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal konon-nya tapi ditaja syarikat arak di Taiping Perak.

Kat luar bangunan tu hanya tertera "konsert amal Tiger", didalam dewan tak tahulah camana rupa program tersebut..hehehe..

Aku bukan anti kepada hiburan pada kaum cina dinegara ini,itu hak kaum masing-masing dan aku hormatinya, tapi yang merasmikanya mengapa perlu seorang yang berbangsa melayu dan berugama Islam.

Tiada pimpinan BN lainkah di Perak khususnya diTaiping..?? Atau memang kerja rasmi program tajaan kompeni arak adalah kegemaran Shalimin yang juga sepol Zambry...hahaha....

Slogan gagasan NAJ1B memang membawa maksud tersirat dalam slogan terbaru Perak yang dirasmikan Najib semalam di Lumut. NAJ1B. NAJ1B bemaksud Negeri (Perak) Akan Jahanam  1 Bencana...semuanya kerana pimpinan UMNO.

Gambar: Aku snap disebuah lokasi berhampiran stesyen bas pekan Taiping... Arak bagi MCA memang biasa,tapi bagi Pemimpin UMNO ibarat burung gagak dan bulunya...mesti hitam...hahaha....(Gambar kecil...itulah Datuk Hj Shalimin...hehehe...)


NAJ1B – Slogan bodoh kata seorang guru


“Gagasan NAJ1B”
Najib lancarkan NAJ1B.....??? 
Negeri Aman Jaya 1 Bersatu.....slogan apa ni..???
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan “Gagasan NAJ1B”  sebagai kesinambungan Gagasan Aman Jaya cetusan idea Menteri Besar Perak yang dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri hari ini di Manjung Lumut Perak.
Inilah ideal membodek yang paling nampak tak cerdik (senang cakap bodoh la…hehehe…) kata seorang guru yang masih mengajar di sebuah sekolah di Taiping. 
Guru tersebut yang juga salah seorang yang turut serta dalam majlis Jamuan Janji Ditepati di Lumut hari ini berasa hairan dengan slogan tersebut yang banyak mengelirukan dari segi bahasa dan maksudnya.
Sebelum ini  Zambry Abd Kadir riuh dengan slogan “Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir”,namun ianya hanya indah slogan dari kenyataan sebenar,masih banyak terpinggir dan tertinggal dari perhatian kerajaan UMNO BN yang memerintah Perak hasil rampasan kuasa secara haram.
Orgni: NAJ1B = Negeri  Akan Jahanam BudayaUmno….hehehe….

Zambry membodek habis-habisan....hehehe...

"Tiada tertinggal,tiada terpinggir" Slogan  ibarat burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih..hehe..


PANAS..!!! PANAS..!!! Guru arah murid masuk biliknya sebab PANAS...??

Panas

Saya rasa amat panas masa perhimpunan bersih 3.0..


Hahahaha....

** Mungkin ini kerja sekolah yang diberi guru bahasa malaysia kepada muridnya, guna perkataan "PANAS" untuk membuat ayat...hebat sungguh murid tersebut kerana menceritakan pengalaman ringkas diperhimpunan BERSIH 3.0....hehehehe....

Guru arahkan murid tu kebiliknya....apa nasib murid tu aku tak tahu....hehehe....sama ada guru tu panas ataupun nak kongsi pengalaman...hahaha....sebab ramai member aku yang cikgu-cikgu pun bersama dalam BERSIH 3.0....hehehe....


Sumber FB - Kim Jung Woo

Kampung Selamat terbakar,611 hilang tempat tinggal


SEMPORNA: Seramai 611 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan 81 rumah di Kampung Selamat, dekat sini, hari ini.
Pengawai Bomba dan Penyelamat Semporna Mohd Razali Ag Ahmad berkata kebakaran itu turut menyebabkan lima penduduk kampung berkenaan cedera ringan. 
"Kelima-lima mereka dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 11.41 pagi.



Dua jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna dengan bantuan sebuah jentera dan 12 anggota dari balai Tawau dan dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Kunak, berjaya mengawal kebakaran pada jam 1.50 petang.


"Ketika tiba di lokasi, api sedang marak dan merebak dengan cepatnya. Kami berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 3.53 petang," katanya. - myMetro


*** Datuk Seri  Lajim Ukim..udah pergi menyantuni rakyat kampung Selamat..??

SEMPORNA 18 Okt -- MARAK... Seramai 611 orang hilang tempat dalam kebakaran yang memusnahkan 81 rumah di Kampung Selamat, dekat sini hari ini.
Kelihatan kepulan asap mejulang ke udara di kawasan terbabit.

Rabu, 17 Oktober 2012

Sungai-sungai di Sarawak Zon Bebas buat BN

Zon bebas Buaya Ngap…diperkenal di sungai Sarawak

KUCHING — Sarawak melaksanakan zon bebas buaya (CFZs) di sungai-sungai yang terdapat ramai orang dalam usaha mengurangkan konflik antara manusia dan buaya, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Datuk Ali Yusop hari ini.
Ali yang juga Pengawal Hidupan Liar berkata, Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) akan menangkap dan menempatkan semula buaya yang dijumpai di CFZs, antaranya di Tebingan Kuching dan Tebingan Miri.
CFZs terletak di bawah Pelan Pengurusan Strategik Buaya dan SFC akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Perhutanan Sarawak, Lembaga Sungai Sarawak dan agensi lain yang berkaitan untuk menghasilkan formula menang-menang untuk menguruskan buaya.
"Bilangan buaya di negeri ini semakin meningkat dan kehadiran haiwan reptilia ini membuktikan ekosistem sungai di sini adalah sihat," beliau berkata susulan penangkapan buaya sepanjang 1.8 meter di sungai Sarawak di Bintawa di sini. Haiwan itu dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang dekat sini.
Ali berkata, fungsi buaya dalam ekosistem selaku pembangkai dan pemangsa telah diterima baik kerana ia membantu mengekalkan ekosistem yang sihat dan populasi haiwan yang lain.— BERNAMA
Papan tanda ini mungkin dipacak disetiap Sungai Sarawak...hehehe..

Orgni:  Zon Bebas Buaya Ngap ini aku sendiri tak berapa faham…adakah kawasan tu bebas untuk buaya dan kaum kerabatnya...hehehe... atau bebas kepada manusia disungai dari ancaman buaya…??
 Apa yang pasti…jika BN masih berkuasa di Bumi Kenyalang selepas PRU 13 nanti..Buaya Ngap (BN) akan terus berlaku sepertimana sekarang ini diketuai Pehin Taib Mahmud….hehehe….

Selasa, 16 Oktober 2012

Amaran PPD buat guru di Perak sempena lawatan Najib..?

Kalau murid tanya....cikgu yang kena...hahaha...
18 Okt nanti dijangka Najib akan ke Lumut...sudah pasti sekolah-sekolah sekitar Perak terutama yang dekat dengan Daerah Manjung akan dikerah paksa ke program tersebut..kemungkinan arahan pekeliling dari PPD akan dikeluarkan kepada semua pengetua sekolah yang terlibat...

Antara arahanya mungkin macam karikatur  kat atas tu...hehehehe...

Pendidikan Percuma: UMNO BN "Tak boleh",Pakatan Rakyat "Boleh"


Kerajaan Belum Sedia Beri Pengajian Tinggi Percuma

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.
Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.- mStar

Pakatan Rakyat Komited Beri Pendidikan Percuma, Hapus PTPTN - Salahuddin
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan terus komited terhadap rancanganya untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat terutama menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, fakta yang tidak betul mengenai PTPTN seharusnya diberitahu kepada rakyat dan komitmen yang terkandung dalam Buku Jingga mengenai pendidikan percuma akan diteruskan.
“Saya rasa bajet (2013) sangat jelas menuju kepada pembelian undi untuk pilihan raya akan datang. Itu kita tidak dapat elakkan, dengan terlalu banyak pemberian 'tunai' kepada rakyat.
“Isu melibatkan asas kekuatan ekonomi tidak disentuh oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana tumpuan diberikan kepada pembelian undi,” katanya kepada para pemberita di luar Dewan Rakyat, Parlimen pada Jumaat.
Beliau mengulas mengenai mengenai Belanjawan 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" yang dibentangkan oleh Najib pada Jumaat.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, belanjawan seharusnya perlu kembali kepada asas seperti pendidikan percuma dan pengagihan untuk memecahkan monopoli pihak tertentu kepada rakyat bagi mendapat bahagian yang lebih besar daripada ekonomi.
Mengenai Buku Jingga, beliau berkata, ia merupakan janji-janji Pakatan Rakyat dalam memberikan komitmen yang tinggi dan bersifat lebih bersifat asas dalam memberi pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN dalam jadual pembayaran yang terancang 15 tahun.
“Itu lebih penting sebenarnya untuk kita berikan kepada rakyat. Isu-isu rakyat yang lebih objektif, isu-isu rakyat yang semakin memerlukan komitmen yang lebih kukuh daripada kerajaan dipilih atas nama Pakatan Rakyat,” kata Salehuddin.
Pakatan Rakyat menyatakan akan menghapuskan pembiayaan PTPTN sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.- mStar
Orgni : Tak boleh pada UMNO BN hanya berdasarkan keuntungan kantung kroni saja...boleh pada Pakatan Rakyat berpandukan membela masadepan anakbangsa dan negara. 



Gempar..!!! Hasan Ali gila talak tahap Mughalazah


Korang jangan gelak....Hasan Tetap Bersama PAS...
BESUT: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.
"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, Selasa.
Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.
"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.
Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.
Beliau berkata ramai golongan ulama semakin di perkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.
"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PASakan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan PresidenPAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. BERNAMA
Orgni: Hasan Ali tidak dibeli UMNO...tapi ditunggangi UMNO..hehehe....
Ceramah Hasan Ali dipekan Batu Kurau,kelihatan khemah yang digunakan milik UMNO.
( Sumbangan Adun Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Elias - UMNO BN   )

Boleh tengok siri-siri Hasan Ali semasa gila roadshow sebelum jadi gila talak atau lebih popular sekarang ini gila Mughalazah kat [Sini] dan [Sini]

Isnin, 15 Oktober 2012

TERKINI..!!! Pesawat Nuri TUDM mendarat cemas di Jemoreng Sarawak

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia kini berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dilaporkan membuat pendaratan cemas di  Kampung Jemoreng Sarawak awal hari ini dipercayai mengalami masaalah teknikal.

Pesawat tersebut dikatakan dalam penerbangan dari Sibu ke Labuan.

Tiada kecederaan pada 5 anggota TUDM didalam pesawat tersebut. 

- Sumber FB Jemoreng.



Untung orang kampung Jemoreng dapat beramai-ramai keluar melihat helikopter Nuri TUDM yang dilaporkan rosak  dikampung mereka.

Pesawat yang digunakan TUDM sejak 1961 mendarat didalam semak samun kerana masaalah teknikal...bukan kerana pertempuran dimedan perang...


Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.
  • 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
  • 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
  • 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
  • 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
  • 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
  • 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
  • 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
  • 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
  • 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
  • 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
  • 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
  • 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
  • 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
  • 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]


*** Orgni: Sampai bilakah ATM akan menderita dan terseksa dengan peralatan lapuk begini.????




SPR atau UMNO BN yang takut media sosial..???

SPR larang kempen guna media sosial selepas tengah malam

KUANTAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama

daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.- SinarHarian.



Orgni-  Aku mau tanya...siapa setuju dengan larangan SPR ini..???

Kenapa perlu dilarang pengunaan media sosial selepas jam 12 malam pada hari terakhir PRU 13....nampak macam strategik terancang terselindung dalam larangan ini.

Larangan ini juga nampak ketara yang SPR lakukan macam didesak UMNO BN demi sesuatu terancang pada saat-saat akhir dalam PRU nanti, kerana semua ketahui bahawa propaganda terakhir UMNO BN pasti berlaku disaat akhir dan UMNO BN memang diketahui sudah tewas dialam maya  sekarang ini.

Persoalanya sekarang LARANGAN  itu dari UMNO atau SPR..??? 

** Facebooker dan Blogger dipaksa bercuti pada malam akhir PRU....ada akal ke...hehehe...





Gempar..!!! Najib ke Lumut 28 ini, Geng Simbah Cat Merah Marah MB Zambry Kadir..??


LUMUT: Tiga papan iklan yang memaparkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Manjung di sini ditemui disimbah dengan cat merah pada pagi Isnin.

Satu papan iklan di persimpangan Jalan Lumut-Jalan Iskandar yang memaparkan Dr Zambry dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan moto “Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, telah disimbah dengan cat merah yang menutupi gambar Dr Zambry.
Dua papan iklan yang turut disimbah dengan cat merah hanya memaparkan wajah Dr Zambry, yang didirikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.
Satu ditempatkan di hadapan bangunan majlis perbandaran dan satu lagi di Jalan Sitiawan, dekat Taman Paya Bakau Manjung.
Difahamkan bahawa anggota Umno bahagian Lumut akan membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Manjung berhubung insiden itu kemudian pada Isnin.~ mStar
Burung gagak dicelup sirap bandung...tidak akan menjadi putih..hehehe...

Sebuah papan iklan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lumut-Jalan Iskandar Shah yang memaparkan wajah tak hensem Zambry Abdul Kadir dan member Soros Najib Tun Razak disimbah dengan cat merah.

Orgni- Kalau kejadian yang lepas-lepas kes simbah cat merah ni mengganas pada bas Jelajah Merdeka Rakyat...abis bertompok-tompok cat merah kat dinding bas yang membawa rombongan DSAI.
Laporan polis pun banyak kali dibuat oleh pihak PR berkaitan kejadian,malangnya hingga kini rasanya tiada lagi tangkapan terhadap pelaku diambil,walaupun banyak bahan bukti bergambar dan vedio tersiar di laman internet.

Sekarang konon-nya giliran papan tanda Zambry pula  disimbah cat merah ....kita tengok apa tindakanya pula...hehehe...

Adakah pelaku yang sama yang simbah cat pada bas Merdeka Rakyat..?

Serba kemungkinan boleh berlaku, sabotaj atau propaganda...

Atau geng sendiri yang tak puas hati dengan Zambry sebab lawatan Najib ke Lumut yang dijangka pada 18 Sept ini..!!??




Ahad, 14 Oktober 2012

Haris Hariz maut dihempap peti televisyen


AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.
PILU...jenazah Haris dibawa bapanya selepas dibedah siasat di Hospital Ampang, semalam. Gambar kecil, Nor Azlin, ibu mangsa.
Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).


“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.