Sabtu, 17 November 2012

Muktamar PAS 2012: Unit Amal perlu lebih senyuman dalam tugas

Unit Amal Malaysia adalah sebuah organisasi yang tidak asing lagi didalam PAS,malah Unit Amal amat popular dikalangan Pakatan Rakyat sehinggakan organisasi ini amat dikenali ramai didalam negara ini.

Penugasan Unit Amal sering kita lihat didalam program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Tugas anggota ini memanglah mencabar dan sering berhadapan dengan risiko yang berat mengikut situasi keadaan.

Menjaga lalulintas,parking,misi bantuan,keselamatan pimpinan dan sebagainya sehingga yang terbaru anggota Unit Amal Perak bersama dalam misi mencari mangsa kemalangan payung terjun di Perak.

Kejayaan anggota Unit Amal memang wajar kita semua membuka mata untuk menghargainya. Tanpa mereka kemungkinan sesuatu program akan tempang atau mungkin juga gagal.

Menurut sumber yang diterima mengatakan Unit Amal dari negeri Perak seramai 20 anggota sanggup menumpang lori untuk ke kelantan bagi menjalankan tugas di Muktamar.

Mereka sanggup menginap disebuah lokasi yang kurang selesa,berhimpit-himpit dan sebagainya. Namun dilaporkan Unit Amal Perak tetap tersenyum menyantuni tugas semasa Muktamar berlangsung.

Tetapi mendukacitakan ada dikalangan tetamu muktamar yang merunggut kesal kerana ada sesetengah anggota Unit Amal di Muktamar bersikap tidak mesra,bersikap acu tak acu dan sebagainya. " Muka tak senyum langsung....masam saja" kata seorang pengadu kat aku.

Aku bukan nak mempertikaikan mana-mana pihak, Unit Amal atau apa sekalipun...sebab yang hadir muktamar tu semuanya ahli PAS. Mereka datang dari seluruh pelosok tanahair,macam-macam latarbelakang ada.

Bagi menghadapi semua ini wajarlah Unit Amal ini dimantapkan lagi dengan cara penugasan yang lebih baik,bukannya maksud aku sekarang ni tak baik sangat....cuma mahukan Unit Amal lebih profesional dalam menghadapi situasi sebegini.

Walaupun letih...memberi senyuman bukanlah sesuatu yang berat sangat, ingat.... Unit Amal adalah nama organisasi  besar dalam PAS. Betul sikap Unit Amal maka betulah semuanya. Macam badan berunifom yang lain juga.

Negara kita walaupun politiknya nampak bergolak...tapi tahap keselamatanya masih terjamin,jadi tak perlulah petugas Unit Amal beraksi macam ada ancaman besar,banyak rungutan mengenai anggota Unit Amal yang mengiringi pimpinan PAS berwajah bengis,bersikap kasar dan sebagainya.

Macam aku cakapkan tadi...negara kita tiada lagi ancaman,tugas mengawal keselamatan pimpinan PAS bukan beraksi seperti menjaga Obama atau Najib....hahaha....

Ingat...beribu mata memandang tugas anggota Unit Amal...sedikit kalian tersasar dari etika,berjuta sangkaan akan muncul.

Berharap pihak yang menjaga dan mentadbir Unit Amal dapat mengambil perhatian untuk kebaikan Parti Islam Se-malaysia... Jagalah moral dan sikap.

Jenayah negara amat membimbangkan: Kerana dadah Nur Amirah 11 bulan dikelar bapa sendiri

Bapa Dipengaruhi Dadah Kelar Anak 11 Bulan

KUANTAN: Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini Jumaat.

Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.

Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut yang dalam keadaan kritikal ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis," kata Mohd Jasmani.

Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian. -BERNAMA

Jumaat, 16 November 2012

Ayahanda Leman Raja Lawak sakit tenat

Leman Raja Lawak atau Sulaiman Ibrahim, 31, hari ini mengesahkan ayahnya Ibrahim,72, sedang sakit tenat.

Menurut Leman ketika dihubungi memberi tahu ayahnya telah dimasuk-kan kehospital Sungai Petani dan menerima rawatan akibat kaki ayah-nya mengalami bengkak.

" Petang semalam ayah saya dibenarkan keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah dan sekarang beliau berehat dirumah,keadaan ayah semakin pulih dan perlu berehat" - ujar Leman yang menjaga ayahnya dikampung.

Beliau (Leman) memohon maaf kepada beberapa pihak kerana mengambil keputusan  membatalkan atau menunda  program yang menjemputnya kerana ingin menumpukan perhatian menjaga ayahnya buat ketika ini.

Najib sudah yakin dan berani bubar parlimen sekarang

Berikutan hari ini kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Karpal dilaporkan tidak bersetuju perlaksanaan hudud dinegara ini.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.- Bernama.

Jadi......apa lagi mau tunggu Najib....!!??
Bubarlah parlimen jika sudah berani.....hahaha.....

Khabarnya para ketua-ketua bahagian UMNO dan bakal2 calon UMNO BN dah riuh mengatakan inilah masa terbaik adakan pilihanraya...

Sebab PAS dan DAP macam dah tak sehaluan, gunakanlah peluang dan  kesempatan ni....hahaha.....

Jangan tunggu lama-lama....nanti karpal cakap lain pulak atau tersebar pula perangai Rosmah yang bakal menakutkan UMNO BN....hahaha.....

Calon "Potong Line" dikesali Pemuda PAS

KOTA BHARU :  Tindakan Pas membawa masuk individu yang terkenal dan mengangkatnya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa ditarbiah mendapat teguran daripada perwakilan.

Perwakilan Perak, Khairil Jamaluddin berkata, beliau bimbang senario membawa masuk calon segera ini akan menyebabkan individu sepatutnya mendapat tempat dipinggirkan.

“Sejak kebelakangan ini ramai individu termasuk mereka yang berjawatan besar dalam kerajaan dan juga artis masuk Pas, kita terima, tetapi saya hairan kenapa baru sebulan dua masuk Pas mereka sudah diangkat ke tempat yang tinggi sehingga dicalonkan,” katanya semasa membahaskan ucaptama di Muktamar Dewan Ulama Pas semalam.

Sebelum ini beberapa artis seperti Hairie Othman, Abby Abadi, Bob Lokman sering kali diberi peluang berada di pentas ceramah Pas.

Manakala bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba turut menyertai Pas dan dikatakan akan diangkat sebagai calon dalam PRU13.- SinarHarian.

Khamis, 15 November 2012

Penat punca UMNO tenat

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya. 

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.  

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam. 

 "Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook. 

 Orgni: Belum habis pening kepala Najib dengan karenah isu Rosmah berjoget....tiba-tiba KP UMNO Perlis pula buat hal bikin Najib bertambah tenat...

Aku seru kepada kesemua ahli UMNO yang berjawatan sekarang ini dan jika terasa penat.....silalah letak jawatan...hahaha.... 

Rasanya ramai yang dah penat....terutamanya Najib,penat dengan perangai Rosmah....hahaha...

Kerana mu....semuanya tertunda.....

Dua tiga hari ini agak panas didada-dada media internet mengenai telatah dan gelagat Datin Rosmah Mansor isteri Najib Perdana Menteri Malaysia terakhir dari UMNO BN. Bermula dengan gambar panas aksi menyibuk Rosmah dimajlis persandingan jaguh badminton negara,belum habis isu itu diperkatakan dan hari ini tersebar pula klip vedio yang diupload ke youtube Datin Rosmah tergedik-gedik disebuah pentas menari ala-hindustan. Semua pendedahan ini sedikit sebanyak menjejaskan tahap kejantanan Najib untuk membubarkan parlimen. Baru Najib nak semangat baru-baru ini dengan memainkan isu fitnah putar belit media pengampu UMNO BN mengenai kenyataan YB Nurul Izzah. Tok Mufti UMNO Perak pun sibuk ambil bahagian menyentuh isu ini bagi pihak UMNO. Bagaikan dentuman petir terkeluar pula vedio klip Si Rosmah berjoget...hahaha.....adakah Tok Mufti akan ambil bahagian menyentuh perkara ini..? Aku rasa tak mungkin....hehehe.... Pecacai-pecacai UMNO kebanyakanya pun terkejut serta terkedu,mungkin ada yang menyumpah seranah insan yang berjoget tu........kecuali kepada yang taat setia kepada wanita serba konterversi ini saja tetap menyayanginya.....hahaha.... Apakah malangnya nasib mu wahai Najib..... Siang bercakap pasal menjaga islam konon-nya...tapi dimalam hari bini mu sibuk berjoget hindustan dipentas....hahaha.....
Kerana mu Rosmah....ku tunda pilihanraya : Bisik hati Najib....hahaha....

Rabu, 14 November 2012

Ma'al Hijrah 1434 : R & R Bukit Gantang UMNO mula bergaduh

Sebut R & R Bukit Gantang  tentu ramai penguna lebuhraya utara-selatan akan terbayang hentian rehat dan rawat, R&R Bukit Gantang memang agak popular dikalangan penguna lebuhraya sebab keistimewaan kawasan rehat yang banyak menjual buah-buahan tempatan dan harganya boleh tahan....( idak le mahal sangat....hahaha...).

Tapi R & R yang aku maksudkan disini ialah Rosli dan Rosli (R&R)dua nama yang hebat bergaduh di Parlimen Bukit Gantang,tiada kena mengena dengan R&R dilebuhraya pun...hahaha....

Nampak gaya seakan kuat kedengaran isu calon PRU 13 Barisan Nasional khususnya UMNO Bukit Gantang sudah hebat bergaduh untuk naikan nama masing-masing.

 Banner dan poster dua Rosli di Bukit Gantang mula bergaduh... Kempen bermula – kami mahu mereka dari bahagian kami – ka
mi tidak terima calon payung terjun.

 Kedengaran suara Kami mahu mereka yang tahu kawasan kami dan kami akan menolak mereka yang dipilih menjadi calon semata-mata kerana baik dengan pucuk pimpinan, inilah suasana dalaman UMNO Bukit Gantang sekarang.

 Sentimen ini berkeliaran dalam UMNO Bukit Gantang,sungguhpun Presiden UMNO Najib sudah mengatakan bahawa mereka harus terima calon jangka menang yang dipilih oleh pucuk pimpinan...tapi jenis melawan tokey dalam UMNO memang ramai...hahaha...

 Bagi puak-puak dari kroni, ukuran menang adalah calon yang boleh mendatangkan untung buat kroni – itu yang penting.

 Rosli Husin Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dilihat sekarang makin dipinggirkan,khabarnya orang2 dalam pejabatnya sendiri ramai yang memboikotnya.
Mereka kata YB Rosli Husin ( ADUN Terong) sudah tua dan tak boleh buat kerja politik. Maka sekarang muncul sorang lagi Rosli yang dikatakan akan mencantas Rosli.... R & R dah mula bergaduh....hahaha... Kemelut ini sudah wujud dan benar–benar sudah dapat dilihat oleh penduduk Bukit Gantang. Rosli & Rosli mula berperang naik-kan banner masing2, sorang naik banner sana,sorang lagi pun naik juga kat sini....hahaha.. Orang2 yang nak jadi calon UMNO Bahagian Bukit Gantang nampaknya semakin ghairah bila hampir dengan pilihan raya dan semakin bergelora. Adakah UMNO Bukit Gantang akan terus bergolak hingga sewaktu pengumuman calon jangka menang oleh Presiden UMNO...? Gambar: Bukti R&R UMNO Bukit Gantang mula bergaduh.... Wajah mereka pun tidak boleh bersatu dalam dalam satu banner..masing2 nak tonjok-kan diri sendiri je....hehehe....

Selasa, 13 November 2012

Amaran kepada Perak dan Sarawak

2012 KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air kini melebihi tanda amaran susulan hujan lebat. Begitu juga Sarawak menurut portal JPS, paras air Sungai Bidut, Sibu di Sarawak turut melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 3.14 meter.  Orgni: Baru 3 hari orangni  terbang dari Perak ke Kenyalang....macam janji2 pula sungai kat Perak dan Sarawak...hahaha......

Rumah Pegawai Kanan Kerajaan terbakar 3 beranak dan pembantu rumah terbunuh

TAIPING - Tiga sekeluarga bersama seorang pembantu rumah maut dalam kebakaran di Assam Kumbang di sini selepas pulang bercuti selama dua hari.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi itu, Mohd Hakimi Zubair, 40; isterinya, Leila Sahak, 40; anak bongsu, Ahmad Faris Mohd Hakimi, 3, dan pembantu rumah, Rizki, 40, meninggal dunia dipercayai selepas terperangkap dan lemas akibat asap tebal.

Hakimi merupakan seorang akauntan dengan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur manakala isterinya pakar IT.

Kesemua mereka yang terkorban berada di tingkat atas rumah itu ketika kejadian berlaku sebelum dipercayai lemas akibat asap yang tebal.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid  berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kebakaran di No 299, Lorong 2, Jalan Dato Seri Ahmad, Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini pada 12.24 tengah malam.

"Empat mangsa yang berada di tingkat atas maut dipercayai akibat lemas. Seorang mangsa ditemui di pintu keluar menuju ke balkoni rumah manakala tiga mangsa yang lain  ditemui di bilik tidur utama. Ketika pihak kami tiba, rumah itu sudah 50 peratus terbakar.

Kebakaran berlaku bermula di bahagian tingkat atas rumah," katanya.

Jenazah 3 beranak telah selamat di kebumikan sebelum zohor ditanah perkuburan islam Tekah.

Menurut sumber jenazah pembantu rumah, Rizki, akan dihantar ke Indonesia untuk dikebumikan oleh keluarganya disana.

Turut hadir YDP PAS Taiping Ust Mohd Fakharuddin Abd Aziz dan ADUN  Aulong YB Yeow dan memberi sumbangan kepada haji Zubair.
Ust Mohd Fakharuddin turut  melawat rumah Haji Zubair yang terbakar siang tadi (Gambar kecil)


Isnin, 12 November 2012

Update: (Gambar) Kereta Bob Lokman dirempuh gajah liar

Orangni kat sini memaparkan gambar terbaru keadaan kereta Waja Bob Lokman yang dirempuh gajah liar ketika dalam perjalanan beliau ke Kelantan semalam melalui jalanraya Gerik - Jeli. (Sini)

Ketika Bob Lokman menghubungi Orangni semalam, beliau  menceritakan saat-saat cemas ketika berhadapan dengan se-ekor gajah liar tersebut.

"Memang cemas ketika itu, kerana haiwan liar tersebut secara tiba-tiba meluru ke arah kereta, walaupun kereta telah diberhentikan dijarak lebih 30 meter" Ujar Bob Lokman.

Dalam beberapa saat saja gajah tersebut sudah berada dihadapan kereta dan merempuh bahagian hadapan kereta  tambah Bob Lokman.

"Saya memadamkan lampu kereta ketika gading gajah menusuk ke badan kereta,keadaan kereta ketika itu bergoyang kuat hinggakan tayar belakang kereta terjongket naik,sebaik lampu kereta dipadamkan gajah tersebut terus beredar meninggak-kan kereta dan bergerak masuk ke dalam hutan di tepi jalan." "Saya hanya bertawakal kepada Allah ketika saat cemas itu...Alhamdullilah semua kembali tenang dan selamat,kereta pun masih boleh bergerak meneruskan perjalanan ".
Berlubang....kesan tusukan gajah liar


Terkini..!!! Kereta Bob Lokman di rempuh gajah

Menurut sumber yang baru diterima, kereta jenis Proton Waja yang dipandu Bob Lokman atau nama sebenar  Mohd Hakim Lokman, 48. Dikatakan keretanya  telah dirembuh se-ekor gajah liar.

Bob Lokman dikatakan dalam perjalanan ke negeri kelahiranya Kelantan mengunakan jalan Gerik - Jeli bagi menghadiri muktamar PAS yang bakal berlansung pada 16 - 18 Nov ini.

Semasa kejadian berlaku dalam jam 10 malam tadi, kereta yang dipandu Bob Lokman telah terserempak dengan se-ekor gajah liar yang berada diatas jalanraya. Keretanya berhenti dijarak lebih kurang 30 meter dari gajah tersebut.

Tiba-tiba gajah tersebut meluru kearah kereta Waja-nya dan merempuh dengan mengunakan gading yang menyebabkan suasana panik.

Alhamdullilah.... setelah Bob Lokman memadankan lampu kereta-nya,gajah tersebut beredar dari situ.

Keadaan Bob Lokman dilaporkan tidak mengalami sebarang kecedaraan namun kereta Waja-nya mengalami kerosakan dibahagian hadapan,syukur kerosakan tersebut tidak serius.

Aku amat berasa syukur kepada Allah kerana Abg Bob Lokman tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan ini dan berasa bangga dengan semangat perjuangan Islam dinegara ini  khususnya didalam PAS.
Berlubang. Kesan tusukan gading gajah liar.





Ahad, 11 November 2012

YB Hamidah Osman naik angin sebanyak 5 kali di Bukit Gantang

Berikutan sebuah program di jeti Kelip-Kelip Kampung Dew di DUN kuala Sepetang didalam Parlimen Bukit Gantang pada petang 11 Nov 2012.

Jam 4 petang.....Dalam keadaan hujan lebat ketika itu menjadi panas buat YB Hamidah Osman (exco pelancongan Perak).

Apa tidaknya...??

Hamidah naik angin 5 kali kata penduduk kampung....hehehe....

Naik angin 1: Hamidah terpaksa datang sendirian setelah MB Zambry tidak hadir tanpa sebab.

Naik angin 2: Udah le Hamidah datang sorang...sekor wakil dari UMNO Bukit Gantang pun tak sambutnya diprogram tersebut....hahaha....

Naik angin 3: Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) pun tak datang dengan alasan tiada dijemput,wahal dalam Bahagian-nya sendiri.

Naik angin 4: Tapi aku dimaklumkan ada jemputan,sebab ada bukti surat jemputan kata seorang penduduk disini, jadi sebab YB Rosli tak mahu datang mungkin tak berapa sebulu dengan YB Hamidah...hahaha....

Naik angin 5: Paling kritikal apabila pengerusi persatuan Kelip-kelip (Kecap) yang juga Tok Ketua Kampung  Air Putih En. Mat Nor Saleh pun tak datang.

Hahaha.... Hamidah dikatakan amat berang diprogram tersebut yang dikatakan persiapan program amat gah dengan 9 agensi terlibat buat pameran dilokasi.

Hamidah hanya berucap pendek saja dan sempat menanam sepokok pokok berembang di tepi jeti tersebut...

Rata-rata penduduk di kampung Dew kecewa dengan program ini yang dikatakan hanya membuang masa mereka kerana tiada apa-apa kebaikan dengan kehadiran YB Hamidah....udah angin satu badan, tak ada apa2 janji le....hahaha....

Naik angin bonus: YB Hamidah sempat membelek kerusi-kerusi yang di sumbangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar yang berada di atas jeti kampung Dew...dengan kelu seribu bahasa.....hahaha.....