Sabtu, 29 Disember 2012

Seorang lagi Raja sertai Pakatan Rakyat

Tentu ramai tertanya-tanya Raja mana,kalau Raja tentu dia anak Raja...ayahanda-nya Raja mana,Raja dari kerajaan negara mana yang akan serta Pakatan Rakyat Raja mana...???

Kau Raja manaaaa...?? Akulah Raja Kapooor........itu diolog dalam filem P.Ramlee..hahaha....

Raja yang akan sertai Pakatan Rakyat ini bukanlah Raja dari mana-mana kerajaan,ayahanda-nya pun bukan keturunan Raja,Ibu-nya pun bukan malah semua adik beradik saudara mara beliau pun bukan berketurunan Raja.

Beliau yang dimaksudkan ialah salah seorang Raja dalam Finalis rancangan Raja Lawak di siaran Asrto. Khabarnya Raja Lawak ini berasal dari utara tanahair...

Syabas..!! Nampak negeri diutara tanahair bakal menerima seorang lagi RajaLawak selepas Leman Raja Lawak.

Walaupun Raja ini tidak berdaulat...aku hormat kehendaknya supaya jangan dihebohkan nama nya buat masa terdekat ini.

Sama-samalah kita nantikan kejutan terbaru dalam dunia Artis dan Politik di-tanahair....

Pam...pam...ta..ra..ra... Tunggu saja la....Hahaha....

Khamis, 27 Disember 2012

Isu tanah Sg Rotan Perak: YB Rosli Hussin jadi tikus hitam angkara Rafidah Aziz

Kampung Sg Rotan,Trong  Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama.


Kisah bermula dari 1986 di-zaman  Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar ( Sekarang Kg. Sg. Rotan  dalam Parlimen Bukit Gantang ). 


Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut.

Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang.

Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah. 

Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU.  Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang.

UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya.

Tapi sekarang perkara ini telah meletup dan terbongkar kerana beberapa orang UMNO BN sendiri mendedahkan segalanya.

Isu ini menjadi panas apabila hari ini satu kejadian yang mengemparnya berlaku, sebuah lot tanah di kampung Sg. Rotan telah dicerobohi sebuah jentera berat berantai bagi menolak dan membersihkan pokok-pokok (Getah dan Sebagainya) untuk ditanah semula oleh seorang individu  bernama Mr Lee (Gambar dibawah: No-8) yang mendakwa lot tanah tersebut  dibeli dari sebuah keluarga mantan  Tok  Sidang Kampung Padang  Gajah dengan harga RM115 ribu. 

Sedangkan lot tersebut diusahakan sekian lama dan dimohon oleh seorang individu lain sebelum ini.

Nah...!!! Sekarang sudah terbongkar..!!! Rupanya-rupanya selama ini Lot-Lot tanah yang dijanjikan akan diberi geran hak milik sudah pun dimiliki oleh individu lain.

Seramai 25 nama individu disahkan telah mendapat geran hak milik tanah diatas lakasi lot-lot tanah yang diusahakan oleh 160 peneroka asal.
No.9- Encik Rosli Bin Isa dikatakan bakal calon UMNO Bukit Gantang juga miliki tanah ini



Celaka..!!! celaka..!!! celaka..!!! itulah ungkapan yang sesuai untuk UMNO dalam kes ini. Tanpa diberi tahu dan secara senyap-senyap lot-lot tanah ini diberi kepada beberapa individu yang dikatakan kroni UMNO disini. 


Kebanyakan individu yang berjaya memdapatkan geran hak milik tanah ini dikatakan orang luar dari Kampung Sungai Rotan. Haji Rosli Isa  bakal calon UMNO bagi Parlimen Bukit Gantang pun ada dalam senarai pemilik tanah tersebut. Sedangkan anak jati Kampung Sg Rotan yang usahakan tanah ini seorang pun tidak menerima geran hak milik tanah hanya berputih mata saja. 



Dimana YB Dato Rosli Hussin  ADUN  Terong merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.? Seorang AJK MIC Bukit Gantang sendiri mengesahkan beliau ada menghububgi YB Rosli dan cuba menemui YB Rosli,namun amat sukar menemui YB Rosli bagi menceritakan permasaalah Kampung Sg Rotan ini.



YB Rosli Hussin dilihat menjadi tikus hitam dalam isu tanah Kampung Sg Rotan ini. Beliau terpaksa melarikan diri dari isu ini kerana yang mendajalkanya ialah rakan se-UMNO-nya juga iaitu Rafidah Aziz. 





Sebahagian yang terlibat dalam isu ini mengadu kepada Pusat Khidmat Ahli Perlimen Bukit Gantang
Jentera ini yang mencetuskan pembongkaran segala isu tanah Sungai Rotan yang berkaitan dengan janji kosong UMNO. Jentera ini telah dibawa keluar dari lokasi atas bantahan individu yang membantah pencerobohan tanah yang telah mereka usahakan.

Wakil AJK MIC menunjuk-kan satu laporan Polis telah dibuat mengenai isu ini. Beliau banyak mendedahkan tektik kotor yang UMNO mainkan dalam isu tanah ini.

Selasa, 25 Disember 2012

Filem "Hantu Kak Rosmah Balik Rumah" ke Pawagam Dalam Tahun Depan

Gambar sekadar hiasan dan cadangan penulis sahaja...hahaha.
Pak Jabit
"Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sudah lama berada dipawagam dan watak Hantu Kak Limah khabarnya dah berminat lagi nak masuk berlakon...jadi apa kata kalau dalam tahun depan lepas PRU saya buat sebuah filem seram lain ganti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan tajuk  Hantu Kak Rosmah Balik Rumah"- seloroh Pak Jabit disambut dengan gelak ketawa yang hadir....hahaha...

Tidak salah  kalau kita ubah nama Kak Limah kepada Kak Rosmah..tapi sekarang ni tak boleh la..tentu kena gam, kisah mereka (UMNO BN) semua-nya yang baik-baik saja,yang nyata keburukan mereka semua tak boleh diceritakan,jadi cerita-nya sekarang ialah semua yang berada disini perlu berubah untuk ganti kerajaan pusat yang ada kepada yang lain..kalau saya yang berumur 63 tahun boleh berjuang untuk menuju ke Putrajaya kenapa yang berumur 36 tahun tidak boleh..? - tambah Pak Jabit lagi ketika menyampaikan ceramah santai di Kampung  Sungai Seputeh Selama Perak disini malam tadi.

Program berbentuk santai ini dianjurkan oleh PAS Cawangan Sg Seputeh dengan usahakerja kuat dari Pemuda PAS Cawagan tersebut. Kehadiran ahli pada malam program tersebut amat-amat membanggakan sekali.

Bermula dengan solat Mahgrib berjemaah kemudian disusuli dengan majlis tazkirah yang disampaikan oleh YDP PAS Taiping Ust Mohd Fakharuddin. Selepas solat Isyak berjemaah para yang hadir menjamu selera. Disahkan oleh penganjur sebanyak 3 ekor kambing telah ditumbangkan untuk program ini...hebat..hebat...hebat...hahaha....

Pak Jabit yang sebenarnya terikat dengan program lain di Chemor Ipoh telah dijemput singgah ke program ini. Pak Jabit dikatakan terlibat dengan pengambaran sebuah filem baru arahan Mamat Khalid.

"Siapa kata artis yang sertai Pakatan Rakyat dah tak laku..?? Saya masih lagi di-panggil berlakon....janji watak saya dalam lakonan tersebut tidak menyalahi etika dan prinsip saya sebagai seorang islam.." - kata Pak Jabit .

Dari Pahang ke Parlimen Larut
Singgah berehat di lebuhraya
UMNO BN semakin kalut
Pakatan Rakyat ke Putrajaya
-- Pantun dari Pak Jabit

Solat berjemaah

Add caption

Majlis Tazkirah

Ceramah santai dari Pak Jabit banyak menceritakan isu termasuk kes Lynas di Gebeng Pahang

Bermaklumat dan tak kering gusi dengan ceramah Pak Jabit...kelihatan YDP PAS Taiping

Orang kuat dan harapan DUN Selama: Ust Akmal Kamarudin( Baju biru) turut hadir di program ini



Isu Panas calon UMNO N.15 Trong : YB Rosli dicantas Mantan Penghulu Tahir

Rosli Hussin

Habis la…YB Rosli Hussin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang yang sekarang menjadi ADUN bagi N.15 Trong. 

Sudah-lah hasrat nak bertanding merebut kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang terbantut kerana di cantas bakal calon muka baru iaitu Haji Rosli Isa.

Hasil sumber yang digali dan dikorek menyatakan bahawa kerusi yang dimiliki YB Dato Rosli Hussin  N.15 Trong  kini heboh diperingkat UMNO negeri dan pusat menyatakan  ada 2 nama mengantikan tempat beliau yang akan bertanding mewakili UMNO di N.15 Trong.

Bermakna “alamat melepaslah….” YB Rosli kali ini..hahaha…

Nama pertama yang disenaraikan untuk bakal calon ialah mantan Penghulu Trong Tahir ND Dan.

Kedua ialah Shamshul Alias yang sekarang memengang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Kedua-dua mereka yang disenarai calon ini dikatakan sedang diperhatikan dan di teropong  pihak UMNO pusat sebagai bakal calon yang layak bagi kerusi N.15 Trong untuk PRU akan datang.

Patutlah MB Zambry Kadir baru-baru ini ada  memberi kepada YB Rosli Anugerah Bahagian yang paling aktif di Perak, hakikatnya hanya anugerah tersebut sebagai ucapan “Anugerah Selamat jalan buat YB Rosli dalam bidang politik”.

Sebab aktiviti UMNO Bahagian Bukit Gantang indah khabar dari rupa..habuk pun tarak…hehehe….
Gambar dari Sumber gali dan korek: Bagi P.059 Bukit Gantang dan N.14 Changkat Jering sila tunggu masa dan ketika untuk di kongsikan..hahaha...




Isnin, 24 Disember 2012

15 pemandu peribadi untuk seorang YB UMNO Kubu Gajah..?

Ini kisah seorang YB UMNO di DUN Kubu Gajah didalam Parlimen Larut Perak,khabarnya dalam masa satu penggal menjadi YB di DUN Kubu Gajah sudah lebih sedozen pemandu peribadi berkhidmat dengan-nya.


Menurut sumber mengatakan 15 orang individu yang mencuba nasib untuk mendapat rezeki berkerja sebagai pemandu kepada YB ini. Namun tak sampai beberapa bulan dan ada yang tak sampai beberapa hari terpaksa me-reject-kan diri sendiri dari kerja pemandu..hehehe...

kesemua mereka yang malang ini berhenti dari jadi pemandu peribadi mempunyai nada yang sama mengenai sebabnya. Tak tahan dengan perangai YB tersebut yang suka maki hamun dan tak tahan dengan karenah YB tersebut yang menganggap pemandu ini seperti balaci hamba suruhan-nya.

Menurut satu cerita lagi pernah berlaku pada YB ini terpaksa drive sendiri kerana ada seorang pemandu-nya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mencampakan kunci kereta yang dipandu-nya keluar kereta di lebuhraya berhampiran terowong menora kerana sudah tidak tahan lagi dihina oleh YB tersebut.



Ahad, 23 Disember 2012

Isu panas bakal calon UMNO Kemunting: Yb Zahir ditendang Jeffry dan Anas

Dari sumber dalaman UMNO Taiping yang dikorek-korek menyatakan YB Zahir ADUN Kemunting yang ada sekarang berkemungkinan besar tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Ini semua  berikutan timbul 2 nama yang disenarai oleh pihak UMNO peringkat pusat untuk dicalonkan.

Bermakna YB Zahir yang tersohor dengan gelaran dari ahli UMNO Kemunting sendiri sebagai YB Banner bakal ditendang dari PRU akan datang.

2 nama yang berjaya di korek dari maklumat UMNO pusat ialah Jeffry Mohd Rejab jawatan sebelum ini ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Taiping dan Anas Md Yusof berjawatan AJK UMNO Bahagian Taiping. Mereka berdua sekarang diteropong oleh pihak UMNO pusat konon-nya bersih dari sebarang kes yang akan cemarkan nama UMNO jika dicalonkan.

Ini semua berikutan kehendak Najib Tun Razak mahukan semua calon ditapis oleh SPRM sebelum disenarai calonkan.

Menurut sumber korek UMNO lagi menyatakan Jeffry Mohd Rejab yang sekarang dikatakan bertugas disebuah bank disini sememangnya sedang berkerja kuat untuk persediaan menjadi calon di Dun Kemunting. Antara program yang dilaksanakan ialah membersihkan sebuah tanah perkuburan disini beberapa bulan lalu dan khabarnya program yang dianjurkan Jeffry diluar pengetahuan YB Zahir.

Manakala Anas Mohd Yusof pula masih belum nampak berminat sangat dengan nama-nya disenarai calonkan. Sebab tiada sebarang program dilakukan oleh beliau. Kemungkinan beliau (Anas) tidak tahu nama-nya di calonkan oleh UMNO pusat atau sudah disekat oleh YB Zahir.

Sumber korek maklumat UMNO juga menyatakan semua nama calon yang disenarai oleh UMNO pusat masih belum diwar-warkan kepada semua Bahagian-Bahagian UMNO kerana bimbang pergolakan besar dijangka berlaku dalam UMNO berikutan PM Najib baru-baru ini menyatakan semua calon UMNO yang akan datang perlu ditapis oleh SPRM.

Bermakna YB Zahir dan YB-YB UMNO yang dok ada hampir 90% ditendang sebab diketahui tidak menepati kehendak Najib Tun Razak yang konon-nya mahu calon bersih.

- Sumber korek-korek Orangni....hahaha.....

Gempar..!!! YB Rosli Hussin zalimi Rosli Isa bakal calon UMNO Bukit Gantang

YB Rosli yang zalim 

Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Datuk Rosli Hussin yang juga ADUN Terong memang zalim,memang tak patut dan memang-memang menginaya rakan sepasukan dalam UMNO di Perak.


Sebab apa aku kata macam tu..? 
Sebabnya hari ini terbongkarlah segala pergolakan sebenar didalam UMNO di Parlimen Bukit Gantang. Nama YB Rosli Hussin sememangnya ramai ahli UMNO dah tahu yang dia (YB Rosli) disingkirkan dari bertanding dalam PRU akan datang. DUN atau Parlimen memang dah tiada tempat bagi YB Rosli Hussin lagi di Perak ini...kat negeri lain kot mau terima aku tak tau la...hahaha...

Keadaan menjadi kecoh dalam UMNO Bukit Gantang apabila dikatakan segelintir ahli UMNO masih mahukan YB Rosli bertanding,namun khabarnya UMNO diperingkat pusat ( Najib la tu...haha..) dah senaraikan  nama seorang anak tempatan dari Kg. Sungai Kerang  iaitu Haji Rosli bin Isa sebagai bakal calon Parlimen Bukit Gantang.

Rosli Isa ini memang anak tempatan tapi amat jarang balik kampung sebab berjawatan tinggi di Purtajaya dan memang orang di Parlimen Bukit Gantang tidak mengenali beliau...hatta orang UMNO sendiri pun tak kenalinya.

Nak jadi cerita hari ini aku ke sebuah majlis kenduri kahwin kat kawasan DUN Terong,di-dalam ramai-ramai tetamu yang hadir dimajlis tersebut rupanya terchonggok bakal calon tersebut...Haji Rosli Isa dengan seorang rakan (Gambar bawah: Berbaju merah) yang membawanya dari Putrajaya.

Kesian aku tengok...hahaha...Ada ke patut seorang bakal calon UMNO untuk parlimen Bukit Gantang dibiar berseorangan menjelajah untuk menyantuni rakyat disini tanpa di-iringi anak tempatan atau AJK UMNO Bahagian. 

Sudah-lah beliau tu muka baru dalam politik,masih mentah,orang pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal orang...YB Rosli Hussin boleh relex je....biar Hj Rosli Isa sorang-sorang...hahaha...tak kezalim nama-nya tu..??

Patutlah dalam laporan Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059 dikatakan AJK UMNO Bukit Gantang tidak komitmen dalam tugas.

Apa yang jelas disini ialah YB Datuk Rosli Hussin menzalimi bakal calon sendiri. Dek kerana tidak tersenarai bertanding YB Rosli sanggup menzalimi rakan sendiri. Inilah perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan kroni dikeliling pinggang saja.

Gambar Kiri: Haji  Rosli B. Isa, ini wajah bakal calon UMNO untuk Parlimen Bukit Gantang bagi PRU-13 .
Gambar kanan: Ustaz Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat bertanya khabar kepada Rosli Isa kebetulan hadir sama dimajlis tersebut.