Sabtu, 16 Februari 2013

Aksi Melampau Terlampau : Leman Raja Lawak Vs Syed Saifuddin Syed Harman

Aksi-aksi  dalam gambar yang Orangni paparkan ini nampak macam sama...tapi serupa...haha...
Aksi Melampau Pemimpin UMNO
Gambar diatas adalah Syed Saifuddin Syed Harman yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan dan salah seorang panel pemikir JASA sedang begitu seronok,selesa dan mungkin st!m bersama 3 orang awek. Ini  mengambarkan kepada kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO  gemar melakukan maksiat.
Ini jawapan Syed Saifuddin mengenai aksi terlampau dan melampau....
.....
Aksi Terlampau Penceramah PAS
Gambar diatas ini pula ialah Sulaiman B. Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak merupakan ikon anak muda bagi PAS yang juga penceramah PAS dan Presiden PANGLIMA (NGO). Kelihatan Leman sedang seperti meneran kesakitan kerana menjalani proses urut kaki...hahaha...
Ini jawapan Leman diatas aksi melampau-lampaunya...hehehe....
........................................................................

Lif Pengkalan TLDM Lumut Membunuh isteri anggota TLDM

17 Februari 2013
Gambar sekadar hiasan
IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.


Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - SH
............................................................

Carta Top 50 Ahli Politik Malaysia Yang Paling Berpengaruh di Media Baru : Najib dan Anwar berkongsi mata


Mengikut sumber dari Klip Video (17:59) yang dimuat naik di Youtube hari ini menyatakan penyenaraian nama ahli-ahli politik tanahair dari semua ahli parti politik tanahair. (Nampak macam telus....nampak aje...hehe..)

Macam mana mereka kira pun Orangni pun tak tahu, tapi agak menarik juga jika diambil peduli kerana semua ini berkaitan Media Baru yang boleh jadi serba mungkin.
.........................................................

Akademi Transformasi Media bersama TEH TARIK BERSAMA YB mengumumkan Top 50 ahli politik malaysia yang paling pengaruh di media baru. 


Kiraan ini berdasarkan pada KLOUT sistem dan kami menggunakan tool spider search untuk mencari ahli politik tempatan yang mempunyai kiraan yang tinggi tetapi kemungkinan kita juga boleh melakukan kesilapan dengan tidak merangkumi kesemua ahli politik tempatan .
......................................
Berikut adalah keputusan carta yang di senaraikan
Noh Omar menjadi Johan dengan 79 mata,Najib  No.2  dengan 78 mata

DSAI berkongsi mata dengan Najib 78 mata













 ....................................................
Orangni: Keputusan carta top 50 Ahli Politik Malaysia ini sedikit sebanyak memperlihatkan keseimbangan berlaku diantara Najib dan Anwar,masing-masing menerima 78mata.

Noh Omar menjadi juara didalam carta ini dengan 79 mata,walaupun Noh Omar nampak malas dalam mengisi gambar profil-nya,namun dikatakan sikapnya peka dan suka  Interaksi sosial di Media Baru menjadikan beliau juara didalam carta ini.

Top 10 dari carta ini mencatitkan 5 ahli politik dari BN dan 5 ahli politik dari PR berada didalam Top 10 ,amat membanggakan apabila YB Khalid Samad dan YB Tian Chua juga berkongsi mata menerima 78 mata bersama Najib dan Anwar dan menewaskan Ketua Pemuda UMNO Malaysia KJ yang hanya menerima 74 mata.

Apapun ahli politik dari Pakatan Rakyat  khususnya dari PAS dilihat tidak menyerlahkan diri dalam pengunaan Media Baru amat ketara sekali.

Orangni tidak bersandarkan 100% kepercayaan sepenuhnya diatas kiraan carta diatas,namun penguasaan ke-atas pengunaan Media Baru tidak boleh di ambil remeh di-alaf Saitek ini.

Orangni harap Orang-Orang Besar dari PR perlu PEDULI.
...............................................

Kisah Bendera hari ini: BN tewas 5kali ganda dengan PAS (BERGAMBAR)

SUNGAI PETANI, 16 Feb -- Kelihatan seorang Makcik dari penyokong Barisan Nasional (BN) membawa bendera BN bersaiz kurang lebih sedepa saja melalui iklan besar yang tertera Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru yang akan dirasmikan oleh T P M Muhyiddin Yassin di padang Taman Ria Jaya malam ini di sini, hari ini.

Terengganu 16 Feb--Terbaik dari konvoi PGU Terengganu,Abg BULAN BESAR turun ke jalan raya,saiz 2 bendera PAS ini 5kali ganda dari saiz bendera BN,Orang muda geng kita....- sumber FB
........................................................
Orangni: Bendera UMNO BN akan diusung,diarak dan dikibar kehulu dan kehilir dengan upah wang ringgit semata-mata, manakala bendera PAS dikibarkan megah dengan semangat perjuangan Islam yang iklas semata-mata.
Syabas dan tahniah  diatas semangat yang ditunjukan ahli PAS Terengganu, semoga menjadi contoh kepada ahli-ahli PAS diseluruh tanahair ini.....Takbir..!!!


Terkini: (TAKZIAH) Pelakon Veteran Kuswadinata Meninggal Dunia

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswasi Bujang, 75. meninggal dunia sebentar tadi. Pemergian Pak Kuswadinata telah disahkan oleh pelakon Liza Abdullah melalui Twitternya.


Sejak empat tahun lalu, Kuswadinata dilaporkan menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar. Selain itu, pada 7 Oktober tahun lalu dia yang pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh Pak Kuswadinata dicucuri rahmat.

Jumaat, 15 Februari 2013

Apa ni..!!!??? Ahli PAS tak hormati Kerabat Raja Perak ke..???


Ku Is atau YM  Raja Dr Ahmad Iskandar  ,Seorang kerabat Diraja Perak sedang berehat di rumah ,di Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak.

Beliau keuzuran dan diberi cuti  oleh doktor. Apapun Ku Is tidak "murka" apabila sahabat beliau Safarizal Salleh duduk di atas kerusi,sedangkan YM Ku Is duduk dilantai berlapikkan "toto".

Ku Is menjiwai watak alMarhum  Sultan Idris dan nenda beliau. KU IS merupakan aktivis PAS, YDP PAS Kuala Kangsar dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.    foto Faeez Azahar.
......................................
Orangni: Raja yang adil bijaksana dan Rakyat yang setia berpisah tiada...Perjuangan menegak-kan Kebenaran dan Islam adalah matlamat bersama....Takbir..!!!


Ust Kazim Berceramah Gelak Ketawa Untuk DS Rosmah....Suke Bebenor...!!!


Amboi... suke bebenor Ust Kazim hari ni... Dapat berceramah@berceloteh didepan Hajjah DS Rosmah isteri PM ye...
Khabonye..Hajjah DS Rosmah Mansor hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Bacaan Tahlil dan Yassin yang berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah Ipoh, pagi tadi.
Tiba DS Rosmah di perkarangan masjid jam 10 pagi, disambut oleh konon-nye kira-kira 2,000 ahli wanita dan puteri UMNO serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Perak.
Majlis turut dihadiri oleh bini MB Perak, DS Saripah Zulkifli juga Yang DiPertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) serta Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Rusnah Kassim.
Selesai bacaan tahlil dan yasin, Rosmah bersama para jemaah mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz  Kazim Elias... Khabornye banyak ketawa dalam ceramah ni...haha.. Riuh rendah ruang masjid dengan hilai ketawa.
Konon-nye Intipati kuliah tersebut menumpukan perihal wanita dan tanggungjawab sebagai isteri dan peranan kaum hawa itu dalam keluarga. Tapi apa ceritanye dengan Hajjah DS Rosmah yang menjojolkan rambut terburai dalam masjid..?? 
DS Rosmah tiba di Perak kerana tugas  me-follow PM  Najib yang merasmikan majlis pelancaran UMNO Tidak Cantik (UTC) pagi tadi dalam program berlainan.
Terjojol rambut: Lain dari yang lain....
Apa-lah yang di-doakan..??
Baca Surah Yassin dengan rambut terjojol
Suka bebenor...Tersenggeh gelak ketawa didepan Ust Kazim...
Ust Kazim menyampaikan Ceramah Celoteh,didepan-nya  Hjh DS Rosmah
Orangni: Teman bukan-nye dengki dengan gelak ketawa suke DS Hjh Rosmah.. Teman musykil dengan fesyen rambut terjojol-nya dalam masjid...Apa komen Tok Mufti Perak..?? Rambut terjojol dalam masjid dan membaca yassin.. 
Apa hukumnya..? adakah Harus disini atau Harus disana..??

Khamis, 14 Februari 2013

Anwar Ibrahim bakal dicabar Syaitan yang dikenali

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood menyarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Rasional cadangan ini dikemukakan, saya melihat serangan Dr Mahathir semakin kuat terhadap Anwar walaupun sudah bersara dari politik," katanya pada sidang media, hari ini.

Nordin mendakwa beliau telah mengesyorkan perkara itu kepada Anwar tiga hari lalu. - SH.

Rabu, 13 Februari 2013

Isu Panas Jawatan MB Perak: Zambry berperang besar dengan 3 Menteri Kabinet

Perpatah Melayu ada mengatakan "Kalau Tiada Angin,Mana Mungkin Pokok Bergoyang". Itulah yang berlaku didalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Perak, dikala Presiden  UMNO Najib tercari-cari tarikh PRU-13 yang masih belum ditemui, suasana dalaman UMNO Perak semakin kucar-kacir dengan macam-macam isu yang amat meruncing.

Dari isu penjawat awam tak mahu ikut arahan Zambry dan  pembahagian kerusi di DUN dan Parlimen di Perak masih panas didalam UMNO BN Perak,kini Zambry Kadir semakin tertekan dalam mempertahankan jawatan Menteri Besar yang disandanginya secara rampasan kuasa di Perak di gugat oleh 3 orang sekali gus..!!!!

Hari ini terpapar disebuah dada akhbar edisi Utara menyiarkan tajuk "Tiga Idam Kerusi MB". 

Ahmad Zahid Hamidi, Husni Mohamad Hanadzlah dan Nazri Aziz disebut-sebut beriya sangat  dan berperang besar merebut untuk jawatan Menteri Besar Perak.

Memang dasar perangai lanun pemimpin UMNO,untuk satu jawatan pun sampai 3 orang nak berebut. Dah macam filem "Tiga Abdul" pula, bezanya filem  "Tiga Abdul" ada watak hero Abdul Wahab yang budiman tapi dalam isu UMNO ini semuanya watak lanun..hahaha....

Walaupun disangkal oleh salah seorang Menteri Kabinet ini konon-nya turun padang di Perak kerana hendak membantu Zambry,itu semua adalah omongan kosong yang tidak boleh dipercayai rakyat.

Siapa tidak mengenali pimpinan UMNO diseluruh negara khususnya di Perak ?? Jawatan dan pangkat adalah matlamat utama mereka dalam arena politik. Cantas mencantas adalah perkara rutin dalam UMNO.

Zambry dilihat sekarang terkontang-kanting di Perak, Jawatan Menteri Besar yang disandangnya pun sudah di tempah oleh rakan se-UMNO di Perak. 

Sedangkan tarikh PRU pun entah bila masanya, jentera UMNO BN di-Perak pun masih hidup segan mati tak mahu dan  hasrat UMNO terus berkuasa di Perak pun masih teramat kabur. 

Orangni amat yakin pergolakan dan peperangan Zambry dengan 3 Menteri Kabinet akan berterusan sehingga PRU-13, dimata rakyat mereka akan berlakon seperti berdamai tapi hakikat sebenarnya mereka berperang besar merebut Jawatan Menteri Besar.

*Perpatah Orangni: Kalau tiada bangkai...mana mungkin 3 burung gagak berlegar-legar diudara dan burung gagak walaupun di celup tepung tidak akan menjadi putih...hahaha....

Jadual Zambry WatSibok Di Parlimen Larut 14 Feb 2013 (Khamis)

Jadual yang dirancang, tertakluk kepada perubahan pembancuh Teh Candu :
Peminat Teh Candu Watsibok di-Larut..
9.00 pagi - Minum candu pagi dan watsibok di Pekan Selama.
10.00 pagi - Majlis perjumpaan bersama penjawat awam di Dewan Serbaguna IPD Selama.
11.00 pagi - Watsibok di Felda Ijok.
2.00 petang - Watsibok di Kg Baru Cina Redang Panjang.
2.30 petang - Lawatan watsibok ke tapak bangunan Pekan Baru Ijok. 
3.00 petang - Watsibokt ke tapak projek Arena Square Bt Kurau
3.30 petang - Majlis ramah mesra bersama rakyat di Mini Stadium Bt Kurau
4.15 petang - Majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Padang Windsor Bt Kurau.


Kantoi..!!! Ramli Sudin / Pelakon Demo Zoo Taiping bukan Ahli PAS

Nama sebenar-nya HASMADI ISMAIL... bukan watak Dr Hasmadi dalam filem "Kasim Selamat"  tapi dalam lakonan Demo Zoo Taiping semalam mungkin di-atas arahan director (UMNO Taiping) nama itu ditukar dengan nama RAMLI BIN SUDIN. 

RAMLI SUDIN menjadi jurucakap dan mengaku sebagai Ahli dan Penyokong PAS Taiping telah membuat Demo semalam.

Hasil maklumat yang didedahkan oleh kakitangan director itu sendiri menyatakan HASMADI ISMAIL ini ialah seorang peniaga satay disebuah gerai cina bersebelahan bangunan Kamal Bina di Taman Tasek Taiping. Lakonan beliau semalam sebagai RAMLI SUDIN telah mendapat reaksi dari beberapa pimpinan PAS Taiping.

Jika benar Hasmadi Ismail ini ahli PAS mengapa perlu menyamar dengan nama Ramli Sudin..???
Ramli Sudin....Kantoi..!!!! 

Kisah lakonan Zoo Taiping :  Demo Zoo Taiping : UMNO Taiping Jadi Director


..............................................................
Penafian Rasmi dari PAS Kawasan Taiping mengenai penglibatan isu Demo Zoo Taiping ini akan disiarkan esok. 
..................................................................

Selasa, 12 Februari 2013

Blogger UMNO Kecewa Rasa Kuih PAU Hilang


** Berikut adalah luahan kekecewaan seorang Blogger UMNO.( Boleh menangis kalau sedih...)

Persidangan jAgung Umno yang dibuat hujung November 2012 dilihat semua perwakilan dan pemerhati yang hadir cukup bersemangat,ada yang meraung menangis berguling-gulin dan bersedia dengan keris telanjang untuk berperang dan semua bangun menyambut seruan Presiden parti Najib Altantuya.

Agaknya lah jika 2 Disember 2012 sehari selepas PAU 12, Rosmah arahkan Najib mengumumkan pembubaran parlimen, sudah tentu semangat  yang dilaungkan oleh Presiden akan menggelegak ke seluruh ceruk rantau. Anak Kecil Main Mancis Api….hahaha…

Kini dua bulan sudah berlalu, hanya Najib dan member-nya Muhyiddin dan beberapa kerat Ketua perhubungan negeri sahaja yang kehulu kehilir macam orang gila menyambut seruan dan mamalu gendang perang…itupun bunyinya macam taik lembu jatuh.

Tidak diperingkat akar umbi yang dah reput dan rosak , di melihat diperingkat akar umbi masih dibuai mimpi lena dengan air liur meleleh-leleha terutama negeri yang kekal milik BN dalam PRU 12 lalu. Semunya masih syok dengan projek-projek...hahaha...

Pengerusi Pemerangan BN Ahmad Maslan terpaksa memekik-mekik terlalak mengulangi peringatan beliau agar Pusat Disco Maksiat ( PDM ) dibangunkan dalam apa keadaan sekalipun, namun semuanya buat don’t know je..

Walaupun berbumbung daun pisang dan bertiang buluh,diatas pokok atau ditepi tandas awam PDM mesti dibangunkan.

Sehingga kini pengerusi PDM dilihat masih kabur dan teraba-raba untuk menggerakkan jentera PDM mengikut prosedur yang digariskan oleh pusat. maklumlah ia satu benda baru, mereka masih selesa dengan cara lama yang kurang efektif.

Keberkesanan war room peringkat negeri pun masih cacamerba. Orang tu lah nak merancang, orang tulah nak berceramah, orang tulah nak buat cyber war fare. Semua nak pulun, macam tak ada orang lain. ( Orang itu lah nak hisap chulut...)

Sebut cyber war fare pun satu masalah, dah macam-macam program perhimpunan sosial media dijalankan ke seluruh peringkat negeri tetapi dimana impaknya? Kerana pulus kurang agaknya…hahaha…

Seorang blogger Upahan Nasik Bungkus UMNO yang dikenali TaipingMalu@ AAPC  melihat ia gagal kerana puluhan ribu yang hadir dalam perhimpunan sosial media gagal berperang di alam media maya.

TaipingMalu mencontohkan  yang ketara ialah Youtube CNY PM baru-baru ini, memang ramai penonton tetapi yang menonton ialah Pakatan Rakyat dan tujuuan mereka ialah untuk tekan butang dislike sahaja.

Mana pejuang media sosial yang hadir dalam program tersebut yang dimulakan di PWTC pada akhir 2011 lalu.mana bank data? mana senarai nama peserta? Mana email peserta? Habuk pun tarak…."dapat" masuk poket semua balik tidur…hahaha

TaipingMalu juga melihat Pemuda Umno yang dipimpin oleh KJ dilihat masih dalam geraf yang belum boleh dibanggakan dalam menggerakkan gendang perang seperti pemimpin-pemimpin pemuda terdahulu.
................................
** Petikan diatas dipaparkan mengikut kesesuaian Admin bagi menambah citarasa...
-- Kepada Blogger PR dan Facebooker PR...teruskan bergerak,jangan jadi macam Blogger Upahan UMNO pula...hahaha.....
Tajuk Sumber Asal : Semangat PAU 12 November hilang bila keluar pintu PWTC

Jadual PM hari ini di Perak....Jom kita rai-kan

Acara PM DSAI di Perak,

13 Februari 2013 (Rabu) – Perak

1) 7.00 ptg – Sambutan Gong Xi Fa Cai – KeADILan Perak Lokasi : Dewan Tokong Cina Bidor

2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana - Demi Rakyat Lokasi : Kampong Pengakalan Pegoh, Ipoh

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Lokasi: Lembah Putera, Kampong Gapis, Padang Rengas

4) Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB Lee Boon Chye
iv. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
v. YB Sivakumar
vi. YB Chan Ming Kai
vii. Pimpinan Pakatan Rakyat Perak

*Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dipelawa menjemput ahli dan penyokong UMNO BN supaya datang mendengar informasi terkini.

Peringatan- Buat kecoh bukan budaya PR. Kalau UMNO BN nak buat kecoh sila balik rumah dan tidur.

Demo Zoo Taiping : UMNO Taiping Jadi Director ..?

12 Feb 2013 -- Zoo Taiping Perak : Musim cuti sekolah, Zoo Taiping menjadi tumpuan orang ramai kesini untuk beriadah bersama keluarga disamping bergembira bersama keluarga melihat binatang-bintang didalam Zoo Taiping.

Tapi lain pula dengan sekumpulan manusia hari ini yang hanya berkumpul didepan pintu Zoo Taiping, tapi tak masuk Zoo pun, mungkin mereka ini setaraf dengan yang dalam kadang Zoo.

Mereka mengaku konon-nya penyokong PAS dan  Ahli PAS  Cawangan Aulong,tujuan mereka berkumpul dihadapan pintu Zoo kerana  berdemo berkaitan Isu Kalimah Allah: Penyokong PAS Taiping Desak Guan Eng Minta Maaf Kepada Umat Islam.

Kejadian demo mereka sudah tentu menjadi hidangan bagi blog pro UMNO BN dan didalam sebuah posting yang dikeluarkan oleh laman blog upahan UMNO BN (Kalau tak silap aku kat TV3suku pun ada) telah menyiarkan berita seperti  berikut:

Jurucakap kumpulan itu, Ramli Sudin, berkata pemimpin DAP iaitu Karpal Singh dan Lim Guan Eng tidak menghormati keputusan Majlis Syura PAS kerana terus mempertikaikan perkara itu.
Jurucakap kumpulan Demo Zoo , Ramli Sudin
“Kami sebagai ahli dan penyokong PAS berasa kecewa kerana pemimpin PAS termasuklah kepimpinan negeri Perak tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan keputusan Majlis Syura PAS. “Isu ini sangat penting kerana ia membabitkan soal akidah dan kita mahu Guan Eng meminta maaf kepada kepada umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia,” kata Ramli yang menjadi ahli PAS sejak 1996 lagi.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga tidak sepakat dalam menangani isu kalimah Allah sekaligus menyebabkan penyokong PAS menjadi keliru dan serba salah. Menurutnya, PAS Perak perlu tampil menyatakan pendirian tegas terhadap isu kalimah Allah dengan segera.

“Kita akan menghantar memorandum kepada PAS negeri berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan bantahan aman di perkarangan letak kereta Zoo Taiping, petang tadi.
Benarkah budak-budak ini penyokong atau ahli PAS Taiping..??
Ahli kumpulan ini membawa poster tertera antaranya tertera perkataan ‘Bantahan Isu Kalimah Allah: Pemimpin PAS Jangan Gadai Islam Hanya Kerana DAP; Barua DAP Dalam PAS Sila Keluar; Tolak Anwar dan Selamatkan Perak Dari DAP. 

Salah seorang ahli PAS yang ingin dikenali sebagai Helmi, berkata kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam dan ia tidak seharusnya dipertikaikan oleh pemimpin DAP.
.............................................
PAS Cawangan Aulong: Najmuldin bin Ramli ketua Cawangan PAS  Aulong ketika dihubungi menafikan ahli atau penyokong PAS Aulong terlibat didalam demo Zoo Taiping ini.

Najmuldin  yang berada diSungai Petani Kedah hari ini terkejut dakwaan ahli Cawanganya terlibat dalam demo Zoo Taiping dan nama Ramli bin Sudin serta Helmi juga tidak di kenalinya dan tidak tahu status keahlian. 

"Jika benar atau tidak dia memang  ahli, apapun semakan akan di buat,jikalau terbukti cuba mensabotaj dan memburukkan PAS Aulong khususnya PAS Taiping tindakan selanjutnya akan di ambil" - Ujar YDP PAS Taiping Ust Mohammad Fakharudin Abdul Aziz.
...........................................
Orangni: Senang cakap....ini semua sebuah lakonan meraih perhatian orang ramai kat Zoo dimusim cuti sekolah.

Tenaga kerja lakonan ini dari director,Jurugambar, Juruhias ,Jurubuat banner dan sebagainya siapa lagi...UMNO Taiping  la...haha.... 

Pelakon-pelakon tersebut aku percaya dapat upah sekadar harga boleh masuk Zoo sekali saja...hahaha... 

UMNO Taiping patut buat lakonan demo dilain kali didalam Zoo...lebih afdal lagi dalam kandang Orang Utan....hahahaha....