Sabtu, 23 Mac 2013
SETUJUKAH...?? : DAP Bertanding Guna Tiket PKR Atau PAS Dalam PRU-13
[Gambar] Jom Tengok Lakonan PM dan TPM malam ini......
Yb Dato Rosli Takut Debat Isu Semasa Dengan Penduduk Kampung Dew
Program ini dikatakan akan dihadirin oleh YB Dato Rosli Husin Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang yang juga ADUN Terong,mengikut jadual acaranya pada jam 3:30 petang disini.
Rosli Husin |
Para penduduk yang hadir dikatakan sudah bersedia dengan beberapa soalan cepu emas buat YB Rosli.
Malang sekali apabila YB Rosli disahkan gagal hadir ke program ini tanpa diberitahu sebab,malah Tok Penghulu Mat Nor pun tidak hadir.
UMNO Bukit Gantang hanya menghantar 2 orang wakil yang dikatakan gagal 100% dalam program ini.
" Kalau macam ni mampus kami nak jawap"- antara jawapan dari salah seorang wakil YB Rosli yang mengeluh kerana gagal menjawap dan menyelesaikan perkara berbangkit yang di timbulkan penduduk kampung Dew.
Slogan Zambry Kadir "Tiada Terpinggir dan Tiada Tertinggal" bagi negeri Perak nampak tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat UMNO,slogan ini hanyalah retorik politik UMNO BN semata-mata untuk mengaburi rakyat.
Jumaat, 22 Mac 2013
Kapten Lompat akan bertanding jika boleh menang atau kacau daun di Changkat Jering
YB Katak yang menyebabkan orang Changkat Jering kecewa |
Kelihatan YB Katak bersama MB Haram disebuah majlis di Perak...YB Rosli muka ada assam...hahaha... |
Geng 14 Selama Buat Gerbang Aneh Untuk Zambry Kadiaq
Geng 14 ini sebenarnya adalah sejemput ahli UMNO suatu ketika dulu yang masuk PAS dengan tanpa di-undang,oleh kerana sikap dan perangai UMNO masih berkarat dalam diri mereka maka disebabkan beberapa isu yang mereka rasa tak puas hati dan macam biasalah....ibarat kemana perginya tahi kalau tidak kelubang jamban,begitulah mereka Geng 14 yang akan kembali semula pada UMNO.
Sesungguhnya permergian Geng 14 ini meninggalkan PAS Selama dikatakan adalah satu kejayaan yang penuh kebaikan bagi PAS disini,apa taknya....PAS Selama akan berada dalam aman dan selamat tanpa ahli yang berperangai macam macai-macai UMNO yang amat menyusahkan jemaah,setelah mereka kembali kepangkuan mangkuk tandas UMNO maka aman jayalah keadaanya....hahaha....
Selamat jalan Geng 14,selamat berambus kepangkuan UMNO...permergian anda amat dihargai.....hahaha....
Apapun jangan time serah borang masuk semula UMNO nanti Geng 14 beranak pula jadi Geng 1,400 pula..!!! Sebab semua orang Selama tau siapa itu Geng 14 dan senarai nama pun ada dalam simpanan bakul sampah, tapi kot nak kelentong MB Haram.....teruskan lah.....hahaha....
Isu berkaitan: Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO dan Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO - Part 2 [ Gambar kantoi ]
Khamis, 21 Mac 2013
Pegawai Polis Wanita Catit Ucapan Mantan UMNO dan Mantan Polis Dalam Berforum ..?
Dato Fauzi Shaari mantan pengarah siasatan jenayah PDRM, Pak Din KB mantan ahli UMNO Bagan Serai dan Abby Abadi mantan pelakon watak Isp Haliza dalam filem Gerak Khas yang dok catit point2 terbaik ucapan Dato Fauzi dan Pak Din KB kemudian di Tweet-kan...hahaha....
Hebat mantan watak Isp Haliza (Abby) ni...walaupun beliau juga ahli panel forum malam tersebut,tapi masih boleh bertweet dengan peminat dan pengikutnya di laman tweeter.
Terkini: Bangunan Canselori UM Terengganu terbakar 3 Bomba Cedera
Difahamkan ketika mereka sedang memadam sisa kebakaran, tiba-tiba kerangka sokongan bumbung bangunan runtuh menyebabkan tiga dari lapan anggota yang sedang berada di tingkat tiga itu cedera.
“Salah seorang kena hempap sikit dengan bumbung yang roboh. Dua lagi hanya calar-calar, tetapi keadaan mereka tidak serius. Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapat rawatan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Salleh Sarbini.
Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi itu dipercayai mula merebak dari bilik naib canselor di tingkat tiga.
Beliau berkata hampir 90 peratus kawasan di tingkat tiga itu terbakar namun puncanya belum dapat dipastikan.
Seorang kakitangan Lailatul Akmal Abdul Rahman berkata dia yang sedang berada di tingkat dua terdengar bunyi loceng kecemasan tetapi menyangka ia hanya latihan kebakaran.
“Masa itu saya terus buat kerja sebab tidak nampak apa-apa yang pelik, tetapi tidak lama lepas itu, saya dengar rakan-rakan lain menjerit suruh saya
keluar.
“Bila berkumpul di luar bangunan, baru saya nampak asap tebal dan tidak lama lepas itu terdengar bunyi benda meletup,” katanya.
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mohd Effendi Abdul Wahid berkata antara yang terbakar ialah bilik naib canselor,
bilik mesyuarat, bilik fail dan dua bilik pegawai tadbir.
Katanya sewaktu kebakaran terdapat sembilan kakitangan sedang bertugas sementara naib canselor sedang berada di luar negara. - Bernama
Bahagian tingkat atas bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menempatkan pejabat Naib Canselor musnah dalam kebakaran di sini hari ini. |
Seorang Anggota Bomba dan Penyelamat yang cedera dipapah rakan sekerjanya keluar dari bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terbakar di sini hari ini |
Seorang Anggota Bomba dan Penyelamat yang tercedera diusung keluar dari bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk rawatan selanjatnya |
Seorang Anggota Bomba dan Penyelamat diberikan bantuan perubatan apabila cedera sewaktu memadamkan kebakaran di bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) |
Terengganu Darul Iman...Stadium 2 kali runtuh.... universiti terbakar pula. Ya Allah!! Ampunilah dosa-dosa kami- FB |
Rabu, 20 Mac 2013
Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO - Part 2 [ Gambar kantoi ]
Kesahihan Geng 14 akan sertai UMNO secara rasmi dalam lawatan Zambry Kadir pada 24 Mac ini semakin jelas.
Sekeping gambar yang menunjuk Geng 14 berada bersama-sama duduk didalam majlis anjuran UMNO yang dipercayai dihadiri oleh YB Dato Mohd Daud ADUN Selama, dikatakan di Kampung Kuala Sungai Rambutan.
Geng 14 duduk diluar khemah,Geng Orang Kuat UMNO dalam khemah....mungkin sebab tak serah borang lagi..hahaha... |
Khabarnya pada 22 Mac ini juga akan diadakan program ceramah dari penceramah Ustaz pulus UMNO yang akan dibuat bersebelahan dengan rumah orang kuat Geng 14 ini.
Kemungkinan kehadiran penceramah Ustaz pulus UMNO ke situ mungkin juga sebagai mentarbiah Geng 14 supaya kembali bersama UMNO kembali yang ditinggalkan mereka dahulu.
Isu berkaitan: Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO
Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO...?
Ada yang mengatakan Geng 14 ini akan sertai UMNO secara rasmi pada lawatan Zambry Kadir yang dijangka 24 Mac ini.
Tentu ramai yang tertanya-tanya siapakah Geng 14 ini dan dari parti manakah mereka ini,sebab nak join UMNO tentu dari parti bukan UMNO.
Geng 14 dipercayai adalah sekumpulan ahli didalam PAS di Selama yang dikatakan kecewa suatu masa dulu disini,khabarnya berkaitan isu calon maka atas sebab-sebab kekecewaan mereka itu dikatakan berlarutan hingga kini.
Menurut sumber lagi,nama Geng 14 ini diambil sempena 14 individu saja yang dikatakan akan sertai UMNO dan meninggalkan PAS.
Apapun kesahihan cerita dan berita Geng 14 akan sertai UMNO ini hanya mungkin akan terjawap apabila lawatan Zambry Kadir ke Selama pada tarikh yang dinyatakan.
Dekat-dekat nak PRU ni macam-macam benda nak jadi,sana masuk sini,sini nak tak puas hati sana....macam-macam...maklumlah dah dekat PRU ni tawar menawar makin rancak....hahaha....apapun sama-sama kita nantikan........
Selasa, 19 Mac 2013
Gempar..!!! Dr MAZA Berkempen Untuk Buku Biografi RM150
Kebetulan atau betul-betul...hahaha....
Buku ini berharga RM150 itu mengandungi 12 bab tentang perjalanan hidup Rosmah dari kecil sehingga sekarang, di samping menjawab pelbagai persoalan yang sering dikaitkan dengan beliau.
Mahu Ganti Kerusi "Boleh Menang" - PKR Perak Jangan Buat Lawak Bodoh
Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan Orangni, tapi dalam alaf saitek ini buat apa nak sorok-sorok kalau ada pertikaian ,sebab isu sesaat tadi dah berjuta orang akan tahu kat luar sana.
Pengisytiharan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain baru-baru ini mengumumkan nama bekas Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, sebagai calon bagi DUN Changkat Jering telah mencetuskan beberapa isu hangat dimedia massa dua tiga hari ni.
Pengumuman tersebut dilakukan Abu Bakar ketika dalam satu ceramah politik di Air Kuning dan mendapat reaksi positif dari ramai pihak, khususnya penyokong PAS diseluruh (pengundi) Changkat Jering,ibarat "sireh pulang keganggang".
Kerana DUN N14 Changkat Jering adalah kerusi bagi PAS cuma pada PRU 2008 diberi peluang (Bukan beri terus) kepada PKR atas semangat Pakatan Rakyat pada masa itu.
DUN Changkat Jering, ia ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan diwakili oleh Mohd Osman Mohd Jailu menang dengan 9,411 undi menewasakan calon UMNO Datuk Mat Isa Ismail dengan 8,309 undi.
Kemenangan Osman Mohd Jailu di DUN Changkat Jering memang semua penduduk setempat tahu adalah dari usaha keras 99% dari penyokong PAS yang sememangnya kubu kuat PAS di Parlimen Bukit Gantang sejak dahulu hingga kini.
Sejarah tragedi 3 YB katak yang dipercayai melompat kerana didalangi UMNO di Perak yang juga membabitkan Osman Jailu yang mengisytiharkan diri keluar dari PR kemudiannya menyokong Barisan Neraka (BN). Mohd Osman kekal sebagai ADUN Changkat Jering dan dikategorikan sebagai calon bebas yang bersetongkol dengan UMNO BN .
Kejadian ini sudah tentu mendatangkan rasa kecewa,marah dan sebagainya terhadap calon PKR yang diberi peluang bertanding dikubu kuat PAS,apabila menang bertanding membelot perjuangan.Pengundi di sini dilaporkan sudah serik dengan apa yang terjadi,mereka amat rasa teriniaya dengan pembelotan seorang calon PKR yang melompat kerana habuan dari UMNO.
Maka amat wajar PAS negeri Perak meletakan calon-nya sendiri di Changkat Jering pada PRU yang akan datang,rasanya tidak salah tindakan PAS dalam isu mengisytiharkan DS Nizar sebagai calon di DUN Changkat Jering baru-baru ini. Lagi pun PKR pun juga ada mengisytiharkan calon-nya di Bagan Serai baru-baru ini terlebih dahulu.
Isu kerusi yang disandang DS Nizar sekarang di DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang tidak menimbulkan persoalan kerana PAS Perak memang ramai lapisan pemimpin yang boleh dijadikan calon serta PAS bukanlah sebuah parti berusia setahun jagung dalam dunia politik tanahair.
Dr. Mohd Nor Manuty |
Sebab Dr. Mohd Nor Manuty perlu ingat....kenapa beliau tinggalkan DUN Batu Kurau yang sebelum ini diwar-war akan ditandingi PKR dan calon-nya dikatakan ialah beliau sendiri..??
Sungguh melucukan nafsu politik Pengerusi PKR Perak ini...mahu ganti kerusi,lepas tu mahu kerusi "Boleh menang".....malas nak komen cuma aku mau gelak saja.....hahahaha....
Dr. Mohd Nor Manuty juga berkata “Belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman” katanya meluahkan rasa tidak puas hati bagi seluruh ahli PKR di negeri itu.
Orangni nak tanya...Pengumuman di Bagan Serai mengsytiharkan beliau sebagai calon Parlimen Bagan Serai tu bagaimana..?? Rasmi atau apa..??
Orangni juga ada terima maklumat mengatakan ada seorang dua pimpinan dari PAS telah dipanggil dan dipujuk rayu oleh PKR supaya bertanding atas tiket PKR secara diam-diam...
Inikah semangat Pakatan Rakyat bagi negeri Perak yang ada sekarang..??? Meminang anak dara orang dengan cara panggil anak dara orang keluar rumah kemudian pujuk rayu.. sedangkan ibubapa,datuk nenek dan moyangnya masih ada..!!!
Kalau tiada tenaga kerja nak pacak bendera parti ditiang rumah sendiri,janganlah berangan-angan nak panjat tiang lampu lebuhraya nak pasang bendera...itu saja nasihat Orangni kepada yang ditujukan...hahaha....
Najib Gila Kuasa, Rakyat Gila Nak PRU..
KUALA LUMPUR - Membayangkan Barisan Nasional (BN) berpeluang mengekalkan kuasa, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berharap akan kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Beliau berkata demikian pada program Telekom Malaysia (TM) di Bangsar, hari ini. - Petikan SH.
Najib membayangkan bahawa bayang yang terbentuk diatas rumput kering depan Putrajaya akan beri peluang BN menang, itu baru bayangan Najib yang bertambah tidak tentu hala dalam mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya yang sudah masuk tarikh tamat tempoh.
Kalau cuaca menjadi gelap maka hilanglah segala bayang Najib atau jika cahaya terlalu kuat, maka terbakarlah rumput kering dan hilanglah semuanya...hahaha....
Kesian...kesian....Najib menyerlahkan perangai gila kuasanya disaat BN dalam keadaan nazak.
Harapan Najib untuk kekal jadi PM kalau-kalau-kalau BN menang adalah kenyataan yang menyedihkan dari mulut seorang PM yang bakal hilang jawatan PM.
Harap-harap pimpinan dalam PR tidak dijangkiti penyakit gila bayang dan gila kuasa seperti Najib. Kalau terperasan ada...silalah tinggalkan secepat mungkin,biar kita gila nak berPRU jangan gila bayang atau gila kuasa......hahaha....
Isnin, 18 Mac 2013
Rakaman Video Pengisytiharan: Nizar Calon N14 Changkat Jering PRU-13
Pengisytiharan
Nizar Calon N14 Changkat Jering PRU-13
Terkini: Nizar Calon N14 Changkat Jering - Ustaz Abu Bakar Hussian
Ust Abu Bakar (Tengah) bersama Dr Muhaimin dan Tn Haji Razman semasa ditemubual wartawan |
** Rakaman Video Berkaitan akan menyusul
Ahad, 17 Mac 2013
5, 000 Warga Nepal berdemo di Muar Johor
Gambar Hiasan: 7 Feb 2013 lalu kira-kira 1,200 pekerja warga Nepal merusuh, termasuk merosakkan harta benda di Apartmen Ceria Heights, Taman Bukit Cheras |
Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli berkata kejayaan itu berikutan kecekapan polis yang berjaya mencegah mereka berkumpul sejak awal pagi di depan sebuah pasar raya di Jalan Ali di sini.
"Kita telah menahan 106 orang, termasuk mereka yang dipercayai dalang yang merancang perhimpunan itu, untuk disoal siasat sehingga 1 petang ini," katanya kepada pemberita
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan rancangan pekerja asing itu untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan tumpuan ramai pada kira-kira 11 pagi sebagai membantah kegagalan majikan membayar mereka mengikut skim gaji minimum yang diputuskan kerajaan.
Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata beliau mengarahkan anggota polis menjalankan rondaan di bandar ini dan melakukan pemeriksaan ke atas warga Nepal yang disyaki mahu berkumpul di kawasan berkenaan.
"Kita telah menahan sebahagian daripada mereka, termasuk yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata sepasukan polis antirusuhan juga diarah bersedia dengan kenderaan, termasuk meriam air, untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Mohd Nasir berkata keadaan di bandar diraja itu setakat ini terkawal, dan tindakan memeriksa pekerja asing yang berkeliaran akan diteruskan sehingga lewat petang.
Minggu lepas, polis Muar menahan 32 pekerja Nepal yang merusuh di kilang perabot tempat mereka bekerja kerana tidak puas hati dengan jumlah bayaran tidak mengikut skim gaji minimum.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan membenarkan sebahagian majikan kilang perabot di negara ini menangguh pelaksaan gaji minimum ke satu tempoh lain sehingga mereka benar-benar berkeupayaan melaksanakannya. -- BERNAMA
Apapun diharap selepas ini...janganlah pula muncul "Sultan Nepal" membuat tuntutan seperti yang berlaku di Sabah....
Peminat dan Penyokong Nizar Kecewa di Bagan Serai
Atas ungkapan dan kata-kata diataslah Orangni terpanggil nak sentuh satu kejadian atau satu perkara yang mengunakan sebahagian ungkapan diatas dirangkap akhir "Kita juga telah bersetuju untuk tidak bersetuju antara satu sama lain".
Kejadian pada program Jelajah Merdeka Rakyat pada 15 Mac 2013 yang bertempat di Taman Serai Perdana Bagan Serai,Orangni dapat tahu ramai yang kecewa serta tidak setuju dengan apa yang berlaku..!!!
Bukan tidak setuju dengan program yang di hadiri oleh DS Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan negeri Perak,tetapi mereka terang-terang tidak suka dengan sikap macam biadap penganjur program pada malam tersebut di Bagan Serai terhadap Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.
Pengerusi majlis program Jelajah Merdeka Rakyat malam tersebut memang wajar belajar adap dan sopan kalau sayangkan semangat Pakatan Rakyat, sehinggakan dalam ucapan alu-aluan pengerusi pun nama DS Nizar tidak disebut. Mengapa..?? Adakah terlupa..? Sedangkan bukan ada ramai pun pimpinan PR yang hadir pada malam tersebut.
Ramai dikalangan hadirin yang datang tertanya-tanya kenapa DS Nizar tidak diberi peluang berucap diatas pentas malam tersebut,muka beliau ada terpampang di poster dan sedangkan beliau juga adalah pengerusi PR Perak,pengerusi majlis terpekik terlolong membuang masa boleh pula. "Seolah-olah kehadiran atau kedatangan DS Nizar tidak di-undang pengajur"- kata seorang rakyat diprogram tersebut.
Orangni nak bagitau....andaikata pengerusi atau penganjur terlalu emosi dengan perebutan kerusi dibeberapa lokasi di Perak,janganlah sampai dalam program rakyat sebegini pun nak dijadikan tempat melepaskan segalanya. Ingat...!!! itu program Jelajah Merdeka Rakyat,yang datang rakyat dan yang menilai itupun rakyat juga,termasuklah Orangni pun rakyat juga.