Sabtu, 30 Mac 2013

Busuk dan Runtuh Kerana UMNO BN [ Gambar ]

 Kretif...kretif...kretif....hahaha.....
Buah menjadi busuk kerana UMNO BN....
Pondok pun runtuh kerana UMNO BN...

18SX : Seksinya Bini Pemimpin BN ni...!!!?????


Gambar Ragad Waleed Alkurdi isteri kepada Pehin Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak berpakaian amat seksi menjolok mata ini dipercayai dirakam pada program Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA2013 yang telah berlangsung bermula 28 Mac lalu di Sarawak.


Orangni bukan mempromosi gambar seksi yang kurang sopan untuk ditonton ,tetapi sekadar renungan.....beginikah cara para pemimpin BN mendidik moral masadepan anak bangsa..??

Wajarkah mereka-mereka ini diberi kepercayaan lagi memegang tampuk pemerintahan negeri atau negara ini...renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah......
Ragad bersama Namewee dengan pakaian yang amat seksi dan menjijikan....- FB
Rantai mewah dileher Ragad mengesahkan gambar diatas adalah beliau
.............................................................

Jumaat, 29 Mac 2013

Malang Seorang Timbalan Menteri Bodoh Tak Tahu Harga Santan


"Saya nak bagi tahu kepada abang-abang dan kakak-kakak, jangan ingat kami hanya duduk dalam bilik aircond di Putrajaya, tak buat apa-apa. Saya sendiri turun ke padang masuk pasar. Baru ni saya masuk pasar Taiping, tuan-tuan tahu tak santan sekarang dah harga RM12 sekilo?.Harga naik jadi RM12 kerana kita terpaksa import kelapa dari luar. Ahli parlimen sekarang (Nga Kor Meng) tak tahu pun semua ni. Dia mana ambik peduli pasal rakyat .... bla...bla...bla" - Sebahagian ucapan Menteri Nyonya dari Gerakan yang sekarang dilihat memperkuda UMNO Taiping. Selain dari itu Tan Lian Hoe juga cuba manupulasikan kenaikan harga ikan disebabkan oleh faktor cuaca.

Begitulah ucapan seorang Timbalan Menteri yang bernama Tan Lian Hoe yang tak cerdik dihadapan lebih kurang 40 orang penduduk semasa berkempen untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi calon Parlimen Taiping di Dewan orang Ramai, Kg. Pinang Seberang Kamunting pada jam 3.30 petang, 23 Mac 2013 yang lalu. 

Bodoh punya Tim. Menteri...nak kelentong rakyat tapi menyerlahkan sikapnya yang hanya pandai cakap kosong dan penipu.....

Oooiii nyonya Gerakan..harga santan kat mana lu tengok sampai RM12 sekilo..?? Setahunya harga santan (Air) sekarang hanya didalam RM6 ke RM7 saja, mana datang RM12..?? Agaknya nyonya Gerakan ni beli santan dari kedai dari penyokong UMNO BN Taiping kot....hahaha....

Majlis kononnya anjuran Kementerian Perdagangan Koperasi Pengguna di haram jadahkan atas Tajuk Sembang2 Pengguna ialah ADUN Kamunting ialah YB Zahir yang menjadi kuda tunggangan Nyonya Gerakan ini. 

Sungguh malang program bertopengkan konon-nya dari sebuah kementerian di pekudakan oleh Nyonya Gerakan untuk tujuan politik.
Nyonya Gerakan memperkuda program kerajaan untuk tujuan politik
Kelihatan YB Zahir diperkuda Nyonya Gerakan
Program KPDNKK digunakan untuk tujuan politik...boloh punya nyonya Gerakan..!!!!

Kesian...Pak Cik dan Mak Cik dalam 40 orang dikelentong Nyonya Gerakan
..............................


"Mek" Tunjuk Perasaan Menyebabkan Orang Kampung Sedih

Anggota Perhilitan Negeri dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang cuba memujuk ‘Mek’ ketika proses pemindahan dilakukan di Kampung Jalong, pagi semalam.
Dua gajah denak, Rambai (kiri) dan Kala membantu untuk menggerakkan ‘Mek’ ke lori sebelum dibawa ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik untuk dilepaskan.

Salah seorang penduduk kampung, Mohd Firdaus Gulam Ali, 28, sempat memberi makan kacang kepada Rambai dan Kala.
29 Mac 2013 SUNGAI SIPUT - Setelah berhempas pulas hampir dua jam, akhirnya gajah betina seberat satu tan berjaya dipindahkan dari sebuah lokasi kebun sawit di Kampung Jalong, di sini, semalam.

Gajah yang diberi jolokan nama Mek berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun itu dipindahkan dengan bantuan dua gajah denak betina, Kala dan Rambai dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

Pengarah Perhilitan Negeri, Abd Kadir Abu Hashim berkata, sebelum ini, gajah berkenaan berjaya dijejaki Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Perak bersama empat gajah lain.

Bagaimanapun menurutnya, dalam operasi 22 Mac lalu, hanya seekor berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali sebelum ditempatkan sementara di kawasan kebun itu dengan pemantauan rapi anggota UTG.

“Ini adalah proses pemindahan gajah pertama dilakukan Perhilitan Negeri bagi tahun ini, kali terakhir pada Disember lalu juga membabitkan seekor gajah betina di Lenggong,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sejak awal Mek dilihat seolah ‘menunjuk perasaan’ apabila enggan memberi kerjasama ketika anggota berusaha menggerakkannya beredar dari lokasi penempatan sementara.

Dalam operasi pemindahan bermula jam 10 pagi itu, Mek juga sempat menunjukkan beberapa aksi yang menggambarkan enggan berpindah seperti melutut, duduk dan ada ketikanya tidur sehingga memaksa anggota berusaha keras membawanya masuk ke dalam lori.

Operasi diketuai Ketua Unit Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Nasaruddin Othman itu turut disertai 10 anggota UTG dan lapan dari Pusat Konservasi.

Abd Kadir berkata, buat masa ini, gajah sub dewasa itu akan dipindahkan ke hutan simpan, Taman Negeri Royal Belum, Gerik.

Katanya, anggota UTG diketuai Mohd Hazlin Qozek Aladdin akan meneruskan pemantauan bagi menjejaki baki kumpulan gajah berkenaan yang dipercayai masih berkeliaran di hutan berhampiran.

Jelas beliau, kumpulan gajah itu dikatakan memasuki kawasan kebun dan ladang penduduk setelah Hutan Simpan Korbu yang menjadi habitat haiwan berkenaan terganggu.

“Kawasan kebun dan ladang milik penduduk sudah menjadi habitat baru bagi kumpulan gajah ini dan proses yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan ancaman kerosakan ini adalah jejak, tangkap dan pindahkan,” katanya.

Sinar Harian dimaklumkan, kehadiran beberapa kumpulan haiwan gajah sebelum ini menyebabkan 130 keluarga di Kampun Jalong dan Bukit Polis sering gelisah apabila tanaman seperti kelapa sawit dan pisang musnah.

Penyeri penduduk kampung

Kemunculan gajah comel yang ditempatkan sementara di Kampung Jalong, di sini sejak enam hari lalu dianggap sebagai penyeri oleh penduduk kampung.

Selain menjadi tempat tumpuan, gajah berkenaan juga dijaga ibarat haiwan peliharaan apabila dengan rela hati penduduk kampung menyediakan keperluan makanan termasuk memandikan gajah berkenaan.

Seorang penduduk, Mohd Nasir Zakaria, 54, berkata, meskipun pada awalnya kemunculan kumpulan gajah menimbulkan kemarahan penduduk kerana mengalami kerosakan tanaman, namun kemunculan Mek menyebabkan mereka jatuh kasih dengan haiwan herbivor itu.

Katanya, setiap masa, penduduk kampung tidak putus-putus memberi bekalan makanan seperti tebu dan batang pisang.

“Sejak mula dah nampak jinak, dah jadi sebahagian daripada kami, gajah ni menjadi penyeri kami selama enam hari ini.

“Selepas ini kami semua pasti rindu akan kehadirannya, sedih memang sedih, namun pemindahan ini untuk keselamatannya juga,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Harizan Abd Hamid, 53, berkata, keadaan di kebun berkenaan tidak ubah seperti zoo meskipun secara nyata hanya seekor gajah ditempatkan di situ.

Katanya, baik dewasa, orang tua apatah lagi kanak-kanak sering bermain dengan gajah berkenaan dengan memberi makanan dan menjirus air bagi tujuan mandi.

“Boleh dikatakan penduduk di sini dah biasa dengan kehadiran gajah, budak-budak pun tak takut, ibarat kata orang boleh dibuat kawan,” katanya.

Bagi Abu Kassim Talib, 60, pula, gangguan gajah di kampung berkenaan semakin ketara lewat dua tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, keadaan itu sedikit berbeza berbanding 20 tahun lalu apabila kelibat gajah hanya boleh dilihat sekali-sekala.

“Gajah ini datang secara berkumpulan kadang-kadang berada terlalu dekat dengan lokasi kebun, tetapi setakat ini belum pernah lagi sehingga mencederakan penduduk kampung,” katanya.- Sinar harian

Info
10.22 pagi: Mek diberikan ubat pelali di bahagian paha sebelah kanan
10.45 pagi: Ubat anti-pelali diberikan di bahagian telinga kiri bagi memudahkan proses pemindahan
10.50 pagi: Proses memasukkan Mek ke dalam lori bermula setelah berjaya dibawa keluar dari lokasi penempatan sementara
12 tengah hari: Mek berjaya dibawa keluar dari lokasi Hutan Jalong untuk dipindahkan ke lokasi lebih selamat menaiki lori Unit Pengurusan Gajah

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Lenggong Perak

Pekan Lenggong Perak
27 Mac 2013 - 10:00g - 2:00ptg














Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Lenggong Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini,walaupun mendapat tentang hebat dari puak UMNO yang menjadi kecut,kalut dan keluh kesah tak senang duduk dengan kehadiran Treller ini,namun semua rintangan berjaya diharungi dengan selamat dalam siri jelajah bagi negeri Perak.....Takbir...!!!! 

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Bukit Gantang Perak

Pos Pemuda PAS Kepala Bukit
Bukit Gantang Perak
27 Mac 2013 - 8:00pg - 9:00pg











Kelihatan kenderaan YB Rosli Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang terkejut biawak melihat tersergam megah treller Negara Berkebajikan di Bukit Gantang

Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Bukit Gantang Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini,walaupun mendapat tentang hebat dari puak UMNO yang menjadi kecut,kalut dan keluh kesah tak senang duduk dengan kehadiran Treller ini,namun semua rintangan berjaya diharungi dengan selamat dalam siri jelajah bagi negeri Perak.....Takbir...!!!!

Selamat menyambut menantu cikgu blogger....

Sekadar Hiasan
Orangni dan krew mengucapkan selamat menyambut menantu kepada seorang blogger tersohor umnok tepen...semoga beroleh cucu yang soleh dan solehah.

Khabarnya anak perempuan blogger tersohor umnok tepen selamat diijab-kabul oleh seorang jurunikah bertauliah yang pro -PAS pada semalam 29 mac. 

Mengapalah Ust Sekampung tersohor dengan blogger tersohor tepen ini tak mengakad nikah anaknya..?? Agaknya mungkin sibuk dok ceramah hentam PAS..maka terpaksalah mengambil ust PAS untuk mengakad nikah anak-nya.

Syukurlah..apapun Orangni and krew berdoa semoga beroleh keberkatan bagi keluarga blogger tersohor umnok tepen ini hendaknya.....hahaha....

Biarlah pak mertua-nya hantu...jangan menantu pun jadi hantu...hahaha...




Gempar..!!!! Video Peminat Tegar Tarian Gelek Rosmah Tersebar...

Rosaknya Akhlak Melayu kerana UMNO...!!!!!

Video 8:11 yang bertajuk "Mak Cik UMNO Over" yang dimuat naik kelaman youtube memaparkan aksi memalukan seorang artis yang dipercayai Lufya AF sedang menyanyikan lagu berirama dangdut menari bergelek bersama beberapa mak cik- mak cik yang memang sah dari penyokong UMNO dengan menari tak tentu arah seperti hilang kawalan...

Kejadian ini dipercayai berlansung disebuah program anjuran UMNO...ini mungkin peminat tegar DS Rosmah yang amat gemar menari gelek.

Inilah cara UMNO merosakan masadepan moral orang melayu di negara ini dengan menganjurkan program hiburan melampau yang amat memalukan...



Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Selama Perak

Dataran Manggis Selama Perak
26 Mac 2013 - 5:00ptg - 7:00ptg
Treller Negara Berkebajikan singgah di Masjid Tinggi Bagan Serai sebelum ke Selama











Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Selama Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini.....Takbir...!!!!