Sabtu, 1 Jun 2013

Fakta Macai

Fakta MACAI yang tidak boleh di sangkal kerana di bantu oleh MENTERI-MENTERI  tak cerdik BN. 
  • Nak minyak murah, duduk Brunei. 
  • Nak pendidikan percuma, duduk Norway. 
  • Nak demokrasi telus, duduk Perancis. 
  • Nak gaji tinggi, duduk England. 
  • Nak lawan kerajaan rasuah, duduk Mesir. 
  • Nak harga barang murah, duduk New Zealand. 
  • Nak kereta murah, duduk Jepun. 
  • Tak suka keputusan menipu pilihanraya, sila keluar dari Malaysia. 


Jika begitu, apa yang PEMERINTAH Minoriti 46% BN lakukan di malaysia selama 56 tahun untuk Rakyat...?
Gambar ini jawapanya.....hahaha....

Dah Kalah...Turunlah...

Bulatan berhampiran kilang Silverstone Kemunting, Signbord UMNO Bukit Gantang  yang belum diturunkan sebab duit upah  dah pochik...!!! hahaha....
Mencemarkan: Poster Calon UMNO Bukit gantang yang kalah berkali-kali dalam PRU masih tersenggeh kerang busuk  tidak diturunkan lagi..adakah MPT akan jadi pecacai suruhan untuk kerja ini..??

Jumaat, 31 Mei 2013

DUN Kemunting miliki Wakil Rakyat Karung Undi Pos Boneka UMNO Taiping

Oooo.... rupanya YB Zahir Al Khalid DAKNA DAKNO menang sebab undi karung pos....hahaha...

Dari jumlah 3388 undi awal (dulu dipanggil undi pos) Zahir dapat  2649 dan Ust Fakharudin calon PAS dapat 739, mejoriti keseluruhan undi hanya 887 dan Ust Fakharudin menang bagi undi awam dengan perolehi 10,158undi manakala Zahir hanya dapat 9,135undi saja.

Ini bermakna Zahir boleh digelar YB Pos bagi DUN Kemunting....hahaha.....

Patutlah tiada sambutan atau majlis kesyukuran dibuat oleh UMNO Bahagian Taiping atau UMNO Kemunting selepas menang PRU13 lalu...khabarnya Zahir akan tetap jadi YB boneka oleh UMNO Bahagian Taiping.

apa tak nya..!! Sebarang  peruntukan atau dana dari negeri atau pusat akan masuk karung Ketua UMNO Bahagian dulu (Shalimin) dan Zahir terpaksa jadi bangsat seperti penggal lepas juga kalau mahu menolong rakyat di Kemunting.

Inilah nasib YB Zahir yang dikatakan tak pandai cari makan dengan cara UMNO sepanjang jadi YB dalam UMNO,ramai yang kata Zahir ni menurun sikap perangai ayahnya juga yang pernah jadi YB dan berpegang dengan nasihat ayahnya supaya jadikan jawatan YB untuk jadi hamba kepada rakyat secara jujur,sedangkan member dikelilingnya ibarat buaya lapar yang suka ngap sama dan ngap sini.

Patutlah para pembodek UMNO sekitar Taiping tak berapa suka dengan YB Zahir,sebab orang nak jadi baik mana boleh hidup UMNO...hahaha....

Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN

Masih tidak puas hati dengan keputusan rakyat menolak BN, maka Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara. 

Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat. Sebenarnya kerajaan boleh bertindak daripada sekarang dengan undang-undang yang sedia ada, jika mahu bertindak.

Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan?.

Memang terbukti BN tewas digerbang maya, walau pun BN menguasai media perdana. Dengan kewujudan media baru BN kehilangan undi di bandar dan pinggir bandar. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara.

BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G inilah yang paling ditakuti oleh BN.
Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi.

Janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Hakikat yang berlaku memang undang-undang ini jika digubal untuk pembangkang. Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan. Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat.


YB Ust Idris Hj Ahmad
Ahli Parlimen Bukit Gantang
31/5/13 

Khamis, 30 Mei 2013

Sungai Rajang akan disiasat - Najib

Twetter Najib:
T.kasih kpd yg terlibat dlm operasi menyelamat di Sungai Rajang. Siasatan terperinci akan dibuat bagi memastikan tragedi sama tak berulang. -- Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak)

Siasat,kaji,siasat,kaji,siasat,kaji,siasat,kaji,siasat,kaji.....cukup satu penggal bikin pru dan teruskan kaji dan siasat  yang sama maksudnya Kelentong, itulah kerja BN ditanahair ini khususnya di negeri Sarawak..

Selasa, 28 Mei 2013

YB Naik helikopter Tengok Rakyat Naik Bot Karam

BELAGA: Seramai 23 penumpang dikhuatiri hilang dalam tragedi bot ekspres karam di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang, semalam. Ketika kejadian bot ekspres malang itu dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata seramai 181 mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai dari bot ekspres Kawan Mas yang dikatakan sarat dengan penumpang.

Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 8.45 pagi selepas bot lebih muatan penumpang itu bertolak dari pekan Belaga pada jam 8 pagi dan sebelumnya berlepas dari Bakun pada 7 pagi.

Bot ekspres itu mempunyai muatan setakat 75 orang. Kebanyakan penumpang yang merupakan pekerja pembalakan dan ladang sawit dikatakan dalam perjalanan pulang bercuti sempena Hari Gawai pada hujung minggu ini.

Semua 181 mangsa yang selamat itu kini ditempatkan di dua rumah panjang tidak jauh dari kawasan kejadian, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot ekspres dari pekan Belaga. “Kami masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka yang hilang,” katanya ketika dihubungi sambil menambah, bot ekspres itu mengalami masalah enjin selepas melanggar kayu sebelum terbalik.

Sepasukan anggota SAR melibatkan anggota polis Kapit dan pegawai perubatan Hospital Kapit turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Kejadian malang itu mengulangi tragedi bot ekspres karam di Sungai Anap, Bintulu pada Oktober 2010.

Insiden malang itu disaksikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Liwan Lagang ketika beliau menaiki helikopter dalam perjalanan dari Belaga ke Kuching.

“Saya ternampak bot ekspres karam dan helikopter kami turun di kawasan berhampiran dan membantu. “Dengan bantuan penduduk berdekatan kami berjaya menyelamatkan kira-kira 100 orang mangsa. “Kami telah berjaya menghantar pulang hampir kesemua yang terselamat ke rumah panjang masing-masing menggunakan beberapa bot,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar bantuan asas termasuk menghantar kakitangan keselamatan serta kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa yang terselamat.

Liwan memberitahu, hampir 20 bot persendirian serta para penghuni rumah panjang yang berdekatan telah turut membantu semasa operasi mencari dan menyelamat. Selain itu beliau turut memberitahu bahawa sebuah kapal yang kebetulan lalu di kawasan tersebut telah turut memberi bantuan dalam operasi yang berakhir pada lewat petang.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang membantu dan memberi kerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat di mana mereka telah bertindak dengan pantas bagi membantu mangsa-mangsa,” katanya. - Bp

Najib ulang janji turun harga kereta

KUALA LUMPUR - Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.
  
"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.
Dalam Aku Janji Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara.  - Bernama
...........................
Puak macai-macai UMNO BN sentiasa percaya dengan janji dicapati dari  Jib....haha...

Bot Ekspres dengan 100 penumpang Karam Di Belaga Sibu Sarawak [ Gambar ]

SIBU: Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, pada Selasa.
Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.
Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.
Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.
Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.
"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.
Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.
"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.- mStar.
.............................
Gambar bot ekspres karam dan terbalik di Belaga Sibu Sarawak. Punca kejadian adalah disebabkan bot yang sarat dengan penumpang sempena perayaan Hari Gawai. Kejadian tersebut juga berlaku berlaku pada awal 8.30 pagi tadi dan karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan. Kepada mangsa yang terkorban, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Gambar Bot Ekspres Karam pagi tadi 28 Mei 2013


Petikan Akhbar

Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian. Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata ‘Bot Ekspres Bakun Mas’ itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi. Turut dilaporkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

Gambar mangsa yang terselamat dan berenang ke tebing sungai

Menurut laporan tidak rasmi setakat ini, 21 orang maut dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.

 Suasana Sebelum Perjalanan
Petikan Di Laman Sosial




Isnin, 27 Mei 2013

Terkini..!!! Harga Kereta Turun

Harga kereta turun...10%,20%,30,100%.....hahaha....

Sebelum PRU13,Pakatan Rakyat menjaja konon-nya kalau dapat tawan Putrajaya,salah satu janji manisnya ialah harga kereta dinegara ini akan diturunkan.

Begitu juga janji dicapati dari UMNO BN yang kuat meniru...harga kereta akan turun juga kalau dapat kekal kuasa...!!!

Sekarang UMNO BN dan kekal berkuasa selepas PRU13 dengan mengunakan tektik blackout untuk menang, segala janji dicapati UMNO BN kini jadi perhatian sesetengah penyokong UMNO yang gemar kena tipu.

UMNO BN Janji harga kereta akan turun....tapi akan ambil masa....
Aik..?? Ambil masa..??
Masa buat janji dulu tak pula ambil masa....
Setahun,dua tahun, tiga tahun, empat tahun atau bertemu PRU 14...hahaha....

Ahad, 26 Mei 2013

Gempar..!!! : Kempen Boikot Barangan Geng DAP - GAGAL...!!!!

Baru-baru ni sebuah blog upahan UMNO Munafikun Taiping telah mempromosikan untuk memboikot barang-barang yang dikatakan dari DAP,termasuklah beberapa nama syarikat perniagaan pun hendak di boikotnya.

Inilah kempen  tahap bangang oleh seorang blogger UMNO yang bersikap rasis..
Kerja rasis blogger UMNO Munafikun

Nak jadi cerita.....hari ini di pasaraya EconSave Kemunting yang disenaraikan untuk di boikot oleh blogger cikgu Najmi@TaipingMali...berlansung majlis kejohanan catur terbuka,dirasmikan oleh YB Zahir Adun Kemunting ( Tidak Hadir,khabarnya menunaikan umrah).

Majlis penyampaian hadiah di sempurnakan oleh YB UMNO  iaitu ADUN Batu Kurau. Nampaknya apa yang dilakukan oleh TaipingMali@Cikgu Najmi memang tidak disukai oleh orang-orang UMNO sendiri...hahaha...
ADUN UMNO di pasaraya geng DAP
YB UMNO sampaikan hadiah mungkin tajaan DAP
Bergambar di pasaraya geng DAP



Zahid Hamidi Akui Cyber Troopers Pakatan Rakyat Berpendidikan Tinggi

BAGAN DATOH- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

“Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya.

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. ~bernama