Sabtu, 8 Jun 2013

Takziah dari Lim Guan Eng , Doa dari Najib dan Perli Panas dari Pyan Habib

Pyan Habib /  Ust Zakaria Ahmad
`Najib doakan Mandela cepat sembuh'. Betulkah tajuk berita ini? Atau tajuk ini sudah diblatant lie atau diputar fakta? Ingat peristiwa khatib Zakaria Ahmad mendoakan Lim Guan Eng pada tahun 2010? Kerana mendoakan kebaikan kepada seorang Ketua Menteri yang bukan beragama Islam di dalam khutbah Jumaat, itu khatib teruk kena belasah. Itu khatib sungguh brutal, hoh ho! * Itu khatib pangkat bapa sedara gualah. Keh keh keh! - FB Pyan Habib.
Sindiran panas Pyan Habib-FB
Tweet - Doa dari Najib buat Mandela 

Tweet - Ucapan takziah dari LGE buat mangsa tragedi jambatan ke-2 Pulau Pinang runtuh...ucapan takziah dari Najib buat rakyat kena tunggu PRU-14..hahaha...

............................
Imbas kembali: Isu doa buat LGE yang menyebabkan puak macai UMNO jadi sasau..

Warga Jepun Nobuhiro Matsushita Mati Dalam Lokap Polis

Tahanan warga Jepun gantung diri dalam lokap

8 Jun 2013 PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh sebuah stor milik Sunway Group berdekatan sebuah universiti dekat sini, ditemui mati tergantung di dalam lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya kira-kira 4 pagi ini.

Beliau berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati suspek mati akibat gantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya. "Siasatan awal polis juga mengesahkan tiada unsur jenayah yang mengakibatkan kematiannya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan pengawal lokap sejam sebelum itu mendapati kesemua tahanan termasuk lelaki itu, berada dalam keadaan baik. Thaiveegan berkata lelaki tersebut sebelum itu diletakkan di sel tahanan yang lain sebelum diasingkan kerana mengganggu tahanan yang lain.

Suspek pada 2 Jun lepas ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah stor di dalam universiti itu.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu berjaya ditahan dan polis menahan reman ke atasnya mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah sehingga 17 Jun depan.

"Pemeriksaan ke atas pasport lelaki tersebut juga mendapati tiada rekod kemasukannya ke negara ini dan penahanannya juga bersabit kes Imigresen," katanya.

Thaiveegan berkata polis beberapa kali memanggil penterjemah dari wakil kedutaan untuk tujuan siasatan memandangkan suspek tidak boleh berbahasa Inggeris.

Beliau berkata polis telah menghubungi keluarga suspek untuk memaklumkan kejadian melalui kedutaan dan mungkin mereka mengambil masa untuk tiba ke negara sini.

"Kita sedang menunggu laporan penuh daripada pakar patologi dan bila dah terima, kita akan serahkan fail siasatan atau laporan mati mengejut ini ke Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya. - Bernama

Tunku Diugut Bunuh

PETALING JAYA - Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam tadi. Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis.

"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen. "Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama

Jumaat, 7 Jun 2013

MCA bakal jilat ludah sendiri hujung tahun ini

ALOR SETAR - Usul MCA tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan boleh terbatal sekiranya perwakilan parti itu mencadangkan usul baharu menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagaimanapun berkata EGM tersebut hanya boleh diadakan sekiranya mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada perwakilan pusat iaitu 800 daripada 2,400 perwakilan pusat.
MCA pada AGM 2011 dan 2012 membuat resolusi bahawa parti itu akan menolak semua jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri jika prestasinya lebih teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), 5 Mei lepas.
Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandinginya.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.
................................
Haiya...Bos MCA sudah tertekan...ma....
Sebab...
YB-YB dari MCA yang menang dalam PRU-13 nampaknya ada ramai yang tak senang duduk serta menyesal dan tak setuju dengan usul yang tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kalau MCA kalah teruk...
Orangni yakin hujung tahun ini usul tersebut akan terbatal dan akan di-jilat kembali ludah serta kahak mereka sendiri. Dan mungkin lebih awal dari itu usul akan terbatal.
Sesungguhnya siapa yang tak mahu jawatan dan kuasa jika bersetongkol dengan BN....hahaha....

Artis Hairie Othman Kecewa Dengan PR

Apa dah jadi..?

Time sebelum PRU13 dulu bukan main panas golongan artis yang berhijrah menyokong Pakatan Rakyat diusung kehulu-kehilir,satu hari sampai 3 ke 4 program naik turun pentas, pendek kata selatan sampai utara mereka diarak...cakap saja berapa mau bayar? Semua beresss.....

Sekarang demam panas ceramah PRU-13 dah habis...dah kebah kata orang utara...hahaha...

Artis yang dok PR khabarnya masih ada yang belum kebah (belum sembuh) dari demam...apa tak-nya, program dah kureng,ceramah dah slow. Kalau ada ceramah pun yang dijemput hanya YB-YB yang baru jadi YB...yang kalah pun ramai yang dok diam.

Orangni terbaca satu keratan akhbar tanahair dengan tajuk muka depan-nya " Kesian Hairie". Haire Othaman hero filem Leftenan Adnan dikatakan kecewa sebab sekarang PR seperti melupakan golongan artis sejak lepas PRU-13.

Orangni pernah katakan dulu pada beberapa orang member artis,bahawa selepas PRU nanti semua ahli politik akan slow sikit dalam kerja politik,terutamanya program ceramah tentu akan slow gila dalam masa 5-6 bulan sebelum rancak kembali.

Sekarang baru dalam sebulan selesai PRU, Hairie dah mula terasa keadaan yang Orangni maksudkan...hahaha...

Apapun Orangni harap kepada ahli-ahli politik ambil peduli perkara ini, jangan kerana dah habis PRU menyebabkan golongan artis dalam PR dilupakan, sesuatu perlu dibuat...jangan masa nak perang saja "pandang" mereka,lepas perang mereka dilupakan.

YB-YB dan ahli politik dalam PR jangan dok syok dengan kemenangan yang ada sekarang, artis yang bersama PR sebahagian dari jentera politik,kalau mereka merajuk Orangni tak pandai pujuk....hahaha....

Khamis, 6 Jun 2013

Tahniah..!! UMNO Kedah Dah Berjaya

Insaniah bakal diswastakan



ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.


Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya.       

“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan program pengajian yang kini mencecah 40 program mungkin kembali seperti asal iaitu tujuh program.

“Ini juga akan menjejaskan pensyarah dan kakitangan bawahan program berkenaan. Ke mana mereka akan diserapkan?. Jika diberhentikan kerja pula membabitkan banyak pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian tenaga pengajar sudah mula mencari pekerjaan lain termasuk berhijrah ke IPT lain.

“Paling membimbangkan nasib pelajar. Jika benar diswastakan, pelajar menjadi mangsa keadaan apabila yuran akan meningkat dan mungkin perlu mengulang semula pengajian di IPT baru,” katanya.


Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar, Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri akan menentukan hala tuju baru Insaniah selepas meneliti situasi terkini selain mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti.

Menurutnya, pembinaan kampus induk RM330 juta itu langsung tidak menjana pendapatan sebaliknya kerajaan negeri seterpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun
.
.............................
Sekadar hiasan: Bapa Syaitan Yang Dikenali bersama anaknya....hahaha...

Itu lah tujuan sebenar BN ingin mencari keuntungan dunia semata mata. 
Pada zaman Tun semua sekolah Agama rakyat diberhentikaan bantuan .
 Ini adalah saham kepada orang yang menyokong BN.

Menurut  maklumat, Biarpun Kerajaan Negeri Terdahulu Yang Dipimpin Oleh Ustaz Azizan Menghadapi Kekangan Kewangan, INSANIAH Tetap Dipertahankan Sebagai Pegangan Negeri. Bangunan INSANIAH Yang Tesergam Indah Di Kuala Ketil Ini Dibangunkan Oleh Kerajaan Negeri Kedah Terdahulu (PAS).

Tahniah buat orang Kedah yang sokong UMNO Munafikun..!!!

Nelayan Makan Ular Untuk Tenaga

PASIR PUTEH - Tanda tanya mengenai penemuan berpuluh-puluh ular dalam bot nelayan Vietnam yang ditahan pihak berkuasa terjawab apabila nelayan terbabit mengaku menjadikannya sebagai makanan.

Reptilia yang hanya dikenali sebagai ’ular pancang’ itu disimpan hidup-hidup dalam bot sebagai menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang berada berbulan-bulan di laut.

Awak-awak daripada bot nelayan Vietnam yang hanya mahu dikenali sebagai Van Nguyen, berkata, risiko bahaya menanti mereka yang keluar lebih seminggu di laut terutama pada musim tengkujuh.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami membawa ular ini bersama kerana saya percaya ia adalah makanan untuk jangka masa panjang dan memberi tenaga, makan sedikit tapi merasa kenyang lebih lama berbanding makanan lain. “Makanan seperti ini penting terutamanya apabila kami mengalami masalah bot dihanyutkan arus laut akibat kerosakan enjin dan sebagainya,” katanya yang dibantu seorang penterjemah.

Dia berkata, ular itu banyak ditemui di delta Sungai Mekong selain di muara sungai dan pinggir pantai. “Daging ular ini sedikit liat tapi tetap enak jika digoreng garing, yang penting ia memberi tenaga untuk kita bekerja dengan lebih baik.

Katanya, hanya segelintir nelayan Vietnam yang enggan menjamah ular tersebut kerana mereka menyangka ular itu mempunyai bisa yang boleh membunuh. “Saya sudah memakannya sejak bertahun-tahun lalu, tidak mendatangkan apa-apa masalah tapi sekiranya anda baru nak mencuba, saya tidak galakkan kerana orang yang menyiangnya mungkin mempunyai petua tersendiri.

“Sebelum keluar ke laut untuk menangkap ikan, kami akan mencari ular tersebut dan jika dapat menangkap jumlah yang banyak, kami menjualnya kepada nelayan lain yang memerlukan,” katanya.-Sh

Rabu, 5 Jun 2013

Takziah Buat Zambry Kadir

Bapa tiri MB Perak meninggal dunia.

5 Jun 2013 IPOH - Bapa tiri Dr Zambry Abdul Kadir meninggal dunia di Hospital Angkatan Tertera, Lumut pada pukul 7.50 malam ini akibat sakit tua.

Allahyarham Jaafar Long, 75, meninggalkan balu, Saidatul Badru Abdul Kader, 72, dan empat anak, menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar.

Zambry berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi ketika Allahyarham menghembus nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Masjid, Pulau Pangkor dan akan dikebumikan pagi esok.- Bernama

Selasa, 4 Jun 2013

UMNO Lemah Tenaga Zahir dan Batin

Perjuangan Umno Sudah Tidak Bertenaga

Selepas keputusan PRU 13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadi BN parti tunggal dan gubal semua parti komponen jadi satu sahaja. 


Ia disuarakan oleh pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.

Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.


Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno.

Sampai bila Melayu hendak ditakutkan. Kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai. Sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu. 


Umno berada di situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi. Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut. 


Mereka sedar, Melayu musnah semua angkara Umno. Golongan ini mula mempersoal, kenapa 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang. 

Umno telah kianat amanah untuk membantu orang Melayu. Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik. 

Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat. Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu. 

Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini.

YB Ust Idris Hj Ahmad
Ahli Parlimen Bukit Gantang
4/6/13 

Tarian Separuh Bogel Menyihatkan kata Doktor Cina


Tarian Separuh Bogel baik..
Bantahan PAS Segamat terhadap acara tarian gelek yang disifatkan lucah di sebuah pasar raya menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.

Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.

"Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.

"Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat."

Harakahdaily semalam melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara di sebuah pasar raya pada 1 Jun lalu.

Akhbar web PAS itu melaporkan, tarian itu disaksikan hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," Firdaus dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya.

Harakahdaily juga melaporkan ramai pihak terkejut dan peniaga juga agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Isu yang sama turut dilaporkan sebuah harian berbahasa Melayu hari ini.-Mk


...................

Macai-macai UMNO akan diam penuh sopan santun dalam isu ini....hahaha.....
Kalau tarian separuh bogel menyihatkan,UMNO akan kata tarian bogel 100% lagi baguih...hahaha...

Kalaulah kenyataan berkaitan tarian separuh bogel ini dari cina DAP...mau gila vavi puak macai UMNO Munafikun....hahaha....

Telinga Wong Keluar Darah Kerana Kapal Terbang AiaAsia Di Pandu Laju..!!!

Gambar hiasan
SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’.
Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.
Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan ‘tekanan’ yang terhasil di dalam kabin.
Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya
Ini membuatkan yang dia percaya yang  juruterbang pesawat itu menerbangkan pesawatnya dengan laju untuk mengejar masa.
Wong berkata telinganya mula berdarah ketika tiba di rumah.
Beliau memberitahu akhbar itu beliau telah pergi ke klinik di mana dia telah diberikan antibiotik, namun terpaksa merujuk kepada pakar setelah keadaannya tidak banyak berubah.
“Doktor berkata gegendang telinga kanan saya telah cedera kerana tekanan udara dan saya perlu dirawat selama setengah tahun, untuk melihat sama ada ia akan sembuh dengan sendiri. Jika tidak, saya perlu menjalani pembedahan,” katanya .
Sehingga kini, menurut Wong, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit dan pil tidur setiap malam.
Katanya, beliau juga telah dinasihatkan agar tidak menggunakan pengangkutan udara selama enam bulan, dalam erti kata lain, beliau ‘terlepas’ peluang untuk bercuti di Bali, Phuket dan Taiwan seperti mana yang telah dirancang.
” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.
Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.
Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut  untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.

Perhimpunan 'Blackout 505' 15 Jun DIBENARKAN - Zahid

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang dirancang pembangkang pada 15 Jun ini akan dibenarkan jika penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian pada Selasa ketika ditanya mengenai status perhimpunan tersebut.
"Jika (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) merancang untuk mengadakan perhimpunan berdasarkan Akta Parhimpunan Aman (APA), polis akan membenarkannya," katanya pada sidang media di sini.
Sebelum ini Anwar berkata pembangkang akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 15 Jun bagi membantah dakwaan penipuan pilihan raya dalam PRU-13.- mStar
...............................

Isnin, 3 Jun 2013

Seniman S. Shamsuddin meninggal dunia

1929 - 2013
KUALA LUMPUR - Pelakon komedi terkenal era 1950-an, S.Shamsuddin atau nama sebenar, Dali Kechik, meninggal dunia di rumahnya, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, kata anaknya, Noredah Shamsuddin kepada Bernama.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem antaranya termasuklah Seniman Bujang Lapok dan Tiga Abdul.
Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh. - Bernama
* Al-Fathihah buat arwah S.Shamsuddin dan salam takziah buat keluarganya.


Kenyataan Terbuka Untuk Zambry Kadir TERAMAT BODOH - Hamdan Osman

Hamdan Osman
KENYATAAN TERBUKA UNTUK YAB DS Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

FYI, sejak tahun 2004 SEHINGGA KINI, saya tidak pernah meminta,melobi apatah lagi mendapat APA-APA projek dari kerajaan Negeri Perak.

Ini adalah untuk mengelakkan fitnah-fitnah yg akan mengaitkan saya dgn Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat ketika itu (sehingga tahun 2013 ini).

Itu Prinsip saya.

Saya merasa amat kesal apabila YAB mengaitkan nama saya sebagai antara mereka yg “menyapu banyak projek” kepada kepimpinan tertinggi Negara.

Tidak mengapalah sekiranya YAB tidak menghargai jasa saya bekerja keras berkempen utk YAB ketika bertanding & menang dlm pemilihan Exco Pemuda UMNO Msia tahun 2000 dahulu, tetapi MENIPU pihak kepimpinan tertinggi Negara perihal saya “menyapu banyak projek” adalah 1 tindakan yg TERAMAT BODOH.

FYI… saya tidak mempunyai cita2 politik.

Knp YAB DS perlu memburuk-burukan saya di mata kepimpinan tertinggi Negara?
Who m I? I m nobody….

Call me, anytime

Zambry yang teramat bodoh dikatakan report direct apa yang berlaku berkaitan Hamdan Osman (Saudara Hamidah Osman mantan ADUN Sg. Rapat). kepada pihak Putrajaya... Udah mulut belukang makan taik,kawan dengan kawan satu team pun nak di belasahnya.......hahaha...

Ahad, 2 Jun 2013

Jom Selamatkan Penyu Perak

Sahabat Alam Malaysia - SAM dengan kerjasama KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam akan menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar SeDunia pada 5 Jun 2013 jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Pusat Konservasi Penyu Pasir Panjang, Segari Perak. Turut bersama aktivis Pertubuhan Pencinta Alam & Sukan Memancing Perak (PENCINTA).

Sempena sambutan tahun ini Presiden SAM, SM Mohammad Idris akan turut melan
carkan kempen '"Selamatkan Penyu Segari & Hutan Bukit Pantai Segari". Antara aktiviti yang dirancang:
1. Gotong Royong Pusat Penyu, Pantai & Hutan Lipur Pasir Panjang.
2. Persembahan Visual Dokumentari.
3. Sesi Soaljawab.
4. Sidang Media.

Pendaftaran adalah percuma, sertakan nama penuh, no mykad & no tel, hubungi melalui pm admin, email ke kuasa08@gmail.com atau sms ke no berikut:
1. Meor Razak - 019 570 5421 (SAM)
2. Loh Eng Soon - 016 222 1998 (KUASA)
3. Afandi Ahmad - 012 599 2829 (KUASA)
4. Ismady Radzuan - 017 887 1887 (KUASA)
5. Hairie - 010 546 5979 (PENCINTA)

Peserta yang berdaftar akan diberikan:
1. Sarapan pagi dan Makan tengahari .
2. Sijil Penyertaan
3. T-Shirt (Terhad)

Penyertaan adalah TERBUKA, sila daftar sebelum 3 Jun 2013. Terima Kasih.
..............................







Lokasi: Segari

Alamat: Pusat ini terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari -terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis.

•Pusat ini telah dibina pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Kajian kesesuaian tapak telah pun bermula pada pertengahan tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF. Pada tahun 1992 keluasan 10 ekar tanah telah dipohon dan seluas 5.5 ekar telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1994.

•Terdapat 2 jenis penyu yang mendarat di kawasan ini iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun