Rabu, 19 Jun 2013

Pekak Kena Lempang Guru Sebab Tayar Pancit

MARANG - Seorang pelajar sebuah sekolah di sini, berkemungkinan pekak selepas ditampar guru Isnin lalu. Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

Kejadian itu berlaku apabila guru lelaki terbabit mengarahkan dia dan seorang lagi rakannya ke bilik guru untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut. “Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu.

Saya menafikan saya terlibat. “Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Jazman berkata, dia tidak segera memberitahu ibunya mengenai tindakan guru itu. Ibunya, Norlaila Jusoh, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anak keempat daripada tujuh beradik itu bangun tidur kira-kira jam 5 petang hari tersebut dan mengadu sakit telinga.

“Saya membawa anak ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya,” katanya.

Keluarga Mohd Jazman membuat aduan di Balai Polis Merchang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat. - Sh

Kampung Gasing Pahang Tiada Air Sejak 30 Tahun

KAMPUNG KASING - Seorang warga emas melalui hidup sukar sejak 30 tahun lalu apabila terpaksa tinggal dalam rumah yang tidak mempunyai bekalan asas sepatutnya.

Segalanya berlaku apabila permohonan untuk memiliki tanah yang diterokanya tidak mendapat kelulusan, sekali gus menjadi penghalang bekalan air bersih dan kemudahan lain disalurkan ke rumahnya.

Saad Shafie, 83, berkata, dia merantau dari Kedah bersama isteri 30 tahun yang lalu untuk mencari rezeki di sini. “Dulu, pakcik datang ke sini berdua dengan isteri dan telah meneroka tanah ini sejak 30 tahun lalu, sejak itu kami hanya menggunakan perigi sebagai sumber air. “Keluasan tanah ini lebih kurang dua hektar dan telah ditanam dengan pokok sawit.

Anak pakcik ada lima tetapi hanya seorang yang tinggal dengan pakcik bersama isteri dan empat anaknya, sementara anak lain tinggal di Kedah,” katanya. Saad berkata, dia membuat permohonan pemilikan tanah pada 2001 disusuli permohonan sama yang dibuat anak lelakinya, Ismail Saad pada 2009,  namun tidak mendapat jawapan. - Sinar

Ahad, 16 Jun 2013

Aziz Kecewa Setelah Berjaya Menipu...Jom kita gelak..!!!! Kah..kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah...

Jom kita gelak..!!!! Kah..kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah...Kah..kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah...Kah..kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah...Kah..kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah.....kah...kah...
Sudah bikin tipu...!!! Lagi mau kecewa...!!! 
Busuk punya orang...!!!!..buakq..!!!
........................................

Dakwat Kekal Di Jari Telunjuk Kiri BN yang kontoikan SPR

Ini dakwatnya...
Orang kuat SPR kata "Dakwat Kekal"
5 April jari di calit dakwat kekal

PEKAN, 5 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

PEKAN, 5 Mei -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dengan dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah dekat sini, hari ini.

PULAU PANGKOR, 5 Mei -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli ceria menunjukkan kesan dakwat kekal selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 di Pulau Pangkor di sini hari ini.
Jeng...jeng...jeng....

Lihat jari  telunjuk tangan kiri Rosmah,Najib dan Muhyiddin...
ada lagikah dakwat kekal..??
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2013 -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan semasa hadir bagi meraikan kemenangan BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini, malam ini. 

IPOH, 6 Mei -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melambai ke arah jurufoto ketika keluar dari istana selepas mengadap pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, hari ini. Lihat tangan kiri yang dilambai Zambry,ada kesan dakwat kekal dijarinya...!!!

Adakah benar dakwat SPR itu kekal...????
........................
*Petikan dari FB
Saya membaca kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR di muka hadapan Sinar Harian hari ini 17 Jun 2013. Beliau melahirkan kekecewaan ekoran pelaksanaan dakwat kekal yang gagal di dalam pilihanraya umum yang lepas. Bahkan beliau menyifatkan bahawa itulah kekecewaan yang paling besar dalam hidupnya.

Saya berpandangan tidak cukup dengan hanya beliau menyatakan kekecewaannya sahaja. Atas dasar tanggungjawab, beliau wajib meletakkan jawatan dan berundur serta merta. Kegagalan tersebut bukan kecil, ia memberikan kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat kepada ketelusan perjalanan prosea pilihanraya.

Dalam situasi Pakatan Rakyat meraih undi popular melebihi Barisan Nasional dan Barisan Nasional terus kekal memerintah, adalah sesuatu yang sangat mengaibkan jika perjalanan pilihanraya dipersoalkan ketelusannya. Kegagalannya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. Masyarakat tertanya-tanya, adakah benar kerajaan hari ini berkuasa atas mandat yang palsu?

Justeru, tidak ada penyelesaian yang paling sesuai melainkan Pengerusi SPR dan para pegawainya wajib meletakka jawatan, suruhanjaya bebas perlu dibentuk menyiasat keraguan yang timbul dan pilihanraya semula wajib diadalan di kawasan-kawasan yang bermasalah.

Ust Fadhli Ghani
Timb Pengarah
Jabatan Penerangan dan Media Baru
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Saksikan gambar-gambar bahan kempen calon BN yang dibakar oleh ahli sekumpulan Dajal BN


Terbakor....
Ahli BN pendajal calon sendiri....kah..kah..kah...
Seorang brother sambil merokok mengangkat sisa-sisa bahan kempen yang di pedajal oleh ahli BN sendiri.
(Merokok boleh menyebabkan kebakaran....hahaha...)
......................................
Kawan sama kawan dalam BN pun gaduh..
bikin sabotaj, buat taik...
busuk punya orang ini BN..!!!

Kisah pendedahan isu berkaitan sebelum ini: BN Perak kena "Pedajal" dengan ahli sendiri