Jumaat, 28 Jun 2013

Apa hal Najib..?? JKKK di Pahang dah hilang sabar...!!! Projek RM11.3 juta tetapi tidak memberi manfaat

ROMPIN – Peserta Projek Tanah Kelompok Paya Setajam dan Fasa Kedua Sarang Tiong Setajam berang berikutan tali air yang dibina tidak mengikut spesifikasi ditetapkan sekali gus tidak dapat menyalurkan air ke seluruh lot sawah seluas lebih  1,160 hektar.

Pesawah mendakwa, tali air yang dibina tidak dapat menyalurkan air ke lot sawah di kawasan tanah tinggi dan keadaan bertambah buruk terutama pada musim kemarau kerana tanaman menjadi kering-kontang akibat kekurangan sumber air.   

Biro Pertanian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sarang Tiong, Mat Mat Sarip, 63, berkata, kebanyakan pesawah bergantung kepada bekalan air yang disedut daripada parit air namun ia masih belum mencukupi untuk menampung sumber air yang diperlukan di kesemua lot sawah terbabit. Menurutnya, kerja mengepam air daripada parit terbabit turut membebankan pesawah kerana memerlukan kos yang tinggi.

“Hanya pesawah berkemampuan sahaja boleh melakukan proses mengepam air itu kerana pam perlu disewa dengan kos yang tinggi. “Kalau pun mereka berkemampuan untuk menyewa pam itu, mereka tetap kena buat banyak kerja dan keadaan menjadi rumit kerana memerlukan masa yang lama dan ramai pekerja untuk menyalurkan air ke lot sawah,” katanya.

Pendapatan merosot teruk Mat turut menjelaskan bahawa ramai petani terpaksa menanggung bebanan hutang kerana mereka perlu mendapatkan bekalan benih padi daripada PadiBeras Nasional Bhd (Bernas) dan menyewa jentera bajak untuk menggemburkan tanah.

Katanya, masalah ini berpunca daripada kekurangan modal pusingan untuk membeli benih berikutan padi yang ditanam tidak menjadi akibat ketiadaan bekalan air. “Kebiasaannya, pakcik boleh dapat RM5,000 bagi tempoh empat bulan lebih tetapi sejak berlaku masalah tali air ini, pendapatan pakcik merosot teruk. Sekarang hanya boleh dapat RM3,000 sahaja. “Belanja bulanan keluarga terjejas kerana pakcik ada anak yang masih bersekolah, isteri pula suri rumah.

Memang perit nak tanggung belanja barang dapur, bil, sewa dan keperluan sekolah anak-anak,” katanya.

Dia yang juga Ketua Blok A Projek Tanaman Padi Paya Setajam berkata, masalah tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

“Pakcik sudah mengadu hal ini kepada JPS tetapi mereka maklumkan kepada kami yang JPS tidak boleh buat apa-apa kerana projek tali air ini belum diluluskan lagi,” katanya.

Pengerusi JKKK Kampung Setajam, Muhamad Aw Kechik, berkata, hanya 15 peratus sahaja lot sawah yang mendapat bekalan air manakala 85 peratus lagi bergantung kepada usaha pesawah sendiri seperti menggunakan pam air.

“Kami terpaksa mengepam air dari parit buangan (empangan) ke bendang tetapi sumber air di parit itu sudah semakin surut, kami risau kerana sumber air memang tidak cukup,” katanya.

Setiausaha JKKK Sarang Tiong, Nizam Abdullah berkata, lot sawah di sini merupakan kawasan jelapang padi, justeru adalah menjadi tanggungjawab JPS untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. Menurutnya, pesawah menggesa JPS dan Jabatan Pertanian membuat pemantauan secepat mungkin dan mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

“Sudah enam tahun kami bertahan dan kali ini kami sudah hilang sabar dengan masalah tali air ini. Nak kata kami tak buat aduan, sudah banyak kali hal ini diusulkan kepada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk menjayakan projek tanaman berkelompok ini namun hasilnya amat mengecewakan.

"Kami rayu campur tangan kerajaan agar selesaikan kemelut ini. “Kalau agensi kerajaan yang terbabit nak pantau, datang dalam masa terdekat kerana sekarang musim kemarau. Jadi, mereka boleh lihat masalah kami selama ini,” katanya.

Difahamkan, projek pembinaan tali air bagi kawasan fasa kedua Sarang Tiong Paya Setajam ini menelan belanja RM11.3 juta tetapi tidak memberi manfaat yang sepatutnya.

Tahniah: Hidup Melayu UMNO Perak..!!!

Devamany Speaker Perak yang baru...
Hidup Melayu..!!!
Hidup UMNO..!!!
Hidup Zambrymany...!!!
* Teringat pribahasa yang tersangat Orangni suka yang dikatakan popular dikalangan orang Pulau Pangkor, berbunyinya camni " Ibarat burung gagak jika dicelup tepung tidak akan menjadi putih"
....hahaha.....

Datuk S K Devamany ( Gambar dibawah ) tersenggeh suka sebentar tadi setelah diisytiharkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri Ke-13 yang berlangsung di Ipoh, hari ini.

Drama "Dakwat" - Skrip Kantoi

Walaupun PRU 13 sudah berlangsung hampir dua bulan. Isu perjalanan pilihanraya tidak terhenti setakat itu sahaja.

Ahli Parlimen BN cuba mempertahankan SPR, jika PRU tidak telus macam mana 89 ahli parlimen boleh menang dan 3 negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Jawapan spontan, fasal tipu kami hanya menang tiga negeri.

Jika tidak tipu, PR menang 13 negeri. Isu dakwat kekal adalah bukti terbaru, bagaimana jawapan pemimpin BN yang flip flop. Seolah-olah skrip drama tidak menjadi, kerana pengarah mati menyebabkan pelakon hilang arah.

Kenapa? Ini yang menjadi tanda tanya. Memang Daripada mula lagi, soal penggunaan dakwat SPR berdolak dalik.

Mula-mula hendak kena tanya Majlis Fatwa, boleh atau tidak, apabila Majlis Fatwa kata boleh. Pihak SPR kata tahan tujuh hari. Apabila terbukti dakwat tidak kekal dan boleh dihilangkan dengan mudah pada hari mengundi awal.

Maka SPR mengatakan, sepatutnya dakwat perlu digoncang 30 saat setiap dua jam. Semua pengundi terkejut apabila dakwat yang digunakan tidak kekal.

Maka mulalah pemimpin BN berpantun, mengatakan dakwat kekal ada Silver Nitrat yang boleh merbahaya kesihatan, oleh itu kandungannya dikurangkan , inilah yang menyebabkan dakwat tidak kekal seperti kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno.. Rakyat lagi pening dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.

Tengku Adnan pula mengatakan dakwat kekal tidak perlu kerana Malaysia bukan negara dunia ketiga. Ertinya negara sudah maju. Maju apa? Maju penipu? Sebanyak RM7.1 juta dibelanjakan untuk dakwat kekal, malangnya nama syarikat yang membekal tidak diberi tahu apabila disoal di dalam Parlimen.

Atas alasan keselamatan. Rakyat tidak kisah walau pun habis RM1 bilion untuk dakwat asalkan buat kerja dengan betul. Jika macam ini punya keadaan, RM1 pun rakyat tidak redha untuk dibelanja membeli dakwat yang tidak kekal.

Rakyat Malaysia bernasib malang kerana mendapat pemimpin yang sering kena tipu. Terbaru dakwat yang dibeli dengan harga yang begitu mahal, tiba-tiba tidak mencapai hajat rakyat.

- Isu Dakwat Skrip BN Tidak Menjadi -
Idris Hj Ahmad ( Ahli Parlimen Bukit Gantang )
28/6/13

Khamis, 27 Jun 2013

Pak Lah Tak Boleh, Tengku kata Boleh..!!!

Macam kartun keadaan UMNO....hahaha....

Pak Lah kata jawatan tertinggi dalam UMNO tak perlu atau tak boleh dipertandingkan atau dicabar atas sebab-sebab tertentu,manakala Tengku Adnan pula kata boleh dipertandingkan juga atas sebab tertentu, sebenarnya UMNO yang tak tentu arah macam sebuah tongkang buruk sebab dipimpin oleh ramai nakhoda gila....gila kuasa!!!..hehehe.....

Selasa, 25 Jun 2013

Bapa tiri berperangai syaitan dan celaka..!!!

KUALA TERENGGANU - Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa. “Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). "Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek," katanya.

Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

"Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam. “Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. "Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine," katanya.- SH

Rahsia Alam (kilat)

Gambar: Salah satu foto yang menyertai pertandingan National Geographic Traveler merakamkan detik-detik kilat sambar menyambar di wilayah LosRios, Chile. - MailOnline