Sabtu, 27 Julai 2013

Tiada Gigi Punca Mati kata Rahim Ahmad

KUALA SELANGOR - Kelaparan disebabkan tidak makan gara-gara tiada gigi dikenal pasti menjadi punca kematian buaya yang ditemui dua nelayan di Jeti Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahim Ahmad berkata, faktor usia mungkin menyebabkan struktur gigi rapuh sehingga menyukarkan buaya itu meneruskan ikhtiar hidup dan makan seperti biasa.

Menurutnya, buaya terbabit adalah jantan berusia lebih 70 tahun dan hasil bedah siasat awal mendapati dalam perut buaya berkenaan kosong dipercayai tidak makan dalam tempoh agak lama, manakala ia sudah mati sejak dua atau tiga hari lalu.

Bagaimanapun katanya, pihak Perhilitan masih menunggu keputusan bedah siasat lebih terperinci dalam tempoh dua minggu lagi selepas organ penting buaya terbabit dihantar ke makmal di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun.

"Selangor pertama kali menerima aduan seumpama ini dan sememangnya Sungai Selangor dikesan mempunyai habitat buaya jenis itu. "Saiz buaya air tawar seberat 1,000 kilogram itu adalah normal di kawasan ekosistem yang sihat seperti di Sungai Selangor," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan pencemaran air menjadi punca kematian buaya terbabit.

Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan buaya yang ditemui mati itu mempunyai pasangan, namun meminta penduduk di kawasan berkenaan tidak panik kerana haiwan tersebut tidak mengganggu manusia.

“Pihak kami akan sentiasa melakukan pemantauan di sungai dan sebarang maklumat boleh hubungi Perhilitan dengan segera,” katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, meskipun terkejut dengan penemuan bangkai buaya itu, namun nelayan masih turun ke sungai seperti biasa.

Jumaat, 26 Julai 2013

Ramadhan Kali Ini UMNO BN Lupa Sogokan Tahun Lepas

Dalam pertengahan ramadhan camni dalam tahun lepas Orangni dah terima kad raya warna biru berlogo 1Malaysia dari Najib,bukan-nya Orangni nak sangat kad raya dari puak pemimpin UMNO Al Munafikun ni...cuma teringat dalam ramadhan tahun lepas puak UMNO mengila vavi bagi macam-macam kat rakyat sebab PRU-13 masih jadi tanda tanya tarikhnya angkara Najib amat kecut thelur...hehehe...

UMNO Perak contohnya...dalam ramadhan tahun lepas Zambry Kadir siap adakan tin-tin biskut yang dichop muka Zambry Kadir,tambah gila lagi tok-tok imam masjid pun turut disogok dengan jubah khas konon-nya dari Najib...tapi ramadhan tahun ni rasanya takda kot.....hahaha....
Sogokan UMNO ramadhan tahun lepas...
Kad raya dari seorang YB UMNO yang akhirnya tewas dalam PRU-13
http://orangni.blogspot.com/2012/08/umno-bukit-gantang-kirim-kad-raya.html
Tin Biskut Raya dari Zambry Kadir pada ramadhan tahun lepas
http://orangni.blogspot.com/2012/08/bergambar-rasuah-janji-dicapati-umno_13.html
Jubah buat tok imam...tahun ini tarak le....hehehe...
http://orangni.blogspot.com/2012/08/gempar-rasuah-jubah-janji-dicapati-dari.html
Segala pemberian dari UMNO Munafikun ini Orangni ibaratkan seperti "burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih..." korang faham ke..??? Hahaha....

Khamis, 25 Julai 2013

Pemburu Rusa Di Sarawak Tertembak Kemaluan Sendiri Parah

Simunjan, 25/7/2013 –  Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.

“Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera. “Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya.

Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Rabu, 24 Julai 2013

Gambar Terbaik 3 Mamat Penuh Keseronokan Sebab Menang PRK Kuala Besut (Penyokong PAS Di-nasihatkan Bersabar )

BESUT -  Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan 2, 592 undi.

Beliau mengalahkan calon Pas, Azlan@Endut Yusof, seorang ahli perniagaan dan calon tempatan yang dikenali ramai sebagai Che Long.

Pengarah Pilihan Raya, A Rahim Jusoh mengumumkan kemenangan calon BN itu kira-kira jam 10 malam di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini.

"Tengku Zaihan telah memperolehi 8, 288 dan Che Long 5, 696," katanya.

Sebelum ini calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memenangi kerusi itu dengan majoriti 2, 434 undi mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail pada PRU13.
Irama Pilihanraya Kecil K.Besut dah tamat
Kalah atau menang bukan penamat
Lagu Raya Aidilfitri semakin gamat
Selamat berpuasa muslimin dan muslimat

Larian Bogel Sempena Kemenangan BN di Kuala Besut

Jika sebelum ni seorang mamat machai UMNO bernazar cari penyakit nak berjalan kaki Kuala Besut ke Putrajaya jika BN menang PRK Kuala Besut ( gambar pertama dibawah)...konon nak bawa suara rakyat kepada Najib...hahaha...

Berita terbaru pula seorang wanita dalam posting komen di FB (gambar bawah sekali) dengan berani dan biol menawarkan diri untuk lari bogel keliling Kuala Besut jika BN menang...nah..!!!

Sekarang BN dah menang di dalam PRK Kuala Besut...bila Damia Izara mau tunaikan janji dan mamat biol bila nak  mulakan jalan kaki..?? hahaha....

Tak habis kebodohan diri ditonjolkan oleh mamat-mamat machai dan minah-minah machai UMNO....hahaha....

GEMPAR..!!!! Lori ANTI BLACKOUT sampai pada hari kiraan undi PRK Kuala Besut...Arahan Siapa...????

Lori  Ganerator  TNB dah sampai,standby blackout...hahaha..
Siapa punya arahan ni..???
Masa PRU-13 tak ada pula lori ni....hahaha...
Sumber : FB

TERKINI..!!! Najib umum bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, pesara

KUALA LUMPUR; Najib  telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. – Bernama

Selasa, 23 Julai 2013

YB Nizar Di Tuduh Kafir Sebab Kempen PAS Paling BANGANG di PRK Kuala Besut



- Mujurlah Nizar Jamaluddin tidak berada di Kuala Besut. Dan teramatlah baik nasibnya PAS kerana tidak melantik Nizar Jamaluddin sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Kuala Besut. Kalau tidak, tentu pelbagai kerja gila akan dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak yang sangat gila glamour dan populariti sehingga sanggup melakukan pelbagai perkara tidak masuk akal termasuklah memperlihatkan dirinya seperti seorang kafir laknatullah yang berusaha untuk menjahanamkan Islam dan umatnya dengan cara yang paling halus. - By Kolumnis | By Shafiq Perak Today.

Mau cakap pun susah... 
sebab apa yang dibuat oleh PAS dalam kempen hari akhir semalam di Kuala Besut memang sial dan gampang... Nak komen banyak-banyak al-maklumlah_dalam PAS ni semua pimpinan berpendidikan ugama tahap serban dan bertasbih 24jam...kalau cakap bab hukum,hadis dan sebagainya macam nak rak pentas ceramah...itu haram,ini haram,itu tak boleh,ini tak boleh....tup-tup semalam kat Kuala Besut anjur program "RASUAH MINYAK PETROL". Tak Haram pula ke..???

          
Sumber: Facebook
Betul-lah member blogger Orangni kata....lepas ni mampus nak menjawap dengan puak penchacai UMNO dalam isu ni.... 

Orangni saja taruh tajuk "YB Nizar Di Tuduh Kafir  Sebab Kempen PAS Paling BANGANG di PRK Kuala Besut" kerana nak buktikan bahawa semua isu panas terutama dalam aksi gampang dan bangang yang dibuat oleh pemimpin dalam PAS akan dikenang untuk selama-lamanya.....Dan kini Nasrudin Hassan Tantawi dah terpahat sebagai "Pelopor  Rasuah Petrol dalam PAS"....
PAS tidak terbalik...walaupun pemimpin-nya buat perangai terbalik...hahaha...

Pengetua Sekolah Mangkok Tandas

PENGETUA SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN YANG ARAHKAN MURID MAKAN DAN MINUM DALAM BILIK PERSALINAN SUDAH DIKENAL PASTI....?????

Dapat info mengatakan inilah wajah Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristina, Sg Buloh, Selangor yang menjadi kontroversi akibat mengarahkan murid-murid sekolah tersebut minum dan makan waktu rehat didalam bilik persalinan...(Gambat bawah..)

Arahan Pengetua Mangkok Tandas Mohamad Nasir tersebut kini menjadi kecoh satu dunia apabila rakaman gambar murid-murid sekolah tersebut sedang minum dan makan dalam persalinan tersebar luas dengan ligatnya di alam internet.

Difahamkan Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Serangor supaya menjalankan siasatan terperinci.

Timbalan Menteri Pendidikan II YB P.Kamalanathan telah melahirkan rasa terkejut dan kecewanya apabila dimaklumkan akan tragedi ini.

Ini bukan isu perkauman.. tetapi isu kemanusian. Harap tiada siapa yang cuba meneguk diair keruh cuba nak putar jadikan ianya isu perkauman terutamanya dari kalangan blogger yang cukup ghairah dan gemar mainkan isu perkauman sempit.

Berfikiran terbuka dan berlapang dada ketika menerima kritikan.. Perbaiki jika ada kelemahan..Jangan sesekali diulangi kesalahan yang sama dimasa akan datang.

Korang cuba baca apa yang beliau tulis diakaun FBnya mengenai rumah PKNS di Kuala Selangor...Jelas sekali Pengetua Mangkok Tandas ni cukup anti pada DAP/PR...Agak-agak yang anti DAP/PR ni penganut parti apa ek????? Hahaha.....

Sekolah Kebangsaan Seri Pristana. Jalan SP2/1, Seri Pristana,. 47000 Sungai Buloh,. Selangor. NO. TELEFON: 03-6039159.

Boleh hubungi untuk mendapatkan kepastian..
Peringatan...Pastikan guna bahasa yang elok dan sopan bila berbicara...BILA MENALIPON MINTA BERCAKAP DENGAN GURU BESAR MANGKOK TANDAS ini....hahaha....

Isnin, 22 Julai 2013

TERKINI..!!! BN Dapat Lesen Berkempen Dalam Masjid

INILAH CARA PENYOKONG UMNO BN BERKEMPEN DALAM PRK KUALA BESUT...
HABIS DALAM MASJID PUN DITAMPAL BAHAN KEMPEN,
SAMPAI KAT MIMBAR MASJID PUN DITAMPAL BAHAN KEMPEN..!!!!
AGAKNYA KALAU BOLEH SEMUA SEJADAH DALAM MASJID TU NAK DITAMPAL BAHAN KEMPEN BN...!!!!

*Kemungkinan SPR bagi lesen besar pada UMNO BN,_Masjid,surau,agensi kerajaan hatta SPR sendiri boleh dipergunakan untuk kempen BN dalam PRK N1 Kuala Besut...!!!

Sumber Gambar *Semasa PRK - FB

Kuala Besut Akan Lahirkan Seorang Atlit Hebat Kalau BN Menang PRK

Bakal atlit Terengganu..
Kasut biru,seluar biru dan semua biru....
sampai Putrajaya...muka jadi biru...hehehe....
Mohd Noor Bin Mat...
Mau jalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya...
Takde penyakit...cari penyakit...hahaha....
Macam takde perkara lain nak di-nazarkan
Konon nak bawa suara Kuala Besut ke Putrajaya..hahaha..
UMNO..UMNO...sokongan dan menteliti tahap biol...
Boleh tonton kisah "nazar mau jalankaki ke Putrajaya" disni: http://www.youtube.com/watch?v=F8UTTEHHPMM
Orangni dok tinggu...kot-kot ada mamat UMNO yang bernazar nak berenang gaya kupu-kupu dari Kuala Besut Ke Putrajaya...hahaha....


Panas..!!! Pakatan Rakyat Punca Jenayah Meningkat..???

Biar betul...!!!! punca segala jenayah dinegara ini berpunca dari Pakatan Rakyat....ini sudah satu tuduhan agak serius ni, apakah kerana yang menulis ( blogger ) tersebut pro UMNO BN maka menuduh dengan serius begini boleh dipejamkan mata oleh pihak berkuasa.

Segala dalil dan fakta yang ditulis blogger pro UMNO BN konon-nya jenayah dinegara ini meningkat kerana Pakatan Rakyat adalah satu tuduhan yang wajar diambil tindakan selanjutnya..sebab semua hanya bersifat memfitnah.

Adakah kerana isu jenayah dinegara ini sejak kebelakangan ni agak kerap berlaku dengan kejadian tembak guru,murid sekolah dibunuh dan sebagainya maka Pakatan Rakyat menjadi puncanya..? 

Dimana adap dan etika yang menulis artikal ini,adakah ada pihak tertentu sengaja membuat provokasi..?

Yang jelas pihak blogger pro UMNO BN tak habis-habis buat fitnah jahat...mungkin apa yang ditulis Orangni sekarang ni pun akan diklafikasikan punca jenayah meningkat oleh puak UMNO BN..... Bahglal punya UMNO BN....hahaha....
Laman blog pro UMNO BN hebat dengan fitnah jahat...


Ahad, 21 Julai 2013

Patut surat tak sampai-sampai: Posmen Lambak Beribu Surat Dalam Hutan

Gambar dibawah: Seorang kakitangan Pos Malaysia memeriksa surat-surat yang dilambak oleh posmen di Ukay Heights, Ampang, Selangor:-

KUALA LUMPUR: Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan ‘rahsia hitam’.

Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar. Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi ‘The Star’, yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang lalu di kawasan itu.

Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung.

“Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan. “Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong.
Ia hanya beberapa minit yang lepas,” katanya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan.

Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan. Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. “Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi,” kata Ismail.

Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo. Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan.

Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1. Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat. -mStar