Sabtu, 12 Oktober 2013

Pemilihan Sayap UMNO: ROS patut ambil tindakan jangan jadi Balaci UMNO

Penuh kekecohan,protes,kertas undi mengelirukan dan macam-macam lagi...

Pemilihan yang gagal...boleh tangguh-tangguh pula...?
Kalau terjadi kepada PR...sepantas kilat ROS ambil tindakan...
Harap pihak ROS tak jadi balaci UMNO Munafiq...!!!!

Terima kasih sebab menangkan Shahrizat

Terimalah 3 rangkap pantun dari ku untuk mu Shahrizat....hahaha.....

Gambar-gambar aksi Wanita UMNO mengamuk baling Mikrofon dalam mesyuarat

Angin dah 1Badan...hahaha... 
Luahan tak puas hati....
Tadi angin...sekarang sudah mula sudah panas 1Badan....hahaha...
Gaya Shahrizat dah keluar...panas-panas....hahaha...
Nampak mikrofon ni..??? 
Heiyaaah....siap kau..
Nah...ambik kau...!!! Hahaha.....
GUA MUSANG: Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Waris Rosmah menang PAU tanpa bertanding kerana terjojol

Hebat..hebat...
Inilah konsep wastyleyeah yang dipekik-kan oleh Presiden UMNO Munafiqkun....hahaha...

Pemilihan UMNO Munafiqkun yang berlangsung bagi  Puteri Umno Bahagian Titiwangsa di Dewan Tun Dr Ismail kali hari ini membuktikan mereka yang konon-nya menjaga Islam dalam perjuangan parti UMNO munafiqkun mengangkat seorang wanita tidak menutup aurat menjadi pemimpin mereka _mungkin kerana mewarisi fesyen rambut terjojol yang digemari oleh suami Presiden mereka iaitu Rosmah Mansor.....hahaha....
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ahli-ahli Wanita Umno menghadiri Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Bukit Bintang untuk pemilihan ahli jawatankuasa pusat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Nampak ramai yang bertudung merah menyala....

TAPI....
 yang menang ialah Naib Ketua Puteri Umno, Norziana Mokhtar (kanan) bersama Ketua Puteri Umno, Suzanna Shahrom (kiri) dengan rambut terjojol menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Titiwangsa di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Inilah konsep Wastyleyeah ciptaan UMNO Munafiqkun...hahaha...

Bahlolnya ahli PAS ni..????

Ini mangkuk tandas dari mana..? 

Wan Johori Wan Omar mengaku ahli PAS Cawangan Taman Selasih,Kulim,tapi bahlol nak mampos_Mamat ni tak puas hati konon-nya DAP parti anti melayu,Lim Guan Eng jangan bodohkan ahli PAS dan macam-macam lagi.....Dah tau DAP tu parti orang cina kenapa nak pertikaikan pula_lantak p la kat depa nak pilih siapa pemimpin dalam DAP, kenapa tak komen kenapa MCA dan MIC tak ada pemimpin melayu....Tindakan terbahlolnya ialah boleh pula bagi kenyataan kat TV3 sekutu UMNO Munafikun_banggang punya orang....hahaha.....
Mengaku ahli PAS...tapi cakap macam macai UMNO....hahaha...

Orangni bukan nak bela DAP...tapi terkejut kalau ada ahli PAS macam mamat bahlol Wan Johori ni......tapi tak mustahil juga ini pelakon upahan dari UMNO Munafiqkun...hahaha.....


Mohon PAS Kulim di Kedah selidik siapa mamat ni..hahaha...

Khamis, 10 Oktober 2013

SPRM Dedah Kitar Kebodohan Untuk Bebas

 Siapa yang sebenarnya specis bodoh.. Specis buat-buat bodoh... Specis yang cuba memperbodohkan???
jawapanya seperti carta dibawah Hahaha.....
Kitaran buat bodoh UMNO Munafiqkun

Sila Ambil Perhatian..!!! Haji Jangan Tamak Nak Buat Haji Lagi - Mufti

Harap-harap yang dah pegi buat rukun Haji..faham-faham sendiri....hehehe..

Terkini (GAMBAR): Arafah dan Mekah Kini Di Landa Ribut dan Banjir

Sumber  terkini di beberapa laman Twitter mengatakan Arafah dan Mekah kini dilanda ribut dan hujan. Beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjuk keadaan paras air naik dengan begitu tinggi.

Orangni mendoakan keselamatan buat semua para jemaah haji di Tanah Suci khusus-nya dari tanahair selamat dari sebarang musibah.




Lagi Pesawat MasWing Nahas Kali Ini Di Kudat Sabah

KUDAT: Sekurang-kurangnya dua penumpang parah apabila sebuah pesawat Twin Otters terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, jam 3.30 petang tadi.

Menurut sumber terkini mengatakan seorang telah terkorban dalam nahas tersebut.


Dalam tahun 2012 sebuah pesawat MasWing juga terlibat dalam nahas  penerbangan yang melibatkan pesawat MH 3562 dari Miri ke Marudi mendarat di landasan lapangan terbang Marudi.






Rabu, 9 Oktober 2013

Uuuwek...!!! Roti Benggali Uli Dengan Kaki Di Pulau Pinang

Nyum-nyum..Roti Benggali...  (Gambar hiasan)
Rahsia kesedapan roti Benggali di sebuah kilang terjawab apabila penguatkuasa melakukan pemeriksaan. Rupa-rupanya, tepung untuk membuat roti benggali tersebut diuli dengan menggunakan kaki tanpa sebarang pelapik.  Baca berita lanjut daripada printscreen dibawah:

Pendedahan Kak Yah (Video) : Rupa puak penyamun yang balun makan sampai RM6000 untuk sarapan



Saya nak menafikan keadaan bahawa tersebar  dimedia bahawa harga makanan dikedai saya mahal cekik darah_ini nak cerita hal sebenar lah yang berlaku_pada 5 haribulan 10 2013 ada seseorang wakil tu mari tempah untuk makan 200 orang makan_tempahan ini tempah khas untuk orang dia saja untuk rombongan dariapda  Datuk Mukhriz Mahathir_diantara pukul 8 hingga pukul 9 dia tak benar siapa-siapa masuk kedai ni kecuali orang dia sahaja_jadi kita buat ni untuk orang saja lah untuk tempahan makan dan semua tu_dia kata dalam menu tu saya Tanya untuk buat macam mana?_nak hidang ka,nak makan sorang-sorang ka_Dia telipon ke BOS nak hidang_hidang tu semua jenis lauk pauk lah yang ada dikedai saya ni_ (Nama-nama menu) dan kuih muih.

Minuman saya tanya dia buat satu jenis sebab ramai takut tak sempat_Cuma untuk VIP saja kita nak ambil oder_tapi dia telipon ke BOS dikata nak semua minum oder sendiri masing-masing.

Jadi saya buat semua untuk 200 orang ni saya dah tambah meja saya hidang penuh dengan makanan yang diminta_kuih muih saya letak meja berasingan.

Untuk makan hidang RM17 sekepala (Seorang)_Dia kata berapa Kak Yah caj kita terima belaka_kita bayar belaka asalkan Kak Yah boleh buat untuk orang dia saja_apa yang dia nak kita boleh sedia_dia sanggup semua_dengan harga berapa janji  kedai kita ni muat untuk orang dia saja.

Saya cakap dengan dia_makna kedai kita ni orang ramai selalu_was-was saya ni_kalau saya hidang nanti orang tak mari nak tanggung risiko macam mana?_ Dia kata percaya pada dia_Saya ambil no mbor telipon dia,nama dia saja_saya tak tahu dia tu dari jabatan mana_dia selalu makan sini juga dulu-dulu tapi ni baru mari.

Biasa kalau rombongan mana-mana akan diberitahu_rombongan felca ka,pertandingan ka_tapi yang ni saya tak tahu lah_sebab dia kata rombongan Datuk Mukhriz saja.

Perangai Buruk Puak UMNO

Keesokan tu 6 hari bulan tu_saya sedia lah meja lauk pauk saya hidang_dia kata untuk pelangan luar makan meja luar saja_saya tambah meja diluar lagi,untuk pelangan saya yang luar.

Lepas pukul 7setengah tu_ramai dah orang mari_siapa ni_rombongan pukul 8_dia kata rombongan tersebuat dari Mukhris _dia kata nak makanlah dulu_jadi kita terpaksa lah bubuh (hidang) dulu.

Kita ambil dari pukul 8 hingga 9 tapi 7.30 dah datang.( Setakat ini saja..)
.............
Dah datang awal_Ada yang bungkus makan untuk bawa balik,bila cakap tak boleh disuruh masuk dalam bil BOS_yang datang lebih 600 orang yang dijanjikan.

Dah la makan kat kedai..pegi balun bungkus bawa balik,bila tengok bil buat terkejut…dasar penyamun macam tu lah UMNO Munafiqkun……

(Ulasan Kak Yah yang Orangni terjemahkan serba sikit untuk boleh faham bahawa UMNO memang perangai penyamun...hahaha... selebihnya korang saksi sendiri dalam klip video)

Selasa, 8 Oktober 2013

Sila Periksa Wajah Bil Terbaru TNB Anda (2) : Sapu Tetap Sapu Hanya Nama Saja Di-Tukar

Sebelum ini_ Bil bulanan TNB setiap bulan bil yang anda terima_anda boleh periksa kemungkinan ada bahagian yang bertajuk " KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU" dikenakan dalam bil yang anda terima. Kalau dikira jumlah yang di-ambil TNB sekitar 1% setiap bulan.

Maka timbul persoalan-nya apakah maksud " KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU" kerana setelah diajukan soalan dikuanter TNB jawapanya berbunyi "Ini adalah potongan untuk kempen kerajaan, kami hanya kutip saja.." _ itu saja jawapan TNB.

Adakah TNB secara senyap-senyap menjadi balaci kepada kerajaan UMNO BN untuk kutip duit rakyat..???


DAN kini..... Kertas Bil bulanan TNB telah berubah wajah_bukan nak sentuh hal rekabentuk wajah bil terbaru TNB_lantak pegi la nak taruh muka Najib atau Rosmah sekali pun_tapi nak sentuh tentang bahagian yang bertajuk "Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu" sudah di tukar nama pulak dah dengan nama "DANA WANG TENAGA BOLEH BAHARU".

Sapu tetap sapu,balun tetap balun...itulah yang boleh dikatakan_dari nama "Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu" kepada "DANA WANG TENAGA BOLEH BAHARU" potongan secara senyap-senyap tanpa ditahu hujung pangkal sebabnya oleh penguna tetap dijalankan...hahaha....


Wajah Sebenar Predator Malaysia rupanya seorang Presiden

Sebelum ini tersiar Berita “Doktor bergaya ala ‘Predator’ buat laporan polis” berkisarkan seorang doktor berpakaian lengkap predator membuat laporan polis di suatu balai polis.


Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.

Namun tidak diketahui mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis.

Rupa-rupanya beliau adalah Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.
Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.
“Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya.
Dr.  Jim Loi Duan Kong memakai sut Predator bernilai RM85,000

Projek UMNO Disaman oleh 10 Persatuan Institut Memandu Malaysia

Ambik kau..!!!!

Sebelum ni dah dikatakan...ini semua projek untuk kroni UMNO:

BL1M – Satu Lagi Projek yang Memperkayakan Kroni UMNO

Pada 31hb Januari 2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir dan melaksanakan program tersebut.

Namun, setelah meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni UMNO. Kerajaan atau pihak Pemuda UMNO langsung tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62 (dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha institut memandu.

IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan

Apa yang lebih memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161 (dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M ini.

Walaupun MYEG mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda UMNO tercapai, iaitu seramai 500 ribu anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan juta dengan kadar sekelip mata.

Setelah carian syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Dato’ Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato’ Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif UMNO Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong sehingga kini.

Keselamatan jalanraya dikompromikan

Selain daripada penyelewengan yang melibatkan kroni UMNO, program ini juga akan membawa natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan kemalangan motosikal akan naik mendadak.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya, sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini?

Integriti ala Najib

Kami mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan. Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda UMNO yang sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan menjadi boneka kepada Pemuda UMNO dan memberhentikan program ini dengan kadar segera.

Penyelewengan ini telah memberi satu tamparan besar kepada Dato’ Seri Najib yang baru menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai integriti?

Sekiranya Dato’ Seri Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti, beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas program ini.

YB CHANG LIH KANG
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
ADUN Teja

Isnin, 7 Oktober 2013

TERKINI: (GAMBAR) 13 Rumah Kampung Tian Hulu Sarawak Musnah Terbakar

Kampung Tian Hulu Sarawak : 8.10.2013-- Jam 2:00 pagi tadi dilaporkan 13 buah rumah  diperkampungan Tian Hulu Matu dalam Zon Mukah musnah dijalit api. Dipetik dari sumber FB mengatakan jentera bomba dari balai bomba Mukah berkejar ketempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih belum diketahui.
Kampung Tian Hulu jam 2 pagi 8/10/2013
Jam 4pagi
Musnah: Keadaan rumah yang musnah awal pagi tadi

Bonba dari Balai Mukah

Kerja-kerja memadam masih berjalan pada awal pagi
Kelihatan mangsa kebakaran berkumpul diatas padang berhampiran



Gambar Najib bikin malu depan Sultan Brunei..?

 7 Okt --  Bapak Wastyleyeah PM Najib dengan muka tak malu  bersalaman dengan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye pada sesi Majlis Penasihat dan Perniagaan (ABEC) bersempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),sebelah Najib ialah Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam...muka baginda Sultan Brunei cam tak berapa suka je perangai Najib...bikin malu betul Najib..hahaha...

Ahad, 6 Oktober 2013

Video Kazim Ceramah Buat Lawak atau Buat Lucah?

Konon nak menghiburkan orang...tapi kalau buat lawak macam lucah macam mana..???


Tak kisahlah kalau nak buat lawak dalam ceramah...tapi kalau dah melampau lucah apa ke hei-nya Kazim..???
Setakat sebut saja pun kira ok la...ini siap demo goyang-goyang_berdekah-dekah penonton yang dengar ceramah lawak@lucah kamu Kazim....hahaha...

Soalan: Lawak atau Lucah..???

Padah berguru dengan Bangla Celaka

PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.
...............
Bangla pujaan UMNO BN Munafiqkun