Sabtu, 19 Oktober 2013

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Buat Tuan Guru Presiden PAS

~ 20 Oktober 1947 - Hari ini 20 Oktober 2013~
Selamat Hari Lahir buat Yang Berhormat 
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Semoga 
sentiasa diberkati Allah 
dan diberi kekuatan 
untuk terus memimpin
Parti Islam Se-Malaysia 
(PAS)
Takbir..!!!

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Jamalul Kiram III
Sultan Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ pada pukul 4.42 pagi (waktu tempatan) Ahad.
Beliau berusia 75 tahun.
Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata di Facebook: “My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support."(Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)
Melalui temuramah di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.
Beliau meninggalkan sembilan anak - tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya, Carolyn Tulawie.
Jacel melalui temuramah radio berkata, "Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya."
Pada bulan Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram II menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.
Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah pada 9 Februari lalu, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.
Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.
Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.

Lelaki UMNO ada ekor..???

Dipercayai dirakam masa majlis korban hari raya Aidil Adha baru-baru ini
Ini kes nak pekena dan melawak dengan kawan ni...hahaha...
Apapun jangan buat camni,kesian kat kawan-kawan,walaupun otak puak UMNO memang macam lembu tapi janganlah disangkut ekor lembu yang dikorbankan...
tak baik.....hahaha...

Takziah Buat Dato Rosli Husin Mantan ADUN dan Mantan Ketua UMNO Bahagian

Dengan gaya kasanova Rosli Husin muka tak malu mengangkat tangan Syed Abu Hussin yang menewaskanya...kelihatan juga YB Pakturut ADUN Terong Dr Zabri yang tak bertanding apa-apa jawatan...khabarnya bertanding ketua UMNO Cawangan pun kalah...hahaha... (Dibelakang ialah ISmail Saffian yang sentiasa kalah dalam politik)

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang pada 19 Okt semalam yang merempat mengunakan Dewan Besar Adtec Taiping menyaksikan kekalahan penyandang kerusi Ketua UMNO Bahagian Dato Rosli Husin yang juga mantan ADUN Terong ditangan mantan ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang diera 90an iaitu Dato’ Syed Abu Hussin. Dato Rosli Husin bolehlah bersara dari dunia politik di Bukit Gantang kerana sudah 2 gelaran mantan diterima-nya...hahaha...

Proses Pengundian UMNO di Cemari Gangguan Seksual Terhadap Puteri UMNO

Gambar hiasan...tapi memang gedik pun...hahaha...
BENTONG: Beberapa perwakilan Puteri UMNO yang hadir pada mesyuarat perwakilan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini terkejut apabila menerima video dan mesej lucah di telefon masing-masing daripada nombor tidak dikenali.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi tadi ketika proses pengundian baru bermula apabila perwakilan menerima video dan rantaian mesej yang menunjukkan seolah-olah penghantar memerhatikan mereka kerana memberi gambaran mengenai pakaian dan bentuk badan.
Difahamkan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Bentong, Adnan Yaakob yang berjanji membawa perwakilan yang menerima gangguan seksual membuat laporan polis selepas mesyuarat tamat.
Udah pakaian Puteri UMNO kebanyakanya jenis seksi,ketat dan mengiurkan...apa tak-nya si Pemuda UMNO tak galak...jangan disalahkan PR pula...hahaha....

PANAS..!!! UMNO Gopeng Koyak Hancur Bahan Kempen Hishammuddin Tun Hussein

Marah betul UMNO Bahagian Gopeng pada DS Hishamuddin yang bertanding MT sampai dikoyak-koyak-kan muka Hishamuddin didalam bahan kempen sampai hancur...hahaha...
"Semoga kecundang demi Transformasi UMNO"
Kata Macai UMNO



Jumaat, 18 Oktober 2013

TERKINI..!!! Muhyiddin Dedahkan Mukhirz Di-Singkirkan Dari Pencalonan kerana guna Wang..?


Laman FB Tan Sri Muhyiddin Yasin
Sumber FB penyokong UMNO mendedahkan bahawa Laman FaceBook TPM telah mendedahkan bahawa Mukhriz telah melanggar etika parti melibatkan pengunaan wang . Muhyiddin dikatakan mahu lembaga displin mengambil tindakan terhadap Mukhriz.

Orangni masih tak pasti sama ada laman FB TPM ini di hack atau tidak...maklumlah puak-puak UMNO sekarang hebat bercakaran sesama sendiri untuk menaik-kan calon pilihan masing-masing...
Ini kempen dari macai yang mahukan ZAM (Zahid,Ali Rustam dan Mukhiz) jadi MT
Ini Sejarah Bapak Kepada Mukhriz..
Mungkin dah diwarisi....hahaha...

Gambar Kontroversi Fathul Bari Duduk Sekapal Dengan Anwar Ibrahim


Forum spentas dgn @anwaribrahim dbatalkn oleh pihak pnganjur. Namun,smpat brtemu beliau dlm flight KL-Adelaide smlm. -- Tweet : Fathul Bari (@ustazfathulbari)
Selepas Fathul Bari menang besar dalam pemilihan sayap Pemuda UMNO nampaknya macam terus pergi jumpa DS Anwar Ibrahim,atas kapal terbang pulak tu.....adakah ini ketentuan..??? Hahaha....

Orang politik bergaduh didarat,berbaik-baik diudara...hahaha...

Ada Sesiapa yang rindukan Mat Sabu..????

Ada Sesiapa yang rindukan Mat Sabu..????
Hahaha....
Orang sekitar Taiping,Selama dan Bukit Gantang....
Jom dengar ceramah Abg Mat Sabu...

Khamis, 17 Oktober 2013

Kerana 500 penonton Tanda Putera Ke London...Kah..kah..kah..kah...kah...


Selepas berjaya membuat lawak yang memalukan industri filem negara,nampaknya Filem sejarah yang penuh penipuan dari segi jalan cerita  dan sebagainya bakal memalukan negara dimata dunia pula...hahaha....
Sasar 500 orang saja....hahaha...buat tayangan kat Pasar Malam lagi ramai...
Kesian...hahaha...kerana sambutan penonton kurang dalam maka negara filem lawak jenaka arahan Suhaimi Baba ini akan ditayangkan di London hujung tahun ini...paling memeranjatkan hanya disasarkan 500 orang saja penonton...
kah...kah...kah...kah...kah....kah....


Malas aku nak ulas panjang-panjang sebab kisah filem ini pun dah memang lawak bodoh ditambah pula dengan hasrat bodoh nak bawa tayangan ni ke London kerana 500 orang penonton...nampak bertambah-tambah bodoh....hahahahaha.....

Mukhriz Kutip 20 Artis Untuk Kempen PRK Sungai Limau

Entah berapa la upah setiap seorang artis yang dijemput Mukhriz ni..???
Nampak UMNO dah tiru pendekatan yang digunakan PAS sebelum PRU13..hahaha....

Sebelum ni puak UMNO Munafiqun bukan main mengutuk dan menghina artis-artis yang bersama Pakatan Rakyat,macam-macam cemuhan diberi kepada artis-artis yang naik pentas PR. Artis dipergunakan PAS,artis dah tak laku,artis hanya mahu upah saja...macam-macam puak UMNO kutuk...

Nah...!!! sekarang apa macam beb..??? Mukhriz terpaksa mengutip beberapa orang artis untuk berkempen bagi pihak UMNO Munafiqkun di Sungai Limau nanti. 

Konon-nya seramai 20 orang artis veteran dan baharu bergabung tenaga akan berkempen untuk Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah melalui Program Ziarah Syukur yang akan diadakan pada 4 November depan.

Inilah perangai jijik UMNO Munafiqkun...dulu kutuk artis kalau main politik,sekarang sudah ludah mau jilat balik ke..???

Terfikir juga Orangni....berapa puluh ratus ribu juta ringgit upah artis berkempen untuk UMNO...sebab pernah seorang bekas artis kata kalau dulu kurang-kurang RM50ribu sorang....
Fuhh...!!! itu dulu...sekarang..!!! banyak tu...!!! Takpa....Mukhriz tu anak Tun M.....hahaha....








Ular sawa dan ular tedung ditangkap bergaduh dalam longkang

KULIM: Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.
Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya. 
"Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini. 
KULIM, 17 Okt -- Empat anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim yang diketuai Ketua Skuad Saifilizan Azizi, 35 (kanan) menunjukkan ular tedung selar buluh dan anak ular sawa yang ditemui seorang penduduk Azmi Abdul Rahim, 45, ditepi sebuah longkang di rumahnya, Taman Kerani di sini semalam.
Azmi berkata beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.
Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.
Ketua skuad JPAM Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan. 
"Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama," katanya. 

Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis. - Bernama

Rabu, 16 Oktober 2013

Ahmad Shabery Cheek Jadi Bertambah Bodoh Kerana K-Pop

Hasrat Ahmad Shabery Cheek nak memperkuda RTM kerana isu K-Pop rupanya satu kesalahan...bodoh betul menteri UMNO ni....hahaha...

KUALA LUMPUR: Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh dilakukan di hadapan kamera kerana ia melanggar Perkara 85, Peraturan Mesyuarat Parlimen, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.
Beliau berkata Perkara 85 menetapkan mana-mana keterangan diambil di hadapan mana-mana jawatankuasa khas dan dokumen dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana anggota jawatankuasa itu atau oleh mana-mana orang sebelum jawatankuasa membentangkan laporannya di Dewan Rakyat.

Lelaki Umur 47 Tahun Nyaris Tertelan Puting Botol Susu

Gambar Hiasan
PASIR PUTEH - Seorang peniaga hampir tertelan puting botol susu bayi ketika bersarapan nasi kerabu yang dibeli di sebuah kedai di bandar ini, kelmarin.

Zamri Zainuddin, 47, berkata, dia merasakan sesuatu yang ganjil dalam mulutnya ketika menikmati nasi kerabu yang dibeli di kedai makan berkenaan.

“Saya beli bungkus dan memakannya di kedai lain, namun saya terkejut apabila mendapati benda yang saya kunyah adalah bahagian hujung puting botol susu bayi.

“Pengusaha kedai makan sepatutnya tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menyediakan makanan, ini bukti mereka mengabaikan kebersihan,’ katanya.
Zamri menunjukkan puting botol susu yang hampir ditelannya ketika menikmati sarapan nasi kerabu.
Zamri berkata, dia bukan pelanggan tetap kedai makan itu kerana lebih gemar membeli sarapan di kedai berbeza untuk menukar selera.

Gambar Kanak-kanak terkena tembakan Polis Di Perak

Wajah MOHD Amar cedera parah terkena tembakan
Ipoh: Seorang kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, masih mampu bercakap dan tersenyum, semalam, walaupun sebutir peluru tertanam di kerongkongnya.
Mohd Amar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), malam Isnin lalu, selepas terkena tembakan dilepaskan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini.
Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Klinik Parit sebelum menjalani ujian imbasan X-ray di Hospital Batu Gajah dan dipindahkan ke HRPB.

Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, keadaan anaknya itu dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
DR Cheang menunjukkan imbasan X-ray peluru yang menembusi kerongkong mangsa.
“Walaupun peluru tertanam di dalam kerongkongnya, dia masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa.
Berita sebelum ini

Sendiri Lulus dan Sendiri Bantah: UMNO kekal Bodoh..!!!

Inilah Golongan puak2 BANGANG bin TOLOL .
Sendiri lulus... Sendiri Bantah... 
Melayu UMNO Munafik laknatullah... 

Nasihatkan saudara mara adik beradik serta anak2 anda
JANGAN JADI BODOH SEPERTI UMNO.... hahaha....

Isu Kalimah Allah: Seluruh negara Islam di dunia murtad kecuali semenanjung Malaysia - MAZA

............
Jk izin Kristian panggil Allah murtad brerti seluruh negara Islam dunia ini trmasuk Sbh&Sarawak murtad kcuali Smnnjung. -- tweet Dr Mohd Asri (@realDrMAZA)


Selasa, 15 Oktober 2013

Hang Sampin UMNO Muncul di Masjid Negara

Kuala Lumpur: Kehadiran lima orang yang lengkap memakai tanjak dan keris berjaya membuat lawak bodoh UMNO Munfiqkun serta menarik perhatian orang ramai yang memenuhi Masjid Negara untuk menunaikan solat sunat Aidiladha, semalam.

Ada yang kata ibarat jelmaan lima sahabat iaitu Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu, Nur Afifi Mohd Taib, 36, Ahmad Fadhli Yusoff Wahbi, 30, Ahmad Faeez Shariph Khairul Anuar, 23, Mass Ahmad Kamal Shafiee bersama anaknya Mass Ali El Fareeq, 7, memakai baju Melayu tradisional saling tak tumpah seperti yang terdapat dalam filem Melayu klasik tapi amat melucukan salah seorang memakai sampin bercorak logo UMNO Munafiqkun dan paling lawaknya ada yang kepit bawa TAB…hahaha…


Agaknya mereka nak memperbodohkan orang ramai_bahawa sejak zaman dulu UMNO Munafiqkun dah ujud bersama TAB…hahaha….
Sampin logo UMNO,bawa Tab,bawa keris dan Berkaca mata.....Penipuan Macai UMNO yang kantoi....hahaha...
*** Rupanya baru Orangni tahu bahawa boleh bawa senjata seperti  keris dalam masjid negara untuk solat....hahaha....

Songlap Daging Korban Memang Berlaku



Salah satu sumber berkaitan daging lembu korban 
Masjid sana 20 ekor,surau sini 10 ekor ,sana 9 lembu ,sini lembu 6....

Tapi wajarkah jenis-jenis segelintir Melayu nak bangga dengan jumlah binatang yang dikorbankan_kalau perangai tunjuk konon sibuk datang tolong tapi masih berebut-rebut daging korban mengalahkan fakir miskin kebuluran seminggu tak makan,sedangkan datang dengan berkereta,rumah tersergam besar,tanah ber-ekar luas,seolah-olah hari raya Aidil Adha adalah pesta rebut daging dikalangan yang datang tolong,siap ada yang dah target nak itu ini dalam daging korban,sesetangahnya macam anggap binatang korban tu untuk diberikan kepada yang menyembelih dan yang melapah saja dan yang datang tengok tu boleh dok diam-diam_kalau dapat pun sikit saja_sungguh sedih bila ada golongan miskin yang sewajarnya menerima daging korban dipinggirkan dari menerima hak mereka......buat malu kat lembu saja...hahaha....
Gambar Hiasan
Paling memalukan ada yang dengan muka tak malu dikatakan songlap atau senang cakap curi bahagian daging korban...agaknya dah kemaruk sangat nak makan daging dizaman sekarang ini.

Berikut adalah sedikit info berkaitan pembahagian daging korban_rasanya masih belum terlambat:

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus: Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. 


Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?

Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.

Jadi, macamana nak upah mereka?

Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?

Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja.

Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

** Diharap ibadah korban bukan pesta kaut,cilok,kebas atau songlap daging korban....hahaha.....



Bekas Tentera Malaysia Di Temui Mengemis Kerana Kanser


SAYA ZAINUDIN PAREETH KUNJU
NO. (T) : 1069202
NO I/C : 670912-06-5273
NO AKAUN RHB: 11418300142568
SUMBANGAN EHSAN UNTUK SAYA VETERAN TENTERA KERANA SAKIT KANSER TULANG. TUAN TOLONG BANTULAH SAYA
Sumber dari facebook mendedahkan lelaki diatas (gambar) mendakwa sebagai bekas anggota tentera Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalankan pembedahan di sebuah hospital swasta di Singapura.

Hospital dalam negara kalau penyakit agak serius dan kritikal hanya untuk golongan VIP dari pemimpin UMNO BN mungkin ada,tapi kalau untuk rakyat_tanggung sendirilah...

Jika benar beliau memerlukan bantuan atas sebab kesempitan hidup untuk merawat penyakit yang dihidapi_pada pendapat Orangni apa salahnya orang ramai membantu,maklumlah kos kehidupan dinegara ini amat tinggi dek kerana sikap kerajaan UMNO BN yang rakus sentiasa menaikan harga barang...itu belum TPPA dilaksanakan lagi_andai kata dilaksanakan mungkin lebih ramai rakyat akan menjadi susah kerana kos perubatan akan meningkat. 

Bantulah mereka yang memerlukan...entah esok lusa mungkin giliran kita pula_tak kiralah engkau dulu kerja tentera,cikgu,ketua UMNO cawangan atau apapun.....

Sumber FB : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151633646141036&set=a.10150353136856036.345064.720341035&type=1&theater

Sarjan Polis Tertembak Kanak-kanak Berumur 10 tahun

IPOH – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai terkena tembakan.
 
Tembakan dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika sedang mengosongkan senjata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belanja Kiri, Parit, petang semalam.
 
Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi, dipercayai berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah anggota polis yang berpangkat Sarjan itu, dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow berkata, lebih kurang 45 minit selepas bunyi tembakan itu, orang awam yang berada di kawasan berhampiran menemui mangsa cedera di bahagian kepala dipercayai akibat terkena peluru sesat tersebut.
 
Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.
 
“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.
 
“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Katanya, sejurus menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pihaknya telah memeriksa rumah anggota polis terbabit dan merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru.
 
“Berdasarkan siasatan awal ke atas suspek, senjata tersebut dibekalkan secara mingguan kepadanya,” katanya.
 
Ah Kow berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada suspek dan ahli keluarga mangsa.
 
Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.
 
“Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.
 
Menurut Ah Kow, suspek sedang bercuti dari 12-18 Oktober dan pihak polis akan mengambil tindakan tatatertib ke atas suspek.

Isnin, 14 Oktober 2013

"KEPUTUSAN MENGELIRUKAN" - Zed Zaidi CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

 "KEPUTUSAN MENGELIRUKAN" - Tweet Zed Zaidi CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

Hahaha.....dah nama UMNO beb....

Apa saja keputusan yang dibuat UMNO sememangnya sentiasa mengelirukan,memutarkan,mengkelentongkan dan sebagainya yang sama maksud....hahaha...

Kalau ada muka-muka baru yang nak bersama UMNO dan teringin nak ambil sedikit jawatan dalam UMNO tanpa ada sokongan bawah meja yang kuat dari pemimpin UMNO...kirim salam lah nak dapat tempat....hahaha...

Mungkin artis bernama Zed Zaidi ini masih muda dan mentah dalam dunia politik bersama  UMNO..sebab tu dia posting dalam tweetnya begini:  > Walaupun keputusan mengelirukan sy tetap berbangga mendapat undian tinggi Terima kasih perwakilan mengundi sy Menang kalah adat bertanding <.
Walaupun keputusan mengelirukan tapi boleh terima juga keputusan tanpa ada penjelasan adalah juga salah satu syarat untuk jadi macai UMNO...sebab tak faham pun boleh sondol terima keputusan juga...syabas Zed Zaidi....hahaha....

Keluarga Os mengamuk sebab Datuk Hamidah

Mr. Os tiada kena mengena dalam perkara dibawah ini...hahaha...
Udah thumpo haoup jadi keluarga Os.._bukan-nye Os yang popular nyanyi lagu  "Durian Dah Berbunga" tapi keluarga anak beranak Osman,iaitu ayah kepada Datuk Hamidah Osman....hahaha....


Hamdan Osman dan Hamizura Osman adalah adik beradik kepada Datuk Hamidah Osman  dah jadi meroyan tak tentu arah kerana Dato Hamidah Osman mantan ADUN Sungai Rapat tewas tahap monopaus dalam pemilihan Wanita UMNO peringkat negeri baru-baru ini.

Abis dihentam sana sini_Si Hamizura Osman bertambah glamour apabila video beliau dok mengamuk marah berkaitan pemilihan tersebar di internet dan Hamdan Osman pula meroyan gila vavi dengan menuduh dalam pemilihan UMNO ada orang Pakatan Rakyat....

Aik...!!!! Punya hebat khabonye UMNO Munafiqkun bikin pemilihan tahun ni,siapa dikerah secara haram minta pihak polis pantau proses ditambah pula diupah pelajar-pelajar untuk jadi pegawai pemilihan secara paksa pun boleh ada orang Pakatan Rakyat mencelah masuk..??? Ini-lah akal lembu gila dalam pemikiran orang UMNO bila tak dapat terima kenyataaan_habis dituduh sana-sini....hahaha.....

Ahad, 13 Oktober 2013

Perwakilan UMNO dicucuk hidung dalam pemilihan terbongkar

Kalau tak dicucuk hidung macam dalam kandang...bukan Macai UMNO la...hahaha...
KEMAMAN: Para perwakilan Umno Bahagian Kemaman akan ‘dicucuk hidung’ supaya mengundi 20 orang calon ahli majlis tertinggi Umno yang direstui oleh Umno Bahagian.
Menurut Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad atau Si Pendek , senarai itu akan dikeluarkan pada pagi 19 Oktober untuk memudahkan 900 orang perwakilan mengundi calon-calon ahli majlis tertinggi.
“Senarai itu akan diedar sewaktu para perwakilan mendaftar nanti,” katanya ketika berucap di rumah bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera  (gambar) malam tadi di majlisperjumpaan dengan perwakilan Umno dari DUN Chukai.
.............

Lagu motibasi buat Lokman Noor Adam

Sebelum itu....

Abah Anas Ar Rembawi -- Kek Lokman Noor Adam den ucapkan takziah laa sobab kau kalah. Jangan copek gibap pulak, cubo laiee lain kali. 

Anggap lah bondo tu macam towey klab malam Awie cakap "Trajedi OKtober"_ni ha lirik lagu Trajedi Oktober sebagai motibasi buek kau, cumo den ado ubah sikit laa....

(Aku print screen-kan....hahaha...)
Adakah Lokman Noor Adam dah sedar bahawa beliau telah dimakan sumpah katak...hahaha....

Tuuuu...dia..!!!! Mukhriz berlakon kalahkan Tun Mahathir

Tu..dia..!!! banner Salam Aidil Adha dari anak Tun berkopiah putih...UMNO lain ada buat..??? Hahaha...
Rasanya bapaknya Tun Mahathir pun takda berlakon macam Si MB Kedah Mukhriz ni...hahaha...
Sejarah lakonan menangis terbaik dari Tun
Agaknya Mukhriz memang telah terlebih mewarisi kepakaran berlakon dalam mengkelentong rakyat khususnya orang Kedah...hahaha....
Ini sedang berlakon menari usung-usung...hahaha...
Anak beranak pakar berlakon....hahaha...