Sabtu, 26 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : Kempen Luar Kotak UMNO Kantoi

Sebenarnya kempen Luar Kotak (LK) atau yang maksud-nya kempen yang tidak dijangka oleh akal oleh UMNO BN dalam kempen di PRK Sungai Limau sebenarnya sangat senang dinilai atau difikirkan oleh manusia normal. Kat sini Orangni nak kongsikan beberapa diantara kempen LK yang dah kantoi...sebenarnya semua-nya itu perkara biasa-biasa saja,apapun saja Orangni nak kongsikan juga...hahaha...
Kempen luar kepala otak UMNO yang kantoi...hahaha..
Bagi mereka yang berakal dunggu seperti penyokong kuat UMNO saja mungkin berkata inilah kempen yang yang hebat serta mungkin pihak lawan tak terfikir...hakikatnya sejak mula penamaan calon pada 23 Okt lalu kempen luar kotak dari kepala otak Mukhriz sudah dapat dilihat atau sudah kantoi.

Kempen luar kotak dari ideal Mukhriz ini hanyalah recycling dari apa yang selalu dibuat oleh lanun-lanun UMNO sebelum ini:

Kempen LK cara Rasuah -  Dilakukan dengan penuh teliti supaya pihak UMNO tidak boleh didakwa,walaupun dari segi pemberian,sogokan dan harapan semuanya terang-terang rasuah

Kempen LK cara Berlakon - Perkara ini amat jelas dapat dilihat, Tak pernah-pernah pakai kopiah putih tiba-tiba Mukhriz,Calon dan yang lain memakai kopiah putih. Banner-banner pelik berwajahkan manusia munafiq memakai kopiah putih sedang berdoa juga banyak dinaikan.

Kempen LK Ajak Berdamai - Kempen cara ajak bersatu atau berdamai ini di ketuai oleh Bapa Biadap Si Muhiyddin Yassin sendiri. Seperti hilang akal_kempen Luar Kotak ini memperlihatkan UMNO terpaksa mengulang-ulang konon-nya ingin bersatu dengan PAS dengan berbagai alasan yang penuh muslihat kotor. 

Kempen LK cara Biadap - Ini juga dilakukan oleh Muhyiddin...tanpa rasa bersalah Bapa Biadap ini mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Kempen LK cara hiburan - Ini dilakukan untuk golongan muda. Seramai 20 artis telah dikutip oleh Mukhriz untuk tujuan kempen diSungai Limau. 

Kempen LK cara lawak bodoh - Ini salah satu kempen hebat_UMNO tuduh pihak pembangkang punca kenaikan harga barang dalam negara....

Kempen LK cara Rasuah 
Kempen LK cara Berlakon
Kempen LK Ajak Berdamai 
Kempen LK cara Biadap

Kempen LK cara hiburan
Kempen LK cara lawak bodoh

..........................

PRK Sungai Limau : UMNO Guna Kempen Cara Biadap

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.-hd 

Najib Hargai Pemimpin DAP Dalam Persidangan Parti GERAKAN Ke-42 - TV3

Abis la parti GERAKAN....hahahaha....

Dalam Persidangan Perwakilan Nasional Parti GERAKAN Ke-42 Najib boleh puji kepimpinan DAP yang terdahulu didepan perwakilan GERAKAN dan para pemimpin tertinggi GERAKAN...

Bukan aku yang cakap...tapi media massa TV3 yang cakap dalam berita ringkas jam 4ptg tadi...
PM HARGAI PEMIMPIN DAP TERDAHULU - TV3
Selama ini macai-macai UMNO dok kutuk DAP....Nah..!!! sekarang Presiden UMNO sendiri hargai pemimpin DAP....apa macam..?? Hahaha....

** Andaikata ini kesilapan TV3...maka akan ada pula kakitangan akan dibuang kerja lagi....hahaha....

Jumaat, 25 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : Calon BN Di Kutuk Penyokong Sendiri Sebab Bodoh


Kerana Dr Suhaimi calon UMNO BN DUN Sungai Limau buat aksi diatas (gambar) ketika kamera diajukan kepada beliau.. 
Laman pro BN kata ini mesti minta duit 2 juta
Ada yang kata nak bini dua
Ada yang kata bodoh 2x5
Tak kurang kata minyak naik 2 kupang

Ada juga penyokong UMNO dah komen mengatakan 'menyamar' jadi lebai bagi meraih undi sebab asyik pakai lebai putih dan tak pakai songkok hitam tinggi seperti puak UMNO yang lain.
Camana hangpa pilih calon nie..??? Hahaha....

TERKINI: Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Di Masuk-kan Ke Hospital Kerana Penyakit Misteri

Menurut sumber dari  Ust Mohd Akmal Kamaruddin mengesahkan bahawa Datuk Fauzi Shaari kini dirawat d hospital Selayang, tingkat 9B. Menurutnya Dato Fauzi sudah 5 hari dirawat di hospital tesebut. Mengenai sebab Dato Fauzi di masukan ke Hospital masih tidak diketahui. "Penyakit Dato Fauzi masih misteri dan doktor sedang merawat beliau" - Ujar Ust Akmal.
Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.

Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.
*YDP Larut memohon kpd rakan² utk hadir ke Msjid Lama Jelai,Bt Kurau pd Sabtu 26.10.2013 utk sama2 brmunajat mohn ksmbuhan khusus utk Dato Fauzi Saari, umumnya utk smua pimpinan kita yg lain. Acara: Solt Mgrib, Yaasin, Isyak, Hajat, brsurai. Syukran.* -FB Ust Akmal

** Marilah kita semua mendoakan semoga Dato Fauzi kembali sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya...amin..

PRK Sungai Limau : Peluang PAS Menang Semakin Sukar Kerana Bajet 2014

25 Okt : Selepas Najib Razak membentangkan bajet untuk 2014 nampaknya peluang calon PAS untuk mempertahankan DUN Sungai Limau semakin sukar..??? Hahahaha...

Itulah ayat-ayat popular dikalangan macai UMNO kini yang konon-nya belanjawan yang dibentang oleh Najib hari ini akan menyebabkan pengundi DUN Sungai Limau berubah untuk mengundi calon BN.

Alasan utama mereka ialah kerana konon-nya Bajet yang dibentang Najib telah memberi beberapa hajat yang di-idamkan oleh rakyat seperti kenaikan pemberian BR1M dan sebagainya. 

Tapi bila disentuh mengenai kenaikan harga gula sebanyak 34sen mulai esok (26/10)  pula macai UMNO tentu akan menyalahkan Pakatan Rakyat sebab sebelum ini pun dalam kempen mereka di Sungai Limau mereka menyalahkan PR..apa punya bahlol puak UMNO nie ye...hahaha...
Sejarah kempen Lawak UMNO di Sungai Limau
Macai UMNO...mai sini sat aku nak bagi terang sikit kepala otak hangpa yang dunggu nak mampus tu_ Hangpa tau tak yang hangpa dok kena tipu 24jam dengan menteri-menteri hangpa..???

Malas aku nak ulas panjang lebar...hangpa (Macai UMNO) sila tengok kenyataan menteri hangpa yang buat janji dicapati tak sampai sebulan kat bawah ni... 
12/09/2013: Kerajaan janji 
25/09/2013: Janji Dicapati Kerajaan UMNO BN

Senang cakap...Dengan senyuman diusap manja kepala rakyat sekali kemudian dengan senyuman juga diketuk-ketuk berkali-kali kepala rakyat - Begitulah pembentangan bajet oleh Najib....hahaha....

Diharap semua sedar penipuan UMNO BN ini terutamanya pengundi DUN Sungai Limau...memilih calon UMNO BN bermakna anda redha di tipu oleh pemimpin UMNO..

Gula Naik Harga 34sen Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok atau dalam bahasa mudahnya gula naik harga sebanya 34sen dari harga sekarang.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu konon-nya bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
Najib berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
Dengan senyuman...diusap manja kepala rakyat sekali kemudian dengan senyuman juga diketuk-ketuk berkali-kali - Begitulah pembentangan bajet 2014 oleh Najib.....hahaha...

Khamis, 24 Oktober 2013

Negara Brunei Bakal Huru-Hara Kerana Laksana Undang-Undang Jenayah Syar’iah..??

Sejarah Pemimpin UMNO yang menghina hukum Allah

..................
Mufti jawab golongan pertikai


BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.

“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.

“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya.

“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan.


Yang membuat kita Kuat adalah Doa.
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah.
Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras.
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa.
Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian.
Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.


*** Orangni dok fikir....agaknya ada tak tok-tok mufti yang hebat di negara ini berani bersuara berkaitan kerajaan Brunei nak laksana hukum Allah ini_terutamanya tok mufti yang Harus Sana Sini.. 

Gambar - Jenazah Norazita Kakitangan AmBank Mangsa Tembakan Pengawal Keselamatan Selamat Di Kebumikan - DS Nizar

  • Dari laman FB Datuk Seri Nizar mengesahkan bahawa jenazah Allahyarhamah Puan Norazita_yang terkorban ditembak pengawal keselamatan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan kg Air Itam Labu, Kampar Perak pada malam.


    DS Nizar dan isteri hadir pengkebumian Allahyarhamah Puan Norazita
     

    Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.

    Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.

    Sila ambil perhatian dan prihatin
    (Khas buat pemilik laman FB,Twitter,Blog atau sebagainya)
    "Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah,"
    Irwan Kamarudin 
    Orangni merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,semoga  Allahyarhamah Puan Norazita ditempatkan dikalangan solehah. Al- Fathiha

PRK Sungai Limau (Video): Bapa Kepada Datuk Seri Jamil Khir Berdoa Untuk Calon PAS Menang

Jerai: Tuan Haji Baharom yang dikenali sebagai Pak Man Bahrom ayah kepada Datuk Seri Jamil Khir,tapi dia (Pak Man Bahrom) merupakan seorang veteran PAS yang masid aktif dan masih bayar yuran tahunan sebagai ahli_maknanya dia tak putus (bayar yuran).

Malah ayah kepada Ust Azam (Calon PAS) sangat rapat denganya_walaupun jarak umur dia lebih tua daripada ayah Ust Azam.

Kunjungan dibuat sebagai menghargai jasa beliau yang banyak kepada PAS kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar .

Tuan Haji Baharom dikatakan kerap menderma kepada PAS_kerana beliau seorang yang pemurah_banyak buat bendang(sawah padi) serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan PAS,komplek PAS Muaasasah_banyak beliau memberikan sumbangan_walaupun anaknya Datuk Jamil Khir menyertai UMNO dan menjadi seorang menteri tapi jiwa Tuan Haji Baharom tetap dengan PAS.

Tuan Haji Baharom juga berdoa mengharapkan kemenanga terhadap calon PAS Ust Mohd Azam dalam PRK N20 Sungai Limau..itu harapan beliau

PRK Sungai Limau : Tercatat Kempen Paling Lawak Dalam Sejarah Pilihanraya Negara

Bukti Kempen Paling Lawak Dari UMNO...hahaha..
UMNO dah kering idea camana gaya nak tarik pengundi dalam PRK Sungai Limau Oooiiii...
depa terpaksa guna point yang kambing pun boleh fikir sapa betul sapa salah_semata2 nak isi poket jerung2 atasan..hahaha..
UMNO hangpa jangan mimpi nak rampas Dun Sg Limau...hahaha...

Rabu, 23 Oktober 2013

PAS kibar bendera Syiah Dalam Proses Penamaan Calon PRK Sungai Limau..??

Maka riuh rendah-lah macam monyet atas pokok puak UMNO Jahiliyah semalam setelah melihat kibaran bendera berwarna hitam dan putih yang tertera Kalimah Lailah Haillallah dipasang diatas bendera PAS.

Orangni dilokasi semalam pun ada nampak bendera tersebut.Untuk pengetahuan macai UMNO_kalau tak faham atau tak tahu_janganlah main tuduh-tuduh saja_nampak sesangat kebodohannya...hahaha..


Bendera hitam putih tersebut dikenali dengan nama Ar-Rayah. Bendera ini juga dikenali sebagai Panji Ar Rayah  berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.

Tiada pun berunsur fahaman syiah seperti yang digembar gemburkan oleh media altenitif pro UMNO BN semalam.
Bendera hitam yang didakwa bendera Syiah.
YAN - Bendera hitam putih tertera kalimah Lailah Haillallah yang dibawa penyokong Pas pada hari penamaan calon semalam bukan bendera Syiah.

Pengarah PRK Pas bagi Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak berasakan itu adalah sebahagian daripada fahaman Syiah tetapi atas semangat memperjuangkan Islam dalam kalangan penyokong PR, khususnya Pas.

“Pada saya, itu adalah kalimah yang semua orang Islam tahu dan itu bukan menandakan bahawa ada penyokong Syiah dalam Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti, Amiruddin berkata, beliau yakin Pas boleh kekalkan kemenangan.

“Kita tidak boleh terlebih yakin, tapi kita rasa boleh kekalkan kerusi Dun Sungai Limau. Sebab itu tema yang kita gunakan adalah 'Kekal'.

“Kekal bukan sahaja untuk kerusi di Dun Sungai Limau pada Pas tapi kekalkan keharmonian yang berjaya diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak semasa hayatnya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi terutama pengundi Pas tidak akan melihat faktor calon tetapi kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Saya berasakan calon yang kita tampilkan saling tidak tumpah seperti Allahyarham Azizan dari segi latar belakang pendidikan, perwatakannya dan mudah bersama masyarakat selain memang lahir dan dibesarkan di sini,” katanya.
......................
Bukti UMNO BN itu bodoh semalam...
Benarlah bagai dikata.. adalah mudah untuk memperbodohkan penyokong yang sememangnya bodoh.. contohnya adalah gambar di atas.

Antara sepanduk yang dibawa oleh penyokong UMNO/BN semasa penamaan calon bagi PRK Sungai Limau tadi, beberapa sepanduk terpapar dengan ayat 'BN Menang, Rakyat senang'..

Bodohnya mereka ialah mereka masih tidak sedar semenjak dari selepas PRU13 lalu, setelah BN berjaya mengekalkan kuasanya lebih banyak agenda yang menyusahkan rakyat telah dilaksanakan gara-gara kegagalan Najib mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Bermula dengan kenaikkan beberapa barangan asas hinggalah kepada kenaikkan harga petrol kini ekonomi rakyat akan terbeban lagi dengan GST pula..

Menteri Ayam sudah tidak berani memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik..
Menteri perdagangan dalam negeri Datuk Hasan Malek berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa harga barangan keperluan pengguna tidak akan naik mendadak selepas pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  
“Tiada apa-apa jaminan di dunia ini... Buat masa ini, kita hanya boleh berdoa untuk kesan yang baik,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.  
Katanya spekulasi mengenai pelaksanaan GST itu tidak sepatutnya timbul sebelum Bajet 2014 dibentangkan ~ Malaysiakini

Implikasi GST kepada rakyat...

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua , berkata cadangan pelaksanaan GST perlu ditolak kerana cukai dikurangkan kepada mereka yang layak sebaliknya mengenakan cukai kepada mereka yang memperoleh pendapatan tidak mencukupi untuk membayar cukai. 
“Jika GST dilaksanakan, golongan berpendapatan rendah akan terbeban dua kali ganda dalam pembayaran cukai kerana mereka yang terpaksa menanggung pengurangan cukai pendapatan oleh golongan berpendapatan tinggi. 
“Sebagai contoh, individu yang berpendapatan RM1,000 akan membelanjakan penuh gaji mereka tanpa wang simpanan dan perbelanjaan mereka dikenakan GST sebanyak 5%. 
Tetapi individu berpendapatan RM20,000 sebulan, mereka mungkin membelanjakan RM12,000 sebulan dan selebihnya diperuntukkan untuk simpanan dan pelaburan. 
“Golongan yang berpendapatan tinggi itu dikenakan 5% GST iaitu hanya RM600 daripada RM12,000 yang dibelanjakan tadi. Ini bermakna mereka hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Dengan kaedah ini, kerajaan menidakkan tanggungjawabnya dalam memberikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mempersoalkan hanya 15% mereka yang bekerja di Malaysia dikenakan cukai kerana menurutnya mengapa 85% lagi tidak membayar cukai sedangkan negara menikmati pembangunan ekonomi yang pesat. 
Pua berkata, mengapa kegagalan urus tadbir kerajaan dalam menguruskan cukai dibebankan kepada rakyat yang memperoleh pendapatan kurang RM2,500 sebulan. 
“Hutang kerajaan kini meningkat kepada RM546 bilion selain liabiliti luar jangka yang mencecah RM150 bilion. Dengan angka tersebut, kerajaan dilihat gagal dalam memastikan dana kerajaan diguna dan dilaburkan dengan sebaiknya,” katanya. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, kerajaan tidak harus mengurangkan subsidi secara drastik dalam pembentangan Bajet 2014 kerana menurutnya mekanisme itu tidak akan berkesan jika kerajaan terus boros dalam berbelanja. 
Beliau berkata, kerajaan seharusnya menambah pendapatan daripada segi cukai dan pelaburan berbanding terus berbelanja secara berlebihan. 
Katanya, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kemuflisan Grece di mana sebelumnya negara itu berbelanja seperti prinsip negara kaya dengan memberikan gaji yang tinggi tetapi mereka tidak mampu yang seterusnya memaksa Greece untuk memohon pinjaman. 
Ketika ditanya adakah sekarang masa yang sesuai bagi Malaysia untuk melaksanakan GST, Dr Mahathir berkata, ia tidak bergantung kepada masa asalkan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat. 
Beliau berkata, cukai kepada rakyat juga tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana ia akan menekan rakyat. 
Katanya, cukai yang dinaikkan sedikit demi sedikit tidak akan terlalu membebankan rakyat malah mereka akan terbiasa dengannya ~ The Malaysian Insider

Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK N20 Sungai Limau

Orangni kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa sekitar penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau yang telah berlangsung pada hari ini 23 Okt dan pengundian pada 4 November.
Calon PAS Ust Mohd Azam Abd Samat 
Calon PAS tiba di Masjid Badlishah Pekan Yan
Penyokong PAS diperkarangan Masjid Badlishah,kelihatan Leman RL atas pickup
Muslimat PAS turut bersama
Ust Akmal,Ust Shahir dan Ust Hassan dari PAS Perak
Penyokong PAS berarak iringi calon ke dewan penamaan calon
Mantan YB ADUN Semanggol Ust Ramli (Berbaju Vest)
Semangat : Anak muda bersama PAS
KEKAL :  Slogan PAS dalam PRK Sg Limau
Tersendiri : Semangat tengok makcik dan cik kak ni bawa bendera PAS
Aksi jurugambar penyokong PAS
Ribuan penyokong PAS datang memberi sokongan
Polis dan Unit Amal PAS berkerjasama mengawal keadaan
Ucapan ulung calon PAS selepas penamaan calon
.................
Berikut adalah gambar gerombolan kunta-kinte duniawi penyokong UMNO BN yang sempat dirakam
Sepanduk pertama tiba Pilih UMNO untuk Kroni
Kelihatan MB Terengganu Ahmad Said Runtuh...hahaha..

Sakit Telinga Aku: Asyik nyanyi-nyanyai-nyanyai saja depa..macam kumpulan sarkes
Tuuuu...dia... malaoun-malaoun dah tiba...hahaha..
MB Kedah
Hanya Polis berkawal untuk UMNO BN..mereka tiada petugas khas macam PAS
Jamil Khir kat bawa ketiak je masa ambil gambar ni....hahaha...
Mmmm...Mahazir Khalid,kat depan tu Leow Tiong Lai-Lai
Muka 20sen dari Khairy Jamaluddin...Hahaha..