Sabtu, 9 November 2013

TERKINI: PENGAWAL PEMBUNUH KEJAM PEGAWAI BANK SUDAH DIBERKAS

PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. 

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. 

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. 

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. -astroawani 

Info Penting : Jangan Tertipu Ketika Isi Minyak Petrol RON95

Ini sedikit info yang agak berguna buat semua...sebab dah berlaku stesen minyak kantoi menipu di negara kita... Hai... kalau kerajaan UMNO BN pun dok menipu rakyat_tokey-tokey pump minyak pun ambil bahagian nak menipu rakyat_so Orangni kongsikan panduan sukatan minyak petrol RON95 yang dibeli mengikut RM dan isipadu minyak yang perlu kita dapat.

Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang korang bayar: 


RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter


Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.
Jika korang dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!! Jangan dok diam je...hahaha...


Sebarkan!


Sumber pump minyak kantoi: http://www.sinarharian.com.my/stesen-minyak-kantoi-menipu-1.216515

Jumaat, 8 November 2013

Edisi Demam Panas: 15 Cabang PKR Sabah Akan Bubar Dan Sertai Parti Baru Dalam Waktu Terdekat..???

Demam pemilihan UMNO dah habis,kini mula rasa dedaq (cam mau demam)sebab pemilihan dalam PAS akan berlangsung,tapi harap-harap akan kebah sebelum demam...hahaha... 

Tapi yang dah mula rasa panas dan bakal kena demam panas tahap kritikal ialah PKR_Kenapa pulak PKR..???

Haaa...ini cerita panasnya....Sorang demi sorang ahli PKR yang berjawatan seperti ADUN mula buat acara lompat katak sejak beberapa hari ini semuanya dari negeri Sabah bah...itu yang berjawatan...yang ahli biasa..??...pikir-pikirlah bah...hahaha....

Terbaru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dari Parti Keadilan Rakyat hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah berkuat kuasa serta merta.

yang bestnya beliau menjelaskan bahawa dakwaan dia akan keluar daripada PKR langsung tidak timbul kerana pada hakikatnya tidak menjadi ahli parti berkenaan.

Pelik kan..??? Boleh jadi ADUN atas tiket PKR tapi bukan ahli PKR...apa ni..bah...??? 

Orangni dok fikir-fikir dan dapat jawapanya_mungkin memang benar beliau bukan ahli PKR tapi ahli UMNO...itu-lah jawapanya...bah...

SEBAB..!! Ada desas-desus yang mengatakan akan ada ramai lagi mereka yang didalam PKR di Sabah bakal masuk acara lompat katak ini.

KERANA..!! Beberapa parti baru yang dah diluluskan ROS khabarnya telah bersedia menerima mereka. Ini semua mungkin projek sulit UMNO Sabah yang mungkin ramai tak ambil tahu atau terlepas pandang ataupun mungkin tak tahu.
Keratan akhbar mengenai parti baru yang diluluskan ROS
Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party (PPWS) salah satu parti yang dikatakan bakal menjadi tempat katak-katak ini berpindah randah dari PKR.

Paling panas tahap tinggi ialah ada yang mengatakan 15 cabang PKR akan dibubar di Sabah dan bakal menyertai parti tersebut kemudian parti yang mesra BN ini bakal dirasmikan.

BENARKAH Cerita ini...???? Sama-sama kita nantikan irama politik tanahair yang sentiasa panas hanya sekejap suam dan panas kembali serta kadang-kadangnya amat terik sekali panasnya.....hahaha...

Kepada PR khususnya PKR hanya satu soalan yang teringin Orangni mau tanya... APA MAU BIKIN..BAH...???

Leman Terima Tapi Akmal dan Idris Tolak Pencalonan Jawatan PAS Pusat 2013-2015

Ustaz Mohd Akmal tak bertanding jawatan Exco DPPM
Mohon maaf kepada pemuda kawasan yang mencalonkan ambe untuk bertanding jawatan exco DPPM sessi ini.
Dengan rendah diri ambe menolak pencalonan tersebut.

Terima kasih juga atas kepercayaan yang diberikan.
- Ust Mohd Akmal Kamaruddin (Timbalan Pemuda PAS Perak) 

Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak) akan bertanding jawatan Exco DPPM
Bismillahirohmanirohim..

Dengan nama Allah yg maha berkuasa lg maha penyayang
Hamba memutuskan menerima pencalonan untuk jawatan Exco pemuda pas pusat, borang dan jawapan dah hamba serahkan memandangkan harini adalah tarikh yg terakhir.
Oleh kerana jumlah pencalonan banyak dari kawasan2 yg menaruh harapan kpd hamba untuk bertanding jawatan ini, hamba terima dengan dengan nama Allah.bkn jawatan yg hamba pinta tetapi ianya datang tanpa diduga, bg memenuhi suara anak muda dan rakyat marhaen , hamba bertanding dalam bentuk demokrasi.ini adalah kali pertama hamba bertanding dalam parti dan akan mengukir pengalaman dalam memasuki dunia politik.
Kalah menang adalah adat dalam pertandingan.hamba tak mahu mencipta musuh dan hamba juga tak bermusuh dengan sesiapa.hamba tetap hamba Allah yg sentiasa menjalankan amanahnya.

Terima kasih kpd kawasan yg menaruh harapan tinggi kpd hamba..

sekian wasalam dalam salam perjuangan

Sulaiman ibrahim
( leman RL)
●Ajk dppks
●Anak angkat Parlimen Sik
●Presiden Ngo PANGLIMA malaysia

Khamis, 7 November 2013

Kes Berat..!!?? :Kalah Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kini Bermanja Dengan 'Nomi'

UMNO Bukit Gantang sebelum ini agak gah dengan Dato Rosli Husin_kehulu-kehilir Rosli Husin dengan kereta pacuan 4 roda-nya disekitar Bukit Gantang,beliau sebelum ini jadi Ketua UMNO Bahagian dan juga ADUN Terong.

Namun bagaikan jatuh bangunan dari 14 tingkat dan ditimpa bangunan nasibnya._sudah dipaksa tukar bertanding dalam PRU-13 dari kerusi selamat-nya (DUN Terong) ke DUN Changkat Jering dan tewas ditangan Dato Seri Nizar kemudian yang tebaru Rosli Husin tewas pula bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang ditangan Datuk Syed Abu Hussin yang tiba-tiba muncul di Bukit Gantang.
Kenangan Rosli kalah ditangan Syed Hussin
Khabarnya ramai puteri UMNO Bukit Gantang merah biji mata meraung dengan kekalahan Rosli Husin_ini disebabkan desas-desus ada mengatakan puteri UMNO disini amat sayangkan Rosli Husin.

Kini Rosli Husin seperti dah dipinggirkan dari UMNO Bukit Gantang_biasalah dalam UMNO....kalau tiada jawatan maka hilanglah kawan-kawan yang dahulunya dok keliling pinggang....hahaha...

Kesian juga tengok posting-posting Rosli Husin dalam FB-nya sejak kalah tertiarap ditangan Syed Abu Hussin. 

Rosli husin hanya melayan sekor kucing je ceritanya dalam FB..sampai 4-5-6  posting semua pasal kucing yang bernama "Nomi".

Agaknya kini tinggal 'Nomi' saja yang jadi teman rapat dan sudi bermanja dengan Rosli Husin...hahaha...
6.30pagi...Mantan KB UMNO Bukit Gantang dah posting cerita kucingnya menguap...hahaha..
Kucing cuci muka pun di uploadkan...hahaha..


Hai dato takkan tinggal nomi saja yg setia, Dato tetap kawan saya.- Mohd Khiruddin Abdul Halim
Nampaknya macam tu lah. Adat hidup manusia -.Rosli Husin

Berat sungguh keadaan seorang yang berjawatan dalam UMNO bila tewas dalam merebut jawatan...boleh jadi sasau dan sawan rupanya...hahaha...

UMNO Kebetulan Bodoh Cuba Nak Bodohkan Rakyat

Kebetulan aku nak cakap nie.....bahawa menteri-menteri UMNO semuanya cuba nak bodohkan rakyat tapi kebetulan pula mereka sebenarnya secara kebetulan amat bodoh,jadi tak hairanlah kebetulan rakyat dah tahu bahawa kebetulan menteri UMNO semuanya bodoh....hahaha...

Haa....ni kebetulan pula kenyataan sorang menteri UMNO kebetulan pula nama-nya Jamil Khir  dan kebetulan pula dia pegang jawatan menteri dijabatan kebetulan perdana menteri...

Punya la kebetulan nak tujuk kebetulan otak penipu konon-nya jualan murah yang berlaku didalam kempen PRK Sg Limau baru-baru hanya kebetulan, kebetulan pula semua rakyat dah tahu ini adalah tektik politik UMNO yang tidak kebetulan memperbodohkan rakyat. 

Jamil Khir  yang kebetulan  juga Ketua Umno Bahagian Jerai berkata, jualan murah tersebut dijadikan modal pembangkang untuk memburukkan BN apabila ia kebetulan diadakan pada musim kempen PRK Sungai Limau.

"Jualan murah ini ada di mana-mana, pasar raya selalu buat jualan murah jadi apa yang dihairankan. Kebetulan ia diadakan semasa PRK namun hakikatnya ia bukan kerana PRK," katanya kepada media selepas merasmikan Konvesyen Pendakwah Negara 2013 di Kuala Lumpur.


Syukur rakyat atau pengundi Sg. Limau kebetulan cerdik,tak bahlol secara kebetulan seperti otak Jamil Khir dan semua menteri UMNO Munafiq....hahahaha....

UMNO munafiq Kebetulan dah bodoh cuba nak bodohkan rakyat....
Kebetulan dah penipu dan kebetulan jadi menteri dan juga kebetulan munafiq

Saksikan video lakonan kebetulan...hahahaha..
............................

Beranikah kebetulan ini di sahut oleh UMNO munafiqun..??

Rabu, 6 November 2013

Leman Raja Lawak Batuk Muntah Darah


alhamdulilah..hamba dah beransur pulih, semalam bonda hamba beri air penawar sementara waktu..batuk dan muntah darah dah berkurang- FB Leman Raja Lawak
Semalam memang Orangni ada terima berita dalam whatsapp  mengatakan Leman RL batuk dan muntah darah.

Risau juga berita ini, jadi Orangni ada cuba beberapa kali hubungi Leman RL melalui telipon tapi tidak berjawap. Semoga Leman RL kembali sembuh dari sebarang musibah dan penyakit serta bersabar dengan ujian Allah.

Dalam masyarakat melayu ni kalau cerita pasal batuk dan muntah darah selalu akan dikaitkan terkena ilmu hitam atau santau dari mereka yang busuk hati,dengki atau khianat.

Apapun sebagai orang Islam kita tak mahu menuduh melulu dan tak mahu mendatangkan fitnah. Dan sekali lagi diharap semoga Leman RL sentiasa tabah...

Bukti UMNO BN Jatuhkan Maruah Melayu Dalam PRK Sungai Limau

Maruah kaum cina terlalu tinggi. 
RM2.25 juta dengan senang hati mereke tolak. 
Mereka tidak pandang walau sebelah mata pun sogok-kan UMNO BN sebanyak itu. 
Sedangkan nilai maruah melayu hanya sekadar sekampit beras, sekilo gula dan setin susu ,sebiji helmet dan sepokok anak mempelam sahaja.

Gambar Tercemar Kerana Najib Suami Dayus..!!!??

Tarikh:05/11/2013
Tajuk:MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1435/2013M
Semua hadirin muslimin dan muslimat berpakaian sopan dan menutup aurat
 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berpakaian sedondon warna hijau berkenan ber-angkat hadir ke majlis ini. ***  Terselit sedikit wajah yang mencemarkan majlis.
Rosmah memalukan dan mengaibkan...tak bolehkah menutup rambut walaupun untuk sektika..???

Selasa, 5 November 2013

Karpal Singh Sokong Perjuangan UMNO

KENYATAAN KARPAL MENGELIRUKAN


Kita mesti menerima hakikat pemikiran karpal singh yang bercorak sekularisma yg bercirikan pemisahan agama daripda politik. Kemungkinan itulah pengajaran agama karpal singh. Kita juga perlu menyedari hakikat bhw karpal memang tidak tahu menahu tentang Islam. Jika dia menentang Islam dan syariat Islam, TIADA yg pelik pada diri karpal. Kita hormat kebebasan beragama, berfikir dan bersuara sebagaimana kita menghormati karpal sebagai insan tua yang lanjut usianya.

Jika Karpal berfikir demikian, ia lebih kurang sama dgn pemikiran pemimpin2 umno yg sentiasa memisahkan agama dr politik, prmerintahan dan kenegaraan. Karpal Singh tidak memahami hakikat Islam dan pengajarannya kerana terpengaruh dengan propsganda dan dakyah serta sikap2 pemimpin2 dan ulama2 umno ttg Islam. Pemimpin2 umno dan ngo2 nasionalis yg radikal menakut2 karpal ttg parti yg berjuang berteraskan Islam, di masa yg sama umno menggambar sikap dan perangai parti yg bercorak perkauman yg sentiasa agresif dan biadab serta mengenepikan keadilan dlm hubungan etlik.

Rupa umno yg bertopeng Islam tapi berperangai nasionalis dan bersikap si zalim telah mencorakkan senario politik yg boleh mengundang huru hara.. telah mencetuskab oerasaan fobia terhadap karpal. Umno pernah cuba mengambil peluang utk mengharamkan penggunaan Islam dlm pertubuhan sehingga mufti2 malaysia terpaksa bersidang utk mengakui kehendak umno tapi ditolak oleh mrat raja2 melayu..

Sewajarnya pemimpin PR termasuk karpal singh mesti memahami hakikat Islam dr sumber yg baik dgn dailog dan perbincangan... jika Karpal Singh tidak bersedia memahami perjuangan parti2 yg menjadi rakan dlm PR, MAKA karpal sebenar sudah ketinggalan jauh daripada senario politik generasi y dan x...

Sewajarnya pimpinan DAP Mengingatkan Karpal Singh ttg senario politik masa kini tidak sesuai dgn pemikirannya yg radikal dan percakapannya yg tiada nilai harmonis..Memang PAS berlepas diri drpada pemikiran dan pandangan Karpal Singh..tk

Ustaz Mohd Nor Hamzah
ADUN Bkt Payong


https://www.facebook.com/pages/Mohd-Akmal-Kamarudin/154446448068883 ref=stream&hc_location=stream

Edisi UMNO Munafiq: Gambar Zambry Kadir Berlakon Di Sungai Limau Tersebar

Korang tengok sendiri gambar lakonan edisi munafiq UMNO Perak yang didedahkan sendiri oleh orang kuat UMNO Perak dalam FBnya.
** Manusia yang pakai topi dacing karat adalah Kamaruddin Abu Bakar Tim. KB UMNO Bukit Gantang.
Zambry Kadir...Zambry Kadir...macam ni ka cara Islam yang kamu belajar...sanggup jadi munafiq semasa berkempen dalam PRK DUN Sg Limau baru-baru ini....

Wajah Paling Sedih Dalam PRK Sungai Limau Tersebar

Lihatlah betapa murung, muram dan moyotnya air muka Mukriz Mahathir apabila dia mendapat berita calon UMNO/BN kecundang di tangan calon PAS YB Ustaz Azam Samad dengan majoriti melebehi 1,000.

Slogan Berani Berhijrah tidak laku dan termakan oleh penduduk dan pengundi DUN Sg Limau.

Bantuan khas dari ayahandanya Tun Dr Mahathir langsung tidak memberi kesan dan impak.

Menyamar dengan pakai kopiah dan sebagai nelayan tidak juga jalan.

Taburan hamper, beras, gula, anak benih pokok, duit saku, lawatan squad sayang Wanita UMNO, Pemuda UMNO dengan aktivti rempit dan memancing, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik dalam bendang, puluhan artis diangkut untuk hiburkan dan melalaikan siap dengan cabutan bertuah motosikal, IPhone dan TV LED tidak berjaya juga nak pujuk rakyat DUN Sg Limau agar berhijrah ke BN.

Nampaknya nasib Mukhriz cukup malang ... kalah pertandinagn Naib Presiden kini sebagai MB Kedah pula gagal untuk rampas DUN Sg Limau dari PAS.

Ternyata aura dan pengaruh bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Kedah sudah luntur dan pudar.

KEPUTUSAN RASMI PRK N20 SUNGAI LIMAU : PAS Kekal Kemenangan

YAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.
Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.
Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.
Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

PRK Sungai Limau : PAS Mendahului

Keputusan TAK RASMI ;

PAS mendahului, ALLAHUAKBAR!
Info: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=481137961984163&set=a.475182402579719.1073741828.475179689246657&type=1&theater