Jumaat, 15 November 2013

Terkini: Pencuri Tabung Masjid Pengadang Baru Kantoi (Video)

Tabung sedekah pada hari jumaat di Masjid Pengandang Baru Kuala Terengganu  menjadi mangsa seorang lelaki yang dikatakan mencuri duit tersebut,bagaimanapun kantoi dengan para jemaah.
MasyaAllah...apa nak jadi..?
Andaikata terlalu miskin dan daif...mengapa sanggup mencuri duit masjid dan seandainya hukum Allah dilaksanakan nescaya perkara memalukan umat Islam sebegini dapat di-elak-kan...

Hasrat Ibrahim Ali PERKASA melompat ke Sabah 23 Nov ini dikecam

Hahaha...mereka nak bomohkan Ibrahim Ali kalau melompat ke Sabah....
"Kiram sudah kena.. mungkin lepas ini...." Gabungan Bomoh Se-Borneo . yang baik terhadap kita , kita balas dengan jutaan kebaikkan.. yang jaat kita hadiahkan 'sepiring' mantera ...

Nampak Bapak segala perkauman dalam NGO yang bersetongkol dengan UMNO BN Si Ibrahim Ali amat dibenci oleh rakyat Sabah....beranikah Ibrahim Ali ke Sabah 23 Nov ini..???


Sumber : https://www.facebook.com/WWWpengeRinduCOM?ref=stream


PRK Sungai Limau calon BN sendiri dedahkan "UMNO PARTI CAP AYAM"


Undi saya dapat, tak sebanyak anak ayam - Sohaimi 

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen. 
Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. 

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya dipetik TMI. 

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu. 

Pendedahan Dr Sohaimi calon UMNO BN PRK N20 amat jelas membuktikan bahawa UMNO memang parti cap ayam....hahaha...

Edisi Negaraku Aman : Warga emas maut ditendang peragut

SEREMBAN: Perjalanan pulang dua beranak ke rumah berakhir dengan tragedi memilukan apabila ibunya maut selepas motosikal dibonceng ditendang peragut di Jalan Tuan Haji Said, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Jamariah Akhir, 64, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala anak perempuannya, Norain Mohd Yusof, 23, cedera ringan di kaki serta tangan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, mangsa bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Sikamat selepas mengambil Jamariah yang bekerja sebagai pencuci di sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini. 

"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan mahu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal itu.

"Siasatan awal mendapati, berlaku tarik-menarik antara kedua-dua mangsa dan peragut menyebabkan salah seorang suspek menendang motosikal mangsa," katanya kepada Harian Metro, di sini.

Katanya, akibat tendangan itu, kedua-dua mangsa jatuh dan Jamariah maut di tempat kejadian.



Khamis, 14 November 2013

Kecewa Mahathir kepada Pak Lah dan Najib semakin membara


“Kita buat Wawasan 2020. Kalau dia buat juga Wawasan 2020 sudah pasti orang tidak akan mengingatinya. Sebab itu dia buat yang lain untuk rakyat mengingatinya.

“Kemudian muncul Islam Hadhari. Selepas pemimpin berkenaan tidak memegang jawatan lagi, muncul pula National Key Result Areas (NKRA), transformasi dan sebagainya. Siapa yang terlibat dalam perkara ini, sudah pasti si pulan dan si pulan,” kata Mahathir sambil senyum sinis.


Hahaha....kecewa demi kecewa nampaknya Mahathir nie...

Kerana Mukhriz gagal pun salahsatu sebab Mahathir kecewa...kini dia ungkit pula pasal slogan Mat Jenin Wawasan 2020 yang amat jelas ada rasa tak puas hati dengan Pak Lah Hadhari dan Najib pula NKRA dan sebagainya.


Kerana slogan dongeng Wawasan 2020 sebelum ini pun Mahathir pernah salahkan banyak pihak_ salahkan PR dah tentu_kini giliran Pak Lah dan Najib pula...

Sebab Najib PM Paling boros mungkin salah satu faktor wawasan 2020 yang diilhamkan Mahathir gagal..

Kecewa Mahathir semakin membara bila lihat Najib jadi boneka kepada Rosmah yang kini dah macam ambil alih jawatan Perdana Menteri....hahaha....

Mahathir Salahkan Pembangkang Kerana Wawasan 2020 Gagal Dan Negara Jadi Miskin




Malaysiaku Aman Kes Tembak Lagi : Peniaga pasar malam maut ditembak 3 das dikepala

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.
Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Najib PM Paling Boros

PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 billion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawatan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM125 sebulan atau juga RM4juta sehari.

Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?

Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.

Oleh kerana wang RM7.2 bilion ini merupakan wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya.

Apakah sebenarnya jenis perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini? Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ianya dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja.

Dengan hutang negara yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion, subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya menunjukkan " kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam membelanjakan wang rakyat.

Selama ini kita hanya mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh lebih besar lagi.

Khidmat perunding luar ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya.

Penggunaan khidmat perunding luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas, terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan program-program baru untuk kerajaan.

Apakah kakitangan kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik sahaja?

Dengan perbelanjaan sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik untuk memberi khidmat perunding itu adalah daripada luar negara atau sekurang-kurangnya daripada Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA turut juga meresap dalam kerajaan.

Mungkinkah khabar angin yang didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang agen CIA dalam Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripadanya?

Tidak dinafikan bahawa angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Ia jelas menunjukkan pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat jumlahnya.

Jika dikira dengan pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan juta dan berbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling boros sekali dalam sejarah negara.

Dalam tempoh lima tahun yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak beliau sebagai Perdana Menteri, bayangkanlah berapa puluh billion lagi akan dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang?

SH

Gambar yang mustahil bagi UMNO

Cina MCA dan India MIC mustahil sokong UMNO macam dalam gambar ini

Rabu, 13 November 2013

Lelaki tembak 4 kali dengan pistol Polis yang dirampas

MARAN: Seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai kurang siuman bertindak merampas sepucuk pistol dan melepaskan empat das tembakan serta melarikan kereta peronda lebuhraya (HMPV) dalam kejadian berdekatan jalan keluar tol Chenor, di sini, jam 12.45 pagi tadi.
Bertindak daripada maklumat awam, dua anggota polis dari Balai Polis Pekan Awah ke tempat kejadian sebelum mendapati seorang lelaki sedang berzikir di atas motosikalnya. 
Turut berada di tempat kejadian ketika itu tiga anggota HMPV Bukit Aman. 

Seorang anggota polis cuba mendekati mangsa namun diserang hingga terjatuh sebelum suspek merampas sepucuk pistol dan melarikan HMPV berkenaan.
Bagaimanapun kereta dipandu mangsa terbabas selepas berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejarnya sehingga tiba di Kilometer 107 Jln Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Kampung Bukit Lada, Pekan Awah.
Suspek mendapat kecederaan di kepala akibat perlanggaran itu dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temeloh untuk rawatan.

Ngeri: Gambar lelaki terjun bunuh diri jatuh diatas kereta proton waja

GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 49 tahun bertindak bunuh diri dengan terjun dari tingkat 24 di sebuah pangsapuri dekat Jalan Macallum di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Liew Kam Ming terjun dari tingkat berkenaan dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di parkir pangsapuri itu.

Mayat seorang lelaki berlumuran darah ditemui di atas sebuah kereta Proton Waja yang diletakkan di tempat letak kereta Pangsapuri Sri Saujana, Macallum, Pulau Pinang. Sebelum itu, penghuni mendengar bunyi dentuman kuat lalu menemui mayat berkenaan.


YB seluar jeans Trong pernah juga berseluar pendek bersama masyarakat

Adun Trong, Dr Zabri Abd Wahid rupanya digelar  ‘YB seluar jeans’ oleh segelintir rakyat disini konon-nya menerima gelaran tersebut secara positif oleh Adun berkenaan. Jadi bolehlah semua masyarakat kat Trong panggi beliau "YB Seluar Jeans".
Keratan akhbar isu YB seluar Jeans
Walaupun terima gelaran tersebut secara positif tapi pening dan jenuh juga la YB Jeans Trong ni nak menjawap isu yang dikatakan menjadi tajuk sebuah laman blog_nampaknya beliau terpaksa panggil wartawan untuk jawap isu camni...hahaha...

Haaa...gambar kat bawah ni apa cerita pula..?? Terkesan dan dikesan yang YB Zabri Seluar Jeans pernah juga pakai seluar pendek semasa menyantuni rakyat....apa mungkin akan terima juga gelaran YB seluar pendek..????
Kelihatan YB Seluar Jeans dah pakai seluar pendek bersama KB UMNO Bukit Gantang yang baru
Pening la YB Seluar Jeans dan Seluar Pendek Trong nak jawap..hahaha...sebab YB Zabri ni  memang mudah pening kepala...tak percaya tengok gambar yang di-upload dilaman FBnya seorang yang macam khadam dok urut kepala beliau...hahaha...
Pening..pening...baru jadi YB dah dapat dua gelaran...
YB Seluar Jeans
YB Seluar Pendek



Buatlah begini.....Bila tak ingat sesuatu

** Jangan pula buat-buat lupa untuk cuba cara untuk lupa...hahaha...

Selasa, 12 November 2013

PAS jadi roti canai kalau perwakilan seorang facebooker atau blogger - Nasharudin (KP)

PAS jadi roti canai kalau perwakilan seorang facebooker atau blogger kata Nasharudin. Sedangkan dia sendiri pun ada akaun FB....hahaha....
Apa punya akal seorang Ketua Pemuda PAS Pusat kalau buat kenyataan begini dalam FB: 
Pemilihan akan berlaku dalam Muktamar PAS minggu depan. Pemilihnya pula adalah perwakilan yang terpilih. Terpilih pula dari kalangan anggota parti yang menjadi pilihan. Ertinya calon dan perwakilan telah mempunyai kualiti yang tersendiri. Hairannya kenapa surat khabar, facebooker, blogger dan pemerhati dari luar pula yang lebih - lebih seperti mahu mencatur dan menentukan keputusan ? 

Mujur bukan mereka yang jadi perwakilan, kalau tidak ... Jadi roti canai parti nih ..- Nasrudin Hassan


Tak faham sungguh aku dengan KP ni..??

kenapa dibalun pengamal media massa dengan mengatakan lebih-lebih dalam pemilihan PAS.?? dah tu anggap kalau pengamal media massa ini perwakilan akan jadi macam roti canai parti nih..PARTI MANA yang dimaksudkan..???

Adakah semua pengamal media massa tiada dalam perwakilan PAS... Ust Nasrudin tolong jelaskan..

Maksudnya jelas,pengamal media massa alaf baru dianggap penyibuk dalam kacamata Nasrudin sedangkan dirinya sendiri seorang pengamal FB.

Malas aku nak komen panjang lebar...sebab kat ruang komen FB Nasrudin Hassan pun dah berlambak dok hentam dah... ko ambik la risiko sendiri sebab sendiri yang bikin status yang bertahap banggang jadi segala implikasi terhadap PAS khususnya sama-samalah ditanggung ahli yang mejoriti sekarang ada laman FB dan sebagainya.


Kalau dah anggap media massa seperti Facebook dan Blogger semua macam penyibuk, boleh tak  Nasrudin suruh semua Pemuda PAS Malaysia termasuk Nasrudin sendiri tutup akaun FB,Blog dan sebagainya untuk tak jadi penyibuk,sebab ramai perwakilan PAS ada akuan FB dan sebagainya... Lepas ni semua facebooker dan Blogger PAS boleh pencen seumur hidup...baru aman dan puas hati Ketua Pemuda PAS Pusat....hahaha....

Wajah Pemilik Taska Permata Harapan yang mendera kanak-kanak

Rozita Awang Pemilik Taska Permata Harapan
KUALA LUMPUR: Pemilik Taska Permata Harapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan pada 18 Oktober lalu.
Rozita Awang, 35, bagaimana tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya.
Dia didakwa menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Pemilik Taska Permata Harapan, Rozita Awang, 35, diiringi oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Ibu kepada enam cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu taska di Taman Melati, Sentul di sini pada 11.35 pagi, 18 Okt lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.


Video Penderaan Kanak-kanak Di Taska Permata Harapan, Taman Melati

Rakaman dibuat melalui kamera yang tersembunyi yang diletakkan di dalam beg pakaian kanak-kanak dan berjaya merakam adegan pengasuh yang juga pemilik taska memukul kanak-kanak secara melampau.

ISU JANJI BERSARA 28 NOV 2013: Kazim Balun Kaitkan Ahli Politik Pun Munafik Kerana Janji Mahu Bersara

Kazim Elias yang popular dipentas-pentas ceramah tajaan UMNO diseluruh negara yang sebelum ini ada berjanji akan bersara dari berceramah kerana kecewa sebab tak tahan mental dicerca. 

Kazim berkata “Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.  - Petikan myMetro

Dalam posting terkini Kazim di laman FB-nya beliau cuba mengaitkan ahli politik pulak dengan isu persaraan diri-nya. Konon-nya ada seseorang hantar SMS kepada PA nya yang mengatakan "Tolong bgtau Kazim tunaikan janji nak bersara pd 28 nov ni,munafik kalau tak tunaikan janji..."..

Kazim menjawap sms tersebut dilaman FB dengan mengaitkan ahli politik "macam2 jenis fanatik ni,ada pemimpin politik kata nak bersara lepas PRU tiba2 tak bersara jgk,yg tu tak munafik pulak ye..apa pun sabar la tunggu la tarikh tu..oh ye..sahabat2 nak ke no telefon orang tu,mana lah tau kot nak berkenalan...jgn maraa aa - Ulasan Kazim.

Siap ugut pula nak dedahkan nombor pengirim SMS...tapi tak dedah pun_cam kelentong jer...hehehe...

Nampaknya Kazim dah macam tersepit dengan janjinya untuk bersara....hahaha...

Tak apa la Kazim Ooo... UMNO mana ada tepati janji_jadi boleh la ikut cara UMNO Munafiqkun tu...hahaha...

Kalau disenaraikan nama ahli politik dari UMNO BN pun berlambak janji nak bersara...tapi teruskan juga,ramai ahli politik UMNO jadi munafiq dengan pandai berjanji tapi hanya kelentong semata-mata,tak rasa hairan pun kalau Kazim ikut prinsip perangai puak pemimpin UMNO Munfiqkun ni...hahaha...
Keratan Akhbar : Janji kazim mahu bersara  28 Nov 2013

Keratan Laman FB Kazim - Macai-macai UMNO berduyun-duyun memberi sokongan supaya Kazim tak bersara. Tak kurang juga yang menghentam Kazim supaya menilai perangai pemimpin UMNO BN yang menipu rakyat dalam isu kenaikan harga barang...
Kazim lepas ni boleh  bersara berceramah dan jadi ahli UMNO secara rasmi....hahaha...

Isnin, 11 November 2013

Pengantin Anak Mantan YB Terong Balun Pakai Baju Istiadat Ayahnya..???

GAMBAR-- Anak lelaki kepada Dato Rosli Husin mantan ADUN Terong Mohd Syamien bergaya dengan baju rasmi istiadat seperti baju rasmi seorang ADUN dengan pasanganya...
Boleh ke baju rasmi camni kalau dipakai oleh anak Dato Rosli yang dah jadi mantan ADUN dan kalau tak mantan pun boleh ke dipakai baju rasmi sebegini oleh sebarangan orang..???
Nak tahu juga...sebab ini berkaitan etika pemakaian dalam dewan undangan negeri yang bersangkut paut dengan kedaulatan pihak istana.


**Kalau teringin nak pakai baju rasmi ADUN pun...masuklah bertanding dalam pilihanraya dan kalau-kalau menang barulah boleh pakai baju tu...hahaha..

Kempen PRK: Jualan Murah Sogok Pengundi UMNO Munafiq Di Halalkan SPR

Kalau lu orang tanya kat Mamat SPR ni...
waima bagi Banglo sorang sebijik kat pengundi pun takda unsur rasuah beb.... dah nama pun Barua Umno munafiqkun@ahli umno,


hahahahaha.... syok woooo... jadi rakyat Malaysia... hari2 kena tipu dengan Balaci Barisan Nasional/ umno laknatullah.....!!!!

Pencuri Beri Salam Sebelum Mencuri Diberkas

Kereta digunakan pencuri. Gambar kecil, suspek berjaya ditangkap.
MACHANG - Polis dan orang ramai berjaya menangkap dua pencuri ketika cuba memecah masuk rumah seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan di Kampung Sungai Mas, dekat sini, pagi semalam.

Suspek pertama berjaya ditangkap beberapa minit selepas kejadian, manakala suspek kedua ditemui di kawasan berdekatan kira-kira jam 4 petang, semalam.

Anak mangsa, NurFairuza Syahira Zainuddin, 20, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia seorang diri di rumah dan menyedari dua lelaki masuk ke kawasan rumah dengan sebuah kenderaan selepas membuka pagar.

“Saya intai melalui tingkap namun tidak kenal mereka dan mula rasa curiga. Saya telefon papa dan tanya jika ada sesiapa mahu menghantar barang dan sebagainya namun dia menafikan. Lantas saya minta dia pulang segera.

“Pencuri terbabit turut memberi salam namun saya hanya diam. Mereka keliling rumah sambil beri salam dan apabila saya tidak jawab, mereka cuba cungkil pintu depan rumah,”katanya kepada Sinar Harian,  semalam.

NurFairuza Syahira berkata, dia menyorok di dalam bilik selepas menyedari pintu rumah dicungkil dan sekali lagi menelefon bapanya agar segera pulang.

Sementara itu, Prof Madya Dr Zainuddin Awang yang segera pulang ke rumah setelah dimaklumkan anaknya, melihat pencuri sedang mencungkil pintu rumahnya sebaik sahaja dia tiba.

“Saya segera bunyikan hon dan mereka cuba melarikan diri dengan kereta namun, tidak dapat keluar apabila saya menunggu di pintu pagar. Mereka langgar kereta saya namun saya bertahan bagi mengelakkan mereka lolos.

“Apabila melihat polis, rakan saya dan orang ramai datang, mereka keluar kereta dan lari ke dalam semak di belakang rumah," katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya menghadapi saat cemas tersebut.


** Macam-macam sekarang nie... pencuri pun sempat bagi salam kepada tuan rumah yang dijadikan sasaran untuk merompak....hahaha....

Ahad, 10 November 2013

Senarai Tugas Berat Guru 2014

Jom kita lihat senarai bakal tugas guru-guru untuk tahun 2014:
1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 E-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 DWEN
21 VLEFrog
22 e-Nilam
23 zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 e-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for spbt
34 E-bulk for spbt
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 penandaan buku latihan, bla
38 gubal soalan ujian
39 penghasilan abm
40 persediaan buku rekod mengajar
41 penetapan etr / kpi setiap subjek
42 aktiviti persatuan
43 aktiviti sukan
44 aktiviti koakedemik
45 kajian tindakan
46 spsk
47 keceriaan kelas
48 latihan kebakaran dan kecemasan
49 kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 peka/pafa
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan upsr/pmr/spm
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 tidak termasuk tuntutan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa seperti kursus, taklimat, bengkel, seminar, kolokium, simposium, dll


Semua senarai diatas bakal menanti guru-guru ditanahair ini...itu belum termasuk tugas atas arahan yang dikeluarka  secar paksa untuk program UMNO BN....Apamacam best tak jadi cikgu....hahaha....
Apapun syabas buat guru-guru yang sekarang ini dikatakan hampir 80% bersama PR kerana sudah tahu kerajaan UMNO BN terlalu banyak korupsi dan penyalahgunaan kuasa dinegara ini.
Memang ada guru yang pro UMNO..tapi bilangan mereka amat-amat sedikit. Guru yang bersama UMNO BN hanya menjadi pekakas politik busuk,jijik dan kotor demi agenda politik pentingkan kroni mereka.

Teruskan mendidik anakbangsa demi masadepan negara...jangan biarkan guru dan masadepan negara dirosak-kan oleh pemimpin UMNO BN serta kroni mereka yang rakus.

Fenomena Rai-kan Kemenangan : UMNO Masih Pertahankan Kejuaraan Sehingga Kini

Fenomena A
(Tempat Ke-3)
 Rai-kan kemenangan PRK N20 Sg Limau 
Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu Jefri Chua berjalan kaki dari Kuala Terengganu ke Masjid Rusila, Marang, kelmarin, bagi meraikan kemenangan Pas di Dun Sungai Limau.Jarak jalan kaki yang tak jauh hanya didalam negeri Terengganu sahaja. * TANPA PENAJA
.............
Fenomena B
(Tempat Ke-2)
 Rai-kan kemenangan  Pahang berjaya menjuarai Piala Malaysia 
ABD Majid Abd Hamid, 57, berjalan di Lebuhraya Pantai Timur sebagai menunaikan nazarnya setelah Pahang berjaya menjuarai Piala Malaysia. Abd Majid akan berjalan kira-kira 280 kilometer dari Kuantan ke Stadium Alam. Jarak perjalanan yang agak jauh...
* TANPA PENAJA
.............
Jeng..jeng..jenggggggg...
Fenomena C
(JUARA Tempat PERTAMA)
 Rai-kan kemenangan  UMNO BN Menang PRK Kuala Besut 
Mohd Noor Misai tebal berjalan kaki dari Besut ke Putrajaya setelah  Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai lalu. Mana tak jadi juara tengoklah  angka jaraknya memang jauh sehingga 600Km,ditambah pula menjadi juara habiskan duit rakyat sebab ditaja oleh UMNO Munafiq sehingga mencecah RM650,000.
* DI TAJA SEPENUH-NYA OLEH UMNO Munafiqun.

Gambar -- Mohd Noor menjadi juara berganda apabila berjaya membuat beberapa kejadian magik semasa berjalan kaki
Horeeyyyy.... UMNO Juara kelentong dan juara habiskan duit rakyat....hahaha...

TERKINI: Ahmad Busu Meninggal Dunia - YB Zabri

Saudara mara sekampung saya Ahmad Busu..Mat Deris pi mai pi mai tang tu baru saja kembali kerahmatullah magrib tadi di hospital Klang. Alfatihah. - FB : YB Zabri
Ahmad Busu atau lebih dikenali Mat Deris merupakan seorang pelakon dan pelawak di Tanahair yang cukup popular di era 1990an. Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT)2+1 dan Camni Camtu.



Gambar - Gambar Terkini Pembunuh Kejam Norazita yang Di Berkas Polis

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Reaksi media sosial, ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati.

Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.

Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan.

Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.

Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook dan Twitter:

Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis

Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap

Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.

Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.

Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.

Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu

Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka.