Isnin, 29 Disember 2014

Najib dan Zambry kantoi ber-poligam dalam banjir di Perak [ Video ]


Hadoii....!!!

Dalam banjir pun sempat nak berpoligam...( Politik Gambar)...hahaha...

Siap arah-arah pula wartawan ambik gambar...hahaha...

Inilah realiti...pemimpin politik baik UMNO atau mana-mana pun memang suka sangat poligam..

Kali ni Najib dan Zambry yang kantoi....hahaha....

Najib siap minta jurugambar ambil gambar paras yang dia tetapkan.

Dalam FB rasmi Zambry sendiri yang mungkin terpost video ni....

Korang teliti betul-betul aksi dan audio dalam video semasa lawatan Najib kekawasan banjir di Perak kat bawah ni....:


**Orangni sempat copy dari Fb Zambry sebelum dibuang....hahaha...

Ahad, 28 Disember 2014

TERBONGKAR..!!! Punca bekalan bantuan lambat sampai kepada mangsa banjir

Bekalan bantuan seperti beras yang sampai...ambil masa untuk dipunggah...
Beras-beras dalam kampit terpaksa diangkut ke lokasi pengumpulan...ambil masa untuk tiba...
Tu...dia... kampit-kampit beras diwajibkan ada gambar Najib pakar Diplomasi Golf....maka ambil masa untuk kerja-kerja melekat gambar-gambar ini... 
Dan ini sebenarnya yang paling mengambil masa... butir-butir beras dalam kampit diwajibkan ada logo dacing sengget BN,kerja -kerja mengecop serta memastikan setiap biji beras ada logo mungkin dirahsiakan lokasinya oleh UMNO BN...hahaha....
Mungkin hasil diplomasi bola golf Najib dengan Obama di Hawaii telah merancang segala bentuk bantuan kepada mangsa banjir wajib ada gambar Najib....mungkin...

Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir 2014 : Di-isytiharkan Najib yang Darurat..?

Najib tak isytihar darurat konon untuk elak mangsa banjir tak boleh tuntut insurans

INI JAWAPAN WAKIL INSURANS
INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT? 
Insurans & Darurat - Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak YANG Anda Mesti Baca. 
Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.  Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.  
Ini pandangan saya: 
+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan. 
+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir. 
+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan. 
+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans. 
+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir. 
+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah. 
KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat. 
Afyan Mat Rawi, IFP. 
27/12/2014 
Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS.- sumber Ajijoi 

Najib bertambah darurat bila isu "Diplomasi Bola Golf" menjadi bualan media massa dan rakyat.

Najib bertambah lagi DARURAT...apabila terbongkar kebenaran ramai menteri-menteri dok bersuka ria diluar negara bercuti diwaktu negara ditimpa musibah banjir.
Antara muka menteri yang dikatakan sedang bercuti dimasa negara dilanda musibah.......

Mereka ini dikatakan hilang sejak berlaku banjir..?? Kemana mereka..???

Menarik juga ambil tahu rakyat negara ni... sejak berlaku bencana banjir dibeberapa negeri, memang dapat dirasa muka-muka yang sebelum ni otai bersuara dan akan selalu kedepan nak jadi hero tiba-tiba hilang dari laporan media massa arus perdana begitu juga tiada kelibat mereka ini dilokasi bencana...kalau ada dah tentu muka-muka mereka (kat bawah) akan menjadi bahan update posting di facebook,twitter dan sebagainya...( Kalau tak caya cer tengok facebook dan twitter mereka...posting tentang banjir macam mereka buat tak tahu je...

Sekadar bertanya...Kemana mereka dan dimana mereka..??? tanya tak kan salah kot...!!



Senarai Pusat Operasi Bencana (POB) Perak


⚠ Pusat Operasi Bencana (POB) PAS Perak⚠
1⃣ POB Lenggong
➡ Dataran Surau Abna Zakaria Jambatan Kg Luat
Lenggong Perak
☎ 0135281879 Saidi

2⃣ POB Kuala Kangsar
➡ Sayong Lembah Kuala Kangsar
☎ 01126575704 Ust Tauran

3⃣ POB Sg Siput
➡ Surau Talang Trosor Sg Siput
☎ 0125137290 Hj Hassan Sharif

4⃣ POB Parit
➡ Markas Pas Kaw. Titi Gantung
☎ 0193661149 Ust Zahid

5⃣ POB Pasir Salak
➡ Sebelah MRSM Kg Gajah
☎ 019 6544430 Jamal


Najib berkeras pertahankan main golf di Hawaii bersama Obama sebagai Diplomasi Golf

Setelah menjadi popular dimedia massa  beberapa buah negara kerana bermain golf dengan Obama [ Klik: Najib jadi popular di 3 negara kerana bermain golf dengan Obama ]..kini Najib mempertahankan riadah main golf dengan Obama di Hawaii...



Jumaat, 26 Disember 2014

Najib jadi popular di 3 negara kerana bermain golf dengan Obama


Sebilangan rakyat Malaysia yang berada dinegara tersebut dimalukan dengan sindiran..
kat atas tu baru 3 laporan media rasmi dari 3 buah negara...Orangni rasa banyak lagi negara yang puji Najib sebab bermain golf dengan Obama diwaktu negara ditimpa musibah banjir...hahaha... 

 Tahniah kepada yang undi UMNO BN...

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah  ditepi pantai
Kalau negara dilanda bah
PM Najib bermain golf di Hawwai

Khamis, 25 Disember 2014

Kesian... Rosmah jadi mangsa banjir,Najib buat tak peduli

Rosmah menjadi mangsa banjir dan ditemubual dalam wanita hari ini TV3....
kemanakah Najib..????


Ooo... Najib pegi main golf dengan Obama... Inilah contoh tauladan terbaik dari pemimpin tertinggi UMNO munafikun...

Khamis, 11 Disember 2014

Gambar Anggota Tentera Malaysia yang sertai ISIS tersebar..???


Benarkah ini anggota tentera Malaysia....tengok pada seluar celoreng,memang ATM punya..


Semua bahan diatas telah tersebar di Whatsapp dan Telegram...
betoi ke idak...wallahualam...
Apapun sejak kecanggihan alam siber sekarang, kerahsian dalam tentera dah khureng...

Rabu, 10 Disember 2014

TERKINI: Bekas Penyanyi Kumpulan Wings kini dirawat dihospital kerana Stroke

Bekas vokalis kumpulan Wings, Ismail Zainuddin,48, juga sebagai Mel Wings kini dirawat dihospital Sungai Buluh kerana stroke (Angin ahmar)

Perkara ini disah-kan oleh seorang bekas artis setelah dihubungi Orangni, bahawa beliau ,Mel dikatakan terkena stroke pada pagi semalam ( Rabu 10/12/2014) dikejarkan ke hospital dan ditahan di Wad Kecemasan dihospital tersebut dan kini dirawat di wad hospital tersebut.
Mel Wings
Pada tahun 2011 Mel Wings,Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Beliau pernah bersama kumpulan Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.

** Orangni berharap keluarga Saudara Mel Wings tabah dengan dugaan dan mendoakan Mel dideraskan kesembuhan.

Selasa, 9 Disember 2014

Dulu " Kajang Move" , Kini " Kenduri Move"

Hahahaha.....

Gasak korang la orang kajang dapat adun kenduri....Ada kawan aku kata, setakat pergi kenduri, nenek sapa-sapa pun boleh buat. Kah Kah Kah..!!!!

Nasib tak jadi Mb...kalau tak jenuh kipas kenduri satu negeri....hahahaha....

Berapi..!!! Teksi Proton Persona seret motosikal yang dilanggar [ Video ]

Dikatakan kejadian kemalangan berlaku di bandaraya Kuala Lumpur...kat mana Orangni pun tak tau..ceritanya apabila sebuah teksi melanggar sebuah motosikal,kemudian teksi Proton Persona tersebut menyeret motosikal tersebut...

Orangni Salute kat penunggang motor( Khabarnya motor kapcai je...) telah merakam sambil mengejar kereta teksi tersebut...

Video ni telah diviralkan dilaman FB dan telah dikongsi sehingga 3ribu lebih dalam masa yang singkat...cayalah...hahaha...
1 teksi jenis Proton Persona bernombor pendaftaran HWE 3192 telah melanggar lari sebuah motorsikal dan kemudian melarikan diri sambil mengheret motorsikal tersebut sehingga lokasi terakhir dikejar di jalan loke yew. Semasa pemandu sedang cuba ditahan oleh penduduk kampung selayang baru, pemandu telah melanggar sebuah lagi motorsikal sehingga kemalangan. Hati2 kerana pemandu memandu secara membabi buta. P/s :motor yang diseret masih tersangkut waktu kali terakhir dikejar sebelum teksi tersebut hilang ntah kemana - Sumber FB https://www.facebook.com/video.php v=805897582787313&set=vb.100001012377456&type=2&theater


Menurut sumber komen di-laman FB, pemandu teksi sudah menyerah diri di balai Polis.... Syabas kepada yang semua yang prihatin dengan kes kejadian langgar lari macamni...bukan semua pemandu kenderaan seperti pemandu teksi tidak berkhemah...tapi semua pemandu dijalanraya berpontesi terlibat dalam kes langgar dan lari...

Sabtu, 6 Disember 2014

Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35 Dijadualkan Pada 06 Mei 2015

06 Disember 2014, Sabtu :-

Setiausaha Dewan Negara Perak Dato' Ayop Hashim dalam kenyataannya kepada Bernama semalam memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dijadualkan berlangsung pada 06 Mei 2015 mengikut adat istiadat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan. Istiadat ini akan berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. Tambah beliau lagi keputusan ini telah dibuat dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang pada 22 November 2014 serta atas perkenan Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat Pertabalan setiap Sultan Perak mempunyai kesinambungan dengan tradisi pertabalan Sultan Perak  pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah yang diwarisi daripada adat resam pertabalan Sultan-Sultan Melaka pada kurun ke-15.  Istiadat Pertabalan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Istiadat Tabal Adat dan Istiadat Tabal Pusaka.

Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah pada pagi 06 Mei 2015 diikuti Istiadat Tabal Pusaka pada malam 07 Mei 2015.  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim mengikut istiadat akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu dan Orang Besar Perak yang terletak ditebing Sungai Perak dengan menaiki kenderaan laut yang dikenali sebagai Balai Gambang bernama Chempaka Sari.

Istiadat pertabalan akan diakhiri dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke Beting Beras Basah untuk membasahkan kaki baginda di Beting berkenaan yang merupakan tempat Sultan Perak pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549) menjejakkan kaki baginda buat pertama kalinya di bumi Perak apabila bahtera baginda terkandas dibeting berkenaan semasa memasuki muara Sungai Perak.

Istiadat pertabalan ini akan dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota, Yang Dipertua Negeri,  jemaah menteri, perwakilan asing serta tetamu dari dalam dan luar negara.

Pelbagai acara berbentuk keagamaan dan acara yang akan melibatkan baginda Sultan dan pelbagai lapisan rakyat akan dijadualkan sepanjang tempoh sambutan Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35.

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada 29 May 2014 di Balairong Seri Istana Iskandariah berikutan kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 28 May 2014 bersamaan 28 Rejab 1435H di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun. Perlantikan dan Pengisytiharan baginda sebagai Sultan Perak yang baru adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2). 

Jumaat, 5 Disember 2014

Dr. Mashitah Restu Ustaz UMNO berjoget dan Ustazah UMNO menyanyi ..? [ Video ]


Jom layan Ustazah UMNO menyanyi dan Ustaz UMNO berjoget...
PAU..PAU..PAU...
Hahahaha....

Rabu, 3 Disember 2014

KETUM di tarik gelaran anugerah


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada KETUM  (Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama. 

Khamis, 27 November 2014

Terbongkar..!!! Punca fitnah terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man oleh Pasma

Inilah kepala besar (Bos Sibertrooper Jebon ) yang menjadi ketua konon-nya kepada facebooker dan blogger Jebon PasMa

BUKTINYA
Nazir Zakaria yang juga Pengerusi PASMA Wilayah rupa-rupanya menjadi Bos Siber Trooper Facebooker dan Blogger kepada Jebon PasMa... diatas adalah program temumata Jebon Facebooker dan blogger.
HASILNYA.... Mereka memfitnah dengan meng-edit dan memfitnah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim

Apapun....jom layan lagu Jebon....hahaha...

Isnin, 24 November 2014

KECOH..!!! UMNO Perak halang DAP potong Anu-Anu

Majlis berkhatan atau bersunat atau potong Anu-Anu atau potong punai.....
Dah 6 tahun Nga Kor Meng DAP ahli parlimen Taiping buat majlis program berkhatan bagi orang melayu Islam dan Non Muslim setiap kali cuti sekolah hujung tahun... maka banyaklah anu-anu yang di-sunatkan dengan program ini sejak 6 tahun lepas...

Tahun ni Nga Kor Meng DAP ahli parlimen Taiping dengan kerjasama PAS Kawasan Taiping dan sebuah surau buat lagi majlis potong anu-anu....

Dan maka dengan itu puak-puak Red Indian UMNO Munafikqun kat Taiping dah tak senang duduk,dah la bangunan UMNO Taiping diduduki tanpa kelulusan CF dan Lif kat bangunan UMNO Taiping tak lulus khabarnya( Tunggu cerita selanjutnya sedikit masa lagi...hahaha...).....Oleh sebab itu kemungkinan punai-punai mereka menjadi bertambah panas..

Jadi...Puak-puak Red Indian UMNO Munafiqun Taiping kali ini telah membuat report kat Majlis Agama Islam Perak,kunun-nya majlis ni bermotifkan politik, Puak Red Indian UMNO Taiping Munafikun berperndapat,jika punai kanak-kanak dipotong dalam majlis anjuran DAP,besar nanti budak tu tak akan kenal keris berkarat pujaan Puak Red India UMNO Munafikun,hajat mereka hendak halang terus DAP anjur majlis potong anu-anu tapi malang-nya Pihak MAIAMP cuma arah program tersebut diubah tempat...
Surat hasil report Puak Red Indian UMNO Munafikun Taiping.... 
Pihak penganjur kecewa sebab program dikacau puak Red Indian UMNO Munafikun Taiping

INI  PROGRAM PUAK RED INDIAN UMNO MUNAFIKUN...
ADA LOGO UMNO,GUNA SURAU JUGA,ADA GAMBAR DATO SALLY TIGER ,DATO HAJI ZAHIR DAN SORANG LAGI ORANGNI TAK KENAL...
PUAK RED INDIAN  UMNO TAIPING BEBAS NAK BERPOLITIK DALAM PROGRAM KAT MANA PUN SEBAB MEREKA PUAK RED INDIAN YANG MENJULANG KERIS BERKARAT....HAHAHAHA....
Hidup Dato Sally...!!! 

Hidup Tiger..!!!! 
Hidup UMNO Red India..!!!


Ahad, 23 November 2014

Program PASMA di Kedah catat 8853 kehadiran [ Video dan Bergambar ]

Jeng...jeng...jeng.....




8853 kerusi hadir dalam program Menperkukuh Pakatan Rakyat woooooo...
Kah..kah..kah..kah... (Saja aku buat tajuk 8853...kot-kot jebon nak tikam nombot...hahaha..)
Jebon perlis.kedah dan jebon tua pun ada....hahaha...
RAMAI SUNGGUH NO PENUH DEWAN PENDANG...
Sekeping gambar memaparkan seribu makna. Namun kalau sudah jebon tu jebon jugak. Inilah agaknye erti lo'laq and the pelaq . Kita cuma melaporkan 'move' yg jebon2 ni mangkaq ni buat. Bukan label, nak habaq!!! Tak abih2 lagi kelupoq jebon2 ni.. iihh..iihh..iihh.. Bertaubatlah jebon...hahaha....
Jom layan lagu Jebon....



Dedikasi buat Al-Allamah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Asri Ed-Diwanie
Dikala ada ahli,pimpinan PAS serta rakan dalam Pakatan Rakyat sibuk menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden PAS bertali arus, tapi dikala itu juga umat Islam seluruh dunia amat mendambakan sentuhan buah fikiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Presiden PAS yang juga merupakan Timbalan Kesatuan Ulamak Sedunia telah diberi penghormatan menyampaikan taujihat kepada ratusan ribu yang hadir dalam Ijtimak Am Jamaat Islami di Lahore, Pakistan...
Takbir..!!!
Allahuakhbar....
Allahuakhbar....
Allahuakhbar....

Rabu, 19 November 2014

Pemilihan AJK Jebon di Zoo Taiping esok..????

Hahahaha....
hahahaha....
hahahaha....

Udah tak orang lain ke...atau tersalah nombor...tetiba sorang mamat Jebon ter Whatsapp kat Orangni untuk ajak join program pemilihan AJK Pasma peringkat negeri... Wow..!!! AJK negeri cakap lu...hahaha...

Sahabat pasma perak bla...bla...bla...berkumpul jam sekian..bla...bla...bla...didepan kedai....bla...bla...lasy sekali ayat dia...sila tepati waktu dan berminat dijemput hadir...kah..kah...kah...

Berminat dijemput hadir...hahaha... siapa la yang berminat nak join geng jebon..?? hahaha...

Dah berkumpul kat depan kedai tu...nak kemana..??? 

Kemungkinan akan berjalan kaki ke Zoo Tepen..buat pemilihan kat dalam tu..
tak cukup anggota yang ada, boleh lantik yang ada kat dalam kandang di zoo tu....hahaha....

Tak abis-abis geng Jebon ni nak menyelinap masuk dalam perak...dah la program kat hotel hebat tempohari tiada sambutan...ni nak tubuh AJK peringkat negeri siapa viral dalam whatsapp merayu minta bagi sokongan... 

Orangi ulangi jawapan  " Tak minat berkawan dengan JEBON..!!!"

Orangni belanja lagu ini buat Jebon semua...hahaha...

GAMBAR KAPAL TLDM YANG HAMPIR TENGGELAM MULA TERSEBAR..!!!!








KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.

"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.

Kapal itu merupakan kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal terbabit dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.

"Ia adalah sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit," katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.- SH