Selasa, 28 Januari 2014

Isu DUN Kajang: "Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku" - TGNA

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.
Posting dari FB page TGNA 
Inilah PKR.. semuanya rasa hebat,semuanya rasa dah terbaik sedangkan berkecamuk dari dalam hingga keluar...Nak buat apa-apa tindakan buat dulu baru nak bincang baru nak bagi tahu dan ada yang tak bagi tahu langsung....

Hinggakan kalau pemimpin dan rakan-rakan lain dalam satu Pakatan pun tak boleh bagi komen dengan tindakan pemimpin dalam pakatan...apa jenis pakatan tersebut? Mungkin boleh dinamakan Pakatan Dok Diam-Diam ,senyap je buat bodoh dengan apa yang lain nak buat,dah sama macam UMNO dan sekutunya..

Aku terpanggil nak tulis ni bukan sebab nak balas dendam dengan sikap pemimpin atau blogger atau fecebooker pro PKR yang dah beberapa kali dok fitnah pimpinan dalam PAS tanpa usul periksa.Habis ditulis fitnah masa pemilihan PAS yang lepas konon ada pimpinan PAS yang melobi jawatan kerana gila jawatan ,perkara ini konon-nya berlaku di Perak.Hebat sungguh face booker pro PKR dari Kuala Kangsar tersebut (malas nak sebut nama-nya) dalam memainkan isu yang agak sensitif,tapi pihak PAS masih boleh bersabar dan buat diam saja,walaupun artikal tersebut siap masuk sebuah akhbar popular tanahair...tapi keadaan yang berlaku sekarang ni( DUN Kajang ) bagi aku PKR memang kurang ajar dalam semangat Pakatan Rakyat.

Nah..!!! apa yang berlaku di DUN Kajang apa cerita..??? Kes gila kuasa atau gila apa..???

Nak buat sesuatu tak bincang dulu,tapi atas nama Pakatan..dah buat keputusan gila baru ajak berbincang tentang gerakerja PRK...pegi pacak bendera sendiri la....jangan dok berlagak konon hebat sangat tapi tenaga kerja pun tarak...Aku harap PKR boleh buat kerja sendiri la PRK kali ni...sebab PRK-PRK yang lepas pun tenagakerja dari PKR sekadar pelancong politik saja dilokasi...






Ahad, 26 Januari 2014

Kisah "Saya selalu dicium...."

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

UMNO Bukit Gantang Kempen Tanam Kangkung Dalam Kawasan Sekolah

UMNO Bukit Gantang kini menganas tanam kangkung dalam kawasan sekolah - FB
Inilah perangai UMNO Munafikun di Perak...sekolah pun dijadikan kandang politik longkang oleh mereka... konon surau, masjid dan sekolah tak boleh terlibat politik....tapi yang jadi haramjadah buat program dikawasan tersebut UMNO Munafikun juga....
Pegawai Pendidikan Negeri (PPD) pun jadi lembu tercucuk hidung oleh kuasa UMNO Munafikun...mungkin alasan kerana Zambry Kadir nak datang atau mungkin sebab ada terlist dalam acara mengenai kempen tanam kangkung disekolah bagi menyahut kata-kata PM Najib Kangkung....hahaha...