Sabtu, 8 Mac 2014

MH370 : Apa kita tahu dan tidak tahu....

Ahli keluarga penumpang MH370 turut berkumpul di Lapangan Terbang Beijing, China bagi mendapatkan berita terkini. - Gambar Reuters.Penerbangan MH370 masih lagi hilang lebih 24 jam dengan 239 penumpang dalam pesawat, pihak berkuasa memperluaskan usaha mencari dan menyelamat ke seluruh Laut Cina Selatan dan termasuklah Selat Melaka.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777-200ER berlepas pada 12.40 pagi pada Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi gagal tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


Di bawah adalah apa yang kita tahu mengenai MH370:

* Penerbangan Malaysia Airlines terputus hubungan selepas berlepas dan lokasi terakhir yang diketahui adalah di luar Kota Baru.
* Tiada isyarat kecemasan atau tanda cuaca buruk.
* Penerbangan KL-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
* Dua penumpang dalam penerbangan menggunakan identiti palsu.
* Dua lagi penumpang mempunyai identiti yang tidak dapat disahkan. [ Kini menjadi 4 ..??]
* Juruterbang pesawat berpengalaman.
* Pesawat tersebut menjalani pemeriksaan 10 hari lalu.
* Pesawat tersebut akan kehabisan minyak sekitar jam 8 pagi pada Sabtu.


Apa yang kita tidak tahu mengenai MH370:
* Di mana pesawat tersebut hilang?
* Apa yang berlaku apabila pesawat tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara?
* Mengapa transponder kecemasan tidak berfungsi?
* Adakah ia berada di perairan Malaysia atau di lokasi lain?


Berikut berita tidak disahkan yang boleh dikaitkan dengan MH370:
* Apakah kesan tumpahan minyak dan kepulan asap dikesan oleh tentera laut Vietnam?
* Perbualan dengan industri minyak berkata pekerja di pelantar minyak Talisman Energy sekitar Blok PM-3 CAA melihat sesuatu terhempas ke dalam laut.
* Adakah pasport yang dicuri dikaitkan dengan pengganas?


Berikut berita petanda lain:
SEPANG , KOMPAS.COM - Berita terbaru yang boleh memberi petunjuk penting bagi kewujudan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH370 yang hilang pada Sabtu (8/3/2014) baru saja diterima. 
New Straits Times Malaysia melaporkan, seorang pilot pesawat Boeing 777 yang terbang 30 minit lebih awal dari MH370 memberitahu bahawa dia berkomunikasi dengan awak pesawat MH370 sesaat sebelum pesawat itu menghilang. Pilot yang meminta identitinya dirahsiakan itu berkata, dia diminta oleh petugas air traffic control Vietnam untuk cuba menghubungi MH370, kerana pihak berkuasa tempatan tidak boleh menghubungi pesawat itu. "Pihak berkuasa mengalami kesulitan menghubungi mereka, pesawat saya sudah berada di atas wilayah udara Vietnam dan saya diminta membantu menghubungi". Pilot yang sedang menuju ke Lapangan Terbang Narita, Tokyo itu mengaku berjaya berkomunikasi dengan MH 370 kira-kira pukul 01.30 Sabtu awal hari. Pilot itu menanyakan, apakah MH370 sudah memasuki wilayah udara Vietnam atau belum. "Saya yakin itu suara co-pilotantara Kapten Zaharie atau Kapten Fariq, namun suara yang agak statik, ada banyak interference , dan mumbling (merungut) ".Setelah itu, komunikasi hilang . Pilot itu meyakini bahawa suara itu bahkan boleh didengar oleh kapal-kapal di laut di bawah mereka. Dia mengira tidak ada masalah serius, memandangkan kehilangan kenalan adalah perkara biasa. "Jika Kapten Zahari mengalami kesulitan, pastilah dia akan mengeluarkan panggilan MayDay. Namun saya tidak mendengar apa-apa sama seperti yang lain".
 http://internasional.kompas.com/read/2014/03/09/1024178/Pilot.Pesawat.Lain.Berkomunikasi.dengan.MH370.Sesaat.Sebelum.Hilang

Sejarah nahas udara di Malaysia

KUALA LUMPUR: Setakat ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.

Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun.
Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.

Menurut laporan AP hari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.

Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.

Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco.

Tiga nyawa terkorban dalam insiden itu.

‘Nahas udara Tanjung Kupang’

Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.

Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di  Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.

Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur.

Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat.

Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.

Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.
Nahas udara MH653 di Tanjung Kupang

Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.

Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.

Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.

Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.

‘Nahas udara Tawau’

Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.

Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.

Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.

Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.


Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995

Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil alih kawalan pesawat itu.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.

Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.

Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.


://www.astroawani.com/news/show/sejarah-nahas-udara-di-malaysia-31488?cp

Siapa melantik RTM jadi saluran rasmi tragedi pesawat MH370..???

Tweet dari Menteri UMNO yang dunggu...
Dah macam program kerajaan pula tragedi malang yang menimpa pesawat MH370,ada penaja rancangan...pelik-pelik-pelik, ada saluran rasmi pula,seolah-olah berita dari sumber lain seperti agensi-agensi berita terkenal dunia tidak di iktiraf oleh Malaysia...Negara jenis apakah yang Malaysia amalkan...???

Sejak mula berita pesawat MAS MH370 ini tersebar,rata-rata rakyat seluruh dunia memang ternanti-nanti akan maklumat dari negara ini,berbagai saluran maklumat dizaman sekarang ini. Media Massa di alaf Saitek amat banyak,jadi adakah salah rakyat khususnya keluarga mangsa mencari maklumat terkini berkaitan kejadian.

Malang sungguh negara mempunyai Menteri-Menteri yang otak macam beku tak boleh pakai....hinggakan tragedi sebegini pun maklumat yang wajar disampaikan kepada rakyat disekat,ditapis dan sebagainya.

Sedangkan media lain mendahului menyampai maklumat untuk pengetahuan semua.

Prihatin seorang PM Kangkung yang boros....
Dah la sampai jam 7 malam untuk sidang media dengan semata-mata nak bagi tahu "Pesawat MH370 Masih Belum Ditemui Setakat Ini" . 
Apa Najib baru balik cari pesawat tersebutkah..?? Kejadian awal pagi...lewat petang baru nak buat sidang media..
.


Benarkah peluang untuk menemui mangsa dan bangkai pesawat amat tipis..???

Ini info yang orangni terima dan boleh dianggap maklumat tidak rasmi melalui whatsapp..

Menurut sumber lain juga mengatakan 
Syarikat juga turut merasa sedih kerana menurut senarai penumpang yang dikeluarkan oleh MAS , dukacita dimaklumkan ahli keluarga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Celcom YBhg Dato Mohamed Ramli Abbas turut berada dalam pesawat tersebut . Mereka yang tersenarai termasuk isteri beliau YBhg. Datin Biby Nazli binti Mohd Hassim bersama dua anak perempuannya iaitu Cik Maria binti Mohamed Ramli Yunus dan Puan Dina binti Mohamed Ramli Yunus. Untuk pengetahuan, Puan Dina juga pernah menjalani latihan praktikal di Jabatan Komunikasi Korporat, Celcom pada tahun 2005
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201519072286897&set=a.1853434303811.2088451.1479390784&type=1

Orangni hanya meyampaikan maklumat secara santai untuk semua,tiada berniat mahu menguris perasaan mana-mana pihak dalam tragedi pesawat MH370, malah Orangni amat bersedih dan berdukacita dengan musibah yang menimpa mangsa serta keluarga mangsa. Orangni mengucapkan takziah kepada semua mangsa terutamnya bagi rakyat negara ini. Semoga mereka yang ditimpa musibah ini mendapat perlindungan dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Kapal Terbang MAS Terhempas Akibat Kehabisan Minyak

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media oleh syarikat penerbangan itu yang diadakan di Sama-Sama Hotel, Sepang. Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. –AP Photo/Lai Seng Sin / Astroawani / Reuters
Gambar pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Narita, berhampiran Tokyo. Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang awal pagi tadi. – AP Photo/Kyodo News /Astroawani
Pesawat MH370 Dipandu Oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah & Fariq Hamid, laporan Mstar menyebut di bawah Kapten Zaharie berasal dari Penang – Doakan semuanya selamat –
http://edition.cnn.com/2014/03/08/world/asia/malaysia-airlines-plane-missing/index.html?hpt=hp_t1
http://edition.cnn.com/video/data/2.0/video/world/2014/03/08/ac-bpr-sharuji-malaysia-airlines-missing-plane.cnn.html

Laporan CNN pula mengatakan pesawat mungkin kehabisan minyak menurut Presiden MAS dalam sidang media di Sepang.
Secara tidak rasmi media Vietnam petik Tentera Laut Vietnam sahkan radar tentera kesan pesawat MAS terhempas di laut 153km ke selatan Pulau Phu Quoc. Itulah yg paling ditakutkan sewaktu ke Beijing apatah lagi jika penerbangan transit ke Hong Kong melalui lautan yg luas. Meski 6 jam untuk ke Bejing namun terasa begitu lama terbang di atas laut juga. Doakan keputusan semua selamat namun pihak MAS dilapor sudah menghubungi ahli keluarga mereka spt gambat dilapor Reuters dan Di Facebook MAS sendiri .  
MRM ”A crash, if confirmed, would mark the U.S.-built Boeing 777-200ER airliner’s deadliest incident since entering service 19 years ago.”

Sumber video: 

  • https://www.youtube.com/watch?v=DVHYY5tdkME
  • https://www.youtube.com/watch?v=dRfIec_SRDE


(Reuters) - A Malaysia Airlines flight carrying 227 passengers and 12 crew went missing over the South China Sea on Saturday, presumed crashed, as ships and planes from countries closest to its flight path scoured a large search area for any wreckage.

Vietnamese state media, quoting a senior naval official, had reported that the Boeing 777-200ER flight from Kuala Lumpur to Beijing had crashed off south Vietnam. Malaysia's transport minister later denied any crash scene had been identified.

"We are doing everything in our power to locate the plane.

We are doing everything we can to ensure every possible angle has been addressed," Transport Minister Hishamuddin Hussein told reporters near the Kuala Lumpur International Airport.

"We are looking for accurate information from the Malaysian military. They are waiting for information from the Vietnamese side," he said.

Vietnamese Admiral Ngo Van Phat later qualified his earlier remarks about a crash site having been identified and told Reuters he was referring to a presumed location beneath the plane's flight path, using information supplied by Malaysia.

A crash, if confirmed, would likely mark the U.S.-built Boeing 777-200ER airliner's deadliest incident since entering service 19 years ago.

The plane disappeared without giving a distress signal - a chilling echo of an Air France flight that crashed into the South Atlantic on June 1, 2009, killing all 228 people on board. It vanished for hours before wreckage was found.

Search and rescue vessels from the Malaysian maritime enforcement agency reached the area where the plane last made contact at about 4.30 p.m. Singapore time (0830 GMT) but saw no immediate sign of wreckage, a Malaysian Maritime Enforcement Agency told Reuters.

Jumaat, 7 Mac 2014

Artis sokong bontot Saiful hina Kapal Terbang MAS yang hilang

Apa la nak jadi dengan Zed Zaidi..???

Sejak semalam jadi bertengkek-tengkek banggang dalam bertweeter...

Zed Zaidi boleh buat lawak bodoh dalam perkara serius..???
Apa punya bahlol artis berfahaman UMNO Munafiqkun ini...???

Pandai pula delete posting lawak menghina....hahaha....
Haaa...dah kena hentam pandai pula minta maaf...
Oooo...patut la...Zed Zaidi nak cari publisiti murahan..esok tentu geng rancangan Melodi pegi terjah dia...dapat la publisiti sikit...hahaha...
Baca Tweet Zed Zaidi sokong bontot Saiful [ Disini ]

Sungguh Penting Bontot Saiful Bukhari

Sejujurnya.

Mana2 perempuan memang tak boleh terima Saiful takde kudrat nak lawan Anwar ketika diliwat. Siyes. Mana2 perempuan memang tahu sangat kalau2 ada orang nak rogol mereka, mereka pasti sedaya upaya lakukan macam2 perkara untuk memastikan perkara itu tidak terjadi. Macam kes seorang remaja sanggup terjun dari kereta selamatkan diri dari dirogol. 

Dan, sejujurnya, pada BN kes bon*o* Saiful lebih penting dari masalah negara agaknya.

8 kes yang membabitkan penyelewengan kakitangan kerajaan seperti yang didedahkan oleh audit negara tahun 2013 dipulangkan semula kepada SPRM oleh pejabat peguam negara. Tak boleh dakwa atas alasan takde bukti katanya.

Kes NFC, tak didakwa. Takde bukti penipuan katanya.

Kes PKFZ, dakwa tapi semua pesalah terlepas dan kerajaan memutuskan untuk tidak lakukan rayuan semula katanya.

Macam2 kes daripada kes kecil2 hinggala kepada kes besar2 termasukla kes bumbung runtuh di Terengganu.

Kes2 yang membabitkan penyelewengan dan rasuah.

Apa tindakan kerajaan? Kalau tak siasat, dia sokong. Kalau tak sokong, dia dakwa alah kadar, lepas dakwa seketika tetiba lepas. Kalau bersalah pun penjara setahun. Tapi itupun entah bila tahun masuk penjara tah (merujuk kepada kes Khir Toyo).

Memang kerajaan buat acuh tak acuh aje melayan kes2 penyelewengan. Tapi bila babitkan kes bontot si Saiful, usah kata rayu berkali2, bahkan benda takde bukti pun dorang sanggup dakwa sebagai kes. Nak tahu apa bukti kukuh yang mengatakan Anwar meliwat Saiful?

Saiful sebagai saksi.
Saiful sebagai mangsa.

Saiful sebagai saksi bagitau polis dia sebagai mangsa liwat.

Maksudnya hanya bersandarkan kepada keterangan Saiful semata2 kes ini berjalan di mahkamah. Dan entah macam mana, tetiba kerajaan Malaysia = kakitangan kerajaan = pendakwaraya dan polis tetiba mewakili dan menyebelahi Saiful tak semena2.

Ada logik ka?

Kalau motor ko hilang kena curi, ko tahu sapa curi, g balai report, ko sebagai saksi, sebagai mangsa, ko rasa polis nak heran dengan kes ko dan buka kertas pendakwaan?

Jawapan dia jangan harap. G MAMPOS LA KAU.

Tapi kes Saiful memang pelik sikit. Bukan saja bukti dan keterangan yang tercatat di mahkamah tersangatlah bodoh bahkan BN baru aje mengambarkan kepada kita yang B*NTOT SAIFUL lebih penting dari menyelesaikan masalah rakyat yang berpunca daripada pentadbiran pemimpin2 BN yang sesetengahnya tidak amanah, tidak jujur, terlibat dalam rasuah dan pelbagai skandal penyelewengan yang membabitkan wang pembayar cukai. Bila dah terlalu banyak songlap dan kerugian sana sini, akhirnya cukai2 baru, kenaikan cukai2 sedia ada, semua dihadapkan ke atas rakyat bagi menutup kepincangan pentadbiran kerajaan sedia ada.

Lue fikirlah sendiri
.


Nukilan- FB Ameno World