Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 dan Anwar Ibrahim

...........
Anwar Ibrahim adalah ikon demokrasi secara meluas popular dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang didakwaan atas tuduhan liwat dilihat oleh ramai rakyat Malaysia sebagai penganiayaan politik. 
 Ahli politik  mengatakan ianya kempen, pencabar utama untuk parti pemerintah Malaysia, (Anwar Ibrahim) adalah mangsa kempen memburuk-burukkan yang sudah lama berjalan dan telah menghadapi tuduhan yang direka-reka. 
Kapten Shah, yang dianggap telah menghadiri perbicaraan dalam jam Putrajaya sebelum terbang, adalah dianggap marah dengan keputusan itu. 
Rakan sekerja telah memberitahu penyiasat juruterbang veteran adalah seorang aktivis sosial yang lantang dan kuat dalam sokongannya terhadap Ibrahim. 
Penyiasat berkata: 'Kami sedang mengkaji teori bahawa kepercayaan politik Zaharie mungkin jadi satu faktor. Terdapat sensitiviti yang besar sekitar ini tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut dibawa kepada perhatian(siasatan) kami. ' 
 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2581817/Doomed-airliner-pilot-political-fanatic-Hours-taking-control-flight-MH370-attended-trial-jailed-opposition-leader-sodomite.html#ixzz2w6J5u4z4
Nota Orangni: Semakin tak tau apa nak cakap,nak komen,nak soal atau nak tanya... sebab macam berskrip pula dilihat semua ini.... adakah #MH370 akan diseret ke isu politik tanahair yang sudah dibusukan oleh UMNO BN sejak sekian lama..??

MH370: Video Helikopter TLDM disaat genting dalam misi mencari pesawat


Video ini dikatakan diambil dari laman sosial Facebook . Video yang menunjukkan sebuah helikopter milik Navy yang ingin mendapat atas sebuah kapal yang dilambung ombak.

Berdasarkan maklumat yang ditulis oleh Page yang mengkongsikan video ini mengatakan video ini dikatakan dirakamkan semasa operasi Mencari Dan Menyelamat Pesawat MH370 .

Sama ada benar atau tidak berkaitan rakaman video ini tidak menjadi persoalan...

Sebelum ini mungkin ramai pikirkan pekerjaan mereka ini senang dan mudah . 

Setelah melihat video dibawah ini apakah yang anda terpikir ? 

Andaikata helikopter tu silap landing dan melambung serta terbalik bagaimana ? 

Andaikata semasa helikopter itu rapat dengan LP (Landing point) tiba-tiba angin kuat..bagaimana..???

Andaikata kapal terbalik..bagaimanakah ?
Oleh itu , janganlah kita memperlekehkan perkerjaan parajurit kita yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan keamanan negara . 

Terima kasih kepada yang bertungkus lumus dalam usaha mencari pesawat MH370, mereka dilokasi misi bukan sibuk seperti kita yang hanya sibuk pasal isu teropong buluh,isu tikar Tok Bomoh UMNO,isu penampor buaya,isu konsert yang melalaikan hingga ada yang mati kerana berhibur atau isu politik. 

Mereka dilokasi misi sedang berusaha memikul amanah yang diberi dan kita wajar mendoakan semoga mereka juga selamat. Semoga pesawat MH370 berjaya ditemui kembali  dan merungkai segala persoalan.....InsyaAllah

MH370: Zambry kena buat kenduri kesyukuran sebab tak jadi ke Beijing..?


Kalau ikut cerita Y ****  dan Y *****i... Umno pangkor kena buat kenduri kesyukuran...sebab 5 individu yg tak jadi naik mh370 adalah zambry kadir...dia batal beberapa hari sebelum kejadian.- whatsapp
Dikatakan Zambry Kadir akan berlepas ke pada tarikh kejadian tersebut atas urusan pelabur...Mmm..kalau tidak kemungkinan akan kosonglah pula kerusi DUN Pangkor.

Nota tumit kaki : Zambry sekarang keseorangan... kawan-kawan dalam UMNO semakin menjauhkan diri...jika benar Zambry salah seorang yang batalkan hasrat naik MH370,rasanya beliau perlu bersyukur.

Jumaat, 14 Mac 2014

Tergempar,,!!! Seluruh UMNO BN kena penampor kaw-kaw

Apa maknanya bila Datuk Shariff Omar menyertai PR..
-maknanya beliau TDK PERCAYA segala tuduhan liwat yg dibuat ke atas dsai..
-maknanya beliau TDK PERCAYA yg pemimpin2 dap p pinang menindas org2 melayu p pinang..
-yg paling penting,maknanya BELIAU SUDAH TIDAK PERCAYA KPD UMNO DAN BN UTK MENTADBIR NEGARA..
Harap2 tok bomoh 1 msia tdk menawarkan penampar kpd datuk krana dah join PR..

DAN
Inilah penampor 'kaw' buat keseluruhan UMNO BN 

MH370: Sultan titah Raja Bomoh UMNO dilupuskan

https://www.facebook.com/sultanmelakaselamanya?fref=ts
Sultan Melaka yang tak rasmi ni pun nak rasa penamparbuaya jugak ke..?
Hahaha...

Saksikan video terkini Raja Bomoh mengaku ahli UMNO: https://www.youtube.com/watch?v=64TCe2rbnV4


Khamis, 13 Mac 2014

MH370: Terbongkar siapa yang minta BOMOH datang KLIA...??

Sila lihat laporan akhbar ini baik², 
Siapa yang mengalu-alukan kedatangan Bomoh untuk mencari #MH370?

Tidak salah dan dialu-alukan....


Klik untuk Saksikan Video bukti jasa & bakti Raja Bomoh kepada UMNO


MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam

Semakin kalut dengan Bomoh Tahyul dan Khurafat ni.... Dunia dok mencari pesawat #MH370 yang masih belum ditemui, mereka nak menyaman pula..
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. 
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini. 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin. 
Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan. 
Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul. 
Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu. 
"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.- Yahoo Malaysia.

Saksikan: MH370: Saksikan Video bukti jasa & bakti Raja Bomoh kepada UMNO

Khurafat dan tahyul: http://tautanrahmat.blogspot.com/2014/03/khurafat-dan-tahyul.html

MH370: Amalan Khurafat dan tahyul bomoh Malaysia dapat perhatian media massa negara Arab

MasyaAllah...masyaAllah...masyaAllah...
 http://www.alarabiya.net/ar/last-page
Perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan kumpulan bomoh tersebut telah memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini. Pelbagai media antarabangsa melapor cerita 'bomoh kartun' di KLIA seakan mengaitkan itu dengan budaya kita. Al-Arabiya ini melaporkan bahawa sihir adalah satu jalan yang diambil oleh rakyat Malaysia dalam kes MH370. Justeru itu Islam melarang karut marut dan tahyul yang membawa kepada syirik, bodoh lagi menjatuhkan nilai diri sebagai manusia berakal. - FB Dr MAZA
 Sumber bacaan berkaitan: Khurafat dan tahyul

Rabu, 12 Mac 2014

Dunia sibuk isu MH370 tapi Hamidah masih sibuk londeh MB Perak


Sekarang ini seluruh rakyat Malaysia berduka dengan tragedi yang masih misteri dengan kehilangan pesawat #MH370yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu. Kejadian ini dapat liputan meluas seluruh dunia.

Nampaknya UMNO Perak masih lagi dunianya sendiri, kisah bertengkar,bergaduh  dengan persoalan dan luahan seorang mantan ADUN Sungai Rapat Dato Hamidah Osman yang mempersoalan di laman FB beliau makin melarat hingga londeh melondeh dikalangan UMNO Perak dan geng Hamidah Osman.

Status yang dimuatnaik pada 6 Mac itu nampaknya menjadi hangat dengan komen-komen hingga sekarang....


Hamidah makin sibuk melondeh satu persatu geng UMNO di Perak yang menjadi musuhnya sekarang. Begitu juga dengan geng MB Zambry Kadir yang juga telah ambil tindakan yang sama. Mereka saling londeh melondeh dan dedah mendedah,ibarat kejadian pesawat #MH370 tidak penting bagi UMNO Perak lagi.
"Ni bukan ayat KB. Ni 'mcm' ayat sorang AJK Bahagian yang teman terserempat dia bawak "isteri simpanan"nya di Resto Nasi Ayam Fauziah hari tu.... hmmm * Sinar Harian hari ni."- Komen Hamidah 

SIAPAKAH AJK BAHAGIAN YANG BAWA ISTERI SIMPANAN YANG DIMAKSUDKAN HAMIDAH..?? 

Ni bukan gambor MB kita ke dgn Raja Bomoh tu? Apa ke heai nya? Dah merata-rata deme post gambor ni... Embarassing ( Memalukan) - komen Hamidah
HAMIDAH MELONDEH MB ZAMBRY KADIR BERKAITAN RAJA BOMOH YANG POPULAR BERKAITAN ISU MH370

Kisah Kecoh Hamidah sebelum ini: UMNO Perak tak ambil tahu #MH370 sebab Zambry Kadir benci sangat kat Hamidah Osman..??


MH370: Bomoh-bomoh akan dikerah bantu cari pesawat oleh Menteri..???

Sebelum ini nelayan-nelayan dikerah oleh Menteri untuk mencari pesawat #MH370, selepas itu muncul isu Raja Bomoh dengan teropong buluh bersama bubu di KLIA dan mengundang macam-macam pandangan,kutuk-kan dan sindirian dengan apa yang berlaku.

Dengan tidak disangka-sangka Menteri UMNO yang pegang folio Agama kata tak salah guna khidmat bomoh...apa punya malang umat Islam negara ini mendapat menteri yang konon-nya jaga kepentingan dan maruah Islam mempertahankan bomoh..jika menteri itu bukan Islam tidak jadi masaalah,tapi Menteri yang bernama Jamil Khir Baharom keluarkan kenyataan begitu..

Apa mungkin juga selepas ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Si Jamil Khir akan keluarkan arahan untuk kerahkan bomoh-bomoh mencari pesawat yang hilang tersebut...
Keratan akhbar: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_18/Tidak-salah-guna-khidmat-bomoh---Jamil-Khir
.................
Lihat apa kata Bekas Mufti dibawah...
Baca link ini untuk lebih jelas: Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah

Selasa, 11 Mac 2014

MH370: Najib Perdana Menteri Malaysia ditinggalkan berdoa sendirian....kemana yang lain..??

....................
KUALA LUMPUR, 11 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpacak berdiri sendirian didewan negara bertafakur ekoran insiden pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...Kemana yang lain..?? 

KAJANG, 11 Mac - Ooo...rupanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan)  mengaminkan bacaan doa sebelum berarak mengiringi Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang yang juga merangkap Naib Presiden MCA, Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (tengah) ke Dewan Perncalonan pada hari penamaan calon PRK DUN N.25 Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Nampanya politik lebih penting dari isu #MH370 ataupun saja mahu tinggalkan Najib sendiri....
Najib kini sendirian.....

MH370: MasyaAllah...Doa Saudara baru Islam dipedalaman dimakmulkan semalam

Subahanallah...
"hujan turun selebat-lebatnya sebaik mereka berdoa di dalam sujud yang panjang, setelah hampir sebulan tiada hujan lebat di sana,
Mereka yang baru Islam dan bersih dari dosa ini turut mendoakan secara khusus penemuan dan keselamatan para penumpang MH370. Mudah-mudahan esok akan ada berita baik buat kita. Amin."- FB Ust Mohd Fadli Yusof  (Kembara Syahadah: 
http://syahadah.dakwah.org/ )
Sekiranya saudara baru kita (Islam) boleh bersujud (Solat) dan menadah tangan berdoa secara khusus supaya #MH370 ditemui dan semua penumpang dan anak kapal selamat...mengapa kita yang telah lama mengaku Islam tidak boleh bersujud dan berdoa sama...

Berdoalah...

Waktu-waktu dan Tempat-tempat Doa Mustajab

MH370: Shabery Cheek sila dengar cakap Ust Kazim


Nak ngajar pun susah hati, teringat kat MH370.. Rasa rapat sgt2 dgn pesawat.. Baru je balik dr Turki, berjam2 atas udara pastu ke Singapura pulak..26hb ni ada lg pgram di Mekah dan Jeddah..Teringat macamana keadaan dlm pesawat, masa makan, masa tidur, ke tandas, cari tempat duduk, pramugari, pilot, isyarat tali kaledar.. Mcmana la keadaan semua penumpang..? Dok terbayang, kalau lah aku dlm pesawat tu, bagaimana ye?Sbb tu tolonglah jgn buat lawak bodoh atau buat ulasan tak munasabah yg boleh meresahkan lg keluarga mereka... Apa pun balik lah semula kepada Allah.. Sy syorkan pd semua stesen tv n radio pasangkan ayat2 suci Al Quran, hentikan semua pgram lagha..teruskan solat hajat di semua peringkat..Inilah kekuasaan Allah, semoga kita mengambil iktibar.. Ya Allah hanya padaMu kami mengharap.. Selamatkan MH370 Amin....- FB Ustaz Kazim Elias
Ust Mohd Kazim Elias seorang penceramah bebas dalam status FB  menyuarakan supaya TV dan radio siarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan berhenti dari siarankan rancangan yang lagha ( melalaikan).

Bagus juga pandangan Kazim ni...tapi saranan baik Kazim ni sampai atau didengar oleh menteri yang menjaga TV dan Radio tak..?  Ahmad Shabery Cheek dengar tak..??? 
Ahmad Shabery Cheek (Menteri di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia) dan Mohd Kazim
Sebab kalau dilihat pada intisari rancangan yang dikeluarkan sejak kejadian #MH370 hilang tiada sebarang perubahan pun...hiburan menjadi hidangan utama siaran TV. Kalau korang tak percaya sila tengok kat [SINI] (intisari rancangan TV Malaysia).
Sebelum ini Kazim ada ditawarkan jawatan Majlis Tertinggi UMNO..tapi beliau tolak. Mmm..kalau Kazim jadi MT dulu bukankah bagus juga...boleh juga dia nasihatkan menteri-menteri UMNO yang dungu dari dalam...setakat Ust Kazim bersuara dari FB nak suruh TV dan radio siarakan bacaan Al-Quran dan tidak siarkan rancangan yang melalaikan...kirim salamlah nak diikut...malah puak menteri UMNO nak dengar pun mereka rasa geli lubang telinga.....hahaha....

MH370 : Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP teruk dibelasah dan disindir ..?

Mmmmm...Dah elok dah media massa mewar-warkan supaya setiap masjid diseluruh negara melaksanakan solat hajat...tiba-tiba nak berbomoh pula...!!

Sekarang dilaman-laman sosial seperti facebook ramai yang mengkritik amalan khurafat tersebut,macam-macam jenis sindiran membelasah Raja Bomoh...hahaha....

Berikut sebahagian gambar-gambar sindiran terhadap Raja Bomoh:
Dr Maza turun menegur..
....................
Muncul di KLIA petang semalam yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin. Difahamkan dijemput seorang pegawai tertinggi negara, lapor Bernama.
Dilaporkan berpengalaman lebih 50 tahun. Dengan upacara yang dilakukan selama 30 minit, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing bla..bla..bla....

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi bla..bla...bla..

Kemudian... 
Upacara ritual dengan menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit..
Bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian,kata tok bomoh tersebut. 
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin. 
"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
 Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT, kata lagi. 
Sebelum ini Ibrahim mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Isnin, 10 Mac 2014

Artis kata Najib bodoh kerana ayam RM1 se-ekor

Tweet dari Azwan Ali " Apalah malang nasib aku dapat PM bodoh #AyamSinggit"



Dikala rakyat berbicara #MH370 
Najib riuh mencanang #Ayam1RM sekor...!!??

#MH370 : Kenapa Saya Hairan....

Berlaku sesuatu isu,baik yang isu kecil atau isu yang besar,dizaman sekarang orang banyak nak tahu,banyak persoalan atau banyak nak ditanya dengan sesuatu isu... 

Kerajaan harus ingat sekarang 2014 bukan tahun 1914. Perpatah sekarang mengatakan  "Maklumat hanya dihujung jari" so tak perlulah berahsia teramat sangat dalam perkara yang tak perlu dirahsiakan,kelak ianya akan memalukan negara balik...

Persoalan demi persoalan mulai timbul berkaitan pesawat #MH370 yang dilaporkan hilang dah masuk hari ke-3 dan pihak-pihak media seluruh dunia sudah tahu kejadian ini,cuma keadaan atau situasi sebenar yang masih menjadi tanda tanya, apabila ada tanda tanya..maka wajar diperjelaskan tapi jika tiada penjelasan dan jawapan maka akan timbul rasa "Hairan"

Orangni kongsikan  26 rasa hairan dalam kejadian berkaitan...
( Rasa hairan...bukan spekulasi...hahaha...)
Saya rasa hairan : 
(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia. 
(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak. 
(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa. 
(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa. 
(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik. 
(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula. 
(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy). 
(8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand 
(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti? 
(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passpo rt curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah. 
(11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke. 
(12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari. 
(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan. 
(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa. 
(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat. 
(16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula). 
(18) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini ha ntar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join. 
(19) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency. 
(20) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke? 
(21) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport. 
(22) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana. 
(23) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan? 
(24) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc. 
(25) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make "sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some can be not, and it depends how different our "sel-sel otak berhubung". 
(26) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do.
Wallahu'alam.. 
Via Whatsapp 
Info bergambar yang menghairankan.. 
Mengapa kemungkinan Juruterbang membunuh diri di paparkan dalam akhbar yang dipercayai Utusan Malaysia..??
Tidak-kah ini mengundang spekulasi kepada waris mangsa...??

Ahad, 9 Mac 2014

Kecoh..!!! UMNO Perak tak ambil tahu #MH370 sebab Zambry Kadir benci sangat kat Hamidah Osman..??


Dikala sekarang ini seluruh rakyat Malaysia berduka dengan tragedi yang masih misteri dengan kehilangan pesawat #MH370 yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu.
Nampaknya UMNO Perak dengan dunianya sendiri, mereka tak minat pasal #MH370..sebaliknya mereka lebih suka bertengkar,bergaduh  dengan persoalan dan luahan seorang mantan ADUN Sungai Rapat Dato Hamidah Osman yang mempersoalan di laman FB beliau. 

Hamidah hairan kenapa MB Zambry Kadir tersangat benci kepadanya dan apa dosa-nya kat Zambry.... satu luahan dan soalan yang Orangni sendiri tak boleh jawap...hahaha...

Status yang dimuatnaik pada 6 Mac itu nampaknya menjadi hangat dengan komen-komen hingga sekarang....hingga berlaku tuduh menuduh,sindir menyindir dan hentam menghentam sesama sendiri dan paling bestnya...depa turut membalun Zambry Kadir....Habis adik,abang dan kakak riuh rendah bertengkar...
Ambik Kau...UMNO hentam MB dari UMNO sendiri....hahahaha...

"Sy x faham kenapa MB Perak benci sgt kat sy... Apa dosa sy kat dia??" - Status FB Hamidah Osman.
UMNO Perak dah tak ambil tahu kejadian #MH370...mereka sekarang sibuk bergaduh sesama sendiri...hahaha...


MH370 : Dunia bercerita mengenainya...

Boleh dikatakan mejoriti media massa dari laman cetak dan laman web hari ini mengisi ruang tajuk utama mengenai Penerbangan MH370 MAS, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu.
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
 
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead' 
Turut menjadikan insiden sebagai laporan muka depan ialah The New York Times dengan tajuk 'Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239', manakala laporan Washington Post pula bertajuk 'Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet' 
Laporan muka depan Beijing Bulletin pula menggunakan 'Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight' sebagai tajuk. 
Tidak ketinggalan akhbar Chicago Tribune yang memaparkan laporan muka depan bertajuk 'Malaysian Airlines Says Fearing the Worst for Missing Jet'. 
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China. - BERNAMA

...................
Tahniah dan syabas kepada mereka yang menyiapkan hasil seni grafiti dan ini lah mesej semua warga Taiping Perak kepada penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat #MH370