Selasa, 18 Mac 2014

MH370: Video Terkini..!! Raja bomoh buat ritual di dalam kebun pulak dah....

-----------------
Sebelum ni Raja BOmoh buat ritual kat KLIA,dengan aksi teropong buluh dan bubu kemudian disusuli pula adengan tikar terbang....setelah kecoh dikutuk dari dalam dan luar negara...Raja Bomoh buat pula ritual di Teluk Intan beberapa hari lepas...


Nah...yang terbaru video rakaman yang bertajuk Raja Bomoh buat ritual dalam kebun kelapa sawit...siapa naik traktor pula tu...hahaha... 



** Nota Orangni: Kretif betul yang buat ritual dengan traktor dalam kebun kelapa sawit...tapi janganlah sampai memberhayakan diri...sebab Si Drebar tu siap letak kedua-dua kakinya atas streering...bahaya tu Bro... kang silap landing buruk padahnya....hahaha...

MH370: Hilang lagi..!!! Kali ini 4 pelajar di Perak


MasyaAllah...Disaat rakyat di Malaysia masih memikirkan tentang Pesawat MH370 yang sudah lebih seminggu hilang,hari ini rakyat Perak digemparkan dengan kehilangan 4 pelajar....
Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang, dikhuatiri sesat ketika menuruni Gunung Bubu, Ulu Kenas di Kuala Kangsar, dalam kejadian petang semalam. 
Mereka ialah Muhammad Putera Rafii, Adam Asraf Azman, Muhammad Amir Asyraff dan Siti Azimah Mohd Fitri yang kesemuanya berusia 17 tahun, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus. 
"Guru pengiring membuat laporan mengenai kehilangan tersebut setelah menyedari mangsa tidak dapat dikesan sejak pukul 2.30 petang semalam," katanya hari ini. 
Mereka merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru. 
Ismail berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk pada 11.35 malam tadi. 
Operasi bersambung semula pada 7 pagi tadi membabitkan 114 orang termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, polis dan orang awam. 
Sehingga pukul 3 petang ini operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemukan keempat-empat pelajar terbabit. – Bernama, 17 Mac, 2014.
Doakan semoga 4 pelajar Kolej Vokasional K. Kangsar yang hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas, Daerah Manong, Perak ditemui semula. 
3 pelajar lelaki dan seorang perempuan itu mendaki bersama 20 rakan dalam ekspedisi memanjat gunung dan didapati hilang berhampiran Sg. Gading. 
Turut membantu dalam operasi mencari ini adalah Jabatan Amal Perak. 
Tuan Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas Perak turut berada di lokasi pencarian.
Mereka telah hilang lebih 24 jam yg lalu
.

Ahad, 16 Mac 2014

MH370: Amerika Syarikat kaitkan dengan serangan 11 September..??


WASHINGTON - Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Strobe Talbott mendakwa kehilangan pesawat MH370 yang disyaki angkara pengganas mungkin akan untuk melakukan serangan menyerupai 9 September di India.


Berikut adalah  dakwaannya menerusi Twitter, semalam:
 

‘Misteri pesawat Malaysia: Faktor arah, kapasiti minyak menjurus kepada rampasan pesawat, perampas mungkin merancang melakukan serangan menyerupai 9 September di India’.



Beliau berkata, pesawat itu mungkin terhempas seperti rampasan pesawat UA 93 pada 2001.



Terdahulu, beliau menjelaskan menerusi tweet bahawa terdapat spekulasi pesawat itu mungkin terhempas dalam perjalanan ke India seperti berlaku pada pesawat UA93.

Pesawat UA93 dirampas di Pennsylvania dengan kesemua 44 anak kapal dibunuh dan dua hari kemudian dua lagi pesawat dirampas sebelum melanggar Pusat Dagangan Dunia. - Times of India
Nota Orangni: 
 “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat : ayat 6
Amerika dan Yahudi ni mmg berniat jahat dan perosak bumi ... dah makin jelas permainannya.

MH370: Cuti Kapten Zaharie ditarik menjadi tanda tanya


 Zulimran Nasution Abdullah Omar
BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu. 
Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun? 
Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya 
Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?
Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? 
Pihak atasan itu siapa? 
Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak? 
Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan. 
Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac. 
Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam? 
Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.
Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan. 
Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini. 
Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam. 
Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. 

-sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381766925296685&set=a.108408709299176.9407.100003901426962&type=1