Khamis, 8 Mei 2014

UMNO Taiping bagi Najib naik lif rosak di bangunan baru UMNO Taiping

8 Mei 2014: PM Najib yang juga Presiden UMNO telah  terpaksa mengunakan tangga untuk naik ke tingkap 3 dalam perasmian bagunan baru yang dinamakan Rumah UMNO Taiping hari ini (Gambar dibawah). Khabarnya hanya 70% saja siap...dah nak dirasmikan.

Bangunan baru ini nama saja baru tapi lif-nya dah rosak, dalam kejadian tersebut lif yang dinaiki Najib dikatakan sangkut-sangkut,naik separuh dan turun semula ke-aras bawah.

Menyebabkan Najib yang baru saja rasmi bangunan terpaksa menapak naik tangga hingga ke aras 3.

Kejadian ini dikatakan amat memalukan UMNO Taiping.

Apa tidaknya....sudahlah kehadiran tak ramai menyambut Najib di Taiping dan ditambah pula dengan kejadian Lif rosak dibangunan yang baru di-rasmi Najib sendiri.

Semalam 7 mei  bandar Taiping dilanda ribut menyebabkan banyak pokok tumbang,kenderaan rosak dan satu mangsa meninggal dunia kerana rumah dihempap pokok.

Hari ini (8 mei) UMNO Taiping dimalukan dengan kejadian Lif rosak untuk PM.

Rabu, 7 Mei 2014

Update: Sebelum Najib Datang Taiping esok UMNO BN Taiping Runtuh dan Terbalik Dalam Ribut [ 11 Gambar ]

8 Mei 2014: Najib datang Taiping untuk rasmi rumah UMNO Taiping
Persiapan gila UMNO Taiping... Jalan di paku dengan papan untuk laluan Najib kepentas utama esok 8 Mei 2014...
.........................
Ini kejadian 7 Mei 2014
Sehari sebelum lawatan Najib ke Taiping...
Gerai buah dihadapan Pasarayaku berhampiran Pump minyak Petronas musnah dilanda ribut
Banyak kedai rosak kerana bumbung runtuh dipukul angin kencang
Banyak pokok tumbang
Gerai kawasan tapak pasar malam Kemunting Taiping rosak teruk dipukul angin kencang
Pokok tumbang dan mengenai litar elektrik
Banyak kereta rosak dihempap pokok
Salah sebuah kereta rosak teruk dalam ribut di Taiping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas rumahnya di No 64, Batu 4 Kamunting ditimpa pokok yang tumbang kira-kira jam 3 petang tadi. Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berkata, mangsa yang terperangkap dalam rumah ditemu dan tersepit di atas katil dan bawah kerangka tingkap. - Gambar dari FB TZ
Papan tanda BN dan kontena UMNO Kemunting tumbang dan terbalik dipukul angin ribut hari ini 7 mei sebelum 8 mei untuk menyambut kedatangan Najib.


Info berkaitan ribut sebelum ini (10 Gambar) : http://orangni.blogspot.com/2014/05/pokok-tumbang.html

**  8 Mei 2014 : Adakah esok Najib akan datang Taiping sekadar nak rasmi bangunan baru UMNO Taiping atau  mungkin akan ke Tesco Taiping untuk jualan ayam se-ekor Seringgit...???? Sama-sama warga Taiping nantikan....

TERKINI:Kemunting Taiping Dipukul Angin Ribut Pokok Besar Tumbang dan Kontena YB Zahir Terbalik [Gambar]

5 Mei : Kemunting Taiping, dalam jam 3:30ptg hujan lebat serta angin kencang telah menumbangkan sebatang pokok besar berhampiran lampu isyarat Kemunting (tak jauhProdua dan KFC Kemunting)
Dilaporkan beberapa buah kenderaan rosak teruk dihempap pokok tersebut dan tiada laporan kecederaan dilaporan. 
Pihak BOMBA telah bergegas ketempat kejadian untuk menyelamat serta mengalihkan pokok tersebut yang menghalang kenderaan,kerana jalan tersebut adalah laluan utama dari TOL Kemunting ke pekan Kemunting dan Taiping. 
Gambar: spy Orangni.

** Menurut maklumat kontena yang dihadapan pejabat YB Zahir (Pejabat Belia 4B) juga turut terbalik dalam kejadian hujan dan ribut tersebut.. (Gambar belum diterima untuk dipaparkan)

Selasa, 6 Mei 2014

Rosmah Mansor Tak Bertudung Di Bawah Lindungan Kaabah [ Gambar ]

28/4/2014: Rosmah tiba di Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur
Rosmah datang nak melancarkan teater Di Bawah Lindungan Kaabah
Kalau Rosmah tak datang..maka tak lancar kot...hahaha...
Rosmah sedang melancarkan teater Di Bawah Lindungan Jambul...eh..silap Lindungan Kaabah
Khabarnya Rosmah juga penaung kepada teater Dibawah Lindungan Jambul...eh..silap lagi... Lindungan Kaabah..
Sessi bergambar: Tajuk Teater "Di Bawah Lindungan Kaabah" dah cukup cantik.... Tapi kaabah manakah yang di naungi Rosmah..???
Korang fikir-fikirkan...
...........................
*Jika muslimat bertudung labuh menyertai demo bantah GST 1 Mei baru-baru ini digelar pelacur oleh Ulama UMNO.....apa pula sewajarnya dengan perkara diatas...mohon Ustaz,Ulama atau pakar ilmu ugama UMNO jelaskan....




Isnin, 5 Mei 2014

Video : Taib Mahmud Tiba Polis Rebah


KUCHING, 5 Mei -- Ketibaan Taib Mahmud dan  Ragad Kurdi disambut dengan kejadian seorang anggota kawalan kehormat (Polis) pengsan ketika pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Isnin.

Petugas media serta anggota polis membantu mengangkat  anggota kawalan kehormat yang pengsan tersebut.

Video: 
Aszfia Haris

Dalam kenangan : BN meninggal dunia

5 Mei 2014 -- Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. - BH 

......................
Pada 4 Jun 2013: Pelakon komedi era 1950-an seniman S Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi ini.
Allahyarham meninggal dunia pada 10.56 pagi di kediamannya di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura, kata anaknya Noredah.
......................
Kedua-dua pelakon lagenda negara ini pernah memenggang watak sebagai Badan dan Nyawa dalam filem "Nujum Pa'Blalang".
http://www.youtube.com/watch?v=BQBIwfiVXFk
Orangni mengucapkan takziah kepada keluarga seniman negara, Datuk Aziz Satar yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2 pagi tadi.

Ahad, 4 Mei 2014

GST : 2015 Ini yang perlu rakyat ingat

Klik gambar untuk jelas dan lebih faham maksud GST yang dibanggakan oleh UMNO Munafikun
GST: Banyak harga barang turun,orang kaya saja kena,orang miskin tak kena GST,harga minyak turun,harga ayam turun...bla..bla,,,bla...bla...
Harap korang semua ingat....kalau tak ingat,sah korang sama spises dengan Tun Syaitan Yang Dikenali yang suka lupa....hahaha....