Sabtu, 14 Jun 2014

TERKINI: Kereta Terbakar atas flyover Kemunting Taiping [Video dan Gambar]

14 June 2014





Sebentar tadi diatas flyover Kamunting Taiping berhampiran pasaraya Econsave,menurut maklumat sebuah kereta proton waja warna merah terbakar.Kejadian berlaku dalam jam 1:40petang...

Punca kejadian dan keadaan mangsa tidak di ketahui.

Orangni mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat...

Jumaat, 13 Jun 2014

Selamat Hari Ayah: Ayah! Kau Inspirasi [ Video ]

 Ayah! Kau Inspirasi 
Lirik dan lagu: Ust Huri Alias
Album: Inilah Jalanku

Ibu Timbus Anak Dalam Lubang Selepas Menyusu [ Video ]

Video ini hanya sekadar untuk kita berfikir tentang keunik-kan dan kebesaran ciptaan Allah yang Maha Agung.

UMNO dari Celaka kini menjadi Sial

Sendiri usul dan sendiri tarik balik usul....
Inilah punca-nya.... dari celaka kini UMNO bertambah sial kerana ikut telunjuk MCA dan GERAKAN..

Khamis, 12 Jun 2014

LV Akan Jadi Kucing Di-Raja

13 Jun 2014, Khamis :-
Ini adalah kucing jantan yang diberi nama Louis Vuitton atau LV dari spesis "Maine Coon" yang bentuknya agak besar dan panjang daripada kucing biasa. LV akan menjadi Kucing Diraja apabila dia diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun pada hari Sabtu ini nanti. 

LV akan dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah sebagai cenderahati istemewa daripada Kelab Kucing Malaysia dan Perbadanan Putrajaya sewaktu Tuanku merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) pada 14 Jun 2014.
Menurut En Khalid Rashid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia, LV dibawa masuk ke Malaysia daripada Republik Estonia pada September 2003.  LV dijaga sendiri oleh En Khalid bagi memastikan iannya sihat dan tidak berpenyakit sebelum dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Bertuah LV dapat menjadi Kucing Diraja.

Kucing ini dipanggil Maine Coon kerana iannya mula ditemui di Pantai Timur Maine, Amerika Utara manakala Coon berasal dari raccoon. Main Coon  merupakan kucing baka besar dan ada kucing jantan yang beratnya mencecah hingga 10kg. Asal usul kucing ini tidak diketahui tetapi ada cerita dongeng mengenai kehadirannya di Amerika. 

Dikatakan Queen Marie Antoinette dari Perancis dalam cubaannya melarikan diri dari hukuman bunuh telah meminta bantuan Captain Samuel Clough untuk melarikan diri menggunakan kapal layar. Baginda telah meletakkan  harta-harta baginda kedalam kapal berkenaan termasuklah kucing berbulu panjang.  

Walau bagaimanapun baginda gagal dalam cubaan melarikan diri  dan kapal berkenaan telah selamat sampai ke Wiscasset, Maine, Amerika termasuklah kucing-kucing tersebut.   Harga kucing ini agak mahal dipasaran iaitu RM1,000.00 hingga RM5,500.00 seekor.

FLORIA Putrajaya 2014 akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dan dibuka untuk kunjungan orang ramai mulai jam 09:00hrs hingga 20:30hrs dari hari Isnin hingga Khamis manakala dari hari Jumaat hingga Ahad iannya dibuka bermula jam 09:00hrs hingga jam 00:00hrs. 

Bayaran RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak manakala bagi murid  atau pelajar yang memakai pakaian seragan sekolah, masuk adalah percuma. 

Video Menyayat Hati: DBKL Roboh Rumah Penduduk Kg Chubadak Tambahan


MALAPETAKA BUAT RAKYAT!!!!!!

Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL.
 

Dikhabarkan ada 50 keluarga di sana dan mendapat info Khamis i
ni lebih banyak rumah akan menyembah bumi sedangkan kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tetapi pihak  DBKL tetap berkeras merobohkannya dengan menguna bulldozer tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.


Dalam mengejar pembangunan serta kemodenan, kita seakan melupakan kampung tradisi kaum Melayu yang semakin berkurangan.

Ini kerana, kebanyakan kampung-kampung tersebut telah dibangunkan oleh kerajaan mahupun pemaju.

Usaha memajukan sesebuah kampung yang daif dilihat amat baik namun sekiranya identiti tradisi kampung Melayu terhakis, ia pasti memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Bersandarkan kepada prinsip mahu mempertahankan identiti kampung Melayu tradisi inilah yang menyebabkan kira-kira 160 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur berusaha selama 12 tahun memperjuangkan nasib kampung mereka yang kini hanya tinggal sekangkang kera akibat dihimpit pembangunan di sekelilingnya.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.

Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.

Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Penduduk mendakwa, pemaju telah membina pagar berdekatan jalan utama ke kampung tersebut sehingga empat buah rumah penduduk telah dirobohkan.

Oleh itu, maka terjadinya pertelingkahan di antara pemaju dengan penduduk yang masih belum ada kesudahannya sehingga kini.

Difahamkan, penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan itu seawal tahun 1980-an.

Namun pada pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Natijahnya, bagi mempertahankan kampung mereka, ramai di kalangan penduduknya pernah bermalam di lokap gara-gara mengadakan perhimpunan bagi menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Sebahagian daripada penduduk pula menerima tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Sebelum ini telah beberapa kali penduduk membuat bantahan kepada DBKL namun tiada tindakan yang diambil memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana tanah berkenaan adalah hak pemaju.

Yang menjadi kemusykilan ialah bagaimana tanah kampung itu dijual kepada pemaju tanpa diiklankan serta di luar pengetahuan penduduk yang menjadi pewaris kepada tanah tersebut.

Penduduk kampung bukanlah menolak pembangunan yang hendak diadakan namun mengapa mereka menggunakan cara yang kasar begini... pendapat dan pandangan mereka langsung tidak diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

Jika benar sekalipun di luar bidang kuasa DBKL, tidak bolehkah DBKL membantu mereka untuk memperjelaskan masalah tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja untuk penempatan.

Mereka bukan setinggan ... mereka adalah pewaris kepada tanah peneroka-peneroka bekas lombong ini dan mereka memerlukan keprihatinan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk perkampungan Melayu ini.

Lebih menyedihkan, DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 bersama-sama lima buah kampung lagi.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Mereka cukup hairan mengapa kampung-kampung ini dikatakan setinggan setelah nenek moyang mereka yang meneroka kampung ini satu masa dahulu.

Keadaan di kampung tersebut menjadi kucar-kacir sejak beberapa tahun dahulu apabila pihak pemaju mula menutup dan mengubah laluan utama untuk masuk keluar ke kampung berkenaan tanpa membuat sebarang makluman.... jalan tersebut ditutup bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Berang dengan tindakan tersebut, penduduk beberapa kali mencabut pagar-pagar yang didirikan menyebabkan pemaju 'kepanasan' sehinggakan terpaksa melibatkan campur tangan polis bagi menyelesaikan isu tersebut.

Malangnya, ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan penahanan penduduk kampung walaupun pada awalnya hanyalah niat untuk mengadakan perbincangan sahaja.

Kalau tidak silap, para penduduk sudah beberapa kali terpaksa berdepan dengan insiden di mana ramai penduduk kampung ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kerana kesalahan kacau ganggu pemaju.

Namun apa yang membanggakan ialah penduduk kampung ini tidak kisah bermalam di lokap demi memperjuangkan nasib tanah mereka dilahirkan seperti mana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dahulu.

Para penduduk amat berharap, kerajaan yang didokong mereka dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini demi kepentingan hak orang Melayu yang menetap di kampung ini, namun hampa sahaja .. harapan tetap tinggal harapan.

Keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa mereka mempunyai ekuiti ke atas tanah kampung ini, yang membezakan antara kami dengan penduduk setinggan," ujarnya.

Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya.

Oleh itu, ada baiknya penduduk, DBKL serta pemaju duduk berbincang bersama-sama bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Paling utama pertimbangan wajar harus diambil sebagai tanda mereka selama ini menyokong tegar UMNO/BN setiap kali PRU tiba.

Rabu, 11 Jun 2014

Gambar Pelajar di Suap Kek Busuk dan Jijik Pada Hari Guru

Sekadar hiasan
Kalau isu panas berkaitan makanan yang lalu iaitu Bihun Cap Masjid diproses dengan cara yang menjijik-kan mendapat perhatian luas di media laman sosial dan seterusnya menyebabkan pihak JAKIM pun bertindak sepantas kilat keatas kilang yang dimaksudkan....

Kali Ini Orangni nak dedahkan pula pasal seorang pelajar sebuah sekolah di Kuala Nerang Kedah disuap dengan sepotong kek yang berlogo UMNO dihadapan para guru pada hari guru yang lepas oleh Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir. 

So..kejadian ni korang tak perlulah bagi tau JAKIM...ianya sekadar pengetahuan saja...hahaha...

Bukankah UMNO itu sudah disahkan busuk hingga ke usus oleh Tun Mahathir..??

Bukan ada saranan baru-baru ini yang guru-guru ditegah berpolitik konon-nya ianya satu gejala yang tidak sihat..???
Lihat Gambar dibawah: Kek atas meja tu ada nampak kek berlogo busuk dan jijik tak..???
"Yang UMNO Tua dah bahlol, Yang Muda perkuda,Yang Guru turut di perkuda juga"
MUKHRIZ  Menyuap sepotong kek jijik kepada seorang pelajar dan disaksikan guru-guru di sambutan Hari Guru baru-baru ini di Kuala Nerang.
 

UMNO Bangsat memang jijik...!!!!!
ini anilisis Tun Mahathir.....

Selasa, 10 Jun 2014

Inikah wajah Tokey pemilik kilang bihun yang jijik..????

Bihun yang diproses secara jijik dan kotor itu  Bihun Istimewa  berlambang masjid tidak mendapat  tanda HALAL Jakim.Syarikat Van Loong Bee Goon Sdn Bhd telah  menggunakan tanda logo halal yang bukan dikeluarkan JAKIM.Syarikat itu  melanggar Akta Perihal Dagangan 2011,Perintah Perihal Dagangan(perakuan dan penandaan halal)


Bahagian Dakwah, JAKIM dalam FB-nya telah mengucapkan 
Terima kasih kepada semua pihak demi membanteras peniaga yang tidak bertanggungjawab ini.

Kilang Bihun Cap Masjid telah diarah tutup. Jangan lah cuma diarah tutup je, ambil lah tindakan kerana mengunakan logo halal sesuka hati dan yang penting ialah pengajaran kepada semua yang mencemarkan logo atau gambar Masjid yang menjadi kebanggaan orang Islam..

Satu lagi Orangni berharap JAKIM turun padang sendiri sebelum aduan dibuat... nanti orang akan nampak yang pihak JAKIM tak serius dalam soal halal haram ni... ada aduan ada tindakan, takde aduan takdelah tindakan,udah macam paku dan penukul... 

Kalau tak cukup kakitangan... mintak tambahan... ada satu sistem satu kawasan satu penguatkuasa... rasanya takkan sampai beratus ribu orang kot kakitangan diperlukan... boleh tubuhkan sukarelawan JAKIM.

Pusat aduan boleh tumpukan kat masjid2 ataupun surau2... takkan pihak atasan JAKIM tak kreatif langsung??? Kata ada degree???.

Kalau pihak Polis,JPJ,JAS,KASTAM dan sebagainya boleh bergerak buat sekatan jalan raya,geledah sana sini untu cari kesalahan dimana-mana lokasi demi kebaikan rakyat konon-nya...mengapa JAKIM tak boleh..?? Kalau alasan kurang kuasa....mintalah kuasa demi rakyat khususnya umat Islam dinegara ini..
*** Agaknya...anak panah merah dalam gambar diatas tu Tokey Kilang Bihun yang menjijikkan...

Isnin, 9 Jun 2014

Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!! [ 13 Gambar ]













Agak2 ada tak bihun cap masjid ni kat rumah korang.???
Kalau ada mintak tolong buang la... ayam itik pun tak lalu nak makan. 
Pegawai2 JAKIM dah lama dah arwah...

Sumber FB- Aim Man 

Akhirnya Program Maksiat Carnival Nite Out Tambun Perak hanya di TANGGUH

Atas desakan dari rakyat....akhirnya program ini ditangguh....
Bukankah elok kalau diharamkan terus...hahaha...

Kisah panas berkaitan sebelum ini:

Ahad, 8 Jun 2014

GST tidak mungkin dapat dilaksanakan pada April 2015 - Pendedahan Pegawai Kastam

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengkaji senarai akhir barangan yang akan berkadar sifar dan dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Walau bagaimanapun, desakan oleh beberapa ahli akademik agar kajian penuh dan fasa ujian untuk GST sebelum tarikh akhir iaitu pada April 1, 2015, kelihatan sangat tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Penolong Pengarah Kastam, Chin Jek Bin berkata Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk menambah beberapa lagi item pada senarai semasa barangan dan perkhidmatan yang tidak kenakan GST.

"Kementerian akan mengkaji semula. Mungkin beberapa (akan dipinda). Tetapi tidak semua," Chin berkata kepada pemberita di Taklimat GST yang dianjurkan oleh Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan pada Ahad.

Buat masa ini, barangan keperluan seperti makanan segar, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan, utiliti dan yuran pendidikan umumnya berkadar sifar. Ini bermakna tiada GST akan dikenakan ke atas barangan tersebut.

Ditanya jika barangan dan perkhidmatan amnya akan lebih mahal atau lebih murah selepas GST, Chin enggan mengulas lanjut dan berkata, "Saya tidak mahu menjawab soalan itu."- Astroawani.com