Sabtu, 21 Jun 2014

Baju Raya Jenama Najib hanya RM2

Hari ni Orangni jalan Memory Lane Ipoh (gambar 1). Dah lama tak jenguk pasar pagi yang dulu-nya orang panggil pasar Lok Eng ataupun Looking.

Pasar Memory Lane ni popular dengan jualan barangan lama atau barang antik,sesetengahnya tempat digelar pasar karat.

Kat sini Orangni cuma nak geibang pasal penemuan lambakan baju BN yang ada gambar Najib pun turut dipasar karatkan kat sini( Gambar 2)
..Alahai...2hinggit je sehelai...siap ada offer 3 helai hanya 5hinggit...hahaha...

Setahu Orangni baju ni dikeluarkan oleh BN sempena PRU13 dan diagihkan percuma kepada penyokong BN.

Tapi sekarang dah masuk pasaran pasar karat dengan harga yang amat karat...hahaha...

Patutlah ramai Mat Bangla dan Mat Indon ramai yg pakai baju BN..rupanya banyak dijual oleh penjual yang dah tentu dapat free dari pejabat2 UMNO...hahaha...

Untung le...baju dapat free lepas tu jual pula kat pasar karat, sapa2 yang nak buat baju raya boleh le beli....hahaha....

Jumaat, 20 Jun 2014

Senarai Terkini: Pewaris Tahta Negeri Perak Yang Baru Dan Gelaran Bagi Tuanku Zara & Tuanku Bainun


Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah telah memutuskan bahawa berkuat kuasa mulai hari ini, Jumaat 20 Jun 2014 bersamaan 22 Syabaan 1435H Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah juga telah berkenan menganugerahkan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun kepada balu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang juga merupakan bonda baginda.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara 
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Selain daripada itu senarai baru pewaris tahta yang diputuskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut :-
  1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar ibni Raja Muda Musa
  2. Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah 

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 juga telah memutuskan bahawa tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak telah ditetapkan pada tarikh 27 November setiap tahun dan sambutan hari keputeraan buat pertama kalinya akan diadakan pada tahun 2015.

Tiga penyandang bagi Raja Bergelar yang lainnya masih lagi  kosong seperti berikut :-
  1. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan
  2. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan

Sumber :- Bernama

Ciss..!!! Apa akan jadi dengan Bazar Ramadhan di Pulau Pinang

Sambil memandu ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) pada pagi Khamis 19 Jun yg lalu, terbayang dlm fikiran saya alangkah bagusnya jika semua Bazar Ramadhan di Pulau Pinang kali ini, para peniaga & pengunjungnya dapat bersama-sama solat fardhu Maghrib berjemaah dengan selesa di tapak bazar Ramadhan, berbumbungkan khemah yg lengkap kipas angin berteknologi tinggi, tempat berwudu', tandas bergerak serta ruang yang tertutup untuk muslimat bersolat.

Semua itu berlaku setelah mereka berbuka puasa beramai-ramai apabila mendengar laungan azan yang dikumandangkan menggunakan pembesar suara yang disediakan di tapak Bazar Ramadhan tersebut.

Kesibukan aktiviti jual beli di Bazar Ramadhan akan bertukar menjadi suasana pengabdian kepada Allah dengan penuh tawaddu' & khusyu' apabila masuk waktu fardhu Maghrib.
Lidah yang riuh rendah memanggil-manggil pelanggan untuk membeli juadah berbuka puasa, lidah itu juga akan lancar membaca ayat-ayat AlQuran ketika solat nanti, di tempatnya berniaga. Alangkah indahnya Islam jika dilihat begitu.

Betapa berimannya para peniaga & pengunjung. Betapa mudahnya solat. Betapa berkesannya tarbiah Ramadhan!

Alhamdulillah, apabila dilontarkan idea itu ketika mesyuarat MAINPP pagi itu, semua ahli mesyuarat termasuk YB Dato' Hj Mohd Salleh Man (YDP MAINPP) mengangguk-angguk terlalu bersetuju agar MAINPP menyemarakkan syiar Ramadhan dengan bentuk polisi yang julung-julung kali seumpama itu di Pulau Pinang!

Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengarahkan anak syarikat MAINPP, Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang menjalankan aktiviti memungut Zakat Fitrah melalui kaunter-kaunter bergerak di Bazar Ramadhan seluruh Pulau Pinang untuk mewujudkan "SURAU BERGERAK" seperti yang dicadangkan itu di beberapa lokasi Bazar Ramadhan tertentu sebagai 'Pilot Projek' untuk Ramadhan kali ini.

Alhamdulillah, apa yang terbayang di fikiran saya ketika memandu tadi akan jadi realiti!
Jika tandas pun boleh bergerak dgn nama 'Tandas Bergerak', selepas ini sudah tentulah SURAU BERGERAK juga boleh bergerak ke seluruh pelusuk Pulau Pinang untuk memberi kemudahan kepada warga Muslim di Pulau Pinang, sekaligus membantu menyelesaikan rungutan mereka yang pulang bekerja & terperangkap dalam kesesakan trafik hingga melewati waktu solat.

Jika para peniaga & pengunjung boleh berhenti untuk berbuka & solat Maghrib di SURAU BERGERAK yang disediakan di Bazar Ramadhan kali ini, sudah pasti ia akan jadi lebih mudah untuk melaksanakan polisi menangguhkan perniagaan ketika waktu Maghrib di semua pasar malam seluruh Pulau Pinang selepas ini.

SURAU BERGERAK oleh MAINPP di Bazar Ramadhan kali ini adalah permulaannya!
Inilah hikmahnya apabila ISLAM itu diberi kuasa & diberi ruang melaksanakan kuasanya, walaupun di negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri yang 'not yet Muslim', Tuan Lim Guan Eng.

Sekurang-kurangnya kami di Pulau Pinang lebih bebas mengamalkan Islam berbanding sesetengah negeri lain yang berketuakan seorang Islam, tetapi menghalang & menyekat perlaksanaan Islam!

Catatan oleh:
AFNAN HAMIMI DATO' TAIB AZAMUDDEN
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
21 Jun 2014

Rabu, 18 Jun 2014

UMNO Taiping menghina Raja Abdullah [4 Gambar]

Dalam minggu lepas Orangni ada pegi ke Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) atas usuran peribody... Jadi parkinglah motor buruk Orangni kat sebelah kedai mamak....kalau tak silap restoren A.Rahman nama-nya.

Keluar dari MPT setelaj selesai urusan....Orangni terpandang bangunan berwarna merah yang poster besarnya masih ada tertera Rumah UMNO Taiping. 

Oooo...inilah bangunan baru UMNO Taiping yang pernah tercatat sejarah sedih bagi Najib ketika merasmikanya dalam bulan Mei lepas.... Kisahnya korang klik SINI.

Kebetulan dah motor pun parking kat situ....Orangni pegi rapat dengan bangunan baru tersebut yang nampak masih belum digunakan lagi....

Tetiba Orangni terpandang sesuatu yang macam bahan terbuang saja di hadapan bangunan tersebut (Kaki Lima)...bila tengok dekat-dekat..... Rupanya jambangan bunga sempena perasmian Rumah UMNO Taiping...

UMNO Taiping macam tak menghargai penghargaan yang diberi seorang yang bergelar Raja....

Korang tengoklah sendiri gambar-gambar dibawah ni:
Rumah UMNO Taiping...
Rumah UMNO Taiping dihiasi sampah..
Hmmm....sampai berterabur jadi sampah penghargaan yang diberi...
Satu Penghinaan: Penghargaan dari Raja Abdullah yang disampahkan oleh UMNO Taiping.....



Menteri Besar Perak kata Orang Pulau Pangkor Pengotor...!!!??

16/06/2014

Zambry Abd Kadir MB Perak  kesal dengan sikap penduduk di Pulau Pangkor yang pengotor dan  tidak menjaga kebersihan di kawasan Pulau tersebut.

Menurut Zambry Kadir, hal ini telah banyak kali diperkatakan bagi mengelak kawasan pelancongan itu dibelenggu dengan masalah sampah sarap.


"Yang pertamanya kita tekankan dari aspek kebersihan di Pulau Pangkor, telah berkali-kali saya tekankan perkara ini kepada penduduk semua.

"Pulau Pangkor adalah kawasan pelancongan, saya telah nasihatkan berkali-kali supaya tempat membuang sampah dijaga.

"Tetapi masih lagi ada yang nak membuat sampah merata-rata dan mereka tak mahu langsung mengubah sikap ini.

Apatah lagi katanya, sekiranya kawasan yang didiami merupakan salah satu destinasi pelancongan negara.- 

..............

Orangni ada ke Pulau Pangkor baru-baru ni sebab ada kenduri kahwin saudara,kalau nak di-ikutkan ramai juga suku sakat adik beradik Orangni kat Pulau Pangkor..hahaha...

Maklumat yang diterima dari adik beradik kat Pulau Pangkor kata  Zambry Kadir ni jarang-jarang membawa ke kadang-kadang saja jenguk Pulau Pangkor walaupun dia tu ADUN Pulau Pangkor..

Kalau Zambry datang pun hanya sekejap saja dikawasan penduduk tempatan di Pulau Pangkor..yang lain mungkin kat tempat-tempat istimewa taraf VVIP yang ada pulau tersebut..

Isu kebersihan ini...agaknya memang tak pernah Si Zambry Kadir sendiri ni turun buat program gotong royong dengan orang Pulau Pangkor... kalau ada buat pun mungkin tiada sambutan....sebab dah ramai orang Pulau Pangkor yang dah tak berapa suka dengan beliau....sebab apa korang tanya sendiri dengan orang Pulau Pangkor....hahaha.....

* Mungkin Zambry masih marahkan pengundi kat Pulau Pangkor yang dikatakan tak undi beliau semasa PRU13 lepas....maka dikatalah  Orang Pulau Pangkor Pengotor...!!!

Kecoh ADUN Perak meninggal..??

Semalam ada desas-desus dilaman media baru konon-nya seorang ADUN di Perak meninggal dunia. Desas-desus tu mengatakan YB Dato' Sham Bin Mat Sahat ADUN Alor Pongsu (BN) dah meningggal dunia tengah malam tadi (17 jun 2014)

....Fuh..!!! Biar betul... Ada yang siap inbox kat FB dan ada yang whatsapp tanya kat Orangni tanya kesahihan berita tersebut....macam lah Orangni tahu sangat hal-hal ADUN di Perak....hahaha...

Jadi disebabkan ada yang dok tanya maka cari-cari lah juga info berkaitan pada malam tersebut tu juga...rupa-rupanya ini semua khabar angin saja..ADUN Alor Pongsu tak meninggal pun. 

Menurut sumber 'member Orangni' yang mesra UMNO bagitau memang ADUN Alor Pongsu kurang sihat,entah sakit apa Orangni tak pula tanya dan beliau ada mendapat rawatan disebuah hospital kat Taiping,tapi dah keluar 3 hari lepas.
ADUN Alor Pongsu semasa disebuah hospital 

Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan Allah

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." - (Surah An-Nisa' : 78) 

Isnin, 16 Jun 2014

Orang Kampung Merungut Jalanraya Ke Kuala Sepetang Di-Naiki Air Laut [Video]

14 June 2014


14 June 2014 -- Orangni ke Kuala Sepetang...saja ronda-ronda sebelum pekena menu special mee udang...hahaha...

Lebih kurang dalam 2 kilometer nak sampai ke-destinasi, nampak kereta bersusun didepan,ingatkan ada kemalangan....rupanya jalan kat depan dinaiki air laut. Tak lah dalam mana air laut atas jalan raya tu....dalam sejengkal dua saja.

Tapi air masin beb....kalau air biasa tak apa...berkarat kereta Oooo.....hahaha...

Ada yang berpatah balik....mungkin takut kereta berkarat, Orangni teruskan sebab dah janji dengan nafsu nak pekena mee udang....hahaha....

"Patah balik la encik... sayang kereta tu kena ayaq masin..." - kata sorang pak cik sebelum kereta meredah air masin...mungkin pak cik tu orang kampung kat situ yang prihatin dengan pengunjung yang masuk ke Kuala Sepetang yang menjadi tarikan pelancong kerana keindahan pokok bakau dan sebagainya.

Sampai di Kuala Sepetang waktu solat asar dah masuk...Orangni singgah berjemaah kat surau tak jauh dari kedai mee udang Mak Jah.

Selesai solat...sorang jemaah kat surau tu sempat berborak ringkas dengan Orangni dan salah satu ayat dalam borak-borak tu " Mmmm...balik nanti encik kena basuh kereta betul-betul...kalau tak abis berkarat".

Chua Yee Ling 
"Kami kat sini harap.....itu YB Chua Yee Ling boleh kasi selesai masaalah jalanraya mau masuk ke sini (Kuala Sepetang)...memang air masin (Air Laut) bukan selalu naik,tapi dalam setahun akan berlaku sekali atau dua air masin naik atas jalanraya"- kata sorang penduduk disini. 

Kejadian air laut melimpah naik atas jalanraya ini dikatakan berlaku kerana fenomena biasa apabila air laut pasang besar,lazim-nya 2 tahun sekali. Keadaan bertambah buruk jika hujan lebat serentak dengan fenomena air laut pasang besar yang akan mengakibatkan banjir berlaku disekitar Kuala Sepetang

Camana nak selesaikan...???

Kemungkinan parit atau sistem saliran kat kiri kanan jalan tu perlu diperkemaskan dan mungkin pihak ADUN Kuala Sepetang,YB Chua Yee Ling boleh fikirkan camana nak selesai masaalah penduduk setempat. 


** Sekarang Jun 2014....
Mmmmm....PRU14 dah tak lama lagi....hahaha.....

Ahad, 15 Jun 2014

Jemaah Haji dan Umrah Malaysia Mengunakan Vaksin Dari Unsur Babi..?

Gambar hiasan
Astaghfirullahalazim.....MasyaAllah.....

Ini isu berkaitan pengunaan suntikan vaksin kepada jemaah haji negara,artikal dibawah ini mungkin dah lama dikeluarkan dari sebuah laman blog berunsur Islamik (www.zaharuddin.net). 


Artikal tahun 2010 ini agak memeranjatkan tentang pendedahan berkaitan  Jemaah Haji Malaysia dikatakan Mengunakan  Vaksin Dari Unsur Babi..? Sedangkan vaksin yang sama telah diharamkan oleh negara Indonesia.

Orangni harap.....Sila baca dan faham artikal dibawah ini:
..................
Telah diketahui bahawa Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah Haji untuk menerima suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin, sewaktu menunaikan rukun Islam kelima tersebut. 
Sebelum ini telah kita dengari keraguan timbul berkenaan asal usul vaksin terbabit, yang dikatakan dibuat melalui proses yang bercampur dengan sama ada unsur babi atau binatang-binatang lain yang tidak disembelih.
Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-

Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.
Keterangan/Hujah:
1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.
2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.
3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf  "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.
4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.
5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.
6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.


Jelas dari kenyataan fatwa tersebut, masyarakat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan vaksin Mencevax dari keluaran GlaxoSmithKline (GSK). Walau berasal dari haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaannya dibenarkan kerana atas asas dua asas iaitu :-
  • Menurut point nombor 4 fatwa Malaysia di atas, ia dikatakan telah melalui proses istihalah atau transformasi, lalu bahan haiwan yang tidak sembelih itu telah hilang sifatnya kepada sifat yang baru.
  • Mungkin disebabkan ketiadaan pilihan atau alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Justeru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.

KAJIAN SEMULA DIPERLUKAN
Jika kedua-dua di atas menjadi sebab keharusan umat Islam untuk disuntik menggunakan vaksin Mencevax,keharusan yang diberi wajar itu dikaji semula khususnya di tahun 2010 ini. Ia berdasarkan dua sebab berikut :-
  1. Kajian terperinci dan audit telah dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia mendapati produk vaksin mencevax keluaran GSK terdapat unsur babi dilibatkan dalam pembuatannya, bukan sahaja lembu sebagaimana yang disebut dalam fatwa Malaysia. Vaksin MENCEVAX yang digunapakai oleh jemaah Haji dan Umrah Malaysia tersebut telah difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia pada 16 Julai 2010. (RUJUK FATWA LENGKAP).
  2. Tiada keterpaksaaan kerana telah terdapat vaksin yang seratus peratus halal dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Novartis dan Tian Yuana. Walaupun produk Tian Yuana tidak terdapat di Malaysia, namun product vaksin halal yang dikeluarkan oleh Novartis terdapat di pasaran Malaysia.
  3. Novartis disahkan mempunyai vaksin yang diiktiraf status halalnya dari peringkat pertumbuhan sehingga ke akhirnya. Menurut sumber Novartis mereka menyebut : “Melalui penelitian selama 20 tahun, perusahaan farmasi asal Swiss itu mengembangkan vaksin MEN-C/AC,Y, W-135. "Medium pengembangan vaksin yang kami gunakan dari gula kacang kedelai," demikian kata Head of Commercial Operations Novartis Indonesia Hanadi Setiarto di Jakarta, akhir pekan lalu. Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin meningitis yang mendapat sertifikasi halal dari Islamic Services of America (ISA), Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, dan Turki badan sertifikasi yang mendapat pengakuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) (rujuk)  dan juga pengesahannya di sini
  4. Vaksin Mencevax keluaran GSK juga telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia sejak dua tahun lalu. Walaupun tidak terdapat kesan dan unsur babi tidak dapat dikesan di hujung proses pembuatannya, pihak Majlis Ulama Indonesia menegaskan, mereka mendapati unsur babi digunakan di peringkat pembenihan di awal proses pembuatan vaksin terbabit. Justeru, vaksin Mencevax terbabit telah tercemar dek kerana memanfaatkan bahagian dari khinzir.
Ketua Komisi Fatwa MUI, Dr KH Anwar Ibrahim mengatakan, “salah satu produsen yang telah diaudit adalah GlaxoSmithKline dari Belgia. Vaksin dari perusahaan tersebut dinyatakan haram kerana memakai unsur babi dalam media pertumbuhannya.”
KESIMPULAN
Majlis Ulama Indoensia terkenal dengan sifat dan kajian professional serta telus. Mereka juga dianggotai oleh sebilangan besar pakar Shari’ah berlatarbelakangkan gabungan kedua-dua aliran pengajian iaitu Universiti dan juga Pesantren. Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mereka mempunyai relvan dan kekeutaan tersendiri serta perlu diambil serius oleh semua Negara, dan Malaysia khususnya.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ibadah haji dan status kehalalan vaksin yang digunakan oleh setiap jemaah haji Malaysia, saya amat berharap pihak pengkaji JAKIM dan Majlis fatwa Kebangsaan dapat meneliti semula fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2002, kerana ia mungkin sudah tidak lagi boleh dipakai disebabkan penemuan baru dalam bidang vaksin tersebut. Kaedah Fiqh menegaskan
لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان
Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)
Vaksin alternative yang disahkan halal disemua peringkat pembenihan, penumbuhan dan vaksin siap itu boleh dibuka di sini. Ia bernama Menveo. Sila rujuk lanjut detail vaksin di http://menveo.com/ - Sumber asal- www.zaharuddin.net
 ...............

Fatwa Kerajaan Indonesi 

Fatwa Kerajaan Malaysia 




Bekas ketua Menteri Sabah ugut Najib: Sabah dan Sarawak harus berpisah dari Malaysia

Sumber MK
 Muahahaha....masa inilah Sabah dan Sarawak nak menuntut apa saja dari Najib, semasa UMNOK dah nyawa nyawa ikan.. dan ugut lah apa saja.. bye bye UMNOK...

Demo makan Cadbury: Pegawai Jakim enggan makan dan gambar anjing makan cokelat

Siapa cakap Cokelat Cadbury HARAM..!!!!?????
Dah terbukti...!!!!!!
Tak percaya..???!!!!!
JAKIM sendiri tak berani makan...!!!!!
Hahaha........

Blogger belaan UMNO  dah jamah Cababry di khalayak ramai. Cuma tinggal pegawai2 Jakim ja belom...hahaha... berapa upah depa dapat ni?
http://www.astroawani.com/news/show/hanya-blogger-jamah-cadbury-pegawai-jakim-enggan-37778
....................

Anjing makan cokelat: Orang Islam manakah yang sanggup ambik cokelat  dimulut anjing untuk dimakan.....????- Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan kisah cokelat diatas atau isu dinegara ini...hahaha...
http://fetchrx.com/blog/why-dogs-shouldnt-eat-chocolate/dog-eating-chocolate/