Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir 2014 : Di-isytiharkan Najib yang Darurat..?

Najib tak isytihar darurat konon untuk elak mangsa banjir tak boleh tuntut insurans

INI JAWAPAN WAKIL INSURANS
INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT? 
Insurans & Darurat - Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak YANG Anda Mesti Baca. 
Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.  Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.  
Ini pandangan saya: 
+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan. 
+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir. 
+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan. 
+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans. 
+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir. 
+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah. 
KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat. 
Afyan Mat Rawi, IFP. 
27/12/2014 
Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS.- sumber Ajijoi 

Najib bertambah darurat bila isu "Diplomasi Bola Golf" menjadi bualan media massa dan rakyat.

Najib bertambah lagi DARURAT...apabila terbongkar kebenaran ramai menteri-menteri dok bersuka ria diluar negara bercuti diwaktu negara ditimpa musibah banjir.
Antara muka menteri yang dikatakan sedang bercuti dimasa negara dilanda musibah.......

Mereka ini dikatakan hilang sejak berlaku banjir..?? Kemana mereka..???

Menarik juga ambil tahu rakyat negara ni... sejak berlaku bencana banjir dibeberapa negeri, memang dapat dirasa muka-muka yang sebelum ni otai bersuara dan akan selalu kedepan nak jadi hero tiba-tiba hilang dari laporan media massa arus perdana begitu juga tiada kelibat mereka ini dilokasi bencana...kalau ada dah tentu muka-muka mereka (kat bawah) akan menjadi bahan update posting di facebook,twitter dan sebagainya...( Kalau tak caya cer tengok facebook dan twitter mereka...posting tentang banjir macam mereka buat tak tahu je...

Sekadar bertanya...Kemana mereka dan dimana mereka..??? tanya tak kan salah kot...!!



Senarai Pusat Operasi Bencana (POB) Perak


⚠ Pusat Operasi Bencana (POB) PAS Perak⚠
1⃣ POB Lenggong
➡ Dataran Surau Abna Zakaria Jambatan Kg Luat
Lenggong Perak
☎ 0135281879 Saidi

2⃣ POB Kuala Kangsar
➡ Sayong Lembah Kuala Kangsar
☎ 01126575704 Ust Tauran

3⃣ POB Sg Siput
➡ Surau Talang Trosor Sg Siput
☎ 0125137290 Hj Hassan Sharif

4⃣ POB Parit
➡ Markas Pas Kaw. Titi Gantung
☎ 0193661149 Ust Zahid

5⃣ POB Pasir Salak
➡ Sebelah MRSM Kg Gajah
☎ 019 6544430 Jamal


Najib berkeras pertahankan main golf di Hawaii bersama Obama sebagai Diplomasi Golf

Setelah menjadi popular dimedia massa  beberapa buah negara kerana bermain golf dengan Obama [ Klik: Najib jadi popular di 3 negara kerana bermain golf dengan Obama ]..kini Najib mempertahankan riadah main golf dengan Obama di Hawaii...



Jumaat, 26 Disember 2014

Najib jadi popular di 3 negara kerana bermain golf dengan Obama


Sebilangan rakyat Malaysia yang berada dinegara tersebut dimalukan dengan sindiran..
kat atas tu baru 3 laporan media rasmi dari 3 buah negara...Orangni rasa banyak lagi negara yang puji Najib sebab bermain golf dengan Obama diwaktu negara ditimpa musibah banjir...hahaha... 

 Tahniah kepada yang undi UMNO BN...

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah  ditepi pantai
Kalau negara dilanda bah
PM Najib bermain golf di Hawwai

Khamis, 25 Disember 2014

Kesian... Rosmah jadi mangsa banjir,Najib buat tak peduli

Rosmah menjadi mangsa banjir dan ditemubual dalam wanita hari ini TV3....
kemanakah Najib..????


Ooo... Najib pegi main golf dengan Obama... Inilah contoh tauladan terbaik dari pemimpin tertinggi UMNO munafikun...