Sabtu, 17 Januari 2015

Pengemar buah epal sila ambil perhatian..!!!

Isu epal Granny Smith dan Gala – Dr Noor Hisham Abdullah 
Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) seperti yang dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini.
Makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda ianya rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau).
Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis.
Bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan mengenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat di semua pintu masuk.
Di pasaran domestik, Kementerian Kesihatan mengenalpasti dua pengimport yang mengimport epal jenis Granny Smith keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat dan mengarahkan pengimport berkaitan memanggil balik (recall) buah epal tersebut dari pasaran dan buah epal yang terdapat di premis pengimport juga disita.
Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan pihak USFDA mengenai perkara ini.
Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, pengguna boleh mengajukannya Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama, 17 Januari, 2015.

Bekas CEO tabung pinjaman untuk ahli UMNO kena lokap

Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan, direman tujuh hari, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.

Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Tabung yang diuruskan suspek itu adalah sebuah badan di bawah sebuah kementerian. 

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu dilanjutkan. 

Siasatan awal mendapati, suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan, sepanjang tempoh berkenaan.


CEO: Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno

Jumaat, 16 Januari 2015

PASMA Perak minta ahlinya di pecat dari PAS

Hmmm... Dulu masuk PAS pun bukan ada orang PAS hantar tepak sirih ajak masuk... Kalau rasa dah hebat sangat dicadangkan istiharlah sendiri keluar dari PAS..konon semua dalam PASMA tu orang kuat.. Kuat jenis apa aku tak tau la..tapi kuat memporakperandakan adalah nampak sangat...hahaha...
.........................


Tugas orang kuat-kuat Jebon

Ahad, 11 Januari 2015

Orang cina yang bodoh antara motif Muhyiddin Yassin selepas banjir menjadi tanda tanya

Orang/Olang cina yg bodoh...bukan gua yg cakap ma....hahaha...
Ini promosi penyapu selepas banjir ka apek BN..??? Hahaha...

Ini motif yang menjadi tanda tanya.... 
Kemaruk Poligam (Politik Gambar) menjadi-jadi...

Pegawai tentera turun pangkat dalam Majlis Penyerahan Barang Sumbangan Bencana Banjir, Jebon pun ada..???

Hmm... masa bila pula pangkat bagi jawatan Pegawai Memerintah dalam Rejimen Askar Melayu diturunkan dari Leftenan Kolenal kepada Leftenan..?? Kemungkinan silap taip kot..
Ni semua poligam... Politik gambar nak nama semasa bencana banjir,termasuklah terselit presiden Jebon Pasma kalau tak silap aku dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah....Jebon dah jadi member UMNO ka..hahaha...
Konon-nya Jebon Pasma ni anti sangat kerjasama dengan puak UMNO Munafikun..??? Ni Presiden Jebon sendiri join majlis dengan UMNO...apa cerita..???