Sabtu, 24 Januari 2015

Barack Obama Perak

Hmmm....macam la takda nama pemimpin Islam lain yang sesuai untuk nama anak....
Donia...donia... Apa hebatnya pemimpin negara Uncle Sam bagi orang Islam...Orangni pun tak tau.

Papan tanda paling jauh dari hospital di Malaysia ditemui

Dilarang kemelangan kemalangan
Hospital Jauh..!!
Hahaha... lokasi papan tanda ni sejujurnya Orangni tak tahu....
tapi memang kat Malaysia, sungguh jujur dan prihatin pembuat papan tanda ini dan mungkin inilah papan tanda paling jauh dari hospital dalam rekod buat masa ini...hahaha...

Jumaat, 23 Januari 2015

Raja Arab Saudi Raja Abdullah Ibni Abdul Aziz Al-Saud Mangkat

Al-Marhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud 
Photo tahun 2006

23 Januari 2015, Jumaat :-
Stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi hari ini melaporkan bahawa Raja Arab Saudi dan juga merupakan Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam (Mekah dan Madinah), Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud telah mangkat pada awal pagi ini (01:00hrs) dalam usia 90 tahun. Al-Marhum menaiki tahta pada 2005 selepas kemangkatan kekandanya Al-Marhum Raja Fahd ibni Abdul Aziz Al-Saud.  Laporan itu juga memaklumkan Putera Salman ibni Abdul Aziz Al-Saud yang berusia 79 tahun telah dinamakan sebagai pengganti raja yang baharu.

......... Al-Fatihah .........
Semuga Rohnya Almarhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien. 


Sumber : Malaysian Insider/Bernama/BBC News

Khamis, 22 Januari 2015

Keluarkan pisau,parang dan senjata kerana bertengkar nak bayar [Video]

JGN bergurau mcm ni..naya beb!
https://www.facebook.com/richard.leeheng?fref=photo

Rabu, 21 Januari 2015

Banjir besar di Matu Jemoreng Sarawak [ 20 Gambar ]

Sebenarnya saban tahun kejadian banjir berlaku di beberapa lokasi di Sarawak jika hujan turun dengan lebat berterusan...cuma kali ini air banjir agak merisaukan penduduk kerana dikatakan sudah mencapai tahap paling dalam dan bahaya( Buaya pun ada tok...hahaha..)...

Mujurlah kebanyakan penduduk seperti dikampung Matu Jemoreng dan kampung sekitarnya  membina rumah kediaman dengan tinggi dari tanah,kalau tak silap hampir 7 ke 8 kaki ukuran tiang rumah dari tanah ke lantai....itupun dah ada yang cecah lantai rumah dalam banjir kali ini. Kalau rumah bawah...tentu dah tenggelam dalam air banjir.






















.
Hmmm...Semua ni gambar edit ni rasanya... Sarawak tak akan banjir punyalah... Sarawak ada banyak empangan yang besar untuk penadahan air. Malah pengurusan hutan di Sarawak yang lestari dan bestari dikawal sebaiknya oleh kerajaan pimpinan BN.

Setakat ini tiada rekod pembalakan haram di Sarawak. Kalau ada pun berita pembalakan haram, tu semua fitnah dari pihak tertentu seperti BMF (Burno Manser Fund (kalau silap ejaan minta maaf) ) dan pihak pembangkang. 

Begitu bijaknya BN mengurus takbir hutan dan pembalakan di Sarawak. Jangan sesekali percaya berita bahawa Sarawak banjir. Kerana di Malaysia, banjir hanya melanda dan memilih negeri-negeri yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat (terutama PAS) sahaja. Selain daripada itu, air banjir akan lenyap ditelan bumi.

Sekian.

ASZFIA HARIS EL HARAKI
ANAK JATI BUMI KENYALANG


Orangni mengucapkan "Terima kasih" buat rakan sahabat dibumikenyalang yang berkongsi info...
- Apa komen dan respon dari Shahidan Kassim mengenai banjir buruk yang melanda Sarawak ni ... tidak berhajat nak mengeluarkan kenyataan gred bangang ke...????

Selasa, 20 Januari 2015

Surat khabar Pro UMNO dedah punca banjir luar biasa di Kelantan

Dibawah ialah pendedahan dari keratan akhbar Pro UMNO tentang banjir di Kelantan baru-baru ini...
Hmmm......
Orangni agak malas menulis sejak kebelakangan ni...yang rasa boleh ialah scan gambar-gambar info berkaitan dan kongsikan kat sini...hahaha...
........................

Apakah benar tuduhan dan dakwaan Si Tolol..???