Pengikut

Isnin, 27 Februari 2012

Tatu Allah Artis Hollywood - 'The Star' Mohon Maaf


altKUALA LUMPUR 27 Feb. - Akhbar Berbahasa Inggeri The Star hari ini membuat kenyataan rasmi permohonan maaf buat kesemua Umat Islam kerana telah menyiarkan gambar seorang Artis Hollywood dengan terpamer tatu berbentuk kalimah Allah pada badannya. ( Gambar kiri yang disiarkan The Star).

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman webnya itu turut disiarkan di beberapa laman portal lain.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.
 
Penghibur yang mendapat gelaran "Ratu Neo-Soul" disiarkan di akhbar tersebut sebagai promosi bersempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan. Selain dua tatu kalimah Allah, terdapat juga tatu yang berbentuk huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid pada tubuh Artis tersebut.

Sebelum ini, beberapa buah akhbar dan laman portal tempatan mempertikai tindakan Akhbar tersebut yang menyiarkan gambar Artis Hollywood tersebut yang dianggap menghina kesucian Agama Islam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan