Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

Karnival Ziarah For Peace Ahmad Zahid Hamidi bersama 126 artis gempur dengan rantai maksiat di Taiping.



Karnival Ziarah For Peace, Malaysia Destinasi Keamaan..inilah tajuk yang nampak hebat tapi penuh dengan bermacam agenda politik yang tersembunyi. Aku tak kisahlah kalau dikatakan  konon-nya program sedemikian dilakukan untuk meneruskan amalan ziarah yang sudah bermula sejak permulaan tamadun dan pihak penganjur konon-nya hendak   hidupkan amalan ziarah demi kebaikan dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap masadepan anakbangsa tanah air.

Apa yang kejadahnya amalan Ziarah for Peace yang bakal dilangsungkan kat Taiping nanti dengan jumlah artis seramai 126 orang..!!! Dah macam digempur dengan bala tentera dari kekuatan 6 Platun pula..sebab yang rasmi program ni ialah Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi..kalau  betul program ni untuk perubahan  generasi  yang sayangi  konsep cinta sejagat, bersatu dalam perjuangan untuk keamanan, tak payah lah di galak-kan maksiat pula,tak perlulah buat pembaziran..sebab jemput artis-artis tu semua bukan free..semua berbayar. Aku bukan anti hiburan..tapi aku anti hiburan yang melampau yang jelas nampak pembaziran.

Menurut sumber mengatakan program kat Taiping kali ini menelan kos hampir 3 juta..!!!!??? terkejut aku jika benar sedemikan jumlahlahnya,kalau bantu rakyat miskin di sekitar Taiping pun bagus.

Dalam program  Ziarah For Peace ada macam-macam acara…apa yang aku nak sentuh disini mengenai  acara “Rantaian Maksiat..” Apa relevan,apa kebaikan,apa keuntungan,apa faedah dibuat rantaian manusia ni..??? Acara  ni dah lama nak dibuat oleh pihak berkenaan yang aku nampak semata-mata bermotifkan politik,bodek dan ampu kat Perdana Menteri Najib.

Acara ini akan buat rantaian maksiat dengan memenggang tangan tak kira lelaki perempuan dari Changkat Jering sampai ke Putrajaya…kenapa Putrajaya..?? tidak ke Istana Negara yang baru..?? Tidak ke Dewan Parlimen..?? hahaha semua tu bodek Najib punya kerja..atau Najib punya kerja untuk nampak rakyat ada suka atau tidak suka sama dia dan Rosmah…hahaha..

Program ini akan berlansung awal bulan April…aku rasa masih ada masa lagi untuk dibuat dibuat sesuatu dari pihak yang tak mahu Taiping di jadikan tapak pesta rantaian maksiat. Kalau dah 126 artis..selama 3 hari..sorang artis menyanyi 1 lagu pun  cukup..dah 126 lagu..!!! kalau sorang artis 1 tarian..dah 126 tarian…maka bergegarlah seluruh Taiping Perak dengan gegaran maksiat.

Aku harap sangat-sangat….Ustaz-ustaz,alim ulama dan cerdik pandai Islam di seluruh Perak khususnya di sekitar Taiping, tak kiralah dari mana-mana fahaman politik janganlah sekadar menyebut..MasyaAllah..Astaffirullah..saja..buatlah sesuatu..marilah kita gempur dahulu sebelum masiat ambil tempat. Kerana semua itu bakal merosakan anakbangsa dan masadepan tanahair.  

Dimanakah yang dikatakan amalan cara hidup dengan konsep  “Wasathiyah” yang di laung jerit pekik oleh Najib kalau 126 artis dilambak untuk hiburan..???


Rantai Maksiat...lelaki dan perempuan berpegangan tangan..
Wasathiyah ala UMNO BN





1 ulasan:

  1. Mana tau maksiat?? dah nampak ker? ko sendiri wat info ni guna pakai ayat rockers jer..lagi mau cerita pasal maksiat.. jangan jadi camtu bro.. nanti org kata muka buruk perangai pun buruk.. dorang pon tak start lagi. ko dah wat statement baekk punya.. jgn cemburu dorang nak ampu ke apa ker itu semua kerja tuhan.. kalau DIA nak izin dapat la.

    BalasPadam