Pengikut

Rabu, 7 Mac 2012

[ Vedio ] Fitnah Zambry Kadir di Jawap YDP Taiping - Isu BR1M


7 Mac 2012 - PAS Taiping Perak telah menjawap bagi menyangkal segala penipuan dan fitnah jahat tidak bermoral dari MB Perak Zambry Kadir yang sebelum ini memfitnah PAS Cawangan Kemunting semakin terdesak dengan mengarahkan setiap ahlinya menyerahkan sebanyak 15 peratus daripada penerimaan duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada parti berkenaan untuk menghadapi PRU akan datang.

Zambry Kadir juga membuat fitnah dengan menyatakan  PAS Kamunting meminta penduduk miskin yang dapat BR1M untuk menderma kepada PAS.- Sinar.

Sebenarnya PAS Taiping hanya meminta kepada mereka yang mendapat bonus sama ada kerajaan,swasta dan badan berkanun.Derma pula untuk jenterapilihanraya melawan UMNO/BN.

Hari YDP PAS Taiping Saudara Ust Mohamad Fakharuddin b. Aziz telah membuat sidang akbar dipejabatnya disini bagi menyangkal fitnah jahat Zambry Kadir



Orang ni: Amat  jelas UMNO Perak khususnya UMNO Kemunting terpaksa mengunakan senjata fitnah dalam meraih sokongan. Semua pengundi di sekitar Taiping sudah mengetahui  akan kemelut dalaman UMNO Kemunting semakin bergelojak hebat dengan isu perebutan calon kerusi untuk PRU yang entah bila tarikhnya. [Klik Sini ]

Zambry Kadir pula dilihat terlalu percayakan sumber-sumber yang di cedok dari blog-blog pro UMNO yang ketandusan isu di sini. Sehinggakan segala jawapan dan kenyataan dari mulut Zambry Kadir di-ibaratkan seperti Burung gagak yang ingin  berkokok seperti ayam jantan

Tiada ulasan:

Catat Komen