Pengikut

Isnin, 30 April 2012

[Gambar] Bersih 3.0 : Menyaksikan Masjid Jamek Kuala Lumpur dicemari kepungan Polis bersenjata


Sehari dua ini para blogger,facebooker  dan peserta BERSIH 3.0 di tanahair ini kaya dengan sumber bergambar dan vedio mengenai kejadian  BERSIH 3.0 Duduk Bantah. Disini aku kongsikan untuk semua pelayar online media siber gambar-gambar yang sempat aku rakamkan dihadapan pintu masuk masjid Jamek.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sahabat yang membantu aku memanjat keatas bumbung bangunan di sebelah Masjid Jamek ( Sebelah stesyen LRT Masjid Jamek). Tanpa pertolongan rakan sahabat yang baru dikenali ini adalah tidak mungkin aku dapat memanjat untuk mendapat posisi  agak terbaik merakam gambar kejadian di sekitar Masjid Jamek ini…

Walaupun kita datang dari berlainan tempat,berlainan keturunan,berlainan bangsa,berlainan taraf,berlainan ugama…tapi kita mempunyai satu tujuan yang sama….. Hancurkan kerajaan zalim pemerintahan UMNO BN..!!!!!

Bersih 3.0 Sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur
(Klik Imej untuk lebih jelas)

Ribuan peserta BERSIH 3.0 memenuhi ruang masjid Jamek ketika solat Zohor,keadaan masih terkawal.



Selesai solat zohor peserta mulai keluar dari pekarangan masjid menuju ke jalan utama



Lautan peserta BERSIH 3.0 di perkarangan masjid Jamek



Dihadapan pintu utama masjid jamek dipenuhi peserta yang mahukan BERSIH dalam piliharaya  memenuhi jalanraya,sewaktu ini keadaan masih terkawal


Kelihatan kenderaan yang membawa DSAI,Ambiga,Chegu Bard dan beberapa kepimpinan sedang mengibarkan bendera  S.A.M.M bergerak menuju ke Jalan TAR.



Kelihatan helikopter Polis berlegar-legar diruang udara ibunegara….berapalah kos minyak 2 helikopter yang dibelanjakan  kerajaan untuk pesawat ini yang mula beroperasi sejak awal pagi hingga lewat petang tanpa henti.



Huru hara bermula dihadapan masjid Jamek apabila pihak Polis mula menyerang peserta



Kekejaman mula berlaku dihadapan masjid Jamek,anggota Polis dengan rakus menangkap dan membelasah peserta BERSIH 3.0 tanpa belas kasihan.



Pasukan Polis mula mengepong dihadapan pintu masjid Jamek,senjata mereka diacu kearah masjid



Seorang peserta BERSIH 3.0 cedera akibar terkena peluru pemedih dari tembakan Polis diusung ke masjid untuk diselamatkan dan diberi rawatan



 Mereka masih mengepong peserta yang berada didalam Masjid…apakah ini Transformasi Najib dari kerajaan UMNO BN..??? 



Amat memalukan buat anggota Polis yang berugama Islam apabila Chua Jui Meng datang berbincang untuk selamatkan umat Islam yang terperangkap di dalam masjid Jamek. Turut serta seorang wanita yang dipercayai SB merayu konon-nya simpati dengan semua peserta BERSIH


Kelihatan Dr Hatta bersama peserta BERSIH cuba keluar dari masjid Jamek setelah dijanjikan Polis tidak akan bertindak kasar ketika bergerak keluar,namun semuanya hanya tipu muslihat mereka,sebaik saja peserta bergerakan keluar,mereka telah bertindak melepaskan gas pemedih mata.

* Tindakan PDRM mengepong di pintu utama masjid Jamek dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah  peserta BERSIH ketika menuju keluar setelah diarah menunjukan mereka tidak profesional dalam menjalankan tugas. Apa yang mereka pertahankan..??? Bertindak untuk Keamanan atau untuk kepentingan UMNO BN semata-mata..????


3 ulasan:

  1. Polis diperalatan oleh UMNO/BN untuk bertindak mencederakan orang awam yang tidak bersalah, mereka datang ke KL semata-mata ingin memaklumkan kepada kerajaan supaya berlaku adil kepada rakyat, rakyat yang lantik pemimpin dan rakyat yang bayar gaji pemimpin dan pasukan keselamatan, mengapa mereka dibuat seperti sampah dan bola sepak

    BalasPadam
  2. Wahai mereka2 yg musthad 'aafin. Kamu tuntut di akhirat di depan Allah azzawajal utk keadilan, aameen

    BalasPadam
  3. MAHAZALIM! CUKUP ZIONIS!
    Ya ALLAH kau rentaplah kembali nikmat kuasa dari umno yg telah kau uji ke atas mereka selama 54tahun ini Ya ALLAH.
    ..... Amin

    BalasPadam