Tak faham aku…mengapa peserta BERSIH 3.0 tidak dibenarkan
berada di atas di Dataran Merdeka, malah nak rapat pun tak boleh, lebih kurang 500 meter dari
Dataran Merdeka dikelilingi pagar
kawat berduri macam suasana yang kita
tengok kat tv di Palestin, askar Israel taruh pagar kawat berduri…saling tak
tumpah keadaan tersebut berlaku pada 28
april yang lalu di tanah air ini di ibukotaraya Kuala Lumpur.Peserta BERSIH tak boleh lepasi
pagar kawat berduri tersebut..belakang kawat berduri tu pula berbaris
berlapis-lapis pula abang-abang polis dengan pistol di pinggang…siapa berani
coba…haha…
Semasa aku lalu kat bangunan
Kelab Selangor untuk bergerak
beramai-ramai ke Masjid Negara
(Tapi gagal) Ketika itu suasana ok lagi, sebab Abang Polis tak mewater canon
lagi…hehehe.. Tetiba.. aku ternampak
sebuah kenderaan yang menimbulkan pertanyaan….kenderaan ini bergerak dibelakang Abang Polis yang terpacak mengawal
kami didepan...makna-nya kenderaan ini
berada didalam kawasan yang dikawal dan
menjadi larangan kepada aku dan peserta BERSIH yang lain...ianya bukan kereta
Polis,kalau kereta Polis..lantak engko
le..hehehe..kenderaan tu bukan jentera
Bomba,bukan kereta DBKL dan bukan juga kereta Buggati anak Mahadhir ….…yang aku nampak sebuah van tertera tulisan Pusat Khidmat Ahli
Parlimen Gombak YB Datuk Dr. Rahman Ismail . Memang ada logo St Jhon Ambulan,tapi apa keistimewaan dan keperluan kenderaan
berstatus politik boleh berada disitu…!!!???
Apa hal kenderaan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen UMNO memasuki
ke dalam kawasan yang
menjadi kawasan larangan kepada peserta
BERSIH..??? Apa Khidmat yang YB Datuk Dr. Rahman Ismail dari UMNO Gombak nak
beri dalam kawasan larangan Dataran Merdeka semasa perhimpunan. Apa keistimewaan Dr. Rahman Ismail dari UMNO
Gombak boleh masuki Dataran Merdeka …
nak bantu sebagai ambulan.??!! Banyak
lagi ambulan-ambulan lain kat ibukota ni… kenapa ambulan
tajaan UMNO juga yang diberi kebenaran..?
Banyak betul
persoalan yang timbul dengan keistimewaan kenderaan milik UMNO berada
disitu… Abang Polis boleh tengok je van
UMNO lalu masuk..tak ditahan dan tak dibelasah pula
kenderaan milik UMNO memasuki kawasan
larangan.
fikirkan…Adilkah macam tu…..300ribu rakyat datang nak duduk
atas Dataran Merdeka tidak dibenarkan,malah
nak rapat Dataran Merdeka pun tak boleh
tapi Van UMNO boleh bebas masuki
kawasan yang konon-nya menjadi larangan
pada masa tersebut.
haahaha.... takde kena St John dgn Umno tu hanya tajaan kalau kamu nak tanja boleh jgk nnty kita letak la nama kamu kat sana
BalasPadam