Pengikut

Selasa, 19 Mac 2013

Mahu Ganti Kerusi "Boleh Menang" - PKR Perak Jangan Buat Lawak Bodoh


Nafsu politik PKR Perak semakin rakus, istilah "Kita telah bersetuju untuk bersetuju antara satu sama lain dan kita juga telah bersetuju untuk tidak bersetuju antara satu sama lain"  dah banyak kali Orangni sebutkan dan itulah yang terlintas di fikiran  Orangni boleh digunapakai dalam isu mengenai perebutan dan pertikaian kerusi calon bagi DUN Changkat Jering di antara PAS dan PKR di negeri Perak. 

Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan Orangni, tapi dalam alaf saitek ini buat apa nak sorok-sorok kalau ada pertikaian ,sebab isu sesaat tadi dah berjuta orang akan tahu kat luar sana.

Pengisytiharan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain baru-baru ini mengumumkan nama bekas Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, sebagai calon bagi DUN Changkat Jering telah mencetuskan beberapa isu hangat dimedia massa dua tiga hari ni.

Pengumuman tersebut dilakukan Abu Bakar ketika dalam satu ceramah politik di Air Kuning dan mendapat reaksi positif dari ramai pihak, khususnya penyokong PAS diseluruh (pengundi) Changkat  Jering,ibarat "sireh pulang keganggang".

Kerana DUN N14 Changkat Jering adalah kerusi bagi PAS cuma pada PRU 2008 diberi peluang (Bukan beri terus) kepada PKR atas semangat Pakatan Rakyat pada masa itu.

DUN Changkat Jering, ia ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan diwakili oleh Mohd Osman Mohd Jailu menang dengan 9,411 undi menewasakan calon UMNO Datuk Mat Isa Ismail dengan 8,309 undi. 

Kemenangan Osman Mohd Jailu di DUN Changkat Jering memang semua penduduk setempat tahu adalah dari usaha keras 99% dari penyokong PAS yang sememangnya kubu kuat PAS di Parlimen Bukit Gantang sejak dahulu hingga kini.

Sejarah tragedi 3 YB katak yang dipercayai melompat kerana didalangi UMNO di Perak yang juga membabitkan Osman Jailu yang  mengisytiharkan diri keluar dari PR kemudiannya menyokong Barisan Neraka (BN). Mohd Osman kekal sebagai ADUN Changkat Jering dan dikategorikan sebagai calon bebas yang bersetongkol dengan UMNO BN . 

Kejadian ini sudah tentu mendatangkan rasa kecewa,marah dan sebagainya terhadap calon PKR yang diberi peluang bertanding dikubu kuat PAS,apabila menang bertanding membelot perjuangan.Pengundi di sini dilaporkan sudah serik dengan apa yang terjadi,mereka amat rasa teriniaya dengan pembelotan seorang calon PKR yang melompat kerana habuan dari UMNO.

Maka amat wajar PAS negeri Perak meletakan calon-nya sendiri di Changkat Jering pada PRU yang akan datang,rasanya tidak salah tindakan PAS dalam isu mengisytiharkan DS Nizar sebagai calon di DUN Changkat Jering baru-baru ini. Lagi pun PKR pun juga ada mengisytiharkan calon-nya di Bagan Serai baru-baru ini terlebih dahulu.

Isu kerusi yang disandang DS Nizar sekarang di DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang tidak menimbulkan persoalan kerana PAS Perak memang ramai lapisan pemimpin yang boleh dijadikan calon serta PAS bukanlah sebuah parti berusia setahun jagung dalam dunia politik tanahair. 


 Dr. Mohd Nor Manuty
Persoalanya mengapa pula Pengerusi PKR Perak, Dr. Mohd Nor Manuty membidas pengumuman Abu Bakar itu sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hatinya. Menurut Mohd Nor Manuty, dia tidak kisah kalau PAS nak ambil kerusi itu dari PKR. Namun PAS mesti berikan pada PKR sebuah DUN “boleh menang” sebagai ganti bagi DUN Changkat Jering! 

Sebab Dr. Mohd Nor Manuty perlu ingat....kenapa beliau tinggalkan DUN Batu Kurau yang sebelum ini diwar-war akan ditandingi PKR dan calon-nya dikatakan ialah beliau sendiri..??

Sungguh melucukan nafsu politik Pengerusi PKR Perak ini...mahu ganti kerusi,lepas tu mahu kerusi "Boleh menang".....malas nak komen cuma aku mau gelak saja.....hahahaha....

Dr. Mohd Nor Manuty  juga berkata “Belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman” katanya meluahkan rasa tidak puas hati bagi seluruh ahli PKR di negeri itu.

Orangni nak tanya...Pengumuman di Bagan Serai mengsytiharkan beliau sebagai calon Parlimen Bagan Serai tu bagaimana..?? Rasmi atau apa..??

Orangni juga ada terima maklumat mengatakan ada seorang dua pimpinan dari PAS telah dipanggil dan dipujuk rayu oleh PKR supaya bertanding atas tiket PKR secara diam-diam...

Inikah semangat Pakatan Rakyat bagi negeri Perak yang ada sekarang..??? Meminang anak dara orang dengan cara panggil anak dara orang keluar rumah kemudian pujuk rayu.. sedangkan ibubapa,datuk nenek dan moyangnya masih ada..!!!

Kalau tiada tenaga kerja nak pacak bendera parti ditiang rumah sendiri,janganlah berangan-angan nak panjat tiang lampu lebuhraya nak pasang bendera...itu saja nasihat Orangni kepada yang ditujukan...hahaha....


3 ulasan:

  1. Jangan bicara soal lompat dengan PKR la... Sekurangnya Pengerusi PKR ketika itu diketepikan dalam usaha membetulkan imej PKR.

    Bagaimana pula dengan DAP...? Ahli mereka juga penyebab jatuh kerajaan PR di Perak. Ade tindakan diambil terhadap Ngeh?

    Dan lagi... "Orangni nak tanya...Pengumuman di Bagan Serai mengsytiharkan beliau sebagai calon Parlimen Bagan Serai tu bagaimana..?? Rasmi atau apa..??" Bagan Serai tu dah mmg kerusi Keadilan. Maka apa salahnya Anwar umum Dr Manuty sebagai calon.

    BalasPadam
  2. Senang kata ... Ada kalangan ahli PKR adalah bekas ahli Umno., pandangan aku kepada sebahagian xumno dlm PKR., buang terus sikap tak baik masa dalam umno dulu. Yang mana elok tambah baik lagi ...

    BalasPadam
  3. dugong darat... pkr beranak bila ya.... dan PAS beranak bila ya... sapa yg beranak dulu...???? senang2 mengaku kerusi bagan serai milik pkr.... lawak bodoh... dari orang yang bodoh... buta sejarah....

    BalasPadam