Pengikut

Rabu, 16 April 2014

Imam Muda Asyraf mengenang jasa mendiang Karpal Singh

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.


Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010. pic.twitter.com/TJE1pI58oR
Gambar dari blog RBPM: Kenangan IM Asyraf bersama mendiang Karpal Singh
Cuba baca artikal dari blog Cikgu Najmy atau Taipingmali...Inilah rupa penulis seorang guru sekolah kebangsaan Palma Kemunting Taiping yang menjadi macai belaan UMNO Munafikun..

Kalau IM Asyraf pun kenang jasa Karpal Singh.....
kenapa mereka menghina..??
......................

Karpal Singh maut kemalangan

Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 12.40 pagi Khamis.
Turut terkorban ialah pembantu peribadi Karpal iaitu Michael Cornelius, 40-an.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata,  pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Katanya, seorang anak pemimpin pembangkang itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C.Selvam, 27, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Keadaan MPV yang dinaiki Karpal selepas terbabit dalam kemalangan awal pagi Khamis.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
Ahli Parlimen Gelugor itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika dihubungi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata Karpal maut ditempat kejadian.
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.
Beberapa ahli politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya turut menyatakan takziah atas kematian Karpal.
"Kita kehilangan seorang rakan, pejuang yang tidak tahu erti penat serta seorang lagenda keadilan... takziah kepada keluarga," tulis Anwar di Twitternya.

1 ulasan: