Pengikut

Khamis, 23 Oktober 2014

Siapakah kamu wahai PKR hendak menghalang kami

Siapakah kamu wahai PKR sesuka hati kamu hendak menghalang kami daripada bersolidariti kepada murabbi kami? 
WARKAH BISU BUAT RAKAN PAKATAN RAKYAT
Salam perjuangan buat semua pejuang-pejuang Islam yang dirahmati Allah. Mudah-mudahan segala gerak kerja memenangkan Islam yang kita jalankan diberkati dan diredhai Allah. Buat ahli dan pimpinan PKR pula salam perkenalan kami ucapkan. Moga kalian akan beroleh hidayah dari Allah dalam menerukan kehidupan sebagai seorang hamba. Hadirnya warkah bisu ini adalah kerana timbul rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan biadap ahli dan pimpinan kamu kepada Tuan Guru Presiden kami.

Apabila terbaca"tweet" biadap daripada twitter "keADILan Rakyat" terhadap poster yang dikeluarkan oleh pejuang-pejuang kami, maka hati ini amat marah dan kesal dengan "tweet" biadap tersebut. Betapa geram dan bencinya membawa "tweet" tersebut pabila anda menggelarkan kami sebagai "kurang ajar" apabila kami ingin bersolidariti membela Tuan Guru Presiden kami.

Di mana salah kami? Apakah salah kami? Mana satukah sifat kurang ajar yang kami tunjukkan kepada PKR? Siapakah Presiden kami? Di mana salahnya kami membela Presiden kami? Siapakah kamu wahai PKR sesuka hati kamu hendak menghalang kami daripada bersolidariti kepada murabbi kami? Atau kamu takut dan tergugat jika kebenaran berpihak kepada Tuan Guru Presiden kami?

Itulah deretan soalan yang bermain di minda ini apabila terbaca "tweet" biadap tersebut. Dengarlah wahai PKR, Presiden kami bukanlah Anwar Ibrahim tetapi presiden kami ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Andai kamu mengatakan membela Anwar Ibrahim adalah satu yang wajib demi keadilan rakyat, maka ketahuilah kalian bahawasanya membela TGHH adalah juga keadilan rakyat dan keadilan jamaah ataupun parti. Anwar Ibrahim berdepan dengan fitnah peribadi daripada UMNO, tetapi TGHH dan PAS berdepan tuduhan biadap daripada PKR iaitu kalian sendiri. Cukup tidak malunya kalian membuat onar dan kejahatan kepada kami. Maka bila kami menangkis onar kejahatan kamu itu, kamu mengatakan kami adalah golongan "kurang ajar" dan tidak berkomitmen membela keadilan. Walhal politik keji kalianlah yang cuba menjahanamkan kami.

Kami sudah muak dengan slogan dan laungan retorik kalian. "Refomasi" , "ini kalilah" dan pelbagai lagi slogan serta laungan palsu kalian yang langsung tidak punya roh perjuangan bagi kami. Bagi kami perjuangan pimpinan kamu pada 28 Oktober ini hanyalah perjuangan peribadi Anwar Ibrahim yang tidak perlu untuk kami campur tangan di dalamnya, melainkan TGHH memberi arahan kepada kami semua yakni ahli PAS. Biarlah anak beranak Anwar Ibrahim yang selesaikan isu tersebut. Kerana tiada satu kepentingan pun Anwar Ibrahim pada perjuangan kami kerana Anwar Ibrahim pastinya akan mati kembali kepada Allah. Sedangkan PAS yang memperjuangkan Islam ini tidak akan mati, kerana Islam itu dipelihara oleh Allah. Juga untuk pengetahuan kalian 28 Oktober ini bagi kami adalah satu perjuangan untuk menentang onar dan fitnah yang ditabur kepada Islam. TGHH berdepan dengan kebiadapan PKR yang kononnya "rakan" dalam Pakatan Rakyat.

Usah ditanya di mana ahli PAS 28 Oktober ini kerana kami semua akan berada di Mahkamah Kuala Terengganu. Usah dipertikai komitmen kami akan tetapi koreksilah diri kalian sendiri dengan soalan-soalan ini :

1- Di mana PKR waktu PAS jatuh tersungkur?

2- Di manakah PKR tatkalama TGHH disaman oleh ahli PKR sendiri?

3- Di manakah PKR semasa PAS bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK)?

4- Di manakah PKR sewaktu TGHH dihentam dan dilanyak oleh pimpinan dan ahli PKR?

5- Di manakah PKR tatkalamana PAS dan TGHH dibantai habis-habisan oleh DAP mahupun UMNO dan BN?

6- Mengapakah PAS sahaja yang perlu ikut PKR tapi bila PKR ada masalah baru nak cari PAS?

Sekarang siapa yang kurang ajar? Kamu atau kami?

Dalam masa yang sama PasMa muncul membela kamu. Inilah hasil didikan kalian wahai PKR. Kalian berjaya melahirkan ahli kalian bertopengkan PAS dalam jamaah kami. Kalian berjaya membentuk pimpinan PasMa yang wala' dan patuhnya pada Anwar Ibrahim bukannya kepada TGHH. Kalian berjaya membina jamaah kalian atas nama PasMa membawa suara dan wadah kalian di dalam mesyuarat-mesyuarat kami. Syabas dan tahniah atas kerja jahat kalian yang berjaya melatih PasMa ibarat "duri dalam daging" yang beracun kepada kami.

Hanya pada Allah kami berserah diri. Berdepan dengan kebiadapan PKR dan PasMa mutakhir ini. Sudah pasti 28 Oktober nanti kami akan menuntut bela terhadap kejahatan kalian. Kebenaran yang diperjuangkan oleh kami ini akan menghadirkan malapetaka dan mimpi ngeri kepada kamu nanti. Allah jualah sebaik-baik pelindung bagi kami.

"Anak Muda Bersama Kepimpinan Ulamak"


IBRAHIM ANI Anak Muda Baling24 Oktober 2014


3 ulasan:

  1. PAS lupa dulu PAS kalah teruk pada tahun 1986 di mana PAS cuma ada SATU kerusi Parlimen dan 16 DuN seluruh Malaysia. Kira2 20 kerusi PAS hilang deposit.Jangan ingat PAS kuat.PAS dpt Kelantan pun hasil bergabung dgn Semangat 46.Kalau ta pun cuma nyawa2 ikan du Kelantan

    BalasPadam
  2. Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.


    “Ketika ini,Hadi masih berada di London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang Bajet 2015 Jumaat lepas.


    “Tindakan beliau tidak menyertai sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.


    “Beliau disifatkan sebagai ‘ponteng’ tugasannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di Marang,”

    BalasPadam
  3. Bagaimana PAS menang DUN2 di Machang dan Ketereh tetapi PKR kalah kerusi Parlimen sana.

    Bagaimana ada pertindehan calun pada PR13

    BalasPadam