Pengikut

Isnin, 26 Januari 2015

Tembelang fitnah Jebon PASMA pecah lagi

Gambar dan kapsyen dalam posting di Facebook PASMA pada Ahad.
Pemuda PAS nafi Presidennya mendaftar sebagai ahli PASMA

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendaftar sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang juga kumpulan serpihan parti itu.

Ketuanya, Suhaizan Kayat menerusi akaun Facebook beliau berkata, Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat.

“Adalah tidak betul Presiden PAS mendaftar sebagai ahli PASMA. Lagipun perkara ini tidak logik.

“Kehadiran Tok Guru Presiden di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat dan bukannya Program PASMA,” tegasnya.

Suhaizan membuat kenyataan itu ekoran sekeping gambar Abdul Hadi yang sedang menjamu selera di Kuala Kedah yang dimuatnaik di akaun Facebook PASMA Malaysia.

Gambar itu diiringi kapsyen: “Syukur Alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru menerima baik PASMA dan mendaftar sebagai ahli PASMA”.

Malah PASMA turut meminta semua ahli PAS yang ingin mendaftar sebagai ahli NGO itu bertindak menghubungi wakil PASMA.-therakyatpost

.............................
Tembelang Jebon yang pecah sebelum ini

2 ulasan:

  1. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

    "Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

    apa TGHH nak jawab esok kat padang mahsyar? boleh tolong tanya tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hakim Datuk Orangni di awal penghakimannya berkata : "Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Fizah Jaafar dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

      apa Fizah Jaafar nak jawab esok kat padang mahsyar? boleh tolong tanya tak.

      Padam