Ahad, 9 Oktober 2011

PM yang bernama Najib ini memandang rendah golongan marhaen - golongan petani dan nelayan.



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.

Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata “gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai”

“Anda sendiri boleh mendengarnya.”

Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan yang ada.
Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah.

“BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat,” katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN.
.
Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan.

Bajet 2012 hanya menumpukan 4 golongan utama yang diharapkan Najib akan menjadi tunggak kemenangan UMNO BN, iaitu kumpulan guru/penjawat awam, polis, tentera dan peneroka FELDA.
Justeru baginya petani dan nelayan adalah kumpulan manusia yang rendah kelasnya yang merendahkan taraf UMNO/BN.- GB

"Wahai Orang-orang Kampong semua... dengar sini...!!!! kita semua telah dihina dan dicerca oleh memanda Perdana Menteri 1Melana...kajang pak Najib kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang pak Najib dagang bertempat, dagang hamba PRU nanti kau tahulah Najib..!!!!!"
(Gunakan Nada Nordin Ahmad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan