Menurut Mahathir, Pakatan yang diketuai Anwar Ibrahim itu, berkebarangkalian untuk tidak membubarkan Dewan Negeri di negeri-negeri pegangan mereka jika pilihanraya mengejut diadakan terlalu awal.
Dan ini adalah benar.
Pakatan tidak akan ikut - Kata Tun M
Sudah tentu, Selangor dan Pulau Pinang tidak akan mengikut rentak Najib sekiranya beliau mengumumkan PRU-13 tahun ini. Kelantan dan Kedah yang dipimpin PAS juga tidak akan megikuti, walaupun pada waktu-waktu lepas Kelantan sentiasa mengikut tarikh yang ditetapkan kerajaan persekutuan.
Seperti kata Mahathir, lebih munasabah untuk Pakatan menunda pilihanraya di keempat-empat negerinya untuk memberi tumpuan lebih kepada sembilan negeri yang lain. Beliau menambah, BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU-13 kerana mandat yang ada sekarang hanya akan tamat pada tahun 2013.
“Pilihanraya pada peringkat negeri bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing samada untuk membubarkannya atau tidak. Jika semua dewan undangan negeri di negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak dibubarkan, pilihanraya hanya akan berlangsung di negeri-negeri BN,” Bernama melaporkan kata-kata Mahathir pada hari Rabu.
“Mereka sudah ada empat negeri di bawah mereka. Mereka akan menumpukan negeri-negeri lain untuk memperluaskan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya pilihanraya umum dilangsungkan terlalu rapat dengan waktu tamat mandat, mereka tiada pilihan lain selain membubarkan dewan rakyat.”
Sudah mengorak langkah - Kerja Muhyiddin
Sememangnya, Najib yang berumur 58 tahun itu terlepas peluang terakhirnya apabila Belanjawan 2012 gagal menawan hati rakyat, di sebalik insentif wang yang diberikan. Ini meletakkan UMNO dan BN pada posisi yang janggal – mereka tiada senjata unggul untuk melawan Pakatan pada PRU-13.Walau bagaimanapun, sikap di mana sentimen Melayu dipermainkan lagi menunjukkan UMNO, yang merujuk kepada Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri untuk pimpinan, kembali meraih sokongan berikutan kegagalan Belanjawan.
Sementara Muhyiddin tidak popular di kalangan orang bukan Melayu, UMNO juga sedar mereka tidak akan dapat menawan atau membuli golongan Cina untuk mengundi BN. Komponen bukan Melayu MCA, Gerakan dan MIC sudah hancur, dan tidak mampu untuk meraih sokongan daripada komuniti masing-masing.
Untuk menang pada PRU-13, UMNO harus bergantung kepada orang Melayu, yang tidak selesa dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dan skandal Altantuya-Scorpene dan dakwaan rasuah mereka.
Kelakuan buruk berterusan - Tak lain tak bukan....ROSMAH PUAKA.
Seperti rakyat seluruh negara, kaum Melayu terkejut dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah pasangan suami isteri itu. Beberapa hari yang lalu, jabatan beliau telah mengesahkan di Parlimen tentang penggunaan pesawat kerajaan untuk terbang ke Perth bersama ahli keluarganya untuk percutian peribadi, perlantikan firma PR UK yang dibayar RM83 juta hanya untuk menaikkan imej Najib, dan perjalanan ke Kazakhstan yang membelanjakan RM1 juta yang dijadualkan sebagai lawatan rasmi tetapi juga dijadualkan selaras dengan pertunangan anak perempuannya dengan keluarga kaya Kazakh.
Tidak membantu juga apabila Jabatan Kastam telah mengesahkan kewujudan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikatakan diimport untuk digunakan oleh Rosmah. Video seks Datuk T yang bertujuan menjatuhkan Anwar ditambah pula dengan dakwaan liwat terhadap ketua pembangkang itu juga menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Najib dan isterinya.
Namun begitu, mereka-mereka yang berada di pihak Najib mencemuh spekulasi-spekulasi terhadap majikan mereka, sambil mengatakan adalah mustahil untuk menggantikan PM yang sedang memerintah. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Najib akibat daripada pilihanraya umum 2008, di mana beliau merupakan kuasa penting dalam penjatuhan Abdullah Badawi.
Memandangkan Najib merupakan orang lama dalam arena politik, menjadi Ahli Parlimen pada umur dua puluhan lagi, agak mustahil untuk beliau tidak menyedari keadaan yang dihadapinya sekarang ini.
Isterinya yang bercita-cita tinggi itu, yang memainkan peranan yang lebih besar daripada sepatutnya dalam pentadbirannya, adalah satu-satunya kad liar kepunyaan beliau. Tetapi kemungkinan untuk Najib akur dengan kemahuan majlis tetinggi UMNO adalah amat tinggi, dan mungkin beliau akan mengaku kalah tahun hadapan.
- Malaysia Chronicle
UMNO BN patut adakan Badan atau persatuan khas bagi Mantan-Mantan PM..seperti Persatuan Bekas Perdana Menteri...supaya senang orang seperti Tun Dr Mahathir nak melalak,menjerit,menyibuk dalam hal politik...
ATAU plaster saja mulutnya...hehehehe..
Apakanama….Melayu Mudah Lupa….
Apakanama….Pak Lah lembab…
Apakanama….UMNO rosak dan sudah busuk hingga ke usus..
Apakanama….UMNO akan kalah dalam PRU 13
Apakanama…. PR tak ikut…bubar DUN…
Apakanama…. Apakanama…. Apakanama….
Apakanama…. Apakanama…. Apakanama….
Najib……….Macamanagaya..????????????
*Fobia demam Najib bertambah-tambah.. antara cakap mana yang mahu di dengar..
A) Ikut cakap Tun Apakanama..
B) Ikut cakap Muhyiddin…
C) Ikut cakap Rosmah….
D) Ikut cakap aku dan korang…..hehehehe…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan