Ahad, 23 Oktober 2011

SEJARAH TANAH AIR BAKAL DIKELENTONG LAGI DENGAN SATU RAKAMAN TEMUBUAL EKSKLUSIF BERUSIA SETENGAH ABAD

Kali ini bukan dari seoarang Profesor,bukan dari YB-

YB bebas dan bukan dari blogger-blogger UMNO BN...

Tapi dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik kenyataan dari mulut Najib Tun Raz

ak dimedia arus perdana:
Kuala Lumpur, 23 Okt – Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak .

RAKAMAN TEMUBUAL itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

*** Penulis (Mungkin semua orang) ternanti-nanti akan bukti rakaman tersebut yang menjangkau usia hampir 59 tahun...
Wah..!!!!! maka ini-lah rakaman yang bakal mengegarkan sejarah teknologi tanah air ini,yang selama ini disimpan oleh UMNO BN,tentunya rakaman ini dibuat sekitar tahun 1952 atau 1953. Selama ini rakaman terantik visual dan audio yang rakyat semua tahu adalah sekitar 1957 (Sejarah kemerdekaan negara).

Sama-samalah kita nantikan.....RAKAMAN,RAKAMAN,RAKAMAN,RAKAMAN INI....
Dan mungkin ada lagi satu adegan sumpah laknat berlaku secara eksklusif untuk mengakui kebenaran rakaman ini.


*Mat Indera*
-Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera
-Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
-14 oktober 1952 diberkas oleh pihak British.
-Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.
-Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan