Ahad, 5 Februari 2012

Ahli Majlis Agama Islam Boleh Berjabat Tangan Dengan Wanita UMNO



Ketua Pergerakan Wanita UMNO Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil muncul dengan penampilan yang mengejutkan sebaik tiba ke majlis Pemantapan Jentera Pilihanraya Jalinan Rakyat BN Perak di Beruas, Perak Sabtu.


Beliau yang baru pulang dari mengerjakan umrah di Mekah petang Jumaat dan akan memulakan tugas menteri Rabu ini setelah bercuti tiga minggu memakai tudung penuh berwarna putih.


Selama ini Shahrizat macam kebanyakan tokoh-tokoh lain hanya memakai selendang yang menampakkan “jambul”.


Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang menyedari perubahan ketara itu teruja sehingga dalam ucapan perasmiannya mengusik “Kak Ijat” dengan mencadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kekal bertudung.


Merujuk kepada tudung berwarna putih yang dipakai Shahrizat, Dr.Zambry berkata “Kak Ijat kelihatan begitu manis . . saya harap dia pakai tudung terus.”


Tahniah buat  Zambry Abd Kadir kerana ada rasa suka Shahrizat pakai tudung...itulah agaknya tugas yang terserlah bagi dalam  Zambry Abd Kadir dalam menjawatan jawatan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.  







Tapi apa kejadahnya pula Zambry Abd Kadir boleh berjabat salam dengan Shahrizat...mereka berdua ni muhrim atau tidak..?? Mazhab mana pula Si Zambry Abd Kadir ni ikut..?? 


 Penulis berharap sangat lepas ni Zambry Abd Kadir ada berani tegur Kak Rosmah supaya pakai tudung....hahaha..





Zambry kata Shahrizat nampak Manis...
Tapi bersalam dengan orang baru balik umrah yang bukan muhrim...boleh pula..hahahaha...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan