Sabtu, 11 Februari 2012

Lebuhraya Banting - Pasar Minggu Bersejarah Changkat Jering di Perak Bakal Musnah

Projek LPB Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi: MB Perak: 

Projek Lebuhraya Pantai Barat (LPB) sejauh 316 KM yang menghubungkan Banting di Selangor dan Changkat Jering, dekat Taiping bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Anak syarikat Kumpulan Europlus Bhd (KEuro) – West Coast Expressway Sdn Bhd telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk membina lebuh raya baru sepanjang 316km yang menghubungkan Banting di Selangor dan Taiping dengan kos pembinaan bernilai RM7.07 bilion.
Adalah difahamkan, laluan sepanjang 224km akan dikenakan tol manakala baki 92km lagi akan dibuka secara percuma kepada awam. “Ia membabitkan daerah Hilir Perak, Manjung serta sebahagian Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama,” kata  Zambry Abdul Kadir
- peraktoday Published On: Fri, Feb 10th, 2012

 Pasar Changkat Jering
Pasar Minggu Changkat Jering Taiping ini menjadi nolstagia kepada ramai orang terutamnya penduduk sekitar Bukit Gantang, Di Pasar Minggu Changkat Jering ini, kebanyakan penjajanya masih orang yang sama seperti 20 tahun dahulu ataupun kini diambil-aleh oleh anak atau saudara mereka jika penjaja asal telah meninggal dunia.

Di sekitar pasar ini juga terdapat  penjaja-penjaja yang menjual beberapa barangan keperluan harian,makan,hasil kampung dan sebagainya. Ramai penghujung luar termasuk pengguna lebuhraya yang sanggup keluar susur keluar Changkat Jering ini untuk menghujungi pasar ini. Pasar ini mula beroperasi seawal tengahari hari sabtu hingga ke malam dan berakhir tengahari ahad.



Semua permandangan ini bakal menjadi sejarah sekiranya projek lebuhraya Banting dilaksanakan. Bagaimanakah nasib para peniaga yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah ini ?
Seorang peniaga Pasar Minggu Changkat Jering,menceritakan kepada Ustaz Idris Ahmad,pasar minggu bersejarah ini akan hilang jika lebuhraya pesisiran pantai siap.
Pasar Minggu Changkat Jering yang bersejarah didakwa akan hilang "pupus" jika lebuhraya Klang-Taiping yang berakhir di Pekan Changkat Jering siap.Satu mercu tanda akan hilang di Pekan Changkat Jering.
Jalan utama Changkat Jering- ke Lumut yang didakwa terlibat dalam pembinaan lebuhraya pesisiran pantai.


3 ulasan:

  1. mmg la lebuhraya banting-changkat jering akan dilaksanakan..tapi pasar mggu 2 akan di pindahkan ke laman changkat jering..asal la bodoh sgt orang pas nie..pas takda duit sebab 2 bNYk bunyi..

    BalasPadam
  2. lain kali dengor dan pergi tenguk perancangan kerajaan sebelum bercakap atau dengor cerita bukan bukan...bila pulak pasar changkat jering musnah kalau highway siap....ngape le tengin sgt....kalau nak tahu....akhir jalan ujungnya adalah sampei trong je...bersambung dengan jalan lama dekat tol changkat jering....mana sampei pasar tu....pasar tu buat baru le bodoh...dapat 3 juta Muhyiddin maklum ari tu...market baru ...bukak le mata tu ...dgn telnga dengor betui betui baru nak cakap

    BalasPadam
  3. Kita tengoklah nanti... Bangunan tu kena roboh dek kontrator kroni UMNO atau tak... Pegi tanya sendiri dengan penjaga kat situ, adakah Perakians tahu yang orang kuat UMNO di Kg Kubu Bukit Gantang sendiri serah memorundum bantah projek tu pada tangan Muhiyyidin masa lawatan tersebut, kalau nak tengok gambar dan memorundum asal tu pun ada dala, blog Orang ni....kau carilah sendiri....hehehehe....
    Apapun terimakasih kerana sudi komen kat sini...

    BalasPadam