Khamis, 9 Februari 2012

Zambry Gembira Di Kuala Kangsar. Kenapa..????


“Saya gembira sebenarnya,” demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila kehadirannya sempena program turun padang di Daerah Kuala Kangsar hari ini disambut ceria dengan kibaran bendera parti pembangkang.
Selain memasang bendera PAS, PKR dan DAP,  pihak pembangkang turut menggantung kain rentang yang tertera slogan Kerajaan Bersih, Rakyat Terbela.
“Ketika lawatan Perdana Menteri ke Bagan Serai, poster tertera wajah saya dengan disimbah cat dan sewaktu menghadiri program bersama rakyat di Changkat Ibol, papan tanda dewan pula menjadi mangsa simbahan cat merah.
“Hari ini, saya lihat pembangkang seolah-olah mengalu-alukan kehadiran saya ke Kuala Kangsar dengan memasang banyak bendera selain kain rentang yang tertera slogan Kerajaan Bersih, Rakyat Terbela.

“Mungkin pembangkang berasa semakin tergugat dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri lalu mencipta slogan itu pula untuk meraih sokongan rakyat,” katanya.
Terdahulu, Zambry melancarkan Sistem Penapisan Tebing Sungai yang dibangunkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) di Loji Rawatan Air Kampung Kota Lama Kiri, dekat Kuala Kangsar, projek pertama di Malaysia yang membabitkan pengambilan air bawah tanah.




Zambry disambut ke Kuala Kangsar dengan kibaran bendera PAS,PKR dan DAP


Zambry Sedang Melihat Perbezaan Kualiti antara Air Rawatan Biasa Dan Air Bawah Tanah Sambil Di Perhatikan Pengurus Besar, Lembaga Air Perak, Datuk Mohd Yusof Ketika Pelancaran Projek Penapisan Tebing Sungai, Pagi tadi. Mungkin pujian melambung-lambung yang menyebabkan Zambry tersangat Gembira.


Orang ni > Rakyat seluruh Perak sudah meluat negok muka MB Haram ni yang sebenonye....Orang kiri kanan Zambry pun ramai yang udah meluat khabonye.. Jangan berangan le nak jadi MB lagi lepas PRU 13 ni...hahaha...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan